17 Disember 2009

SaLaM Ma'aL HiJRaH 1431H

Salam'alaik. salam ukhuwwah dan salam kasih sayang.
meniti jam-jam terakhir ditahun 1430H, berbaur pelbagai rasa. pagi tadi sempat bersama beberapa orang bekas pelajar mengendalikan sesi usrah ringkas bersama adik-adik pengawas. Alhamdulillah...macam-macam ragam dapat ana lihat, terlalu jauh meninggalkan mereka buat mereka agak susah menyesuaikan diri pada awalnya. moga program yang dirancang untuk adik-adik pengawas ini dapat dijalankan dengan baik.ameen.

berbalik kepada soal tahun baru...cepatnya terasa masa berlalu.tahun ini terlalu padat sehinggakan ana terasa waktu terlalu pendek. walaupun adakalanya terasa juga kebosanan menghitung hari untuk memulakan praktikal,akhirnya masa itu tiba juga...kurang dua minggu ana akan memulakan tugas sebagai praktikal kaunselor. perasaan takut dan gementar makin terasa..apatah lagi seawal minggu pertama dan kedua, satu rakaman sesi kaunseling perlu dihantar kepada penyelia.

memandangkan tahun ini tahun terakhir sebagai seorang pelajar, ana amat berharap dengan kedatangan tahun baru ini akan memberi ana lebih semangat dan juga kekuatan untuk menyesuaikan diri dengan dunia kerjaya. satu suasana yang pasti mencabar. memandangkan zaman kampus yang merupakan satu zaman yang paling rileks, santai dan selesa, menjkadi satu kegentaran untuk keluar dari kepompong itu. apapun ana mengharapkan jiwa dan semangat baru bersempena tahun baru hijrah ini dapat membantu ana untuk lebih matang dalam setiap tindakan. begitu juga doa ana kepada semua kawan-kawan, sahabat jauh dan dekat...selamat meraikan kedatangan tahun baru dan moga perubahan diri dari yang sudah baik kepada yang lebih baik akan berlaku. transformasi yang kita usahakan moga kekal baik dan bermanfaat untuk diri kita juga memberi manfaat kepada sesiapa sahaja disekeliling kita. buat akhirnya, dalam kesempatan usia yang ada, ana mengharapkan kita dapat memanfaatkan sebaiknya untuk ibu ayah, keluarga, agama,bangsa dan negara.

Salam Ma'al Hijrah.Kullu 'am waantum bilkhair....

12 Disember 2009

aPaKaH SeBaiK-BaiK PeNGiSiaN HiDuP?

Dalam mengisi kehidupan kita di dunia yang fana ini, amal soleh merupakan pengisian yang paling berharga dan bermakna sekali. Sejauh mana pun langkah kita, sekiranya kosong daripada amal soleh, maka sia-sia saja perjalanan hidup kita. Sepanjang mana pun umur kita, sekiranya tidak diisikan dengan amalan soleh, maka rugi sahaja setiap detik usia dan nafas kita.
Selain iman, taqwa dan ilmu yang bermanfaat, maka amal solehlah yang sebaik-baik bekalan seseorang hamba untuk dibawa pulang ke akhirat sana. Demikianlah agama mengajar kita.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah darinya.” (Al-Kahfi:107-108)
Apakah itu amal soleh? Amal soleh maksudnya segala amalan atau pekerjaan yang mengandungi kebaikan(elok), kebajikan dan manfaat. ‘Baik’ itu pula hendaklah disuluh dan diterjemahkan menurut kehendak Allah dan RasulNya. Berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. bukannya ‘baik’ menurut keinginan nafsu kita.
Amal soleh itu banyak sekali cabang dan bahagiannya yakni sebanyak bilangan nafas yang kita sedut. Selain itu, amal soleh secara keseluruhannya terangkum di dalam dua cabang ibadah yang utama iaitu ibadah hablumminallah (hubungan dengan Allah) dan hablumminannas yakni hubungan dengan sesama manusia. Amal soleh juga adakalanya disebut amal khair(amalan yang baik).

Hidup rugi tanpa amalan soleh
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, sentiasa berpesan-pesan ke arah kebenaran dan kesabaran.”(Al-‘Asr)
Bayangkan betapa ruginya kita kalau apa yang kita lakukan selama ini tidak dicatatkan sebagai amalan soleh di sisi Allah. Betpa menyesalnya kita di hadapan Allah nanti sekiranya catatan amalan kita kosong dan lengang dari amal soleh. Betapa gawat dan muflisnya kita saat itu kerana sikap kita di dunia dahulu yang sering mencuai dan menangguh-nangguhkan untuk beramal soleh. Jelasnya, orang yang tidak beramal soleh itu kerugian di dunia dan akhirat.
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dalam ucapannya menyebutkan: “sesiapa yang masuk ke dalam kubur(yakni menuju kea lam barzakh) tanpa bekalan, adalah seperti orang yang mahu(hendak) belayar di lautan tanpa menyediakan sampan(perahu).”
Dalam Al-Quran, Allah menceritakan bagaimana kedapatan manusia di akhirat nanti yang pulang dengan tangan kosong lalu memohon dan merintih kepada Allah penuh hiba agar diberikan peluang kedua kembali kedunia barang sekejap untuk melakukan amalan soleh. Namun, tiada guna lagi penyesalan pada waktu itu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“dan (alangkah ngerinya) sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (di dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.” (As-Sajadah:12)
Kerana itu, setiap minit dari masa kita hendaklah digunakan sewajarnya. Diisi selayaknya. Dimanfaatkan sebaiknya. Isi dan penuhilah saki-baki usia kita dengan iman dan amalan soleh semampunya. Bukannya dengan amalan tholeh(amalan yang keji, karut, bida’ah, dan sia-sia). Sesungguhnya detikan ‘jarum saat’ pada setiap jam itu tidak akan berputar ke belakang semula. Ia terus maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Ertinya masa akan terus berlalu dengan cepatnya tanpa menghiraukan sama ada kita telah bersedia ataupun tidak. Sama ada kita telah menyiapkan bekal ataupun tidak.

Amal soleh sebaik bekalan
Renungkanlah bagaimana Allah s.w.t mendidik kita melalui surah Al-‘Asr ini bahawa perlunya manusia mengisi masa itu dengan iman dan amal soleh sekiranya mereka tidak mahu kerugian dunia dan akhirat sana. Ia adalah sebaik-baik bekal bagi mereka yang inginkan pahala(ganjaran) Allah yang besar di akhirat nanti.
Alangkah baik kita mengambil sedikit masa sebelum melelapkan mata pada malam hari untuk muhasabah diri mengenai perkara ini. Tanyakanlah secara jujur pada diri kita, berapa banyakkah amal soleh yang telah kita sediakan sebagai bekalan untuk perjalanan panjang yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w. itu? Ingatlah bahawa harta yang kita kumpulkan semata-mata untuk keseronokan, kemewahan dan berbangga-bangga (lebih-lebih lagi harta yang haram dan syubhat) tidak dapat menolong kita dari seksa Allah yang maha pedih dan maha dasyat di akhirat nanti.
Percayakah kita bahawa hanya amal soleh sahajalah yang akan dibawa pulang oleh manusia menemui Penciptanya. Apa saja selain itu akan ia tinggalkan untuk ahli keluarganya yang masih hidup. Perbetulkan salah faham kita selama ini yang menganggap bahawa memadai kita sekadar didoakan oleh imam atau ustaz yang dijemput oleh anak-anak kita tanpa diri kita sendiri menyediakan diri dengan iman dan amal soleh. Amat dangkal bahawa kita hanya tahu menumpang amalan soleh orang lain.
Bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tiga perkara yang mengikut seseorang mayat itu ke kuburnya. (akhirnya) dua perkara pulang (meninggalkannya) manakala satu lagi tinggal(bersamanya). Yang mengikut seseorang mayat itu ialah kaum keluarganya, harta bendanya dan amalannya. Maka pulanglah keluarga dan hartanya dan tinggallah amalan.” (Riwayat Imam Muslim)

26 November 2009

SaLaM EiDuLaDHa...

salam ukhuwwah dan salam kasih sayang.Salam Aidiladha kepada semua.selamat berpuasa dan memperbanyakkan amalan pada hari ini(9 Zulhijjah)moga ada keberkatan dari-Nya.
mencuri waktu untuk keluar mendaftar untuk praktikal.dikesempatan waktu yang ada terasa ingin mencoret sesuatu disini.AidilAdha kali ini, ana hanya bersama bonda menyiapkan apa yang perlu.abang2 ana hanya akan sampai petang nanti.namun,tiada apa yang perlu disibukkan sangat.hanya menyediakan serba sedikit untuk ziarah sanak saudara nanti.
menghayati erti pengorbanan hampir setiap kali menjelang aidiladha telah menjadi rutin. topik perbincangan 'talk show' disana sini rata-rata membincangkan tentang pengorbanan.jangan sampai mengorbankan apa yang tidak patut sudah.
bila kita berbicara tentang pengorbanan tentunya dalam hidup yang hampir setengah dekad ini banyak perkara yang telah dikorbankan.namun nilaiannya kadang-kadang kita sendiri tidak tahu. wujudkah lagi pengorbanan sehebat nabi Ismail as dalam konteks masa kini.ketaatan seorang anak pada ayah bahkan lebih penting kepada Allah makin terhakis dek masa dan zaman yang terlampau moden dalam segala hal.ketaatan yang membawa kepada ganjaran yang besar mengapa kita tidak mencontohinya.ana mengakui agak beremosi bila berbicara soal ayah dan ibu.soal taat dan redha.betapa ramai di depan mata kita meminggirkan ketaatan kepada ayah dan ibu.sampainya hati.
andai pernah kita tersasar, melukakan hati ayah dan ibu..selagi mereka masih mampu memandang dan tersenyum kepada kita walau hakikatnya hati mereka entah bagaimana, hargailah mereka.bila tiada,tiada apa dan siapa mampu menggantikan mereka.
Salam Eiduladha kepada semua sahabat2 dan adik2 tersayang.moga Allah meredhai perjalanan hidup kalian dan juga ana.Salam Sayang...

19 November 2009

...MoGa SeLaMaT SeMuaNYa...

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang.membilang waktu untuk meninggalkan rumah sewa ana ini buat hati beralun pelbagai rasa. pagi tadi K.mia pula menyusul keluar. seterusnya, malam ini..insyaAllah ana akan berangkat pulang. sayu rasa hati, hampir satu setengah tahun bersama terasa bagai semalam baru berjumpa. sahabatku sayang,pastiku akan merindui kalian.
Dalam keterbatasan waktu sempat keluar membeli tiket balik.malas pula rasanya nak susahkan abang lagi. malam nie nak ambik ana lagi. syukur sangat,urusan menghantar balik motosikal dipermudahkan. sekalung penghargaan buat adik-adikku,Afifuddin dan Zahiruddin. Allah saja mampu membalas jasa kalian.
sepanjang hampir 4 tahun disini,terlalu banyak rasanya menerima jasa bakti sahabat-sahabat dan adik-adik yang amat ana sayangi. terasa lumpuh kaki ini tanpa kasih sayang kalian.Rahmat kasih sayang cukup besar rasanya.Alhamdulillah.
dan saat ini, ana mula merindui semua sahabat2 dan adik2 ana.Ya Allah, peliharalah ukhuwwah kami.lindungi dan kasihi mereka semuanya.Hanya Engkau yang Mampu menjaga mereka semua.
untuk semua ahli bait rumah 12,blok 21...jika segalanya berjalan dengan baik, insyaAllah kita bakal ketemu dalam majlis meraikan kejayaan kita bersama.moga ana tetap dalam ingatan kalian.sekadar mengucapkan salam perpisahan sebelum pulang dan menukilkan sumber untuk blog ini dari kampung halaman.moga perjalanan pulang esok dipermudahkan.
Mahu terus mengemas..salam sayang sahabat2ku semua.
kita bertemu lagi nanti kiranya kesempatan ada...doakan ana.

18 November 2009

.::aNuGeRaH-NYa TiDaK TeRHiNGGa..SYuKuR::.

Salam'alaik. salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. lama tidak bertemu di alam maya ini. melalui hari-hari yang padat bermula 12 Nov lalu membuatkan ana tak punya waktu untuk berlama-lama mengadap laptop. ditambah kemudahan internet yang terhad, aktiviti di alam maya terhenti seketika.
Alhamdulillah, hari ini ana selamat menghabiskan paper terakhir untuk subjek elektif luar- Asas Kekeluargaan Islam. Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kehadrat-Nya sebaik sahaja tepat jam 1.30ptg tadi, ana mengharapkan segalanya dipermudahkan, dan hari ini merupakan hari terakhir ana berada dalam dewan peperiksaan, Universiti Malaya. selepas ini ana akan berhadapan dengan dunia yang lebih luas yang pastinya memerlukan lebih bnyak pengorbanan dalam segala hal. berdebar hati saat ana melewati tempat praktikal ahad lalu. melihatkan student yang lagi besar dari ana membuatkan ana kecut perut seketika. mampukah ana nanti..
lupakan seketika tentang dunia pelajar, tentang praktikal...ana rasa teruja untuk bercerita mengenai perjalanan hari-hari terakhir bersama ahli bait tersayang. agak lama merancang percutian bersama sebelum perpisahan. Alhamdulillah, Allah permudahkan dengan mengizinkan kami berlapan menghabiskan masa di bukit cerakah dan juga tasik titiwangsa.Berlapan??? ana dan ahli bait hanya enam orang...Alhamdulillah, sekali lagi ana rasa sangat gembira atas kurnia-NYa. Allah mengirimkan kepada ana, insan yang amat ana sayangi. walau dijarak pertemuan, namun dengan izin-Nya, Alhamdulillah...Dia mengizinkan tetamu dari tanah tinggi ini untuk bersama-sama kami. syukran jazilan adik Insyirah dan Fadhilah. syira, moga Allah mengembalikan nur sakinah yang adik cari dalam kembara ini.insyaAllah...
Sabtunya, ana bersama Insyirah dan adik diberi peluang untuk meneruskan kembara ke KUIS, Bangi. Alhamdulillah, indah ciptaan Allah, saujana mata memandang. Subhanallah..ana punya kesempatan menjejakkan kaki ke bumi taman ilmu itu. thank's ira...berkenalan dengan adik2 yang pemalu, Fauzani dan juga Najwa. mulanya segan juga, tapi ana mana boleh tak menyakat, tambah-tambah ada syira di situ..(urmm..iyeer ker)... selepas maghrib bertolak pulang kerumah, abang ana sudah menanti untuk ke Rawang sebelum bertolak ke Sabak Bernam pada esoknya. Alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan perjalanan ini...
Ahad, seawal jam 7.30pg..kami memulakan perjalanan. doa ana supaya hari ini dengan rahmat-Nya, semoga semua dipermudahkan. Alhamdulillah, jam 10pg selamat smpai di sungai besar, memandangkan ibu Fara belum selesai urusannya, kami menghabiskan masa meninjau2 kedai2 yang ada di pekan sungai besar. kakak dan syira yang memborong, ana dan fara biasa-biasa sahaja. lagi pula, nnt kami akan dapat selalu ke sana,insyaAllah. kami bertolak ke kampung Fara kira jam 11 lebih. singgah sebentar, menikmati kenikmatan mee udang. Alhamdulillah, sangat sedap! syira dan adik berkongsi Nasi Ayam, kecik betol perut adik2 ana nie...
mengambil kesempatan mencari remis(sejenis lala). dalam keseronokan mencari remis, tak sedar hari da lewat, melepasi waktu Zohor, air laut dah mula pasang. agaknya, kalau tak ditegur, tenggelam dalam air laut.hehehe..pengalaman yang amat best!(Bonda pon jeles).
usai solat zohor di rumah nenek Fara, bertolak nak ke rumah Fara, menghantar barang-barang untuk praktikal. sebelum itu sudah berkesempatan singgah ke poli, tempat praktikal nanti. berbaur rasa hati, serba tak kena tiba-tiba.huhuhuhu..
menanti asar,macam2 dikeluarkan mak Fara untuk dimakan. selesai solat asar, kami bertolak pulang. sempat kakak menunaikan keinginan mendapatkan mentarang. dalam masa yang sama mengejar appmnt dgn pihak hospital pada jam 9mlm. berhenti solat maghrib sebelum meneruskan perjalanan. sampai di hospital selayang tepat pada masanya, Alhamdulillah. dalam kegembiraan, keadaan syira buat ana risau. Maafkan akk syira....
jam 10 lbh kami smpai ke rumah. ana dan fara mengeluarkan arahan supaya syira berehat. tersangat risau dengan keadaannya. Alhamdulillah, sekali lagi hari ini semuanya berjalan dengan baik. dalam kerisauan, ana berasa lega..selesai satu masalah.
Isnin, dengan berat hati menghantar syira dan adik ke puduraya. dalam hujan lebat ana tersangat risau. dengan masa yang suntuk, bimbang tak terkejar. Alhamdulillah, kuasa Allah yang Maha Penyayang, turun saja kebawah ada teksi.saat itu, ana hanya mampu mengucap syukur.Ahli bait dah pesan kalau terlepas bas, bawa balik la.kesian pulak kat adik2 ana nie.Alhamdulillah,selamat je syira dan adik bertolak, ana menghabiskan masa meninjau keadaan disitu.ana sampai rumah serentak dengan selamat smpainya syira ke Tapah.Alhamdulillah...
selepas 4hari,ana terasa sangat letih, usai solat asar..merebahkan diri langsung tak sedar...
perjalanan yang padat dalam mencipta kenangan ini, ana akan abadikan di dlam tempat yang paling istimewa di sudut hati.dan hari nie bermula episod perpisahan dengan ahli bait.Fara terlebih dahulu pulang ke kampung.linangan airmata mengiringi perpisahan pagi ini, betapa kami bahagia bersama, moga Allah memelihara ukhuwwah ini. ana ingin menukilkan sesuatu untuk sahabat2 ana, namun bukan sekarang.
cukup setakat ini, ana sudah melangkau hari yang lain tanpa ana sedari.dan hari baru ini 19/11, ana perlukan selesaikan urusan yang berbaki sebelum pulang kepada ayahbonda tercinta. moga Allah terus mempermudahkan urusan ana dan juga sahabat-sahabat lain.Alhamdulillah. Terima Kasih ya Allah atas segala nikmat-Mu....

06 November 2009

::JaDiLaH oRaNG YaNG PeMaaF::

Bermula dengan rasa tidak puas hati dan akhirnya membawa kepada rasa geram dan marah merupakan sebahagian daripada perkara yang semua orang alami. Geram dan marah adalah satu sifat manusia. Kemarahan akan melenyapkan kebenaran dan membawa kepada keburukan.
Orang yang marah dikira lemah kerana ia gagal menguasai diri dan akalnya. Ia lemah dalam hal menghadapi sesuatu diri dan akalnya. Ia lemah dalam hal menghadapi sesuatu dengan kelakuan yang tenang sekalipun dia seorang yang gagah dan ditakuti.
Menurut Imam Ghazali, marah ialah secebis api yang berpunca daripada api Allah SWT yang menyala-nyala yang panasnya naik sampai ke pangkal hati. Api itu pula bersemadi dalam lubuk hati seseorang sehingga berbara dan kemudian diseliputi abunya. Daripada api itu terhasil sifat sombong dan bongkok yang terpendam di dalam hati yang hanya menunggu masa untuk muncul khususnya apabila timbul rasa tidak puas hati dan dipengaruhi pula oleh nafsu dan syaitan.
Marah terdiri daripada beberapa jenis. Menurut Imam Ghazali, kemarahan manusia ada bermacam-macam iaitu ada yang cepat marah, dan cepat tenang. Ada yang lambat marah dan lambat pula redanya. Ada juga manusia yang lambat marah tetapi cepat tenang. Jenis yang ketiga ini disebut sebagai yang terpuji.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam; “Berilah wasiat kepadaku.” Sahut Baginda: “Janganlah engkau marah.” Kemudian Baginda mengulanginya beberapa kali. Sabdanya: “Janganlah engkau marah”. (Riwayat Imam al-Bukhari)
Dalam satu riwayat lain, lelaki tersebut diminta ditunjukan jalan yang boleh memasukkannya ke dalam syurga sambil menyatakan harapan agar baginda member pengajaran yang ringkas. Baginda menegaskan, “Janganlah engkau marah.”
Maksud ungkapan janganlah engkau marah ialah jangan menurutkan hawa nafsu marah. Bukan pula hendaklah mengetepikan atau melenyapkan sama sekali nafsu itu kerana marah adalah salah satu daripada tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.
Di dalam suatu hadis lain, diriwayatkan bahawa baginda bersabda: “Jauhilah kemarahan kerana kemarahan adalah bara api bernyala-nyala dalam hati anak Adam. Cuba lihat bilamana seseorang daripada kamu berkeadaan marah, kedua-dua matanya kelihatan merah dan urat lehernya kelihatan timbul. Apabila seseorang daripada kamu berasa marah, hendaklah berbaring atau duduk di atas tanah.”
Menahan perasaan marah dan memaafkan kesalahan orang lain membawa banyak kebaikan kepada diri seseorang. Badan dan rohnya insyaAllah akan sentiasa sihat kerana mengutamakan kemaafan dan banyak berlapang dada dalam sesuatu hal atau urusan. Dia tidak akan runsing akan sesuatu perkara khususnya hubungan sesama manusia. Juga akan dapat mengekalkan hubungan sesama manusia sekali gus dapat terus berkawan dan menambah kawan-kawan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahan, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan(ingatlah!) Allah SWT mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (surah Ali Imran: 134)
Jika kehidupan kita sentiasa diselimuti kekesalan dan rasa bersalah akibat kesilapan masa lalu, seluruh kehidupan kita akan menjadi murung, muram dan tentunya akan menuju ke arah kegagalan dan kehancuran kerana perasaan sedemikian amat membinasakan. Beritahu pada diri sendiri betapa hidup ini akan musnah sekiranya kita masih berada pada zaman silam, iaitu zaman ketika berlakunya peristiwa tersebut, mungkin lima atau sepuluh tahun.
Keterlanjuran kata-kata yang tajam terhadap sahabat, saudara ataupun ibu bapa yang telah kita lemparkan lima tahun lalu, tetapi hingga kini masih membelenggu fikiran kita akan menyebabkan gangguan dan kebinasaan terhadap emosi kita ketika ini.
Kita perlu memaafkan diri kita atas keterlanjuran, kelalaian, kesalahan, dan kegagalan yang kita lalui. Juga terhadap keputusan yang telah kita buat tanpa berfikir panjang. Kita hendaklah melenyapkan segala perasaan malu atau kesilapan kita yang telah lama berlaku dan telahpun berlalu kerana sebenarnya hanya diri kita seorang sahaja yang masih mengingatinya, sedangkan orang lain telah lama melupakannya. Jadi, kita perlu melenyapkannya daripada fikiran kita kerana ianya amat menyeksakan.
Jalan keluar atau ubat yang paling mujarab bagi menghilangkan emosi terluka yang begitu menyeksakan diri kita adalah kemaafan. Tanpa kemaafan, kita tidak mungkin akan terlepas daripada bebanan penyeksaan emosi. Kita tidak akan pernah menemui ketenangan atau ketenteraman jiwa. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sungguh, Allah SWT itu Pemaaf dan Maha Berkuasa.” (an-Nisa:149)
Orang yang tidak dapat memaafkan dirinya dan memaafkan segala kesalahan, keterlanjuran dan ketidaksempurnaannya berkemungkinan akan menderita penyakit sukar tidur (insomnia), pening kepala, ulser atau barah, dan yang paling ketara ialah sakit jiwa.
Perasaan sakit hati, iri hati, benci, marah yang tidak terkawal dan berdendam adalah punca utama yang menyebabkan timbulnya penyakit baik daripada segi mental, emosi mahupun fizikal. Hindarilah ia sebelum ia memusnahkan diri kita. Bijak pandai ada menyebutkan bahawa; “sesiapa yang boleh menumpaskan sesaat rasa marah bererti dia boleh mengelakkan kemurungan sepanjang hari”.
Kita perlu sedar bahawa kita merupakan makhluk Tuhan. Selaku makhluk biasa, kita bukanlah manusia yang cukup sempurna dalam segala hal. Oleh itu, setelah berupaya memaafkan diri kita, kita juga perlu bersedia memaafkan kesalahan, keterlanjuran dan ketidasempurnaan orang lain. Kita lakukan segala-galanya sebaik mungkin dan yang lainnya kita serahkan kepada kekuasaan Allah Rabbul Jalil. Sesungguhnya member maaf itu akan lebih member manfaat kepada diri kita sendiri daripada orang yang kita maafkan. Maafkanlah diri kita sendiri dan orang lain. Kemaafan adalah umpama pisau bedah yang membuang segala parut emosi.
Kemudian, berdoalah sebagaimana contoh yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud: “....Ya Tuhan kami, janganlah hukum kami, jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,Janganlah Engkau pikulkan atas kami beban yang berat, sebagaimana Engkau pikulkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kami. Ya Tuhan kami, Janganlah pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami mengahadapi orang-orang kafir” (al-Baqarah: 286)

dipetik drpd majalah Cahaya terbitan JAKIM.

04 November 2009

SYuKuR...ALHaMDuLiLLaH...

Salam'alaik.salam ukhuwwah dan salam kasih sayang..
seinfiniti kesyukuran dipanjatkan...Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...Dia telah memberi nikmat yang terlalu banyak dan tak mampu dihitung..
Alhamdulillah, hari ini hari yang ana nantikan..satunya, ulangtahun kelahiran sahabat kesayangan, Norashikin Razali.keduanya, hari nie ana test kereta dengan JPJ...
hari-hari yang dilalui sebelum ini rasa tidak tenteram. perut tak selesa...kepala pening.exam yang berturut-turut, disambung dengan ujian JPJ nie, buat ana hilang selera seketika...
namun, Alhamdulillah..Allah memberi keizinan dan kemudahan untuk ana lulus hari ini. walaupun kurang keyakinan, namun gagahkan hati untuk teruskan. dan hasilnya, Alhamdulillah...
dah setahun lebih tertunggak..akhirnya berjaya..Alhamdulillah..
semalam ana dah memeningkan ramai orang, rakan2 ana dan juga adik2 yang ana kasihi..Dalila, Insyirah...termasuk la adik kesayangan ana kat Mesir dan adik2 yang lain..alahai...
Maaf yer adik2 semua..akk korang nie memang gini kalau dah pening...dan terima kasih atas doa kalian.
Yang pasti sekarang, ana perlu study untuk exam esok..
Perkhidmatan Maklumat Dalam Perkembangan dan Kaunseling Kerjaya...insyaAllah.moga semuanya selamat..
dan selepas hari esok ana mampu tersenyum lebar...
jadi,cukup disini...Salam Kecemerlangan...

31 Oktober 2009

WaLau TaK DiuNDaNG, ia TeTaP DaTaNG...

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang....
tiba masanya kini mahasiswa seantero universiti berhadapan dengan musim peperiksaan.
jadi, ana dengan kesempatan yang ada mengucapkan selamat menduduki peperiksaan.
juga kepada adik2 SPM dan STPM yang bakal menduduki peperiksaan.
All the Best! moga ketenangan mengiringi perjalanan peperiksaan kali ini.
bittaufik wannajah..
Best of Luck...
Let pray 4 our Success..



28 Oktober 2009

SuaM-SuaM KuKu (",)

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. selepas hampir 5 hari Bajet 2010 dibentangkan, adakah isu ini sudah menjadi suam-suam kuku. ana rasa tidak! Sana sini masih menbincangkan soal pembentangan Bajet 2010 baru ini. semalam berkesempatan menonton rancangan Bicara Siswa, dan ana sedikit terkesan dengan cabaran yang diberikan oleh Sdr Syazwan, masih muda belia namun pemikirannya..subhanallah..segan ana. katanya mahasiswa perlu memikirkan atau mengkaji mengapa bajet kali berkurang daripada bajet yang lalu. dengan pengurangan yang agak ketara dari 2.+b kpd 1.9+b...urmmm. menurut sdr. Syazwan lagi, dari sumber yang beliau dapati ekonomi dunia sekarang berada dalam kedudukan 'W'...satu kupasan yang menarik untuk terus dianalisis oleh mahasiswa terutamanya. itu hanya perbincangan dari sudut pendidikan.
bicara soal ekonomi ana lemah sebenarnya..namun ana tidak pernah miss untuk mengikuti pembentangan Bajet setiap tahun. seperti ada satu tarikan disitu untuk melihat situasi masa kini. untuk bajet kali ini isu pendidikan sekali lagi menarik minat ana, dan juga isu penjagaan anak-anak. sekian lama ana mengharapkan semua jabatan atau institusi tempat kerja menyediakan nursery untuk anak-anak pekerja masing-masing. jadi ibu terutamanya boleh bekerja dengan lebih aman hendaknya. antara isi pembentangan Bajet kali ini dua perkara yang menarik minat ana adalah mengenai pendidikan dan juga program permata.

Antara faedah yang ditawarkan untuk golongan pelajar/mahasiswa;
-Seramai 30 pelajar terbaik berasaskan merit akan diberi Biasiswa Nasional untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti tersohor di dunia
-Pinjaman PTPTN juga akan ditukar kepada biasiswa bagi pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama mulai 2010.
-Kad diskaun tambang 50 peratus 1Malaysia untuk pelajar akan diberikan,
-Pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 ringgit sebulan untuk dua tahun

Berikutan kejayaan Permata dalam mendidik 17,565 kanak-kanak, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi memperkasakan lagi progam yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat hari ini berkata peruntukan itu adalah bagi tujuan perlaksanaan programnya seperti berikut:
* Permata Negara membabitkan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sebelum mencapai umur 5 tahun. Satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras kurikulum, latihan dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan kanak-kanak.
* Permata Seni membabitkan latihan pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang seni. Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
* Permata Pintar bertujuan membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang. Program ini akan dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns Hopkins, Amerika. Pengambilan kumpulan pertama akan dibuat pada 2011.
* Permata Insan bertujuan melatih pelajar supaya memahami, mendalami dan mengaplikasi ilmu yang berteraskan Al-Quran. Program ini dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12 tahun.
Selain itu, Permata akan turut melaksanakan program Perkasa Remaja untuk melatih dan membimbing remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala sosial. Program yang dikendalikan oleh UKM ini akan membolehkan belia dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat dan negara. Program Permatadiperkenalkan di 457 pusat latihan sehingga ini.

23 Oktober 2009

.:CeLaRu vs TeRuJa:.

salam'alaik.salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. untuk seketika kehidupan ana jadi bercelaru. langkah kaki tak sekemas dulu. berterabur tak lagi tersusun. Allahuakbar!
hasrat hati ana ingin benar berkongsi mengenai pengalaman yang ana kutip sepanjang bersama FEMINA'09. satu program yang sangat bagus dan memberikan banyak input berguna.
namun, kesempitan masa mengejar dateline, dalam kesusahan mendapatkan internet kerana broadband telah ana dan rakan2 suspend...mengapa? dua minggu bil berjalan, tapi internet tak dapat digunakan. lalu, semua sepakat hentikan saja, lagipun masa yang tinggal disini kurang sebulan saja lagi.
mengimbau tahun pertama di uni ini, rasanya hujung semester ana semuanya sama. celaru dan kelam kabut. namun sekarang ana sudah mampu menarik nafas lega, kelas terakhir sebagai pelajar di uni telah berakhir tadi.insyaAllah.sangat teruja sebenarnya...moga semuanya berjalan dengan baik.
memandangkan sudah berada di tahun akhir dan juga semester akhir, maka kami telah menagadakan sesi fotografi. terlalu banyak kenangan indah yang kami lalui bersama.
suka...duka..pening...semua dirasakan terlalu pantas pergi. tanpa sedar ana mengalirkan airmata. ana sangat sayangkan semua rakan-rakan sekelas, biarpun ana antara kami tidaklah serapat mana, namun perkenalan itu telah membibitkan rasa rindu walaupun belum terpisah.
Celaru???masih lagi dalam mood itu kerana feedback daripada tempat praktikal belum ana perolehi. cuak juga, rakan2 lain ramai yang dah dapat. moga Allah permudahkan semuanya.insyaAllah.ameen.

wajah2 ceria bakal kaunselor professional Malaysia.hehehe...

10 Oktober 2009

:**RiNDu**:

Salam'alaik.salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam kerinduan hamba yang Lemah kepada hamba-Nya, juga kerinduan pada junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam. Salam kerinduan insan kerdil ini pada tetamu2 teristimewa yang pernah bertamu diruang hati. Salam kerinduan buat ayah bonda, adik-beradikku..jantung hatiku. Salam kerinduan buat teman-teman seperjuangan yang jauh dimata, namun pasti selamanya tersemat di sudut paling istimewa dalam hati dan ingatan ana. Salam kerinduan buat adik-adik yang datang dan pergi, yang sentiasa berada disisi, juga salam kerinduan kepada semua yang pernah singgah di ruang hati ana. Sesungguhnya saat ini ana amat merindui semua dan siapa saja yang pernah hadir dalam hidup ana.
Ana rindu keriuhan berada dalam program di sekolah lama...
Ana rindu pada suasana Tarbiyyah dalam setiap program yg ana sertai...
Ana rindu pada Halaqah mesra membisikkan surat2 cinta dari Yang Maha Esa...
Ana rindu menempuh masa sukar bersama sahabat yang tak lekang dengan kata semangat...
Ana rindu pada masa sibuk yang kian mendekatkan ukhuwwah ana dengan sahabat2...
arghhh!!!terlalu sukar bilamana rasa rindu ini datang bertamu..menyesakkan dada bila tak mampu menanggung lagi rasa rindu ini. mengapa harus hati dilanda rasa rindu itu...
Adakah kerana masa lalu yang pergi dan tak kembali lagi...tewaskah ana pada kehidupan bila terlalu merindui masa lalu. hingga hilang motivasi menempuh hari esok yang bakal tiba...
mengapa sukarnya mengikis kenangan lalu yang seringkali menganggu fikiran..namun apakah kenangan itu perlu dipadamkan...
hakikatnya..ukhuwwah itu terlalu bernilai...tidak mampu ditukar ganti walau dengan segala kemewahan yang ada. bila rasa rindu ini datang, mengetuk pintu hati, ana jadi sayu...betapa ramai sahabat2 yang telah ana terputus hubungan. alangkah ruginya..maafkan ana...


***jangan pening..biar ana saja yg pening...('_')

08 Oktober 2009

..:SiaPa DaLaM iSTiKHaRaHku???:..

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. moga redha-Nya sentiasa bersama kita.
Alhamdulillah, Allah memberi kelapangan waktu untuk ana hadir dalam program anjuran Helwa PMAPIUM kali ini. Saat hati berkecamuk dan telah menganggu sahabat-sahabat(jazakumullahu khairan kathira,sudi layan soalan yg ntah ape2) dengan persoalan mengenai persoalan istikharah, ana menerima undangan ke program ini. Allahuakbar!
Pertamanya, panel yang diundang membuat ana makin teruja untuk ikut serta talk ini. sdri Fatimah Syarha, penulis novel islami yang amat ana kagumi. namun, di saat akhir beliau tidak memberi komitmen atas urusan yang tak dapat dielakkan.tempat beliau diganti oleh ust Dzulkhairi Md Noor, satu sosok insan yang juga ana amat hormati.
Di awal majlis lagi telah dijelaskan, istikharah bukan hanya dalam soal mencari pasangan hidup. malah sepatutnya ia dilakukan dalam segenap hal. kerana matlamat hidup seorang insan itu adalah untuk mendapatkan REDHA Allah. ana memetik kata ukhti Musayyadah"Terima apa yang Allah tetapkan...terima apa yang Allah beri...Terima dengan Redha Ilahi.."
Ditambah dengan cerita yang ust Dzul bawakan, ana makin memahami erti istikharah yang sebenarnya.sebelum ini, ana hanya mendengar pesan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah supaya mengamalkan solat sunat istikharah setiap malam sebelum tidur. Dan malam ini bila Prof Madya Mohamad Kamil dan Ust Dzul menjelaskan persoalan istikharah ini ianya semakin jelas.Alhamdulillah...
"Tidak menyesal bagi orang yang bermesyuarat dan tidak rugi bagi orang yang beristikharah", kata-kata yang diungkapkan oleh ust Dzul ini dijelaskan dengan terperinci oleh Prof Madya Mohamad Kamil dengan mengatakan bahawa 'mesyuarat itu adalah perbincangan antara kita dengan keluarga ataupun rakan-rakan, manakala 'istikharah' pula urusan kita dengan Yang Maha Pencipta. Lengkaplah sebuah kehidupan bila hablul minallah dan juga hablul minannas dijaga. Istikharah dilakukan hanyalah bilamana perlu membuat pilihan antara benda baik. jika salah satunya buruk, maka saat itu...istikharah tidak perlu dalam membantu memilih kerana pastinya kita akan memilih yang baik.
walaupun dikalangan audiens membangkitkan persoalan mengenai istikharah dalam pemilihan pasangan, ada juga yang menyedari kepentingan istikharah dalam urusan hidup yang lain. ana lantas teringat pesan ayah' jika kita betul mengharapkan keberkatan dalam kehidupan, beristikharahlah dalam apa juga keputusan biarpun ianya hanya keputusan dalam hal-hal kecil.
hasil perbincangan dengan sahabat, majoriti mengatakan jawapan istikharah tanya pada hati, kalau tenteram insyaAllah baik, kalau gelisah itu tandanya tidak baik, namun syarat utama perlu lulus dulu...apa?HATI MESTI BERSIH...insyaAllah.
kata Prof Madya Mohamad Kamil lagi, usai istikharah berpeganglah dengan ayat Allah..."Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal".-surah Ali Imran:159
ana temui satu artikel yang ana ingin kongsikan dengan semua.moga hidup kita lebih terarah menuju redha-Nya...insyaAllah.
**kata ust Dzul, muslimat mengambil masa yang agak lama dalam soal istikharah.kenapa ya?
wallahua'lam...

...Temukan pilihan terbaik dalam istikharahmu...

Dalam kehidupan di dunia, kita sering dihadapkan oleh beragam pilihan dalam bentuk keputusan. Apakah dalam masalah jodoh, pekerjaan, pendidikan, urusan rumah tangga dan hampir segala aspek kehidupan. Dan yang perlu diketahui bahwa yang namanya pilihan bukan hanya melulu kita memilih satu diantara dua, tiga dan seterusnya. Misalnya memilih A atau B. Tapi bisa juga memilih itu hanya A saja. Tapi tetap saja itu pilihan karena memilih A, ya atau tidak.
Dalam hal pilih-memilih pastilah kita menginginkan pilihan yang terbaik. Jangan sampai kita salah memilih karena akan berdampak atau beresiko dikemudian hari. Kalau ternyata pilihan yang kita ambil adalah pilihan yang tepat beruntunglah kita.Tapi bagaimana kalo pilihan yang kita ambil salah yang berabe lah semuanya. Tapi yang perlu diperhatikan pilihan itu sebaiknya juga terbaik menurut Allah. Karena kadang kita sebagai manusia sering hanya ingin memilih yang kita anggap enak, indah dan mudah untuk dijalanin. Padahal belum tentu yang indah dan mudah itu adalah yang terbaik menurut kita.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ( QS Al Baqarah : 216 )
Rasulullah menganjurkan kita untuk sholat Istikharah. Menurut artikel yang pernah saya baca kata Istikharoh berasal atau berakar dari kata ” khiyarah” ( Pilihan ). Sholat Istikharah bisa dikatakan sebagai usaha untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dengan cara memohon petunjuk kepada Allah lewat shalat. Selain memohon petunjuk yang terbaik kepada Allah, sholat istikharah juga dapat digunakan untuk meyakinkan keputusan kita. Ketika kita bimbang atau ragu-ragu dengan pilihan kita sholat Istikharah dengan memohon ketetapan hati sangat dianjurkan.
Syarat utama dalam sholat istikharah salah satunya adalah harus netral. Maksud netral disini hati kita benar-benar tidak condong kemanapun. Tidak memihak pilihan manapun. Karena jika beristikharah namun hati kita masih memihak pada salah satu pilihan kita maka hasilnyapun akan semu atau ragu. Mungkin itu hanya bisikan setan atau bahkan karena nafsu kita saja yang hanya menginginkan sesuatu yang kelihatannya baik untuk kita. Selain hati kita harus benar-benar bersih ketika sholat istikharah kita haruslah Ikhlas. Mengapa? Karena bisa jadi setelah kita sholat keputusan atau pilihan dari Allah adalah sesuatu yang mungkin tidak kita harapkan. Untuk itu kita harus ikhlas apapun yang telah menjadi pilihan kita. Percayalah bahwa Allah menciptakan sesuatu tidak lah untuk sia-sia belaka. Pasti ada hikmah di dalamnya, jika kita beriman kepada-Nya.
"Salah satu dari kebahagiaan anak Adam adalah menyerahkan pilihannya kepada Tuhan-Nya, dan keridhaannya terhadap ketentuan. Dan salah satu kesengsaraan Bani Adam adalah meninggalkan istikharahnya kepada Allah ta'ala dan membenci setelah adanya ketentuan." (HR Abu Asy-Syaikh Ibnu Hibban, Al-Ashbahani dan Al-Bazzar).
Hasil dari sholat Istikharah bermacam-macam. Ada beberapa yang mengatakan lewat mimpi, ada juga lewat ketetapan hati dan juga ada yang jalannya atau urusannya dimudahkan oleh Allah. Seperti yang terlantun dalam doa Istikharah yang antara lain :
Ya Allah, Berikanlah pilihanMu dengan ilmuMu, berikanlah keputusanMu dengan kekuasaanMu, berikanlah nikmat yang agung dariMu. Engkau yang Maha Menguasai sedangkan aku tidak. menguasai apapun, Engkau yang Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui apapun. Ya Rabb jika urusan ini memang yang terbaik untuk hidupku di duniaku maupun diakhiratku maka mudahkan dan dekatkan padaku. Namun jika urusan ini memang buruk untuk hidupku di duniaku dan akhiratkumaka jauh kan dariku dan gantilah dengan yg lebih baik".
Ketika kita bimbang, ragu akan semua masalah yang menghimpit kita. Ambillah air wudhu, dirikan 2 rakaat sholat sunnat Istikharah dan serahkan semuanya kepada Allah azza wa jalla yang menguasai hidup kita, yang menggenggam hati kita, satu-satunya tempat bermohon dan sebaik-baiknya tempat berlindung. Semoga Allah memilihkan yang terbaik dalam hidup kita, di dunia dan akhirat. Karena pilihan Allah pastilah yang terbaik untuk hambanya. Amin

06 Oktober 2009

JaNGaN DiTaNGiSi aPa YaNG BuKaN MiLiKmu..

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. salam ketenangan di pertengahan Syawal. moga minda lebih positif mendepani jaluran kehidupan yang berliku-liku...ana sertakan artikel yang ada dapat daripada rakan.harapnya bahasa yang terarah lebih kepada dialek indonesia tidak merumitkan sahabat-sahabat untuk memahami artikel ini...insyaAllah.

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang.
Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki.
Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya."Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)
Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: "Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, karena aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya."Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)
Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: "Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, karena aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

02 Oktober 2009

...KeRaNa aKu iNSaN BiaSa...

Saat kata-kata tak punya makna
biar letih bibir
menutur kata
tetap tidak berguna
saat diri hilang hak
membela...mempertahan diri
tiada erti lagi airmata
walau selaut dicurahkan
dimana perginya simpati
kemana hilang belas kasihan
luputnya persefahaman
kepentingan diri diutamakan
perasaan sendiri difikirkan
bagaimana harus aku katakan
bahawa aku cuma manusia biasa
alpa..lalai..leka..dan
lupa itulah fitrahku
yang aku pinta bukan
sindiran atau cemuhan
tapi teguran..nasihat berhikmah
yang mampu mengejutkan aku
dari kealpaan dan salah langkah
kerana aku
tiada upaya untuk sentiasa melihat
dan merasa
setiap tindakanku yang adakalanya
di luar batasan
andai kata maaf
mampu menjernih suasana
mengembalikan kemesraan
ku susun jari sepuluh
dengan kerendahan hati
ku pohon ampun maaf
kemaafan itu harapnya menjadi milikku
kerana aku insan biasa
yang punya rasa dan jiwa...

16 September 2009

:.:TiTiPaN MeSRa MeNJeLaNG HaRi KeMeNaNGaN:.:



Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang.Salam kesayuan menjelang berlabuhnya tirai Ramadhan. apakah akan ada lagi Ramadhan untuk ana dan kita nanti. Ramadhan kali ini sangat bermakna. Ramadhan terakhir ana sebagai seorang pelajar. Masa di isi sebanyak mungkin dengan program yang mampu mengukir satu kenangan indah bilamana ana tidak lagi disini kelak. Ramadhan yang agak berbeza bilamana ana dan sahabat mampu mengisinya dengan kemanisan ukhuwwah yang sejati. dan hari ini, kami akan membawa haluan masing-masing untuk pulang ke kampung. bukannya tidak bertemu lagi selepas ini, namun suasana sayu pagi tadi begitu berbekas di hati ana. mengambil kesempatan terakhir untuk bersalam-salaman. tak sedar airmata mengalir saat menghadiahkan peluk cium buat ahli bait tercinta...tangan dihulur maaf dipinta..untuk Ramadhan yang Syawal selepas ini pasti berbeza tanpa kehadiran mereka.
ana akan pulang petang nanti. usai sahaja majlis iftor PERKUM, selesai tanggungjawab ana, ana akan mengatur langkah untuk pulang ke Rawang dan bertolak selepas subuh esok.InsyaAllah...doakan perjalanan ana dan family.
Selepas raya mungkin punya peluang untuk mengemas kembali teratak ini. jadi di kesempatan ini, ana mengambil ruang dan peluang memohon ampun maaf.buat sahabat2,teman2, adik2,abang2,kakak2 juga sesiapa sahaja yang sudi menjenguk teratak ana juga buat yang mengenali ana secara langsung, mohon maaf atas salah dan silap sepanjang perkenalan.
Moga semangat Ramadhan terus membara biarpun kita sudah keluar daripada madrasah ini nanti. Moga Ramadhan kali ini menjadikan insan yang lebih berkualiti dari sudut iman, taqwa, akhlak dan peribadi serta seluruhnya.doakan kita sama-sama terus istiqamah selepas ini.
Buat semua Jemput ke rumah berhari raya nanti..
Salam Eid MuBarak
Minal 'aidil wal faiziiin..Kullu 'aam wa antum bikhair...
Hati2 Pulang Beraya...Moga Selamat Sampai bersama ayahbonda juga insan2 tersayang.
Assalamualaikum...


KPI RaMaDHaN: Di MaNa KiTa?


HARI ini sudah 26 hari umat Islam menunaikan ibadat puasa Ramadan. 3 hari lagi, seluruh Muslim akan menyambut hari kemenangan, Aidilfitri.Pada penghujung Ramadan ini, apabila kedudukan kita sebagai umat Islam dalam menjalani ibadat berpuasa, adakah semakin bersemangat atau sudah lembik?Jika mengikut Indek Prestasi Kerja (KPI), adakah kita sudah mencapai standard yang ditetapkan Allah atau masih jauh dari sasaran?Jika kita teguh dengan kata-kata, pada awal Ramadan rahmat, dipertengahannya mendapat keampunan dan hujungnya dijauhkan daripada api neraka, Alhamdulillah kita di jalan yang betul.

Bagaimanapun, jika pada awalnya saja bersemangat, tetapi di pertengahan lemah dan di hujungnya terkulai, rugilah ibadat puasa yang dijalankan sepanjang Ramadan.
Melihat tabiat umat Islam di negara ini setiap kali kehadiran Ramadan, kadangkala kita tertanya-tanya, apakah mereka faham tujuan berpuasa Ramadan.Jika meninjau kebanyakan masjid, pada awal Ramadan, jemaah penuh menunaikan solat Tarawih, tetapi pada pertengahan dan hujungnya, jumlah mereka tinggal separuh daripada kapisiti jemaah.Mengapa perkara itu boleh berlaku? Jika pada awal Ramadan, masjid penuh dengan jemaah yang menunaikan solat Tarawih, sepatutnya di pertengahan dan hujungnya, keadaan adalah sama.


Tetapi, sayangnya tidak begitu. Kebanyakan masjid suram di hujung Ramadan. Ramai umat Islam sibuk membuat persiapan Aidilfitri, membuat kuih raya, bermain mercun atau berpusu-pusu ke pusat beli-belah.Justeru, di mana KPI berpuasa mereka sepanjang Ramadan ini? Perunding Motivasi Human-Touch Consultant, Mohd Zawawi Yusoh, berkata sebahagian umat Islam semakin hilang stamina beribadat dan jumlah jemaah menunaikan solat tarawih merudum pada hujung Ramadan."Malah, jemaah makin maju ke depan, sebabnya di belakang sudah kosong dan makin kurang jemaah."Sepatutnya makin ke hujung Ramadan makin seronok dengan janji fadilat Ramadan," katanya.Persoalannya, mengapa fenomena begini berlaku dan tidak serupa semaraknya ketika awal dahulu?
Ibadat yang dilakukan bukan saja berkurang kuantitinya malah kualitinya boleh dipersoalkan. Mengapa umat Islam di negara ini tidak mahu mencari fadilat pada 10 malam terakhir Ramadan yang terkandung satu malam yang sangat berkat, iaitu Lailatul Qadar?Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, Baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah dalam al-Quran.
Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih, Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak. Jika bertemunya, berdoa untuk kebaikan, kesejahteraan dan keampunan. Mohd Zawawi berkata, generasi salafussoleh dahulu makin tidak senang duduk apabila Ramadan makin memasuki penghujung kerana bersemangat hingga bergilir tidur, bangun dan saling mengejutkan yang lain untuk qiamullail."Boleh jadi juga tanggapan tak betul dalam menghayati ibadat Ramadan. Kalau beribadat hanya ikutan sahaja, dorongan memang tak kuat. Bukan sahaja tak kuat, tetapi tak dapat bertahan, hanya main ikut 'mood'."Hari ada 'mood', beribadat bukan main manakala hari tak ada 'mood' main-main pula beribadat," katanya, sambil menegaskan: "Beribadat bukannya boleh dibuat main-main sebab ibadat hendak masuk syurga."Hadis Nabi s.a.w bermaksud: "Jalan ke syurga penuh dengan duri manakala jalan ke neraka penuh dengan seronok dan lalai." Solat katanya, memang duri bagi mereka yang tidak bersungguh-sungguh, manakala Tarawih beratnya dirasa seperti ditusuk duri."Duduk lama sedikit ketika bertadarus tidak tahan, sebab terasa macam duri," katanya.Beliau berkata, dek salah faham antara makna Ramadan dan bulan puasa juga menjadi sebab kenapa ramai cepat sangat malas menggandakan ibadat?"Kalau difahami ini bulan puasa, seolah-olah bulan ini hanya untuk puasa. Orang ajak buat kerja lebih sedikit, dia kata ini bulan puasalah. "Apabila diajak bergotong-royong, dijawab ini bulan puasalah dan bila hendak buat kursus ketika bulan puasa, terus disanggahnya, 'ini bulan puasa', seolah-olah bulan ini bulan rehat saja."Berbeza dengan kefahaman Ramadan, sebab apabila difahami ini Ramadan bermakna bulan ini bukan hanya untuk berpuasa."Malah, bulan ini menjadi penghulu segala bulan kerana sangat banyak ibadat yang perlu dilakukan sebagai pakej," katanya.

Menurutnya, bulan ini juga adalah bulan mencipta prestasi kerana dalam sejarah Islam, perang pertama berlaku dalam keadaan lapar kerana berpuasa."Boleh jadi juga semakin tidak bersemangat sebab jahil mengenai ganjaran dan nilai yang terkandung dalam ibadat pada Ramadan. "Inilah akibatnya tak bersedia dengan ilmu ketika menyambut kedatangan Ramadan. Tak baca dan menelaah kembali hakikat tawaran Allah."Sehingga yang terpikat bukannya tawaran Allah, tetapi lebih kepada jualan murah 'beli dan belah'. Membeli bukan main sakan, tetapi bab ibadat asyik belah saja," katanya.

Kekurangan stamina sebelum Ramadan lagi, katanya, menjadi satu lagi punca yang menyebabkan momentum beribadat ketika Ramadan tidak begitu stabil."Benarlah doa Nabi s.a.w yang bermaksud: "Ya Allah berkatkan Rejab dan Sya'ban serta panjangkan umur sehingga Ramadan.""Rupanya kerajinan beribadat sepatutnya sudah bermula persiapannya sejak Rejab lagi dan kalau ikut sepatutnya memang sejak baligh lagi sudah kena rajin beribadat. "Kalau sudah mula berazam nutuk bersungguh ketika Rejab lagi taklah terkejut melayani dan menangani jadual ibadat Ramadan. "Bayangkan kalau jarang ke masjid, tetapi bila saja tiba puasa hendak berterusan 30 hari ke masjid. "Rasanya, mungkin tak larat. Begitu juga dengan membaca al-Quran, berbulan-bulan tak ada jadual membaca al-Quran, tiba-tiba hendak khatam 30 juzuk, memang berat sangatlah," katanya.

Tanggapan sesetengah pihak yang berasakan usianya masih panjang dan muda juga menyebabkan ibadat Ramadan tidak dilakukan bersungguh-sungguh sehingga ke akhir bulan. "Sekarang masa bersuka ria, masih bujang lagi, nanti apabila sudah kahwin atau bila tua barulah ibadat betul-betul dan ini pun satu punca tidak bersungguh dalam beribadat. "Kalau yang muda terasa masih awal serta banyak lagi peluang dan ruang, kerenah yang tua pula mula pasang angan-angan walaupun ramai teman taulan sudah jalan."Mati bukan ikut usia dan penyakit, tetapi rahsia Allah. Marilah pada kesempatan Ramadan yang masih berbaki kita bersungguh-sungguh menggandakan ibadat."Ini supaya kita berasakan kehangatan pesta ibadat menjadi hiburan dan pengisian rohani agar bersiap dengan bekal mencukupi di alam selepas dibangkitkan semula," katanya.

15 September 2009

..:MaHaSiSWa MaLaS MeMBaCa???:..

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Ramadhan kini sudah hampir kepada penghujungnya.terasa begitu cepat masa berlalu.semalam berkesempatan bersama-sama menyertai majlis berbuka puasa bersama rakan sekelas. sementara menunggu waktu berbuka, ana sempat menyelak akhbar Harian Metro. tiba-tiba bila saja membuka ruangan bestari,terpampang tajuk besar"Mahasiswa Malas Membaca".lantas ana dan sahabat2 membincangkan kerelevanan tajuk tersebut.lalu teringat kata-kata yang sering diungkapkan oleh sifu kami, Prof Suradi Salim.beliau selalu mengatakan bahawa mahasiswa kini sangat malas untuk membaca. belajar hanya untuk lulus periksa dan kemudian apabila keluar wujudlah individu yang disebut sebagai 'good for nothing'.tempoh 3-4 tahun yang diperuntukkan di universiti belum tentu boleh menjadi indicator kepada bijak dan pintarnya seorang mahasiswa menguasai ilmu pengetahuan. terasa berbahang muka bilamana dikata begitu namun ana akui itu adalah hakikat mahasiswa kini. ana sendiri kurang mendepani isu, namun dikalangan mahasiswa yang malas membaca itu ana bukanlah orangnya.insyaAllah...
jadi disini, ana kongsikan artikel yang diterbitkan mengenai isu ini. moga mahasiswa/i lebih seronok membaca dan menguasi ilmu daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.harapnya jangan sampai suatu hari nanti level mahasiswa sama dengan mereka yang menghabiskan masa merayau-rayau dijalanan...

"BUKU mengasuh diri sasa bersuara, membaca menjadi jambatan bertuah, kita merindu buku dan ghairah baca, agar sentiasa canggih dan berhemah". Itulah kata-kata Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said menggambarkan betapa pentingnya membaca.
Selain itu, kempen membaca setiap tahun menunjukkan budaya membaca perlu ditanam dalam masyarakat terutama pelajar.Namun, sejauh mana kempen itu memberi impak dan kesedaran kepada masyarakat terutama mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT)? Benarkah berlaku kegersangan minat membaca di kalangan mahasiswa sehingga ia dijadikan topik perbincangan Wacana Malaysia Membaca di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.Majlis anjuran pelajar semester empat jurusan Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat, Pengurusan Pusat Sumber itu mendedahkan kepincangan membaca di kalangan mahasiswa.Tetapi pelik juga, mengapa mereka yang melanjutkan pelajaran di menara gading itu tiada minat membaca?Jika tidak membaca, bagaimana mampu memperoleh diploma atau ijazah? A Samad melihat senario golongan muda khususnya pelajar IPT hanya membaca buku teks untuk mendapatkan segulung ijazah dan selepas itu, mereka tidak lagi membaca.Kebanyakan pelajar masa kini juga ghairah membaca bahan bacaan sia-sia, hiburan dan berbau seksual. Tetapi, apa faedah pelajar peroleh daripada bahan bacaan sedemikian?"Banyak ilmu diperoleh daripada membaca dan buku adalah sumber ilmu sangat berharga, bukan sekadar lulus peperiksaan," katanya. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Khairusy Syakirin Has Yun Hashim, berkata secara persepsinya, pelajar universiti kurang membaca dan hanya berkepit dengan buku bersifat ilmiah.Beliau berkata, mereka membaca hanya untuk lulus peperiksaan serta memenuhi kriteria pemarkahan kerja kursus.Namun, berdasarkan kajian terhadap 42 pelajar IPT mendapati mereka minat membaca walaupun skop tertumpu kepada karya fiksyen.
"Kesimpulan daripada kajian ini membuktikan pelajar membaca lebih daripada lima buku setahun."Kajian itu turut mengubah kajian yang pernah dilakukan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) satu ketika dulu yang mengatakan rakyat di negara ini hanya membaca dua buku setahun," katanya.Namun, dari segi pembelian bahan bacaan di kalangan pelajar, hanya 48 peratus pelajar membeli buku dan baki 52 peratus tidak membeli buku."Ini bukan bermakna pelajar tidak membaca, sebaliknya kebanyakan mereka menggunakan perpustakaan universiti atau koleksi keluarga sebagai sumber mendapatkan bahan bacaan."Kebanyakan pelajar mahu membeli buku tetapi faktor harga membantut hasrat mereka, akhirnya mereka tidak membeli apa-apa."Kebanyakan buku ilmiah yang diimport mahal dan di perpustakaan, jumlahnya kecil berbanding mereka yang meminjam," katanya.
Justeru, bagi menangani masalah itu dan menambah minat membaca, Khuirusy menyarankan gerakan membaca perlu lebih digiatkan terutama di kalangan pelajar."Wujudkan pengurusan pembacaan di universiti sebagai lambang kepada bermulanya satu generasi baru yang minat dan menyintai buku," katanya.
Bagi bekas Pegawai Perancangan Bahasa Kanan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Jaafar Abdul Rahim, kegersangan minat membaca di kalangan pelajar IPT memang ada tetapi itu tidak penting.Menurutnya, apa yang perlu difokuskan adalah mereka yang minat membaca dan pelajar patut memburu gelaran pakar buku dengan membuka pemikiran melalui pembacaan dalam pelbagai bidang."Biasanya kita memperdebatkan mereka yang tidak minat membaca tetapi bagaimana pula mereka yang gila membaca?"Dengan membaca, mereka punya idea selain membangunkan karakter seseorang."Justeru, saya meminta pensyarah memberi markah lebih kepada pelajar yang memberikan idea bernas, bukan 100 peratus daripada nota," katanya.Jaafar berkata, ilmu berubah setiap masa dan ia mengikut peredaran masa. Justeru, sebagai masyarakat terutama pelajar, kita perlu mendapatkan ilmu itu dengan membaca.
"Pembacaan bahan bacaan tidak akan mati walaupun teknologi kini semakin canggih kerana walau apapun yang terjadi, buku akan kekal menjadi sumber ilmu sampai bila-bila," katanya.Sementara itu, bagi pelajar tahun akhir Pengurusan Maklumat, Mohd Nabil Zulhemay, 24, berkata minat membaca itu akan lahir jika bahan bacaan itu difahami selain diminati.Bagaimanapun, daripada minat sebenar pelajar untuk membaca, katanya, kebanyakan pelajar hanya membaca buku untuk mendapatkan ijazah."Sebagai pelajar, saya tidak menafikan kebenaran terhadap kerisauan A Samad itu kerana pelajar hanya membaca untuk lulus peperiksaan."Mereka gemar keluar dengan rakan atau menghabiskan masa melakukan aktiviti lain selain membaca. Jika membaca pun, majalah hiburan," katanya

12 September 2009

Tanda Lailatul Qadar

Antara tanda-tanda dalam mengetahui Lailatul Qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai Lailatul Qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat Imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda Lailatul Qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat Iam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ubadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Malam Lailatul Qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram)".

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Malam Lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk".

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Wallahua'lam.

10 September 2009

JoM TiNGKaTKaN iBaDaH, RaiH PaHaLa BeRGaNDa!!!

Salam Ukhuwwah dan Salam Kasih Sayang..
Salam Ramadhan Kareem di fasa terakhir..dimana kita dijanjikan pembebasan daripada api neraka pada fasa ini. Belum habis kegembiraan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh Rahmat ini, kini kita telah berada di fasa akhir Ramadhan. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita, jadi..Jom! kita gandakan amalan...lakukan kebaikan..manfaatkan peluang ini..moga kegembiraan kedua yang dijanjikan iaitu kegembiraan saat kita bertemu Pencipta kita Rabbul Jalil nanti menjadi milik kita...ameen.
Selamat meneruskan keghairahan menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan...sebagaimana kita berlumba-lumba mengejar tarikh SALE di gedung membeli belah diharapkan kita lebih ghairah peka kepada tawaran hebat yang ada pada bulan mulia ini...
wallahua'lam...

07 September 2009

.:HiDuP DeMi SeBuaH KeHiDuPaN:.

Salam ukhuwwah dan Salam Kasih Sayang...
Moga semarak semangat Ramadhan masih membara di dada.Ramadhan kali ini terasa amat cepat berlalu. Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kesihatan fizikal dan iman untuk mengimarahkan bulan penuh barakah ini.pejam celik..pejam celik...dah masuk 18 Ramadhan. teringat ana pada pesanan ringkas yang ana terima daripada Zanariah,sahabat baik semasa dibumi tarbiyyah, Madrasah Al-Khairiah di awal Ramadhan lalu..."Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Ramadhan...Makin dipejam celik, makin banyak salah dan dosa..sementara masih celik, banyak-banyaklah buat pahala...sebelum pejam tak celik-celik.."
Mungkin kedengaran ada kelucuan pada pesanan tersebut, namun ana pantas teringat betapa akhir-akhir ini makin banyak kematian yang tiba secara mengejut. berborak dengan sepupu ana semalam, katanya salah satu tanda besar kiamat, ramai manusia mati mengejut..wallahua'lam.
'alaa kulli hal...mati itu sebenarnya terlalu dekat dengan kita. dan kita tidak tahu bila masanya kita akan dipanggil 'pulang'.terlalu bermakna kehidupan ini untuk dimanfaatkan demi sebuah kematian yang bakal tiba. bilamana setiap saat dalam kehidupan kita gunakan untuk menyediakan bekalan yang semampu mungkin untuk berhadapan dengan kematian, insyaAllah kehidupan kita akan menjadi sebuah kehidupan yang amat bermakna.
Ingin ana kongsikan pengalaman yang ana lalui beberapa hari lalu. ana dijemput untuk bersama-sama HELWA MPMUM dalam program iftor bersama pimpinan muslimat peringkat Kolej,Persatuan Agama dan juga anak negeri. terlalu bermakna program ini ana rasa, bukan pada makanan jasmani yang disajikan namun lebih kepada santapan rohani yang ana kira cukup memberi kesan pada diri ana. mungkin susuk tubuh penyampai itu yang membuatkan ana cukup tersentuh dengan apa yang disampaikan. mungkin pada pendengaran orang lain ianya biasa, namun pada ana walaupun bukan kali pertama mendengar amanat yang sebegitu daripada individu yang sama, namun ana tetap tidak mampu menahan airmata ana daripada tumpah bilamana ana menghayati tipa bait kata yang dilontarkan.
Insan yang ana maksudkan ialah Puan Mastura Mohamad atau lebih mesra dipanggil K.Mas, mantan pengarah Nisa' Malaysia. jujurnya ana amat mengkagumi insan ini. melihatnya sudah cukup buat ana bersemangat, mendengar ungkapan katanya meresap terus ke hati ana. apa saja yang keluar dari mulutnya cukup memberi makna kepada ana. beliau sering menekankan betapa seorang anak amat-amat-amat perlu menjaga hati dan perasaan ibu dan ayah. apatah lagi kepada pejuang-pejuang muda yang sering terkurang waktu bersama ayah dan ibu. amatlah penting untuk menjaga hati dua insan mulia ini.
'Small kindness' adalah satu lagi antara pesanan yang selalu K.Mas sering amanatkan. menghargai orang lain adalah satu small kindness yang boleh kita buat yang tak memerlukan sebarang modal, malah seringkali memperolehi keuntungan. contohnya, memenuhi jemputan orang lain bagi memeriahkan majlis. apa yang ana amat perasan dengan K.Mas ialah sikap beliau yang sangat memuliakan orang lain. seboleh mungkin beliau akan cuba memberi penghargaan kepada individu yang sepatutnya diberi penghargaan. dan sesiapa sahaja yang menemani beliau ke majlis2 yang beliau hadiri, insan tersebut akan diberi peluang untuk turut sama menyampaikan sesuatu. ana amat terkesan dengan sifat yang satu ini...
"apa yang ada kita syukuri jangan difikir apa yang tidak ada dengan kita".kata2 ini begitu mengajar ana untuk menghayati erti kehidupan ini. betapa sifat qana'ah itu menjadi hal terpenting dalam menempuh sebuah kehidupan. dunia hari ini memerlukan kita hidup dengan mujahadah yang tinggi demi sebuah kehidupan yang abadi.Syukurilah apa milik kita sementara ia masih milik kita. terlalu banyak perkara untuk disyukuri berbanding daripada kita perlu pening kepala memikirkan apa yang belum pasti....
apa pun ana berazam untuk menjadi seperti beliau. mendidik diri untuk menjadikan kata-kata kita mudah diterima dan difahami bukanlah satu perkara yang mudah. moga Allah mengurniakan kekuatan untuk ana istiqamah dalam usaha ini. ameen...

03 September 2009

HiKMaH SuJuD...

Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w..t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Wallahua'lam..

30 Ogos 2009

BiCaRa MeRDeKa..PeRJuaNGaN BeLuM SeLeSai

Salam Ukhuwwah dan Salam kasih sayang untuk rakyat Malaysia yang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-52. dalam suasana yang penuh kerahmatan moga kita akan lebih bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang bukan semua negara mampu memilikinya. pastinya sambutan kemerdekaan negara pada kali ini amat berbeza,tanpa sambutan seperti sebelum ini diharapkan kurang kemungkaran yang dilakukan menjelang hari kemerdekaan. bukan semua orang mengerti makna kemerdekaan yang sebenar. anak muda ramai yang mengandaikan kemerdekaan menjadikan mereka merdeka untuk berfikir dan bertindak mengikut nafsu dan akal yang dangkal. tak kurang yang mendefinasikan merdeka sebagai satu titik tolak kepada kebebasan untuk melakukan semua perkara tanpa sekatan.
Dua tahun berpeluang mengikuti program di malam merdeka, ana dapat lihat dengan mata kepala sendiri betapa anak bangsa kita ini makin hanyut, mungkin mereka gembira melaung kata merdeka namun hakikat sebenar mereka masih terjajah dek sikap dan minda sendiri. hingga ke hari ini ana tidak dapat berpuas hati setiap kali ulangtahun kemerdekaan di sambut. untuk apa semua itu?andai bangsa ini sebenarnya belum merdeka?menyambut kemerdekaan hanya kerana keseronokan...ana yakin andai disoal anak2 muda yang terpekik terlolong melaung merdeka dalam deruan motosikal yang kuat, bersambut hilai tawa antara satu sama lain, mereka sebenarnya tidak tahu apa itu erti merdeka yang sebenar...
Dengan izin Allah, sambutan Kemerdekaan kali ini sedikit terjejas dengan wabak H1N1 yang menyerang dan juga atas sebab menghormati bulan Ramadhan yang mulia maka sambutan seperti kebiasaannya tidak diadakan. namun mampukah sebab itu menjadi penyebab kepada terhapusnya kemungkaran yang seringkali berlaku dalam sambutan hari kemerdekaan. adakah kita yakin anak muda kita berada dirumah menghayati kemerdekaan dalam kesyahduan Ramadhan atau....? fikir-fikirkan...

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini,
jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir MohamadMei 1996

27 Ogos 2009

"SeSuNGGuHNYa TiaDa KeMeRDeKaaN TaNPa PeNGoRBaNaN"

Persekutuan Tanah Melayu(disebut Malaya sebelum itu) mencapai kemerdekaan secara mutlak pada hari Sabtu, 31 Ogos 1957. walaupun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tidak dicapai menerusi pertumpahan darah sebagaimana negara-negara Asia lainnya namun jerit-perih dan pengorbanan yang diberikan oleh rakyat pada masa itu dan sebelumnya amatlah besar.jika dikira dari mula pendudukan Inggeris pada 1786 apabila Francis Light mula mengibarkan bendera penjajahan secara rasmi di bumi Tanah Melayu, penentangan menuntut kebebasan telah pun bermula walaupun diperingkat wilayah.Bentuk-bentuk penentangan ini walaupun kecil dan sering dilabel oleh pihak Inggeris sebagai pengkhianat, lanun atau pemberontak namun semangat mereka telah menjadi rujukan kepada pejuang selepas itu. nama-nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Dol Said, Tok Janggut, Dato' Maharajalela, Rosli Dhobi, Mat Salleh, Panglima Hitam, Dato Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lok, Tun V.T. Sambathan, Tunku Abdul Rahman dan ramai lagi telah menjadi sebutan di bibir rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.
Begitu juga semangat yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang turut berjuang menentang pendudukan Jepun dan komunis.Pengorbanan mereka bukanlah kecil tetapi demi negara, nyawa mereka dipertaruhkan seperti Leftenan Adenan, Peristiwa Bukit Kepong dan banyak lagi. semuanya kerana negara tercinta.setelah dilabel sebagai bangsa yang lemah, malas dan tidak bertamadun, rakyat Negara ini mula menunjukkan kesungguhan yang tidak berbelah bagi apabila peluang untuk kemerdekaan mula terbuka selepas Perang Dunia Kedua tamat.pihak Inggeris menerima tamparan hebat oleh pihak Jepun yang mengalahkannya, kesan psikologi dari pendudukan Jepun dan slogan "Asia untuk Orang Asia" serta munculnya rakyat berjiwa nasionalis, desakan mula diberikan kepada pihak Inggeris.
Desakan yang berupa tunjuk perasaan bantahan, berkabung, perhimpunan gerakan kemerdekaan dan rundingan akhirnya membuahkan hasil.pihak Inggeris terpaksa mengaku bahawa penjajahan mereka sudah sampai masanya untuk berakhir pada tanggal 31 Ogos 1957. penjajahan selama 219 tahun dan setelah mengaut kekayaan khazanah negara pastinya tidak lagi dikehendaki oleh rakyat negara ini. pengorbanan pejuang-pejuang kebebasan dan mempertahankan kedaulatan negara haruslah kita kenang dengan ucapan terima kasih dan doa. sesungguhnya tiada kemerdekaan tanpa pengorbanan.

Detik Sejarah Kemerdekaan
* Tuanku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan.
* Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
* Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
* Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian.
* Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957.
* Pada jam 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
* Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang di-Pertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, dikirinya Tunku dan di kanannya Duke.
* Duke menyerahkan 'Instrumen Kemerdekaan' yang merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
* Tuanku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka".
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

19 Ogos 2009

RaMaDHaN DiRiNDui BeRTaNDaNG KeMBaLi


Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang.salam kerinduan pada Ramdhan yang bakal bertamu.Moga Allah memberi keizinan untuk kita melalui Ramadhan kali ini dengan lebih sempurna. ana kongsikan penulisan mengenai Ramadhan untk tatapan sahabat2.Selamat Beribadah.moga madrasah Ramadhan akan melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.insyaAllah...
Ramadhan dirindui bertandang kembali
Mohd Daham Abd Wahab
Alhamdulillah Ramadhan Al Mubarak yang kita rindui kini bertandang kembali. Mereka yang beriman dan yakin pada janji Allah SWT menanti kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan suatu harapan agar mendapat rahmat, pengampunan dan pembebasan dari neraka.
Umat Islam yang benar-benar rindukan Ramadhan menyambutnya dengan penuh syahdu dan mereka berpuasa penuh keimanan serta berusaha menghayati bulan barakah ini dengan pelbagai pengisian wajib dan sunat. Antaranya berdoa kepada Allah SWT.
Apabila seseorang itu mahu berdoa, maka hendaklah mengetahui peraturan dan adab-adab berdoa, diantaranya kita dituntut membuat pembersihan diri, berwudhuk, mengadap kiblat seterusnya:
1. Hendaklah memuji Allah terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan berselawat ke atas jujungan kita Rasulullah S.A.W. Bertepatan dengan hadis Baginda yang bermaksud, “Apabila berdoa oleh seseorang kamu maka hendaklah dimulakan dengan memuji Allah SWT dan memuja-Nya, kemudian hendaklah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.,kemudian berdoalah dengan apa sahaja yang dikehendakinya.”
2. Hendaklah mengangkat kedua-dua belah tangannya ke paras bahu ketika berdoa dan hendaklah menyapu kemukanya apabila sudah selesai dari berdoa. Berdasarkan keterangan hadis yang maksudnya, “Daripada Umar telah redha Allah SWT daripadanya berkata ia: Adalah Rsulullah S.A.W. apabila menghulurkan dua tangannya ketika berdoa, tidak mengembalikan kedua-duanya sehingga menyapu ia dengan kedua-duanya akan mukanya.”-Hadis Riwayat At-Tirmizi.
3. Hendaklah percaya dan penuh yakin setulus hati bahawa doanya diperkenankan oleh Allah SWT dan tidak berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankan-Nya. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya, “ Berdoalah sekelian kamu kepada Allah SWT pada hal kamu yakin diperkenankan dan ketahuilah bahawasanya Allah SWT tidak memperkenankan doa daripada hati orang yang lalai lagi lupa.”- Hadis Riwayat At-Tirmizi.
4. Hendaklah berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta merasakan kebesaran dan kehebatan Allah SWT dalam jiwa kita yang halus serta memperlahankan suara, ini bertepatan dengan firman Allah SWT, maksudnya; “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan secara perlahan(tersembunyi) kerana sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.”- Surah Al-A’raf, ayat 55.
5. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh-sungguh kepada Allah.
Marilah kita memohon pertolongan Allah SWT semoga kita diberi kekuatan, kesabaran, dan istiqamah sepanjang menjalani ibadah puasa seterusnya berusaha mempraktikkan doa-doa berikut:-
Doa Hari Pertama Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang melakukan ibadah malam. Dan jauhkan aku daripada tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku…Wahai Tuhan Sekelian Alam, dan ampunilah aku , Wahai Pengampun para pembuat dosa.
Doa Hari Kedua Ramadhan
Ya Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhaan-Mu. Jauhkanlah aku daripada kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu, dengan rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih daripada semua yang mengasihi.
Doa Hari Ketiga Ramadhan

Ya Allah! Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan da jauhkanlah aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku daripada segala kebaikan yang Kau turunkan dengan kemurahan-Mu, wahai zat Yang Maha Dermawan daripada semua dermawan!
Doa Hari Keempat Ramadhan
Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku untuk menegakkan perintah-perintah-Mu, dan berilah aku manisnya berzikir mengingati-Mu. Berilah aku kekuatan menunaikan syukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu, Wahai Zat Yang Maha Melihat.
Doa Hari Kelima Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah aku antara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku antara auliya-Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutan-Mu wahai Zat Yang Maha Pengasih antara semua pengasih.

Doa Hari Keenam Ramadhan
Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-Mu. Jauhkanlah aku daripada hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai Puncak Keinginan orang-orang yang berkeinginan!

Doa Hari Ketujuh Ramadhan
Ya Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya dan ibadah malamnya(‘nya’ disini mengacu pada bulan Ramadhan). Jauhkanlah aku daripada kelalaian dan dosa-dosa , dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-Mu secara terus menerus dengan taufik-Mu, Wahai Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang sesat.

Doa Hari Kelapan Ramadhan
Ya Allah! Berikanlah aku rezeki berupa lasih saying terhadap anak-anak yatimdan pemberian makan , serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, wahai Tempat Berlindung bagi orang-orang yang berharap.

Doa Hari Kesembilan Ramadhan
Ya Allah! Sediakanlah untukku sebahagian daripada Rahmat-Mu yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, wahai Harapan orang-orang yang rindu.
Doa Hari KE-10 Ramadhan

Ya Allah! Jadikanlah aku antara orang-orang yang bertawakal kepada-Mu, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang menang disisi-Mu dan jadikanlah aku antara orang-orang yang dekat kepada-Mu dan ihsan-Mu, wahai Tujuan orang-orang yang memohon.
Doa Hari Ke-11 Ramadhan
Ya Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik , tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.
Doa Hari Ke-12 Ramadhan
Ya Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sifat tulus. Amankanlah diriku dengan setiap yang aku takuti dengan penjagaan-Mu, wahai Penjaga orang-orang yang takut.
Doa Hari Ke-13 Ramadhan
Ya Allah! Sucikanlah aku pada bulan inidaripada segala jenis kekotoran , jadikanlah aku pada bulan ini sabar menerima setiap ketentuan-Mu, dan anugerahkanlah taufik kepadaku pada bulan ini untk meraih taqwa dan bersahabat dengan orang-orang bijak dengan pertolongan-Mu wahai Ketenteraman hati orang-orang miskin.
Doa Hari Ke-14 Ramadhan
Ya Allah! Janganlah Engkau hukum aku kerana kekeliruan yang aku lakukan. Dan ampunilah aku daripada segala kesalahan –kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka. Dengan Kemuliaan-Mu wahai Kemuliaan muslimin.
Doa Hari Ke-15 Ramadhan
Ya Allah! Berilah kau rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyuk. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal. Dengan keamanan-Mu, wahai Pemberi Keamanan bagi orang-orang yang takut.
Doa Hari Ke-16 Ramadhan
Ya Allah! Berikanlah aku keampunan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku daripada kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-Mu hingga sampai ke alam akhirat. Demi Ketuhanan-Mu wahai Tuhan Sekalian Alam.
Doa Hari Ke-17 Ramadhan
Ya Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan manusia tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam, sampaikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang suci.
Doa Hari Ke-18 Ramadhan
Ya Allah! Sedarkanlah aku akan barakah-barakah yang terdapat pada saat sahur bulan Ramadhan dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, demi cahaya-Mu Wahai Penerang Hati orang-orang yang arif.
Doa Hari Ke-19 Ramadhan
Ya Allah! Penuhilah bahagianku dengan barakah-barakah Ramadhan , mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Engkau jauhkan aku daripada keterkabulan amal-amalku di dalamnya, Wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran yang terang.
Doa Hari Ke-20 Ramadhan
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan kepadaku untuk membaca Al-Quran, Wahai Pemberi Ketenangan di dalam hati orang-orang mukmin.
Doa Hari Ke-21 Ramadhan
Ya Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan-Mu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirehatan. Wahai Pemenuh Keperluan orang-orang yang meminta.
Doa Hari Ke-22 Ramadhan
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, turunkan untukku barakah-Mu. Berikanlah keampunan untukku meraih keredhaan-Muk, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-Mu yang luas, wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.
Doa Hari ke-23 Ramadhan
Ya Allah! Sucikanlah aku daripada dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku daripada segala aib. Tanamkanlah ketakwaan di dalam hatiku Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.
Doa Hari Ke-24 Ramadhan
Ya Allah! Aku memohojn kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan keredhaan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu daripada hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai Pemberi para peminta.
Doa Hari Ke-25 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah aku orang-orang yang mencintai auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah Nabi Terakhir-Mu, Wahai Penjaga Hati para Nabi .
Doa Hari Ke-26 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah usahaku pada dalam bulan Ramadhan sebagai usaha yang Engkau terima, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima, dan seluruh aibku ditutupi. Wahai Para Pendengar daripada semua yang mendengar.
Doa Hari Ke-27 Ramadhan
Ya Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan LailatulQadar, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa-dosa dan kesalahanku. Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya yang salih.
Doa Hari Ke-28 Ramadhan
Ya Allah! Penuhkanlah hidupku pada dalam bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah diriku kepada-Mu, Wahai yang Tidak Tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.
Doa Hari Ke-29 Ramadhan
Ya Allah! Liputilah aku pada bulan ini dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufik dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah, Wahai Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang mukmin.
Doa Hari Ke=30 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dengan terkabul, sebagimana puasa yang direda oleh-Mu dan oleh Rasul-Mu, puasa yang kukuh dan kuat demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Akhirnya, marilah kita memohon perkenan Allah SWT supaya mengurniakan taufik serta diberkati niat dan usaha yang mulia ini, mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan segala doa dan permintaan daripada hamba-hamba-nya . Amin…
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-