30 Disember 2011

::ia DaTaNG LaGi::

          Assalamualaikum. Salam ukhuwwah fillah dan salam kasih sayang.Moga meniti sisa-sisa tahun Masihi ini kita masih bersemangat untuk terus beramal dengan kebaikan. Dan moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Baru sahaja rasanya memperbaiki niat dalam bulan hijrah yang lalu, seiring bertambahnya usia, semoga niat dan perancangan menjadi titik tolak kepada menterjemah kematangan kita dalam apa juga sikap dan tindakan.
           Sana-sana kedengaran suara-suara mencadangkan kita memuhasabah diri, apa yang telah kita lalui setahun ini.Timbang neracanya dimana..berat kepada hasanah atau sebaliknya.Harap-harapnya kita semua makin bertambah baik dalam segala hal. Alhamdulillah, menyoroti perjalanan tahun 2011..dua perkara yang menjadi turning point dalam diri ialah Kerja&Belajar. Jujurnya, ana hanya berangan-angan ingin menyambung sarjana, apalagi mendapat kerja yang tidak seperti orang lain. Allahurabbi,percaturan-Nya indah penuh hikmah. diletakkan ana di posisi ini dengan masa yang begitu banyak terbuang asalnya, Allah takdirkan ana sambung pengajian. Dan kini menghitung hari untuk berdepan dengan final exam yang dah lama ditinggalkan.
            Rancangan awal ingin melanjutkan pengajian kerana masa yang kurang terisi, penat tidur di waktu siang! Maha Suci Allah, kini ana mengejar waktu. waktu banyak tugasan, waktu itu banyak pula kes yang memerlukan perhatian khusus hingga lewat pagi. Allah mendidik ana yang kerap bermain dengan masa. dan hari ini, terlalu singkat masa dirasakan. sepertinya baru semalam membuat keputusan untuk sambung belajar. sekarang dah nak exam. benarlah masa itu ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya, ia akan memotong. Alhamdulillah, baru-baru bersama teman seusrah Allah izinkan kami berbicara soal masa.
          Sentuh ustazah Hafizah, dengan cerita yang diceritakan oleh ustazah Maznah Daud, andaikan waktu seharian kita akan datang pada hari akhirat esok dalam rupa kotak.sehari 24 jam,maka akan ada 24 kotak akan terbentang di depan kita. apabila dibuka satu persatu kotak itu, ada yang baunya harum mewangi, ada yang berbau busuk seperti bangkai, dan lebih malang ada kotak yang tak busuk dan tidak juga wangi. maknanya apa teman-teman...dalam satu jam kita, berapa lama kita ingat Allah, berapa banyak kebaikan kita buat. itu wakilnya kotak2 yang mengeluarkan bau yang wangi. atau kita lebih banyak berbuat kemungkaran. mengumpat, mencela, memfitnah dan segala macam lagi perkara yang menyakitkan orang lain. kita mungkin terlepas dari dosa-dosa besar yang nyata seperti minum arak, berzina, membunuh atau lainnya. tapi bagaimana dengan lidah, mata, kaki dan tangan kita. apa kita sudah bersyukur dengan menggunakan nikmat tersebut untuk meraih redha-Nya. lebih malang teman-teman, banyak kotak-kotak kita kosong tak berbau. waktu itu, kita akan mengeluh menyesali diri, kenapa dulu kita biarkan masa kita berlalu begitu sahaja.
            Teman-teman, kotak itu boleh diisi tanpa modal. mungkin kita bukanlah berharta untuk sentiasa menderma, mungkin kita malas untuk tetap solat sunat dan baca quran. namun apakah kita tidak mampu untuk berzikir atau meniatkan tiap amalan kita hanya keran-Nya. semudah itu teman-teman. Maha Penyayangnya Allah.Cuma kita gagal melihat perkara-perkara kecil itu sebagai ibadah.
Ayuh teman-teman! ana ingatkan diri dan berkongsi dengan teman-teman. mari kita penuhkan kotak-kotak masa kita dengan amalan yang akan mengharumkan isinya saat dibuka di hadapan Allah nanti. jika sebelum ini tidur 6-7 jam kita kosong, jom penuhkan dengan niatkan tidur kerana Allah, rehatkan badan untuk terus beribadat. begitu juga makan, pakai, mandi dan sebagainya. semudah itu Allah menyediakan ruang. kerana apa teman-teman..bila kita niat segalanya kerana Allah, mana mungkin kita sanggup melakukan maksiat kepada-Nya.
                InsyaAllah, kita terus islahkan diri juga teman-teman. jangan hanya fikirkan untuk baikkan diri sendiri. kita takkan mampu baik dalam persekitaran yang jahat. jadi, jom sama-sama kita jadi baik untuk wujudkan dunia yang lebih baik.
                Teman-teman, selamat memuhasabah dan terus mengislah diri. Moga kita bantu membantu ke arah kebaikan. Mari kita terus membina azam dan matlamat baru. Moga tahun mendepan akan menjadi ruang paling luas dalam kita mengumpul amalan dalam langkah menuju kepada-Nya. Hidup bukan hanya disini, malah yang lebih penting hidup disana nanti. kerana, itu matlamat kita. Biar kita menderita di dunia, kerana derita di dunia ada hujungnya. Jangan sampai di dunia kita menderita, saat di akhirat kita terus menderita. malangnya serita di sana tiada hujungnya. Biar kita bersusah sekarang. kerana matlamat kita adalah redha-Nya. kerana bila mana redha-Nya milik kita,tiada apa lagi yang dapat menandinginya.
              Selamat Memulakan kembali perjalanan baru. yang baik mari kekal dan tingkatkan, yang buruk jom bertaubat dan tinggalkan. selagi mana belum tergoncang dunia ini, selagi mampu nafas di hela, pintu taubat masih terbuka untuk kita. Allahu ya Ghaffur..ampunkan kami, Allahu ya Rahimm..pandangi kami dengan rahmat kasih sayang-Mu.insyaAllah.
Wallahua'lam..
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-