22 Julai 2010

..MeMBaHaGi HaTi DaN MiNDa..

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang..Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan danruang waktu untuk menikmati nikmat iman dan Islam biarpun diri ini terkadang lalai dan leka dalam hidup seharian...
Alhamdulillah, saat belum tercapai hajat dan impian Allah mengirimkan teman-teman, atau lebih tepat adik-adik dari UPI yang sangat baik-baik belaka. Mengubat rasa rindu yang tidak pernah surut dengan adik2 dan teman SE UPI. namun, ternyata mereka masih menguasai hati ini hingga hati dan fikiran terus menggerakkan bibir untuk terus bercerita tentang mereka.
Dan anak cengeng ini rupanya masih cengeng walaupun dirasakan makin berkurangan sudah sikap itu. Waktu bercerita dengan Pak Herman kenangan di SE UPI, langsung mata ini berair. terus terdiam Ketua Jabatan itu dengan mainan emosi ana saat itu. Dan tadi sewaktu menceritakan lagi memori indah itu kepada Aditya, ana menangis lagi.haaaiiii..apa nak jadi!
Ya, dalam kesesakan dan kesibukan menyusun agenda sebaik mungkin untuk meraikan kehadiran adik-adik UPI disini, dalam waktu yang sama seharusnya ana perlu memikirkan tentang Majlis Konvokesyen yang bakal dihadapi kurang 2 minggu lagi. Tidak terasa keterujaan menyambut hari yang selama ini dinanti-nanti lantaran akal dan minda terlalu difokuskan kepada pengendalian aktiviti dan program. mengharapkan badan dan minda akan sihat dan cergas menjelang hari penting itu.
Hari-hari ke depan masih perlu menyediakan waktu dan minda untuk merencana banyak agenda penting dalam segala hal. hanya satu ana harapkan, moga-moga perkara ini tidak akan memberi kesan kepada layanan ana untuk adik-adik UPI. ana mahu memberikan yang terbaik. terlalu terkesan dengan layanan yang diterima, walaupun sedar yang ana tidak akan mungkin dapat membalas dengan layanan yang serupa.
Jika dulu ana hanya berteman dan bersahabat dengan teman-teman yang memang sudah rapat, namun untuk kali ini Allah memberi ana peluang untuk lebih mengenali seorang teman yang selama ini hanya dikenali begitu-begitu saja. ana melihat banyak hikmah disebalik semua ini. nyatanya silaturrahim itu makin berkembang dan utuh. Terima kasih ya Allah..
Mahu dikongsikan pengalaman ini bersama teman-teman, namun terlalu sempit waktu untuk berlama-lama di depan laptop. apa yang pasti, dengan pengalaman ini, ana dapat merasai bagaimana rasanya adik-adik SE UPI melayani karenah kami selama hampir 1 bulan di sana. dan ianya menjadikan ana makin menghargai dan merindui mereka. Terlalu luhur hati mereka tanpa pernah mengeluh penat dan lelah walaupun tiada sehari yang dilalui tanpa mereka. ana inginkan semangat itu menjalar dalam diri ini, walaupun tidak lama cukuplah sebulan ini. moga dengan semangat itu, ana dapat memberikan sehabis baik budi dan jasa untuk meraikan tetamu yang dinanti suatu hari nanti. dan untuk waktu ini, moga ana dapat kekuatan dan semangat untuk terus menghibur adik-adik SE di UM. Bantu aku Ya Allah..

20 Julai 2010

.:.PeSaN B0NDa...SuaRa HaTi YaNG TeRSuRaT.:.

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang..Salam Kerinduan menanti Hadirnya Ramadhan yang dirindui..Rejab dan Sya'ban tahun ini terasa begitu pantas berlalu, hingga bila tersedar Rejab sudah dihujung waktu menanti tibanya Sya'ban dan nanti Ramadhan pula menjelma. Moga Allah melanjutkan usia hingga mampu untuk ana dan semua insan dapat menikmati keindahan Ramadhan pada tahun nie..
Bakal menyibukkan diri sehinggalah Ramadhan akan datang, moga masih tersisa waktu untuk terus berusaha membaiki diri.InsyaAllah..
Bicara ana kali ini agak menyentuh hati sendiri. ingin ana kongsikan saat indah yang menarik airmata untuk mengalir laju. Semalam, bas ana ke Kuala Lumpur jam 10 malam. Mengisi waktu yang ada dengan solat jamaah bersama ayah dan bonda. Usai solat dan doa, Bonda menarik tangan ana dan mengadap wajah heningnya...ana sayu, tak sanggup menatap lama wajah itu. Ana akan berjauhan lagi dalam jarak waktu yang agak lama. menunaikan tuntutan tugas yang telah ditaklifkan.
Pesan bonda panjang..ana jadi takut! Tapi ana positifkan minda..Bonda luahkan segala yang tersirat dalam segala hal. Dalam hal pendidikan, kehidupan, dan masa depan. Kata Bonda andai bekerja jangan terlalu fokus kepada material semata-mata. itu pesan bonda saban waktu. dan semalam bonda tekankan lagi...ana tak mampu menyebutkan langsung pesanan bonda namun semampu mungkin akan ana sematkan dan cuba penuhi.
Sebelum bonda tamatkan sesi itu...kata akhir bonda amat menyentuh hati. kata bonda"Amanah ayah dan Bonda takkan selesai selagi kamu belum berkahwin. Jadi pilihlah orang yang betul-betul boleh menjaga kamu dengan baik..kalau yang ada masih tidak berpuas hati, boleh saja cari sendiri.Perempuan pon boleh cari jugak.."ana tergelak dalam tangisan. sambung bonda lagi..."Cari pasangan baik macam ayah, walaupun ayah ,macam garang dan tegas tapi bonda tak pernah rasa semua tue. ayah penuhi semua kemahuan dan keinginan bonda dan anak-anak seboleh mungkin. ayah tak mahu seboleh mungkin mengecewakan bonda mahupun anak-anak.." kata-kata itu ana sambut dengan tangisan yang panjang. ana akui hakikat itu. ana tidak pernah kurang hingga ana rasa rendah diri. Dua insan mulia ini sedaya mungkin menyediakan apa yang diingini dengan baik..
Pesan bonda buat ana fikir kembali..soal kahwin bukanlah isu yang baru muncul. tapi sudah menjadi siulan, soalan wajib saat bertandang kerumah sanak saudara dan juga teman-teman. namun ana tidak endahkan sangat, tapi bila bonda berpesan begitu ana merasakan bahawa ana makin berumur. kebelakangan nie bonda agak kerap bertanya soalan yang sama. Ah!hati nakal berbisik cepat benar bonda mau melepaskan ana, tapi ana optimis, bonda sayang amat, dia mau ana punya hidup yang lebih terjamin..tapi, apa juga kata bonda, ana sudah awal-awal mohon maaf, perjalanan ana masih terlalu jauh. bukan mementingkan diri, namun impian ana untuk ayah bonda belum selesai..kalau itu yang terkeluar dari mulut ini, tegas bonda akan menegaskan bahawa perkahwinan tak akan menghalang impian ana. Payah sungguh!
habis saja bicara bonda, ana langsung peluk cium bonda dan apa yang mampu ana katakan..ana sayang bonda..just that!i can't talk a lot wif tears is didn't stop!
Ana janji dengan diri sendiri, kerangka hidup untuk 3 tahun ini akan ana teruskan. Namun, andai dalam jangka waktu itu Allah mengizinkan ana untuk melalui transisi hidup yang berbeza, ana redha..insyaAllah..
Apa pun, ana hanya mampu mendoakan agar usia ayah dan bonda dilanjutkan moga ana punya kesempatan untuk merealisasikan impian ana. moga Allah mengizikan apa yang terbaik untuk dua insan mulia yang telah mengenalkan ana dengan dunia dan akhirat ini,insyaAllah..

Catatan anak yang tidak lagi cengeng..
;-) ^-^

15 Julai 2010

::ALLaH SaYaNG PaDaku(MeMuJuK HaTi)::

Salam ukhuwah dan salam kasih sayang...
Dalam kelesuan ana cuba untuk mengukir segaris senyuman. Walau pada saat tak mampu lagi mengangkat wajah, ana masih cuba mengangguk lemah. Ya Allah, nikmat kesihatan yang Kau ambil seketika ini bukan untuk melemahkan aku.
Cuba mencari hikmah disebalik semua yang berlaku. ana menyelak kembali helaian novel 'Negeri 5 Menara'..lantas mata tertancap pada syair Imam Syafii yang berbunyi: Orang yang Pandai&Beradab Tidak Akan Diam Di Kampung HalamanTinggalkan Negerimu dan Merantaulah Ke Negeri OrangMerantaulah, Kau Akan Dapatkan Pengganti Dari Kerabat dan KawanBerlelah-...lelahlah, Manisnya Hidup Terasa Setelah Lelah Berjuang...
Lantas ana hubungi bonda, belum berkesempatan bertemu kerana terlalu banyak agenda lain yang menuntut perhatian. Rasa bersalah menjalar di setiap ruang. Dihujung talian, ana menangis sendu, ana zahirkan kelelahan ana selepas apa yang berlaku. bonda menyambut dengan kata-kata sabar dan mengingatkan ana kembali bahawa ini jalan yang ana pilih. Benar bicara bonda..
Ana menyambung tangis lantas mengadu lelah ini kepada-Nya. ana ikhlas melakukan semua ini, jadikan terbangkanlah rasa ini dan gantikan dengan semangat baru!
Masa untuk bersama keluarga makin terbatas, dan kini ana memahami hakikat mereka yang tidak dapat menyumbang idea dan tenaga saat amat diperlukan. Bukan tidak mahu namun keadaan tidak mengizinkan.
Ana teruskan pembacaan lewat kesedihan dan kelelahan itu pergi. ternyata novel ini membawa ana kembali ke bumi Bandung. Saat diceritakan perjalanan Alif melawat kota Bandung dalam rangka liburan, maka tersebutlah tempat-tempat yang menjadi destinasi wisata tempoh hari. Dan rasa rindu itu mengundang airmata lagi. terlalu cengeng akhir-akhir ini!!!
Ana menjadi bermotivasi saat membaca novel ini, ana melihat betapa Indonesia mendukung bidang akademik yang seiring dengan perkembangan sahsiah dan bakat serta kebolehan setiap anak didik. Jika dulu, ana tertanya-tanya apa benar suasana begitu terjadi dalam sistem persekolahan di sana, namun daripada pemerhatian sepanjang berada di sana, ana mengangguk setuju. ana melihat kecintaan menuntut ilmu dalam anak mata tiap anak Indonesia yang tekad mengubah kehidupan mereka. dan suasana itu bukan hanya kelihatan di UPI tapi juga di panti Asuhan yang menjadi tempat persinggahan kami selama 2 hari.
Hampir selesai membaca novel ini, makin teruja untuk menghabiskannya kerana ada novel lain yang menggamit ana untuk menatap dan mengambil isi daripadanya. Kalimah yang ditekankan dalam novel ini iaitu ' Man Jadda Wajada' ternyata mengingatkan ana kembali saat persekolahan dulu, dan sebenarnya hingga kini dan juga sampai bila-bila sifirnya tetap sama..Sesiapa yang bersungguh-sungguh, akan berjaya..
Kerana apa ana highlihtkan Posting kali ini dengan judul Allah Sayang Padaku..Ya, tidak lain tidak kerna melalui pembacaan ini, kesedihan dan kelelahan ana terubat. Allah telah mengenalkan aku dengan sahabta yang baik yang membantu aku mencari sumber terbaik untuk berhadapan dengan mehnah kehidupan. Syukur Ya Allah...

Hidup Perlu Semangat!!

10 Julai 2010

:.HaTiku BeRBaGi...TiDaK LaGi SeMPuRNa.:

Salam Ukhuwwah dan Salam Kasih Sayang untuk semua...
Emosi masih belum stabil,empangan mata masih tidak mampu teguh menahan airmata. Tanpa kata, tiba-tiba mengalir air jernih..rindu serindunya. Belum 48 jam meninggalkan mereka, hati ini makin sesak mengingatkan semuanya. Mata tak mampu dipejam lama. pasti memori itu datang singgah di fikiran. Perjalanan yang singkat meninggalkan kesan yang begitu mendalam. Pastinya semua ini atas dasar jalinan ukhuwah yang dibina ikhlas tanpa syarat.
Permulaan kepada terjadinya program ini, ana melihat ianya sebagai satu peluang yang dapat memberi satu view baru tentang negara lain kerana ini kali pertama ana berpeluang mempelajari budaya lain. namun hati tidak terlalu menaruh harapan kerana merasakan tidak sepatutnya terlalu mengharap. waktu itu ramai teman-teman lain juga memberi nama. rancangan awal ke China, namun akhirnya ditempatkan di Bandung,Indonesia. Walaupun sedar bahawa berkeperluan untuk memfokuskan kepada usaha untuk mencari kerja, namun ana bulatkan hati untuk terus menanti mengikuti program ini. kerana pada ana peluang tidak akan datang untuk kali kedua.
Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan, dan Allah mengizinkan ana untuk mengikuti rombongan ini. jauh di sudut hati, masih punya rasa kekurangan untuk berdepan dengan pelajar Indonesia yang ana maklumi begitu menguasai bidang kaunseling ini. Sambutan yang kami terima seawal menjejakkan kaki di lapangan terbang Bandara sehinggalah hari akhir semalam sedikit pun tidak berkurang. malah makin bertambah...
Pengisian program yang sangat padat dengan kepelbagaian corak begitu memberi manfaat yang besar. bermula daripada pembelajaran formal, hinggalah pembelajaran daripada alam dan manusia, semuanya memberi ilmu yang tiada batasnya. mulanya terasa lelah, namun semakin hari makin terbiasa dengan jadual program ini.tiada hari tanpa bersama teman dari Malaysia dan juga Indonesia. Semuanya bagai satu keluarga..
Peserta daripada Universiti Pendidikan Indonesia yang semuanya sebaya dengan adik ana, membuatkan kami semakin erat. dipanggil pula kakak lagi rasa bahagia..belum seminggu bersama, kami sudah seperti lama kenal. Dalam landasan yang sama menjadikan kami lebih mudah untuk memahami satu sama lain. lagi pula, penggunaan bahasa dan budaya yang hampir sama membuatkan semuanya mudah.Alhamdulillah..
bermula aktiviti di kelas hinggalah ke tempat shoping, semuanya ditemani. Sungguh mereka sangat memuliakan kami. Sangat terharu!Kawah putih, situpatengan, Maribaya,tangkuban perahu, dago pakar juga tempat lain yang menjadi destinasi wisata menjadi saksi eratnya hubungan kami. Keindahan dan keajaiban ciptaan Tuhan menjadikan kami lebih menghargai apa yang kami ada. Kesempatan untuk mempelajari angklung juga merupakan moment terindah dalam program ini. Hingga adanya kelas untuk kami mempelajari angklung. Sangat Menarik!
Kesempatan untuk mengunjungi tempat perlindungan(juvana) dan juga tempat pemulihan Dadah sangat memberi makna yang besar, kerana peluang ini tidak ana perolehi di Malaysia. dapat berkongsi cerita dengan mereka menjadikan diri makin bersyukur. Tidak semua yang berlaku dalam hidup ini atas kehendak kita, tapi kita mampu untuk memilih.
Terlalu banyak yang berlaku dalam tempah 26 hari perjalanan ini. kebaikan dan sikap sporting Dosen2nya(lecturer) sangat menyentuh hati. Bapak-bapak dan Ibu-ibu, diri ini bahagia dapat bersama kalian. Adik-adikku tersayang, Dodi,Nadia Aulia,Lingga, Ratih,Feby,Uly,Eem,Coco,Emon,Caesar,Baim,Via,Pitri,Isman, O'os, Devi, Nandha, MJ, Aci, Ubet, Aboy, dan beberapa adik2 yang juga turut sama bersama sepanjang program, atur Nuhun! Sebahagian hati kakak masih bersama kalian,jadi kita tetap dekat ya!
Allah sahaja yang dapat memberi ganjaran atas kebaikan kalian. Kakak hanya mampu memberi kasih dan sayang untuk kalian.
Ana akui, program ini bukan sekadar mengeratkan hubungan yang baru dibina, namun juga telah merapatkan hubungan sesama teman Malaysia yang selama ini hanya kenal begitu sahaja. dalam perjalanan ini, kami makin saling memahami, makin erat hubungan antara satu sama lain. saling memberi semangat dan motivasi, semuanya atas kuasa dari-Nya. Fara, Suzi,Diana,Nas,Ira,Ain,Nadrah,Aida,Chloe,Alyn,Mei Fong, Bhavani, Rani, Fikri, Fredy dan Syam..terima kasih atas segalanya. Kamu semua amat baik untuk diri ini. Tak terbalas semuanya..Kalian selamanya akan terus berada dalam hati ini. Luv u all so much!
Memetik kata2 Alyn, tempoh sebulan ini lebih bermakna dari 4 tahun bersama...BENAR!

Ya Allah, Hatiku ini kecil, namun semua insan yang aku sayang punya tempat dihati ini, izinkanlah kami untuk saling menyayangi. Dan aku akan terus menyayangi mereka walaupun pada suatu saat nanti aku tak punya tempat lagi dihati mereka. Ya Rahman, lindungi kami dan eratkan hati-hati kami selagi mana kami benar dijalan-Mu.

**Terima kasih atas segalanya.Harap tiada yang berkecil hati. Tak mampu lagi untuk terus menulis kerana airmata ini tak dapat lagi nak dibendung. Tak bisa merakam semuanya, tapi semuanya akan terus tersemat kemas dihati ini.Maaf atas segalanya..terima kasih atas semuanya..

Lots of Loves...
Hidup Tidak Seperti Dulu..
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-