30 Ogos 2009

BiCaRa MeRDeKa..PeRJuaNGaN BeLuM SeLeSai

Salam Ukhuwwah dan Salam kasih sayang untuk rakyat Malaysia yang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-52. dalam suasana yang penuh kerahmatan moga kita akan lebih bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang bukan semua negara mampu memilikinya. pastinya sambutan kemerdekaan negara pada kali ini amat berbeza,tanpa sambutan seperti sebelum ini diharapkan kurang kemungkaran yang dilakukan menjelang hari kemerdekaan. bukan semua orang mengerti makna kemerdekaan yang sebenar. anak muda ramai yang mengandaikan kemerdekaan menjadikan mereka merdeka untuk berfikir dan bertindak mengikut nafsu dan akal yang dangkal. tak kurang yang mendefinasikan merdeka sebagai satu titik tolak kepada kebebasan untuk melakukan semua perkara tanpa sekatan.
Dua tahun berpeluang mengikuti program di malam merdeka, ana dapat lihat dengan mata kepala sendiri betapa anak bangsa kita ini makin hanyut, mungkin mereka gembira melaung kata merdeka namun hakikat sebenar mereka masih terjajah dek sikap dan minda sendiri. hingga ke hari ini ana tidak dapat berpuas hati setiap kali ulangtahun kemerdekaan di sambut. untuk apa semua itu?andai bangsa ini sebenarnya belum merdeka?menyambut kemerdekaan hanya kerana keseronokan...ana yakin andai disoal anak2 muda yang terpekik terlolong melaung merdeka dalam deruan motosikal yang kuat, bersambut hilai tawa antara satu sama lain, mereka sebenarnya tidak tahu apa itu erti merdeka yang sebenar...
Dengan izin Allah, sambutan Kemerdekaan kali ini sedikit terjejas dengan wabak H1N1 yang menyerang dan juga atas sebab menghormati bulan Ramadhan yang mulia maka sambutan seperti kebiasaannya tidak diadakan. namun mampukah sebab itu menjadi penyebab kepada terhapusnya kemungkaran yang seringkali berlaku dalam sambutan hari kemerdekaan. adakah kita yakin anak muda kita berada dirumah menghayati kemerdekaan dalam kesyahduan Ramadhan atau....? fikir-fikirkan...

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini,
jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir MohamadMei 1996

27 Ogos 2009

"SeSuNGGuHNYa TiaDa KeMeRDeKaaN TaNPa PeNGoRBaNaN"

Persekutuan Tanah Melayu(disebut Malaya sebelum itu) mencapai kemerdekaan secara mutlak pada hari Sabtu, 31 Ogos 1957. walaupun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tidak dicapai menerusi pertumpahan darah sebagaimana negara-negara Asia lainnya namun jerit-perih dan pengorbanan yang diberikan oleh rakyat pada masa itu dan sebelumnya amatlah besar.jika dikira dari mula pendudukan Inggeris pada 1786 apabila Francis Light mula mengibarkan bendera penjajahan secara rasmi di bumi Tanah Melayu, penentangan menuntut kebebasan telah pun bermula walaupun diperingkat wilayah.Bentuk-bentuk penentangan ini walaupun kecil dan sering dilabel oleh pihak Inggeris sebagai pengkhianat, lanun atau pemberontak namun semangat mereka telah menjadi rujukan kepada pejuang selepas itu. nama-nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Dol Said, Tok Janggut, Dato' Maharajalela, Rosli Dhobi, Mat Salleh, Panglima Hitam, Dato Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lok, Tun V.T. Sambathan, Tunku Abdul Rahman dan ramai lagi telah menjadi sebutan di bibir rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.
Begitu juga semangat yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang turut berjuang menentang pendudukan Jepun dan komunis.Pengorbanan mereka bukanlah kecil tetapi demi negara, nyawa mereka dipertaruhkan seperti Leftenan Adenan, Peristiwa Bukit Kepong dan banyak lagi. semuanya kerana negara tercinta.setelah dilabel sebagai bangsa yang lemah, malas dan tidak bertamadun, rakyat Negara ini mula menunjukkan kesungguhan yang tidak berbelah bagi apabila peluang untuk kemerdekaan mula terbuka selepas Perang Dunia Kedua tamat.pihak Inggeris menerima tamparan hebat oleh pihak Jepun yang mengalahkannya, kesan psikologi dari pendudukan Jepun dan slogan "Asia untuk Orang Asia" serta munculnya rakyat berjiwa nasionalis, desakan mula diberikan kepada pihak Inggeris.
Desakan yang berupa tunjuk perasaan bantahan, berkabung, perhimpunan gerakan kemerdekaan dan rundingan akhirnya membuahkan hasil.pihak Inggeris terpaksa mengaku bahawa penjajahan mereka sudah sampai masanya untuk berakhir pada tanggal 31 Ogos 1957. penjajahan selama 219 tahun dan setelah mengaut kekayaan khazanah negara pastinya tidak lagi dikehendaki oleh rakyat negara ini. pengorbanan pejuang-pejuang kebebasan dan mempertahankan kedaulatan negara haruslah kita kenang dengan ucapan terima kasih dan doa. sesungguhnya tiada kemerdekaan tanpa pengorbanan.

Detik Sejarah Kemerdekaan
* Tuanku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan.
* Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
* Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
* Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian.
* Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957.
* Pada jam 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
* Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang di-Pertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, dikirinya Tunku dan di kanannya Duke.
* Duke menyerahkan 'Instrumen Kemerdekaan' yang merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
* Tuanku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka".
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

19 Ogos 2009

RaMaDHaN DiRiNDui BeRTaNDaNG KeMBaLi


Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang.salam kerinduan pada Ramdhan yang bakal bertamu.Moga Allah memberi keizinan untuk kita melalui Ramadhan kali ini dengan lebih sempurna. ana kongsikan penulisan mengenai Ramadhan untk tatapan sahabat2.Selamat Beribadah.moga madrasah Ramadhan akan melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.insyaAllah...
Ramadhan dirindui bertandang kembali
Mohd Daham Abd Wahab
Alhamdulillah Ramadhan Al Mubarak yang kita rindui kini bertandang kembali. Mereka yang beriman dan yakin pada janji Allah SWT menanti kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan suatu harapan agar mendapat rahmat, pengampunan dan pembebasan dari neraka.
Umat Islam yang benar-benar rindukan Ramadhan menyambutnya dengan penuh syahdu dan mereka berpuasa penuh keimanan serta berusaha menghayati bulan barakah ini dengan pelbagai pengisian wajib dan sunat. Antaranya berdoa kepada Allah SWT.
Apabila seseorang itu mahu berdoa, maka hendaklah mengetahui peraturan dan adab-adab berdoa, diantaranya kita dituntut membuat pembersihan diri, berwudhuk, mengadap kiblat seterusnya:
1. Hendaklah memuji Allah terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan berselawat ke atas jujungan kita Rasulullah S.A.W. Bertepatan dengan hadis Baginda yang bermaksud, “Apabila berdoa oleh seseorang kamu maka hendaklah dimulakan dengan memuji Allah SWT dan memuja-Nya, kemudian hendaklah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.,kemudian berdoalah dengan apa sahaja yang dikehendakinya.”
2. Hendaklah mengangkat kedua-dua belah tangannya ke paras bahu ketika berdoa dan hendaklah menyapu kemukanya apabila sudah selesai dari berdoa. Berdasarkan keterangan hadis yang maksudnya, “Daripada Umar telah redha Allah SWT daripadanya berkata ia: Adalah Rsulullah S.A.W. apabila menghulurkan dua tangannya ketika berdoa, tidak mengembalikan kedua-duanya sehingga menyapu ia dengan kedua-duanya akan mukanya.”-Hadis Riwayat At-Tirmizi.
3. Hendaklah percaya dan penuh yakin setulus hati bahawa doanya diperkenankan oleh Allah SWT dan tidak berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankan-Nya. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya, “ Berdoalah sekelian kamu kepada Allah SWT pada hal kamu yakin diperkenankan dan ketahuilah bahawasanya Allah SWT tidak memperkenankan doa daripada hati orang yang lalai lagi lupa.”- Hadis Riwayat At-Tirmizi.
4. Hendaklah berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta merasakan kebesaran dan kehebatan Allah SWT dalam jiwa kita yang halus serta memperlahankan suara, ini bertepatan dengan firman Allah SWT, maksudnya; “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan secara perlahan(tersembunyi) kerana sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.”- Surah Al-A’raf, ayat 55.
5. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh-sungguh kepada Allah.
Marilah kita memohon pertolongan Allah SWT semoga kita diberi kekuatan, kesabaran, dan istiqamah sepanjang menjalani ibadah puasa seterusnya berusaha mempraktikkan doa-doa berikut:-
Doa Hari Pertama Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang melakukan ibadah malam. Dan jauhkan aku daripada tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku…Wahai Tuhan Sekelian Alam, dan ampunilah aku , Wahai Pengampun para pembuat dosa.
Doa Hari Kedua Ramadhan
Ya Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhaan-Mu. Jauhkanlah aku daripada kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu, dengan rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih daripada semua yang mengasihi.
Doa Hari Ketiga Ramadhan

Ya Allah! Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan da jauhkanlah aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku daripada segala kebaikan yang Kau turunkan dengan kemurahan-Mu, wahai zat Yang Maha Dermawan daripada semua dermawan!
Doa Hari Keempat Ramadhan
Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku untuk menegakkan perintah-perintah-Mu, dan berilah aku manisnya berzikir mengingati-Mu. Berilah aku kekuatan menunaikan syukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu, Wahai Zat Yang Maha Melihat.
Doa Hari Kelima Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah aku antara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku antara auliya-Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutan-Mu wahai Zat Yang Maha Pengasih antara semua pengasih.

Doa Hari Keenam Ramadhan
Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-Mu. Jauhkanlah aku daripada hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai Puncak Keinginan orang-orang yang berkeinginan!

Doa Hari Ketujuh Ramadhan
Ya Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya dan ibadah malamnya(‘nya’ disini mengacu pada bulan Ramadhan). Jauhkanlah aku daripada kelalaian dan dosa-dosa , dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-Mu secara terus menerus dengan taufik-Mu, Wahai Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang sesat.

Doa Hari Kelapan Ramadhan
Ya Allah! Berikanlah aku rezeki berupa lasih saying terhadap anak-anak yatimdan pemberian makan , serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, wahai Tempat Berlindung bagi orang-orang yang berharap.

Doa Hari Kesembilan Ramadhan
Ya Allah! Sediakanlah untukku sebahagian daripada Rahmat-Mu yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, wahai Harapan orang-orang yang rindu.
Doa Hari KE-10 Ramadhan

Ya Allah! Jadikanlah aku antara orang-orang yang bertawakal kepada-Mu, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang menang disisi-Mu dan jadikanlah aku antara orang-orang yang dekat kepada-Mu dan ihsan-Mu, wahai Tujuan orang-orang yang memohon.
Doa Hari Ke-11 Ramadhan
Ya Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik , tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.
Doa Hari Ke-12 Ramadhan
Ya Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sifat tulus. Amankanlah diriku dengan setiap yang aku takuti dengan penjagaan-Mu, wahai Penjaga orang-orang yang takut.
Doa Hari Ke-13 Ramadhan
Ya Allah! Sucikanlah aku pada bulan inidaripada segala jenis kekotoran , jadikanlah aku pada bulan ini sabar menerima setiap ketentuan-Mu, dan anugerahkanlah taufik kepadaku pada bulan ini untk meraih taqwa dan bersahabat dengan orang-orang bijak dengan pertolongan-Mu wahai Ketenteraman hati orang-orang miskin.
Doa Hari Ke-14 Ramadhan
Ya Allah! Janganlah Engkau hukum aku kerana kekeliruan yang aku lakukan. Dan ampunilah aku daripada segala kesalahan –kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka. Dengan Kemuliaan-Mu wahai Kemuliaan muslimin.
Doa Hari Ke-15 Ramadhan
Ya Allah! Berilah kau rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyuk. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal. Dengan keamanan-Mu, wahai Pemberi Keamanan bagi orang-orang yang takut.
Doa Hari Ke-16 Ramadhan
Ya Allah! Berikanlah aku keampunan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku daripada kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-Mu hingga sampai ke alam akhirat. Demi Ketuhanan-Mu wahai Tuhan Sekalian Alam.
Doa Hari Ke-17 Ramadhan
Ya Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan manusia tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam, sampaikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang suci.
Doa Hari Ke-18 Ramadhan
Ya Allah! Sedarkanlah aku akan barakah-barakah yang terdapat pada saat sahur bulan Ramadhan dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, demi cahaya-Mu Wahai Penerang Hati orang-orang yang arif.
Doa Hari Ke-19 Ramadhan
Ya Allah! Penuhilah bahagianku dengan barakah-barakah Ramadhan , mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Engkau jauhkan aku daripada keterkabulan amal-amalku di dalamnya, Wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran yang terang.
Doa Hari Ke-20 Ramadhan
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan kepadaku untuk membaca Al-Quran, Wahai Pemberi Ketenangan di dalam hati orang-orang mukmin.
Doa Hari Ke-21 Ramadhan
Ya Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan-Mu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirehatan. Wahai Pemenuh Keperluan orang-orang yang meminta.
Doa Hari Ke-22 Ramadhan
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, turunkan untukku barakah-Mu. Berikanlah keampunan untukku meraih keredhaan-Muk, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-Mu yang luas, wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.
Doa Hari ke-23 Ramadhan
Ya Allah! Sucikanlah aku daripada dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku daripada segala aib. Tanamkanlah ketakwaan di dalam hatiku Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.
Doa Hari Ke-24 Ramadhan
Ya Allah! Aku memohojn kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan keredhaan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu daripada hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai Pemberi para peminta.
Doa Hari Ke-25 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah aku orang-orang yang mencintai auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah Nabi Terakhir-Mu, Wahai Penjaga Hati para Nabi .
Doa Hari Ke-26 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah usahaku pada dalam bulan Ramadhan sebagai usaha yang Engkau terima, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima, dan seluruh aibku ditutupi. Wahai Para Pendengar daripada semua yang mendengar.
Doa Hari Ke-27 Ramadhan
Ya Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan LailatulQadar, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa-dosa dan kesalahanku. Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya yang salih.
Doa Hari Ke-28 Ramadhan
Ya Allah! Penuhkanlah hidupku pada dalam bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah diriku kepada-Mu, Wahai yang Tidak Tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.
Doa Hari Ke-29 Ramadhan
Ya Allah! Liputilah aku pada bulan ini dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufik dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah, Wahai Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang mukmin.
Doa Hari Ke=30 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dengan terkabul, sebagimana puasa yang direda oleh-Mu dan oleh Rasul-Mu, puasa yang kukuh dan kuat demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Akhirnya, marilah kita memohon perkenan Allah SWT supaya mengurniakan taufik serta diberkati niat dan usaha yang mulia ini, mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan segala doa dan permintaan daripada hamba-hamba-nya . Amin…

15 Ogos 2009

DaRi ALLaH KiTa DaTaNG..KePaDaNYa KiTa aKaN KeMBaLi...

Salam ukhuwwah dihujung Sya'ban....Salam kasih sayang untuk semua teman2...
Hari ini ana agak beremosi...mgkin terkejut dengan pemergian ustaz Asri dari kumpulan Rabbani ditambah pula bila menjadi mangsa melepaskan geram. ana tak bersalah.huhuhu...
lama tak bertemu Aiman, tadi bila bersapa dengannya, dia membawa berita duka, dia semalaman tiada di UM.Dia bersama rakan2 yang terlibat dengan KOnsert di Stadium Melawati 1 Ogos lalu melawat arwah Ust ASri.terkaku ana saat itu, hampir 5 kali ana mengulang tnya..betul ker?Aiman bersungguh2 meyakinkan ana...
ana terus ke pekan buku, menyelak helaian akhbar..ya! mmg benar..ana dapat melihat detik2 arwah ust Asri rebah. Allahuakbar! ana tak pasti perasaan ana saat itu. sedihkh ana? kenapa?
mungkin ana terlalu emosi, namun jujurnya ana mengangumi ust Asri. cukuplah itu alasannya.
ana menyelak halaman akhbar sinar dan membaca tulisan Sri Diah. kematian itu datang kita tidak tahu masanya. jika ianya datang saat kita bersedia, insyaAllah selamat. namun adakah kita pasti bila masanya kematian itu akan menjemput kita. ramai manusia hari ini dengan sombongnya melakukan kemaksiatan. alasannya, muda lagi..tua esok..taubat la..
kalau sempat...Ust Asri baru saja menyambut ulangtahunnya yang ke 40. Life's begin at 40...namun utk Ust Asri, kesudahan hidupnya di usia semuda ini. tahukah dia, bhawa kematian akan menjemputnya saat dia tidak bersama anak2 dan isteri ataupun ibu kesayangannya...Tidak..tak siapa pun tahu, jadi mengapa terlalu angkuh menongkat langit. apatah lagi kebelakangan ini kita sering menerima berita kematian mengejut baik tanpa apa2
penyakit mahupun kerana wabak yang kian menular saat ini. kematian itu semakin menghampiri bilamana kita membuka mata utk melalui hari yang baru. mati itu PASTI..hidup InsyaAllah. Bersediakah kita menghadapi sebuah hakikat kematian ataupun hakikat kehilangan kerana apa yang kita ada bukan milik kita selamanya...
Salam Takziah utk keluarga ust Asri.Moga Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepada kalian untuk menerima ketentuan ini. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh.ameen...
Syurga Selalu Bersamaku
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatuuntuk meraih syurga akhirat.
Aku yakin bahawa syurga akhirattidak akan pernah dapat aku raihkecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.
Maka rumah dan keluargakuadalah syurga dunia paling indah buatkuTempat kerja syurga dunia hariankuTetangga, masyarakat dan bangsaadalah syurga duniaku yang lebih luas.
Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku….
~ Ustaz Asri~

-KeNaNGaN TeRiNDaH-

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayanng..
Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan waktu kepada ana dan rakan2 untuk mengukir satu kenangan terindah dan menguatkan lagi ikatan ukhuwwah antara kami. ziarah ke blog adik kesayangan, ana merasa gembira membaca laporan yang panjang lebar. itu luahan hati dan perasaan dari pihak yang menerima kehadiran kami ke sana. jadi, posting kali ini ana nukilkan catatan perjalanan yang telah kami lalui awal ogos yang lalu.
7 Ogos 2009
Jam 7.50 pagi kami bertolak untuk ke puduraya.tiket jam 9pagi akan membawa kami ke tanah tinggi Cameron Hinglands. keadaan jalan yang menyesakkan sedikit sebanyak meningkatkan meter cuak. Alhamdulillah, jam 8.50 kami selamat sampai dan duduk di atas bas yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong asing. doa dipohon moga perjalanan dipermudahkan. fara dan k.mia tak habis2 berborak, mun dgn aisyah pula dah mula menutu mata. ana gagahkan sekejap untuk berjaga, namun berat saja mata untuk terbuka, malam sebelumnya dah ronda satu UM utk tampal poster. dipertengahan jalan ternampak kepulan asap tebal, ana dah terdetik di hati,"sapa yang tak bertanggungjawab sgt nie, buat pmbakaran terbuka, dah la skrg nie panas...tapi bila sampai dekat rupanya kebakarab treler.bahang api sangat kuat sampai terasa di dalam bas. moga perjalanan ini selamat,itu saja doa yang dipohon.
Alhamdulillah, selamat sampai ke batu 19, Tapah lbh kurang jam 12.30. agak kelam kabut utk turun sebab tak sangka dah sampai.keadaan Mun waktu tu tersangat la kelakar. ana pernah ke rumah ira yang lama, tapi dah ingat2 lupa.so,berjalan la naik ke atas..ira belom turun.sempat lagi bergambar. tak lama ira datang bersama ayahnya. hilangkan lelah, baring sekejap sambil tengok tv.ira sibuk memasak,nak ditolong...semuanya dah siap.itu katanya...makan tghari menyelerakan.sedap ditambah pula rasa lapar.hehehe...yang kelakarnya keletah adik waktu tue.yang si Fara pon suka nyakat..tak kurang la ngn aisyah.kawan2ku mmg begitu.mesra alam! rancangnya nak kuar jalan2 smntara tunggu Jaja sampai.tapi hujan pula..smbil berfikr cara terbaik utk ambik Jaja,tetiba Fara,aisyah n K.mia hilang.rupanya dah syahid dalam selimut.ana, Mun dan Ira ke Tapah utk ambik Jaja. sekali lagi Mun buat kelakar.nasib baik perancangan nk bawa Unser tak jadi, kalau tak tak berjalan la jawabnya. tapi mmg SALUTE la ngn Mun.Relaks jer bawa keta kat jln yang agak curam.Alhamdulillah,selamat ambik Jaja walaupun terpaksa la Jaja tggu lama.almaklum la,hujan ditambah pulak keadaan jalan yang baru kepada pemandunya.
Malamnya masing2 menunggu nak nonton Nur Kasih.makan pon tak nak lagi.lepas makan pakat la merantau ke luar.nak kuar petang dah hujan.dalam dingin malam kami meriuhkan keadaan yg sunyi.Well...sbgaimana yg dberitahu..Mesra Alam!puas masing2 bergambar dalam pose yang pelbagai.da muka gila kamera.lbh kurang jer pe'el masing2...balik rumah ingat nak tunggu m.cik tapi masing2 dah letih+keadaan yang sejuk. tapi yang bestnya, dalam rumah ira tetap terpasang kipas walaupun sejuk.mgkin dah biasa dgn cuaca tue...ira siap pesan,nnt kalau sejuk tutup la kipas, tapi msg2 macam kejung terus,subuh baru sedar...kipas dah mati.Ira la yang offkan...heheehehee
08 Ogos 2009
mulakan hari dengan bersarapan. mee dan kwtw goreng.yummy..menyelerakan(trma kasih ats tajaan makann yug dimsak olh Chef Ira).sempat berborak ngn m.cik sblm m.cik bergerak ke ofis coz ada keja. jam 10 lbh kami kuar rumah...sykur sangat p.cik sudi nak menjadi pemandu pelancong kami(thank's a lot p.cik). ira jadi co-pilot la..perjalanan dimulakan dgn bacaan doa. asalnya nak ambik gmbar area rumah ira coz dah bawa beg sekali utk tido kat homestay..tapi tetiba p.cik tnya..'nk g stesen janakuasa letrik..masuk terowong...?nak aje...terus g sana..subhanallah,mmg teruja sangat.p.cik yg sporting melayan jer karenah anak2 yang baru cukup umur nie,hehehehhe..hampir 1 jam kat sana, lpas tue singgah ofis p.cik.mmg sgt menarik info dan pengalman yg kami dapat. bukan semua org dapat rasa...
kami meneruskan perjalanan ke Cameron Hinglands. hati2 p.cik bawa kami...sepanjang jalan ada saja benda yang nak diborakkan. tapi bila sampai separuh jalan, Mun n K.mia dah pening2.Alhamdulillah yg lain ok...p.cik berenti sekejap utk Mun n K.mia rehat skjap.kami plak sibuk la b'gmbr.bkan tak empati tp diaorg berdua terus ke toilet.hehehe... perjlanan diteruskan. p.cik bawa g strawbery farm.check-point pertama,start trun kereta sampai masuk ke dalam, smpailah dipanggil rehat kejap utk makan eskrem, kitaorg tak abes2 bergambar.nk plak da ramai photografer, siap da penasihat cara posing dismpng bunga2 lagi.ehek! pas tue dapat pulak eskrem strawbery...sejuk2 makan eskrem..besh!yummy..yummy..sedap sangat.tapi ira berjaya melawan keinginan nk makan.salute arr..sedap tue..klu akk pantang jugak dik..pantang jumpa.hehehheee..lama jugak abes masa kat situ.dah zohor baru kuar terus g masjid.lepas solat, mkan tengahari. lunch ditaja oleh p.cik,berbanyak2 terima kasih diucapkan.perjalanan diteruskan ke chekc-point ke 2.cactus valley...tmpat wajib nie...kat sini,kitaorg ja yg masuk, diteman oleh adik.ira,fuzah n p.cik tak nak masuk.da selalu masuk la tue.tapi ana pon tak galakkan ira jalan2 dalam tue.bnyak sebabnya..ira tau.hehheeehe.akk sayang ira...kat dalam tue, tak menikmati sngat suasana sebab sibuk bergambar, tambah pulak ada adik yg suka ambil gambar.macam2 rupa n gaya dicandidnya..sabo jer la...lastly,semua cakap..kita dah lupa pa yg ada kat dalam tadi, tak tgok sgt pon..huhuhu...gitu ker?yer la,terkejar2 jugak sbb masing2 excited nk g gnung brinchang.adusss...lepas selesai semua, terus gerak nak g gnung Brinchang.dalam perjlanan sempat berenti kat ladang teh. pa lagi, posing sakan la.macam2 aksi kat situ.kamera ana da kehabisan bateri, kalu tak lagi lenguh pipi nk senyum.siap ada mat saleh tolong ambikkan gmbar kami.hebat sungguh bergambar..
p.cik relaks jer tengok kitaorg.mmg sporting abes la..perjalanan diteruskan ke chekc-point terakhir. sampai kat hujung jalan, ana pandang, mak ah!tingginya jalan nak naik atas...biar betol nak naik keta ikut jlan tue..rupanya silap jalan.alamak!co-pilot dah confius...hehehe.upenyer p.cik pon tak pernah smpai sana...
dalam perjalanan adik sempat dapat khidmat kaunseling dari Fara..apa la Fara nie,dlam keta pon nk buat sesi,tau la sem nie tak pyah buat sesi. tapi isu yg dibncgkan lawak la,isu terlalu peribadi smpai terkeluar soalan yg tak relevan utk klien masa tue.hahahaha...sabar jer p.cik melayan kitaorang...akhirnya, destinasi yg dituju..sampai jugak.mmg nmpak awan bergerak.bley duduk dalam awan kata ira...rmai yg pnjat menara kat gunung tue. ana tak confident sgt, tapi bila semua relaks ja,ana pon pura2 brani.mana bley kalah!hehehe..cam tak caya bley naik atas..Fara dah terduduk coz gayat.kira ana ok ja..tgah sibuk bergelak ketawa bergambar dan ambik video, tetiba adik menangis.terkejut semua...upanya adik dok wiso nak turun.ira bukan nak pujuk,digelakkan lagi.ira..ira..sabar ja la.ana cuba pujuk,kawan2 len pon..tapi tak jalan..huhuhu.lastly Fara berjaya bawa adik trun.ana rasa klau ana ngn adik ja kat situ, may be ana bley bawa dia trun tapi nangis sama2 la kot, coz ana nk turun pon take time.siap dapat motivasi dari ira tue.huhuhu...takoooottt!!Alhamdulillah,selamat sampai kebawah jugak...
tak bley lama coz p.cik,ira dan adik2 tak solat lagi.terus gerak balik, sempat mkan2 dlm keta,yer la bnyak ckap..bnyak gelak..lapo la plak.p.cik drop ktorg kat pasar malam coz nk cari barang2 sket,buah tangan.bnyak jugak membeli, ana tak la sngat.tak tau nk beli pa..ira sms bgtau suh g masjid bila dah siap.plannya malm tue nak mkan steamboat.m.cik balik kerja terus datang kat kami.sian m.cik,mesti penat.huhuhu...tapi tak dak rezki la.tempat full kena book ngn bdak2 PPUM.lastly, g mkan satay.avtually tak lapar sngt coz letih berjalan.sekali lagi p.cik dan m.cik menaja makan malam.hhuhuhuuu..segan sebenarnya. abes mkan terus gerak nk ke homestay.p.cik siap ckap..'sayangnya tempah bilik utk tido ja,macam rugi plak'..huhuhu,ana tak tau.ana ikut ja plan...Before g homestay lpas trun keta, p.cik sempat cakap..p.cik rasa seronok..hlang stress hari nie..uwaaa..terharunya.siap minta maaf,minta halal semua...tetiba m.cik homestay tue ckap dah ada org kat bilik tue.dia silap catat tarikh,tapi dia offer bilik dlm rumah dia.tak kisah la katanya.ada dah nk angkat beg balik umah ira jer rasanya.huhuhu..tk malu!tapi m.cik cakap tak pa,masuk dulu..tgok cmna..kitaorg pon masuk la..siap g bilik.bermesyuarat...lama jugak ambik masa utk buat kptsan.macam2 pro n kontra.lastly semua decide nk balik umah ira walaupun semua sebenarnya tebal muka.huhuhu..uwaaa..malu!kuar ja,nmpak p.cik dah bka bonet keta.huhuhu..sabar je la.ana ngn ira borak kejap ngn m.cik homestay,dia sgguh2 mnta maaf.ana ok ja,nk wat camna...dlm p'jlann balik umah riuh lagi.hehehe...Mun n K.Mia cm besa..pening2 lagi.hehehhe..sampai ja kat umah ira,nak cover malu,Fara pon buat2 la tnya..mana satu bilik yer?ada kunci tak..?n entah ape2 lagi la soalan control malu.abg ira ketawa ja tengok pe'el kitaorg..huhuhu.mlam tue adik tido ngn kami.ira dah berpindah blik.sian bibik,sedap2 da baring kena kuar.maafkan kami!
9 Ogos 2009
bersiap nak balik.huhu..cam kejap la plak.kemas apa yang patut..ira masuk.ana dah lain tengok dia.da lain dari yg biasa. maafkan akk dik.apa pon ira mmg KUAT.thank's a lots.breakfast meehon goreng.bnyak m.cik masak.semalam p.cik da bgtau tntg adik, pagi tue dah perasan adik da lain.tapi kitaorg cam besa,ngusik adik ja keja.hehehhe...lepas mkan,siap bergambar ngn kuarga ira.bacaan doa dan mulakan perjlanan...sempat lagi berhenti kat depan jlan masuk rumah ira semata2 nak bergambar...mmg betul2 lambaian pulang la kali nie.actually semlamnya dah lambai,tapi datang balik.uwaaaa...sepanjang perjlanan dah kurang riuhnya.bukan apa,yg dua org dari hari fisrt mmg melayan pening,tapi yg lain melayan ngantok.p.cik sampai pelik kitaorg diam.risau punya pasal,p.cik berenti kat tepi jlan..tak ingat,tapi mengadap ladang teh la.bergambar lagi.dapat teh sorang secawan.masuk keta terus hidup balik.loorrr..nak teh upernyer.hehehe..sampai tanah rata, terus g jlan2 kat kedai2 nk cri barang nk bawa balik.rancang nk beli coklat yg nmpak kat atas masa berenti tadi,tapi tak der..huhuhu..kecik ati..ngidam jadinya.nasib baik da beli sket coklat kat pasar mlam.beli teh kat kedai kenalan ira, dapat harga murah.membrong la.nak cari something kat family ira,tapi tak der yg menarik,so beli la something yg biasa2 ja.asal ada.nk balas jasa tak terbalas..tanda ingatn jer la.lepas habis shoping,bergmbar lagi kat tman yg ada buahan gergasi.haaaa..masa nie K.mia,Jaja n Fara tak jon lagi.da lagi nk beli barang.lama gak berposing kat situ.dalam kol 12.50 ambik ubat tahan muntah.pastue p.cik bawa g masjid.bukan nk solat,tak masuk waktu..tapi biasa la..lepas round2 sekitar situ, terus g stesen bas.dah bawa trun barang,ana g kat kaunter,,,tak der org.nasib baik ada p.cikdia tnya sapa ntah.bkan tnggu kat situ.angkt la brg2 balik.sampai kat tmpat tggu bas,bas yg nak naik tue baru smpai.ana dok ngendeng2 kat ira,tak tau nk cakap apa coz terharu sngat2.pinjam kata kawan2..layanan FIRST CLASS!!!huhuhu...dah slam ngn ira n adik, tetiba p.cik bas dtg bgtau,bas mgkin lambat jalan coz nk tggu org balik dr brnchag.jalan jam.ok la,ira,p.cik n adik balik dulu.kitaorg terus naik bas.mkan meehon yg m.cik bekalkan.terharu lagi...mmg terharu sngat.smpat lagi bergambar.atas bas pon...bas start jer jalan.sumer pengsan.tak sedar2...ana sedar kejap2,ingat nk lambai umah ira bila lalu, tapi dah terlepas baru sedar.Aisyah cakap dia sedar lalu,dia lambai la.hehehheee...sampai kat KL sentral,Alhamdulillah.selamat perjalanan kami.samapi rumah penat sngt...tapi rasa sayu plak.tak percaya pon ada.yer la pagi kat cameron..petang ada kat KL plak.huhuhu..tengok gambar mula la kuar bnyak cerita.nama ira n p.cik la palng bnyak disebut.maaf la.pujian tau..
Itu la serba sedikit laporan yg boleh dibuat.maaf kalau ada kekurangan dimana2.terlalu bnyak perkara yg dilalui tak dpat dicatat disini.dah lenguh tangan...biarlah kenangan manis ini terpahat dalam memori kami,selamanya...untuk keluarga ira.jazakumullahu khairan kathira.Allah saja mmapu membalas segalanya.Moga terus dimurahkan rezki.ana ingat kata2 p.cik masa kat strawbery farm..apa yg kita belanjakan,kita akan dapat balik,insyaAllah...Moga Allah memberkati kleuarga p.cik kerana telah menggembirakan hati kami semua. apa lagi kawan2 ana cukup tersentuh dengan layanan p.cik kerana masing2 rindukan perhatian seorang ayah yang tiada lagi disisi.syukran p.cik sudi terima kehadiran kami yg kadangkala memeningkan kepala. Maaf atas segalanya.moga akan ada lagi pertemuan selepas ini.Ira,akak SAYANG ira.syukran atas segalanya.you are the best gift in my LIFE!Alhamdulillah...kami RINDU ira dan family...
wassalam...

03 Ogos 2009

MoNoLoG SePi

Dalam sendu...
ku memujuk hati
Duhai hati!
Jangan begini...melawan
biar kena caranya
kalau tidak engkau juga
seperti mereka...
mengapa mereka begitu?
hilang hormat...hilang maruah
dek kerana harta yang akan ditinggal pergi...
Ya Allah...
aku tak mampu menipu diri
diamku bukan bermakna
aku redha dengan cara mereka...
namun,
banyak perkara perlu dijaga
biar aku menangis sendiri
biar mereka terus mengata
biar mereka puas mengadu domba
kerana aku yakin...aku pasti
Kau sentiasa bersama
aku dan mereka..
Melihat...Mendengar...Mengadili
aku ingin redha dengan ujianMu
justeru ku mohon...
bersama dugaan ini...kau berikan aku
kekuatan untuk menghadapinya..
aku percaya...tak selamanya..
mereka akan terus begitu...
sabar itu pendinding paling utuh saat ini..
moga aku dihiasi sifat mahmudah itu...
ya Allah...lindungi insan yang kusayang...
jika ujian itu untuk menambah keimanan
Kau berikan juga kekuatan untuk mereka...
hanya pada-Mu ya Allah
Tuhan yang Maha Mengetahui
apa yang akan terjadi...
moga hidayah-Mu akan menembusi
hati mereka yang menzalimi
diri sendiri...
moga bila saat itu tiba
aku dan mereka
belum terlambat untuk
mengukir segaris senyuman yang telah
lama hilang...insyaAllah.
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-