29 September 2014

~LaTe PoST: CoReTaN RaSa BuaT aDiK-aDiK HaMBa..SeLaMaT MeNeMPuHi DuNia BaRu~

Titipan ini saya kirimkan buat semua insan yang  disayangi.  Pastinya saat ini hati kalian bercampur baur..pelbagai rasa..teruja..berdebar..gembira..sedih dan 1001 rasa yang kadangkala kita sendiri gagal mengungkapnya. Biar apa jua rasa itu..yakinlah, inilah saat-saat yang bakal kalian rindui suatu hari nanti.
Alhamdulillah.. Allah mengizinkan diri ini untuk berada dalam lapangan kampus hampir 6 tahun. Jadi ingin saya kongsikan serba sedikit pengalaman yang mungkin biasa tapi amat bermakna buat diri ini. Moga ia juga mampu menjadi panduan dan sempadan untuk kalian adik-adik  yang bakal memulakan dunia baru..insyaAllah.

1.   BULATKAN NIAT 3,4, atau 5 tahun yang bakal dilalui nanti segalanya untuk MENCARI REDHA ALLAH. Solat jadi keutamaan. Al-Quran jadikan rujukan utama, bacaan yang rutin.

2. MOHON RESTU DAN DOA IBU AYAH..pastikan paling kurang sehari sekali hubungi ibu ayah. Tak perlu lama..cukup beberapa minit untuk bertanya khabar dan mohon doa. Anak gadis terutamanya..pastikan ibu ayah tahu pergerakan (urusan luar kampus terutamanya) kalian.

3.Kalian telah jauh dari ibu bapa. Mungkin ini perkara biasa bagi yang memang bersekolah asrama, matrikulasi, asasi dan lain-lain. Akan tetapi ingin diingatkan..perkara paling penting saya kira..PILIH KAWAN YANG BAIK. Agama dan akhlaknya. Jangan menilai orang..tetapi kita ada naluri mengenal  manusia..jangan fikir banyak kali untuk tinggalkan sesiapa sahaja yang cuba membawa kita kepada sesuatu yang tidak baik. insyaAllah..kalian sudah matured..tahu bezakan baik dan buruk. Kehidupan kampus..tiada ayah ibu yang dapat pantau dari dekat..tiada guru-guru yang akan bertanya khabar..semuanya diuruskan sendiri. Disini peranan kawan tersangatlah penting.

4UTAMAKAN PELAJARAN. Kalian menggalas amanah ibu ayah dan keluarga. Tunaikan amanah itu dengan sebaiknya.

5.  URUS MASA SEBAIKNYA. Jika perlukan jadual..buat! kalian akan ada penasihat masing-masing dalam kalangan pensyarah. Jalinkan hubungan yang erat denga penasihat. Minta nasihat dan tunjuk ajar. Tak rugi berbuat baik dengan penasihat apatah lagi pensyarah.

6. URUSKAN KEWANGAN DENGAN BIJAK. Pinjaman..biasiswa yang dapat buat pecahan sebaiknya. Bagi mereka yang dating dari keluarga yang sederhana..kalau boleh cuba minimumkan perbelanjaan jangan sampai meminta-minta pada keluarga. Saya boleh buat dan saya yakin kalian juga mampu melakukannya.

7. JADILAH PELAJAR YANG PUNYA BANYAK KEMAHIRAN. Ini waktunya untuk mengasah bakat yang ada. Kepimpinan..seni..bahas..perstuan..dan lain-lain lagi. JANGAN JADI SISWA 3K. Kuliah..Katil dan Kantin/Kafe.  Jadilah siswa yang punya jati diri. Dicampak kemana sahaja dapat hidup. BERMASYARAKATLAH!..jangan jadi kera sumbang. BERBAKTILAH! Jangan disimpan tenaga yang ada. BERFIKIRLAH!..jangan biar kering idea..MEMBACALAH!..jangan biar waktu tersia..MEMBERILAH!..jangan tunggu ada yang meminta..walau bukan dengan harta..MENGEMBARALAH!..jangan sampai tertutup minda..kutiplah sebanyak mungkin hikmah yang ada. BIAR BERGRADUASI SEBAGAI INSAN BERKUALITI.

8.Ambil tahu apa yang berlaku disekeliling kalian, JANGAN HANYA HIDUP DALAM DUNIA SENDIRI. Bukan ‘busy body’ tetapi perlunya peka, teliti dan berhati-hati.

9.WUJUDKAN RANGKAIAN dengan rakan-rakan dari kampus lain. LUASKAN HUBUNGAN..ini waktunya membina jaringan yang positif..besar manfaatnya nanti. BerPERSATUANlah..BerSUKSISlah..BerPALAPESlah..pilihlah apa sahaja yang baik..gunakanlah peluang dan ruang yang ada sebaiknya. Belajar tentang jatuh bangun kehidupan yang tidak diajar dalam silibus pendidikan.

10. Last but not least..OPTIMUMKAN TAHAP KESIHATAN. Gunakan waktu belajar untuk mendapatkan KHIDMAT KESIHATAN yang disediakan PERCUMA. Jangan sampai kesihatan menganggu urusan akademik dank o-kurikulum anda. p/s: saya sangat suka ke klinik kesihatan@klinik gigi time belajar dulu..setiap bulan..saya suka jumpa doctor tapi tak suka makan ubat.hehe..

Owh ya..sebelum terlupa..sila membaca..membaca dan membaca. Bersahabat dengan buku dan juga library..tempat yang paling selesa kat mana-mana universiti pun..hihi

Itulah serba sedikit perkongsian dari saya. Moga dapat menjadi panduan untuk kalian. Zaman kita mungkin berbeza, namun asasnya masih sama. Niat biar jelas,..insyaAllah, selamat! Kita semua tidak akan terlepas dari ujian yang pelbagai. Jangan cepat melatah apatah lagi berputus asa..ujian itu akan mematangkan diri kita. Andai buntu..mohonlah pertolongan daripada Allah. Kongsikan rasa bersama ibu ayah, pensyarah, penasihat, kaunselor atau sahabat. Jangan dipendam perasaan yang bukan-bukan.

Dalam tekad mencapai cita-cita, pandang juga kiri dan kanan kita. Andai ada sahabat yang rebah..raihlah tangannya ..bangunkan dia kembali dan bersamalah melangkah menuju gerbang kejayaan. Jangan sesekali pentingkan diri!

Gunakan juga medan kampus ini untuk belajar tentang segalanya. Praktikkan juga moga ia terus berkembang dan bermanfaat. Kelebihan zaman siswa ini adalah kalian punya hak untuk berbuat silap, kerana daripada kesilapan itu kalian akan belajar apa yang betul.

Cukuplah sekadar ini..pesanan ini bukan bermakna diri saya sempurna kerana masih banyak aspek yang tidak disentuh. Coretan ini hanyalah hasil pengalaman yang tidak seberapa. Moga kalian sentiasa diberkati. Corakkanlah kanvas kehidupan kampus ini dengan lakaran dan warna-warna indah. Kerana ia mungkin akan menjadi satu saat yang kalian paling rindui dan ingin kembali nanti.

Selamat Berjuang permata Agama. Moga kepakaran kalian menjadi satu kebanggaan untuk Islam suatu hari nanti. Belajarlaj apa sahaja bidang, namun pastikan syariát terus dijunjung. InsyaAllah, kalian akan selamat dunia dan akhirat. Siiru Álaa Barakatillah..
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-