28 Oktober 2009

SuaM-SuaM KuKu (",)

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. selepas hampir 5 hari Bajet 2010 dibentangkan, adakah isu ini sudah menjadi suam-suam kuku. ana rasa tidak! Sana sini masih menbincangkan soal pembentangan Bajet 2010 baru ini. semalam berkesempatan menonton rancangan Bicara Siswa, dan ana sedikit terkesan dengan cabaran yang diberikan oleh Sdr Syazwan, masih muda belia namun pemikirannya..subhanallah..segan ana. katanya mahasiswa perlu memikirkan atau mengkaji mengapa bajet kali berkurang daripada bajet yang lalu. dengan pengurangan yang agak ketara dari 2.+b kpd 1.9+b...urmmm. menurut sdr. Syazwan lagi, dari sumber yang beliau dapati ekonomi dunia sekarang berada dalam kedudukan 'W'...satu kupasan yang menarik untuk terus dianalisis oleh mahasiswa terutamanya. itu hanya perbincangan dari sudut pendidikan.
bicara soal ekonomi ana lemah sebenarnya..namun ana tidak pernah miss untuk mengikuti pembentangan Bajet setiap tahun. seperti ada satu tarikan disitu untuk melihat situasi masa kini. untuk bajet kali ini isu pendidikan sekali lagi menarik minat ana, dan juga isu penjagaan anak-anak. sekian lama ana mengharapkan semua jabatan atau institusi tempat kerja menyediakan nursery untuk anak-anak pekerja masing-masing. jadi ibu terutamanya boleh bekerja dengan lebih aman hendaknya. antara isi pembentangan Bajet kali ini dua perkara yang menarik minat ana adalah mengenai pendidikan dan juga program permata.

Antara faedah yang ditawarkan untuk golongan pelajar/mahasiswa;
-Seramai 30 pelajar terbaik berasaskan merit akan diberi Biasiswa Nasional untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti tersohor di dunia
-Pinjaman PTPTN juga akan ditukar kepada biasiswa bagi pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama mulai 2010.
-Kad diskaun tambang 50 peratus 1Malaysia untuk pelajar akan diberikan,
-Pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 ringgit sebulan untuk dua tahun

Berikutan kejayaan Permata dalam mendidik 17,565 kanak-kanak, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi memperkasakan lagi progam yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat hari ini berkata peruntukan itu adalah bagi tujuan perlaksanaan programnya seperti berikut:
* Permata Negara membabitkan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sebelum mencapai umur 5 tahun. Satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras kurikulum, latihan dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan kanak-kanak.
* Permata Seni membabitkan latihan pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang seni. Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
* Permata Pintar bertujuan membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang. Program ini akan dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns Hopkins, Amerika. Pengambilan kumpulan pertama akan dibuat pada 2011.
* Permata Insan bertujuan melatih pelajar supaya memahami, mendalami dan mengaplikasi ilmu yang berteraskan Al-Quran. Program ini dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12 tahun.
Selain itu, Permata akan turut melaksanakan program Perkasa Remaja untuk melatih dan membimbing remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala sosial. Program yang dikendalikan oleh UKM ini akan membolehkan belia dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat dan negara. Program Permatadiperkenalkan di 457 pusat latihan sehingga ini.

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-