Bermula dengan rasa tidak puas hati dan akhirnya membawa kepada rasa geram dan marah merupakan sebahagian daripada perkara yang semua orang alami. Geram dan marah adalah satu sifat manusia. Kemarahan akan melenyapkan kebenaran dan membawa kepada keburukan.
Orang yang marah dikira lemah kerana ia gagal menguasai diri dan akalnya. Ia lemah dalam hal menghadapi sesuatu diri dan akalnya. Ia lemah dalam hal menghadapi sesuatu dengan kelakuan yang tenang sekalipun dia seorang yang gagah dan ditakuti.
Menurut Imam Ghazali, marah ialah secebis api yang berpunca daripada api Allah SWT yang menyala-nyala yang panasnya naik sampai ke pangkal hati. Api itu pula bersemadi dalam lubuk hati seseorang sehingga berbara dan kemudian diseliputi abunya. Daripada api itu terhasil sifat sombong dan bongkok yang terpendam di dalam hati yang hanya menunggu masa untuk muncul khususnya apabila timbul rasa tidak puas hati dan dipengaruhi pula oleh nafsu dan syaitan.
Marah terdiri daripada beberapa jenis. Menurut Imam Ghazali, kemarahan manusia ada bermacam-macam iaitu ada yang cepat marah, dan cepat tenang. Ada yang lambat marah dan lambat pula redanya. Ada juga manusia yang lambat marah tetapi cepat tenang. Jenis yang ketiga ini disebut sebagai yang terpuji.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam; “Berilah wasiat kepadaku.” Sahut Baginda: “Janganlah engkau marah.” Kemudian Baginda mengulanginya beberapa kali. Sabdanya: “Janganlah engkau marah”. (Riwayat Imam al-Bukhari)
Dalam satu riwayat lain, lelaki tersebut diminta ditunjukan jalan yang boleh memasukkannya ke dalam syurga sambil menyatakan harapan agar baginda member pengajaran yang ringkas. Baginda menegaskan, “Janganlah engkau marah.”
Maksud ungkapan janganlah engkau marah ialah jangan menurutkan hawa nafsu marah. Bukan pula hendaklah mengetepikan atau melenyapkan sama sekali nafsu itu kerana marah adalah salah satu daripada tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.
Di dalam suatu hadis lain, diriwayatkan bahawa baginda bersabda: “Jauhilah kemarahan kerana kemarahan adalah bara api bernyala-nyala dalam hati anak Adam. Cuba lihat bilamana seseorang daripada kamu berkeadaan marah, kedua-dua matanya kelihatan merah dan urat lehernya kelihatan timbul. Apabila seseorang daripada kamu berasa marah, hendaklah berbaring atau duduk di atas tanah.”
Menahan perasaan marah dan memaafkan kesalahan orang lain membawa banyak kebaikan kepada diri seseorang. Badan dan rohnya insyaAllah akan sentiasa sihat kerana mengutamakan kemaafan dan banyak berlapang dada dalam sesuatu hal atau urusan. Dia tidak akan runsing akan sesuatu perkara khususnya hubungan sesama manusia. Juga akan dapat mengekalkan hubungan sesama manusia sekali gus dapat terus berkawan dan menambah kawan-kawan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahan, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan(ingatlah!) Allah SWT mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (surah Ali Imran: 134)
Jika kehidupan kita sentiasa diselimuti kekesalan dan rasa bersalah akibat kesilapan masa lalu, seluruh kehidupan kita akan menjadi murung, muram dan tentunya akan menuju ke arah kegagalan dan kehancuran kerana perasaan sedemikian amat membinasakan. Beritahu pada diri sendiri betapa hidup ini akan musnah sekiranya kita masih berada pada zaman silam, iaitu zaman ketika berlakunya peristiwa tersebut, mungkin lima atau sepuluh tahun.
Keterlanjuran kata-kata yang tajam terhadap sahabat, saudara ataupun ibu bapa yang telah kita lemparkan lima tahun lalu, tetapi hingga kini masih membelenggu fikiran kita akan menyebabkan gangguan dan kebinasaan terhadap emosi kita ketika ini.
Kita perlu memaafkan diri kita atas keterlanjuran, kelalaian, kesalahan, dan kegagalan yang kita lalui. Juga terhadap keputusan yang telah kita buat tanpa berfikir panjang. Kita hendaklah melenyapkan segala perasaan malu atau kesilapan kita yang telah lama berlaku dan telahpun berlalu kerana sebenarnya hanya diri kita seorang sahaja yang masih mengingatinya, sedangkan orang lain telah lama melupakannya. Jadi, kita perlu melenyapkannya daripada fikiran kita kerana ianya amat menyeksakan.
Jalan keluar atau ubat yang paling mujarab bagi menghilangkan emosi terluka yang begitu menyeksakan diri kita adalah kemaafan. Tanpa kemaafan, kita tidak mungkin akan terlepas daripada bebanan penyeksaan emosi. Kita tidak akan pernah menemui ketenangan atau ketenteraman jiwa. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sungguh, Allah SWT itu Pemaaf dan Maha Berkuasa.” (an-Nisa:149)
Orang yang tidak dapat memaafkan dirinya dan memaafkan segala kesalahan, keterlanjuran dan ketidaksempurnaannya berkemungkinan akan menderita penyakit sukar tidur (insomnia), pening kepala, ulser atau barah, dan yang paling ketara ialah sakit jiwa.
Perasaan sakit hati, iri hati, benci, marah yang tidak terkawal dan berdendam adalah punca utama yang menyebabkan timbulnya penyakit baik daripada segi mental, emosi mahupun fizikal. Hindarilah ia sebelum ia memusnahkan diri kita. Bijak pandai ada menyebutkan bahawa; “sesiapa yang boleh menumpaskan sesaat rasa marah bererti dia boleh mengelakkan kemurungan sepanjang hari”.
Kita perlu sedar bahawa kita merupakan makhluk Tuhan. Selaku makhluk biasa, kita bukanlah manusia yang cukup sempurna dalam segala hal. Oleh itu, setelah berupaya memaafkan diri kita, kita juga perlu bersedia memaafkan kesalahan, keterlanjuran dan ketidasempurnaan orang lain. Kita lakukan segala-galanya sebaik mungkin dan yang lainnya kita serahkan kepada kekuasaan Allah Rabbul Jalil. Sesungguhnya member maaf itu akan lebih member manfaat kepada diri kita sendiri daripada orang yang kita maafkan. Maafkanlah diri kita sendiri dan orang lain. Kemaafan adalah umpama pisau bedah yang membuang segala parut emosi.
Kemudian, berdoalah sebagaimana contoh yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud: “....Ya Tuhan kami, janganlah hukum kami, jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,Janganlah Engkau pikulkan atas kami beban yang berat, sebagaimana Engkau pikulkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kami. Ya Tuhan kami, Janganlah pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami mengahadapi orang-orang kafir” (al-Baqarah: 286)

dipetik drpd majalah Cahaya terbitan JAKIM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan