28 Julai 2009

BiLa Dia TiaDa-DeDaKaSi uTK aYaH TeRCiNTa


Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam di awal Sya'ban. Moga kita semua lebih diberkati pada bulan ini, insyaAllah.

kebelakangan ini terlalu bnyak peristiwa yang terjadi dan ianya sedikit sebanyak meruntun emosi. jika sebelum ini ana merasakan diri ana cukup kuat untuk berhadapan dengan apa sahaja dugaan, namun rupanya ana masih terlalu lemah untuk menghadapi ujian-Nya. Moga apa yang telah terjadi dapat menguatkan lagi diri ana. kerana ana yakin bila kita mohon kekuatan dari-Nya, Dia akan menghadiahkan ujian dan dugaan supaya kita menjadi kuat.InsyaAllah...

Untuk kali ini, ana ingin berkongsi sesuatu yang telah berlaku di awal sya'ban baru2 ini. sedang ana dan ahli bait menghabiskan masa di ruang depan, bercerita itu dan ini..tiba2 'blackout'.terkejut sangat masa tue, terus ke fius untuk tolak semula sebab dengar fius terbidas. ana tolak ke atas, tapi fius tue melantun semula dan dalam masa yang sama keluar cahaya macam api. tahap cuak cukup tinggi masa tue. terus call p.chik untuk datang tengok.

Sementara menunggu bantuan datang, kami semua brkumpul di depan, punya la bijak...memang terpaksa bergelap sebab lilin memang tak ada. tak pernah terfikir nak beli.lampu suluh pula entah kemana.so, dalam gelap duduk la kami sambil berborak-borak. Entah mengapa, tiba2 sahabat ana, Munirah bertanya"macam mana yer perasaan korang bila ayah tak der, rasa kehilangan tak?" semua terdiam. Terkejut! di antara ahli bait hnya ana dan munirah sahaja yang masih punya ayah.lagi empat sahabat ana semuanya sudah tiada ayah. "Mun,kenapa tanya soalan camtue?"soal ana. masa tue Jaja dah diam, ana nampak macam dia menangis, Mun terus pergi kat Jaja dan minta maaf. Tapi Jaja tak menangis pun,dia terdiam mungkin terkejut kerana tak sangka soalan itu akan ditanya saat2 macam sekarang.

Fara yang baru kehilangan ayah bertanya kepada kami,"korang pernah tak cium ayah korang, cium pipi dan kening ayah?".kami semua terdiam.."kalau cium tangan yer la"..jawab Mun perlahan."Jangan camtue, klu masih ada ayah,mula dari sekarang cium pipi dan kening ayah, jangan sampai dia dah kaku dan sejuk baru kita nak cium.mula-mula memang segan, tapi bla dah biasa, semuanya akan ok".

lepas tue semuanya berkongsi cerita mengenai ayah masing2. Aisyah tak pernah kenal ayahnya sebab dia tak sempat menatap wajah ayah, jadi dia tiada kenangan bersama ayah.

ana agak sensetif bilamana membincangkan soal ayah dan ibu. ini kerana ana belum bersedia untuk kehilangan mereka. ana tahu semua orang akan mati, namun ana tidak dapat membayangkan bagaimana jika Allah mengambil ibu atau ayah ana saat ini. moga2 mereka dipanjangkan usia untuk melihat permata hati mereka ini berjaya. terlalu besar harapan ana untuk ayah. ana berdoa moga ana diberi kesempatan untuk menunaikan kata2 dan janji ana.

ana terlalu sayang ayah. terlalu sayang bonda. moga Allah terus memberkati keduanya.

bagi yang masih punya ayah, hargai, sayangi, hormati dan kasihi mereka sepenuh hati. bagi yang sudah tiada ayah, teruskan berdoa kerana doa anak yang soleh akan terus mengalir kepada mereka. moga mereka disediakan oleh Allah Maha Penyayang dengan taman-taman syurga yang indah.ameen...

Sayangi ayah..ayah Hero hatiku...

19 Julai 2009

MeNGuJi IMaN MeLaLui PeRiSTiWa ISRa’ MiKRaJ

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”(Q.S. Al-Israa’: 1).


“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”
(Q.S. An-Najm: 13-18).

Pada setiap tanggal 27 Rejab tiba , kita akan selalu teringat suatu peristiwa yang sangat luarbiasa , yang terjadi sejak 15 abad yang silam, iaitu peristiwa perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. di waktu malam dengan menaiki buraq dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, terus naik ke langit ke tujuh sampai ke Sidratul Muntaha. ,peristiwa ini lebih dikenali dalam masyarakat kita hari ini iaitu ‘ Peristiwa Isra’ dan Mikraj”
Hebatnya peristiwa ini sehingga mengundang sebahagian dari kaum Muslimin setiap pelusuk negara kita memperingatinya dengan mengadakan pelbagai kegiatan khususnya di masjid-masjid, surau-surau, sekolah atau pusat pengajian tinggi dan sebagainya semata-mata untuk meraikan sambutan peristiwa bersejarah ini sehingga semangat ini terbawa-bawa walaupun bulan Rejab telah berlalu.
Peristiwa Isra’ dan Mikraj terjadi Cuma sekali sepanjang sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Satu setengah tahun sebelum berhijrah ke Madinah perkara yang berlaku ini terjadi kepada diri seorang manusia maksum dan sungguh luarbiasa sehingga tidak semua orang meyakini kebenarannya , kecuali orang yang benar -benar beriman, yang mendapat hidayah dari Allah s.w.t.
Bagi orang yang beriman kepada keesaan Allah dan hari Kiamat, ia menerima dengan hati yang terbuka dan pasrah, diterima kerana merupakan satu perkara yang logik,apatahlagi peristiwa itu dihubungkan sebagai salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w., maka tidak ada masalah yang perlu diragui. Yang jelas kebenaran peristiwa ini tidak mesti sesaui dengan hukum alam dan logik akal manusia, tanpa juga mempercayai secara jasad dan roh, kecuali setelah diperoleh bekas-bekas yang nyata dari peristiwa tersebut. Kita juga mesti beiman deng Isra’ dan Mikraj iaitu ada perintah kewajipan menunaikan solat lima waktu. Kewajipan inilah yang menjadi pokok keimanan dan hendaklah dikerjakan bersungguh-sungguh serta tidak meninggalkannya.
Semasa perjalanan Nabi Muhammad bersama Jibril menuju ke Sidratul Muntaha mereka bertemu dengan para nabi terdahulu di setiap langit seperti Nabi Adam, Nabi Yahya dan Nabi Isa, Nabi Yusuf dan Nabi Idris alaihima salaam, Nabi Harun , Nabi Musa dan Nabi Ibrahim. Kemudian meneruskan perjalanan sampai ke suatu tempat yang bernama ‘Sidratul Munhata’ iaitu suatu kumpulan bintang -bintang terakhir dan tertinggi , letaknya sangat jauh di luar ‘ susunan tujuh langit’ yang disebut tadi, kemudian meneruskan perjalanan lagi ke suatu tempat bernama ‘Baitul Makmur’ suatu kumpulan bintang sesudah Sidaris ( Sidratul Muntaha).Di tempat inilah Nabi Muhammad menerima perintah wajib solat yang pada mulanya perintah itu sebanyak 50 kali sehari semalam. Tetapi atas nasihat Nabi Musa, Nabi Muhammad memohon kepada Allah agar dikurangkan , kerana beliau khuatir kalau-kalau umatnya tidak mampu melaksanakannya kelak. Allah s.w.t. mengurangkan sampai 5 kali sehari semalam.
Hikmah dan tujuan utama peristiwa Isra’ dan mikraj adalah agar umat Islam mewujudkan hubungan dengan Allah yang juga disebut dengan istilah ‘Solat”, sebagai suatu ibadah utama yang wajib dikerjakan 5 kali sehari semalam, sesuai dengan tata cara dan tata tertib yang digariskan oleh Rasulluh s.a.w. pada masa hayatnya yang diterima secara langsung bukan sebagaimana biasa melalui wahyu.
Ia juga sebagai memperlihatkan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t, dimana waktu itu bangsa Arab masih banyak yang mengingkari kebenaran ajaran Allah yang disampaikan nabi untuk , menjelaskan kejadian in adalah suatu pekerjaan yang berat supaya mereka dapat meyakini dam mengerjakannya secara ikhlas, semestinya keadaan itu disertai dengan peristiwa luar biasa yang disebut sebagai mukjizat.
Antara sebahagian kejadian yangditunjukkan kepada nabi dimana semasa baginda manjalani peristiwa ini, manusia diazab dengan cara memotomg lidah sendiri kerana dosa yang dilakukan semasa hidup didunia disebabkan terlalu suka mengumpat, mencela dan mencaci orang lain, Rasulullah juga ditunjukkan bagaimana seorang yang mengangkat kayu api walaupun dia sudah tidak mampu memikulnya dia masih menambah beban itu sehingga membinasakan dirinya sendiri. Keadaan ini tidak terkecuali masih terjadi dalam masyarakat kita dengan menerima bebanan amanah sedangkan mereka sudah tidak mampu memikulnya. Begitu juga diperlihatkan kepada beliau terhadap mereka yang mengingkari, serta tidak mahu melaksanakan sembahyang dengan dirantai dengan besi yang dinyalakan api melingkari tubuh mereka dan betapa siksanya mereka ketika itu.
Yang menjadi agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib sembahyang lima waktu sehari semalam, baik untuk peribadi nabi s.a.w. mahupun untuk umatnya dengan waktu yang telah ditetapkan….
Betapa pentingnya sembahyang di dalam kehidupan seseorang Muslim , maka marilah kita tanamkan pendidikan Islam secara umum dam pendidikan agama secara khusus kepada anak-anak kita . Kita mesti ada perancangan terutama yang berkaitan masa depan anak-anak dengan dibekalkan mereka dengan pengajaran agama, supaya nanti mereka tidak lupa dan salah faham mengenai agama Islam, tidak lagi yang tidak tahu Rukun Islam dan Rukun Iman dan ia akan menyedarkan mereka untuk menguasai seluruh kehidupan dengan amalan baikdan sempurna.
Jadikan pengajaran dan iktibar dari peristiwa Isra’ dan Mikraj sebagai langkah untuk membersihkan serta membentuk sahsiah diri kita dengan kembali ke jalan Allah dan meninggalkan perbuatan keji yang sia-sia.

SaLaM uKHuWWaH Di HuJuNG ReJaB

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang.
terlalu lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu disini. kesempatan bertemu dengan bulan mulia, Rejab-bulan Allah...syukur dipanjatkan. Ya Allah, berkati aku di bulan Rejab dan Sya'ban,dan sampaikan aku ke bulan Ramadhan. Teruja untuk bertemu Ramadhan yg mulia dan belum tentu ana akan dapat merasainya. Moga Allah masih memberikan keizinan untuk bertemu sekali dengan Ramadhan yg mulia. di bulan Rejab yang mulia ini, kedengaran di sana-sini kelebihan amalan2 yang dilakukan. apa lagi dengan peristiwa bersejarah, perjalanan Kekasih Allah dalam peristiwa Isra' Mikraj. amalan yang menjadi keutamaan pastinya solat lima waktu yang telah difardhukan dalam peristiwa ini. tak kurang dengan amalan puasa sunat yang kadangkala menimbulkan berbagai tanggapan bila menjelangnya bulan Rejab dan juga Sya'ban ini. namun begitu, ada baiknya juga bila timbul perbincangan begini, yang tak tahu jadi TAHU. ana ada mendengar para ustaz mengatakan bahawa pada bulan ini adalah baik sekiranya diperbanyakkan solat sunat dan juga solat fardhu perlu dijaga sebaiknya. ini kerana pada bulan mulia ini ibadah SOLAT disyari'atkan. namun begitu, ramai jugak yang mempertikaikan apakah amalan yang kita lakukan sepanjang bulan mulia ini akan dikekalkan selepas keluar dari madrasah Ramadhan. pada ana, perkara itu terletak kepada diri seseorang individu. kalau kita ikhlas melakukan amalan yang disyari'atkan dengan sepenuh hati, insyaAllah bila-bila pun kita tetap akan begitu. Moga kita istiqamah dijalan-Nya...
"Ya Allah, jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami..."
Moga kesempatan waktu yg Allah berikan kepada kita ini mampu kita manfaatkan sebaiknya. meminjam kata-kata ustaz Zahazan Mohammad yg diubah suai ikut pemahaman ana, "tak payah kita asyik cakap tentang puasa 3 bulan, kalau dalam bulan2 sebelum ini nak ingat kepada Allah pon susah..berat mulut nk lafazkan zikrullah..."
'ala kulli hal, betulkan yang biasa...biasakan yang betul...Moga Redha Allah milik kita.insyaAllah.
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-