10 Februari 2016

~NAK PILIH COURSE APA???~



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Salam kasih sayang dan salam keceriaan buat semua. Bagaimana khabar semuanya..ok? Harusnya ok la ya.

     Sebagaimana yang kita semua tahu, atau mungkin jugak tak tahu..sekarang ni musim demam UPU. Apa tu??? Bukan musim panas ke kat utara dan musim hujan kat Selatan dan Borneo ke? Ya lah jugak, tapi pengetahuan am macam tu kurang menarik perhatian pelajar lepasan SPM, STAM, STPM, Asasi dan Matrikulasi sekarang ni. Haaa..faham dah ke? Ok, tapi sebelum kita panjangkan topik ni marilah kita sama-sama doakan saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan musibah banjir pada saat ini. Moga Allah mempermudahkan urusan mereka semuanya dan memberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini. insyaAllah.

     Baiklah, kembali kepada topik asal kita tentang pemilihan universiti dan kursus yang bersesuaian. Hurm, dilemma ramai pelajar hari ni untuk pilih kursus. Setiap hari saya juga diajukan soalan yang sama. Sampai dah boleh hafal kursus-kursus setiap universiti. Macam ni lah anak-anak yer, awak semua pilihlah course yang paling diminati. Fisrt, tetapkan focus dan matlamat. Contohnya, awak berimpian untuk menjadi seorang Doktor Sakit Puan, takkan la awak nak mohon course Kesusasteraan Melayu kan, for sure la awak akan mohon Sarjana Muda Perubatan. Begitulah kisahnya. Bak kata uncle Stephen Covey ‘Begin what the end in mind’. Apa kebenda pulak tu. Cenggini la nak, awak lihat 5 atau 10 tahun ke depan, dimana awak akan berada. Kalau awak nak berada dalam bilik berhawa dingin, mengadap insan-insan yang memerlukan pertolongan dari sudut psikologi dan emosi macam saya sekarang ni, maka pilihlah kursus Kaunseling&Psikologi. Tapi kalua memang awak tak kisah untuk berada dimana sahaja pada jangka waktu masa depan, awak tetap kena pilih jugak kursus-kursus yang teringin untuk diterokai. 12 pilihan dalam UPU online tu bukan sikit anaaakk, banyak tu. Paling penting awak kena jadi insan yang mempunyai pelajaran. Tak kisah bidang apa, kerana setiap pekerjaan itu ada faedah yang berbeza buat ummah dan negara.

      Agak-agaknya faham tak apa yang saya cuba sampaikan ni yer? Kalau students saya ni memang dah faham la sebab cikgu diaorg ni memang beria-ia kalau menerangkan tentang kursus-kursus dan prospek kerja lepas belajar ni. Ayat paling mudah yang selalu saya guna adalah, ‘pilih kursus yang awak minat, sebab awak akan habiskan 3 ke 4 tahun untuk belajar kursus tersebut.  Tak kisahlah kursus apa, yang penting minat!’dan of course la kemampuan. Dah kalua awak dapat pointer 2.5 dengan MUET band 1 takkan nak minta course Undang-Undang walaupun awak suka pergi Mahkamah. Begitu! So..masa yang ada hampir 2 bulan ni.. fikirkan betul2. Bincang dengan family, Kaunselor, cikgu2, senior2 dan juga individu2 yang awak rasa dapat membantu. Jangan terburu-buru buat keputusan. Kementerian bagi awak masa 3 bulan lebih untuk fikir, untuk pilih, untuk ubah dan untuk tetapkan apa pilihan yang awak nak.

       Ingat! Selalu yang berlaku bila tak dapat tempat kat universiti nanti, kawan-kawan lain semua dah packing beg nak pergi, awak baru kalut nak cari kaunselor..hurmmm..masa tu kaunselor boleh cakap harap bersabar je la. So, jangan ambik mudah! Semua kena tau..cara nak susun 12 pilihan ikut keutamaan semua tu, kena ada ilmu nak buat. Bukan semberono je ye. Last but not least, istikharahlah! Bukan nak kawen je kena buat istikharah ye anak-anak, nak buat pilihan kursus pun kena buat istikharah. Moga Allah bombing hati kita untuk pilih yang terbaik! InsyaAllah.
Selamat berbincang, selamat mengkaji dan selamat memilih. Ingat! Anda sedang memilih masa depan. So, be serious! Hokkayyy.. saya doakan yang terbaik buat kalian. Moga mendapat apa saja yang dihajati, yang dicita-citakan.

   

Saya sertakan pautan UPU dan juga web untuk check syarat am dan khas sesebuah program pengajian, guna sesawang ni untuk tengok apa yang layak untuk dimohon sesuai dengan kelulusan kalian. Siiru ‘alaa barakaatillah.


- Mohon UPU


- Check Syarat Am dan Syarat Khusus Program




26 November 2015

~ KuRSuS PeMaNTaPaN DiRi, PeMBiMBiNG RaKaN DiNaMiK KMKN~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam kasih sayang untuk semua yang bertandang di laman perkongsian ini. Sekali lagi jarak antara post sangat jauh hinggakan perlukan masa yang sangat banyak untuk recall balik event-event yang dirasakan bagus untuk dikongsikan bersama.
Entry kali ni saya nak kongsikan dengan semua perjalanan kursus kepimpinan yang saya dan rakan rancang khusus untuk Pembimbing Rakan Dinamik Kolej MARA Kuala Nerang. Mungkin ada yang tanya, apa tu Pembimbing Rakan Dinamik. Senang cakap PRD ni adalah PRS.Haaa...semua faham kan. Mana-mana pelajar yang betul-betul berjiwa PRS tu, jemputlah datang belajar di KMKN. Jiwa saya sangat dekat dengan PRD. Dari sudut content dan pelaksanaan..semuanya.saya suka!
Ok, make it short, kami mulakan perjalanan kami pada jam 7pagi hari Jumaat. Kali ini destinasi kursus kami adalah De Baron Resort, Langkawi. Langkawi? Ya, Langkawi. tiba-tiba ada lebihan duit, jadi kami dapat juga merentas lautan menuju ke Pulau Mahsuri itu. Perjalanan kami ke Jeti Kuala Kedah mengambil masa hampir satu jam. Alhamdulillah, sampai saja di jeti, kami sempat dengan Feri awal, dan akhirnya smua menikmati sarapan di dalam feri. akhirnya pada jam 9.45 pagi kami selamat sampai ke Jeti Kuah, Langkawi. Bas daripada resort menanti dan membawa kami ke destinasi. Inilah destinasi kami!
Sesi pertama kami bermula di dewan kerana tak dapat nak check in lagi. check in hanya selepas jam 2 petang. Sesi ice breaking dikendalikan oleh ahli PRD sendiri. Kami cuma memantau dan mencelah untuk memastikan perjalanan sesi berlangsung dengan baik. sesi ice breaking lebih kepada proses untuk mengukuhkan persefahaman dan menghilangkan rasa kurang selesa antara satu sama lain. memang xde masalah la budak-budak ni kan. Tau saja nak wujudkan suasana yang ceria dengan melibatkan semua kawan-kawan. slot berhenti untuk makan tengahari dan solat jumaat. Alhamdulillah, sesi pertama berjalan dengan baik. 

Selepas solat jumaat dan check in bilik, sesi dimulakan dengan slot Kemahiran Asas Kaunseling. Bantu Diri untuk Bantu Rakan. Sesi perkongsian ini disampaikan oleh En Shahid Bin Ahmad, Kaunselor MRSM Langkawi. kepakaran beliau dalam ilmu dan teknik kaunseling sangat membantu pelajar untuk lebih memahami konsep tugas seorang ahli PRD.Kemahiran asas seperti kemahiran mendengar, membuat prafrasa, konfrantasi dan lain2 lagi. beliau turut meminta pelajar menyelesaikan kajian kes dengan menggunakan kemahiran tersebut. pelajar kelihatan gembiran dan dapat mengikuti sesi tersebut dengan sangat baik.
sesi berakhir diikuti dengan minum petang. Sesi petang memfokuskan kepada keperluan fizikal pelajar. aktiviti riadhah dijalankan bagi mengisi tujuan tersebut. Sesi pada waktu malam diteruskan lagi dengan sesi Simulasi. Beberapa modul telah digunakan untuk mewujudkan kepelbagaian dalam aktiviti. Alhamdulillah, semua pelajar memberi kerjasama yang baik.

Sesi malam tersebut berakhir pada jam 11.00 malam. kami menikmati minum malam dan masing-nasing bebas melakukan aktiviti sendiri. Kebetulan malam itu ada salah seorang PRD menyambut ulangtahun kelahiran. sempat lagi la kawan-kawan mereka buat suprise party utk kawan diaorg.

Sesi pagi sepatutnya bermula jam 8.30 pagi. namun begitu berlaku sedikit masalah teknikal yang menyebabkan sesi terpaksa dilewatkan dan dijalankan secara ringkas sahaja. kami telah meminta perkhidmatan agensi pelancongan untuk membawa kami ke Cable Car. Kami telah menghabiskan masa disana dengan melakukan pelbagai aktiviti. saya sendiri telah melawat muzium 3D. sangat mengujakan.saya amat mengesyorkan sesiapa saja terutamanya ratu2 selfie ke muzium ini. sangat berbaloi dengan fee yang dikenakan. RM15 sesiapa yang berminat untuk masuk.

kami bertolak pulang jam 5 petang ke Jeti Kuala Perlis. Memandangkan ada dalam kalangan ahli PRD yang akan menamatkan pengajian awal makan kami telah makan malam bersama-sama di Kedai Ikan Bakar Lynda di tepi Jeti Kuala Perlis. Alhamdulillah, sangat meyelerakan dengan harga yang sangat berbaloi. 

perjalanan pulang kami mengambil masa hampir 2 jam dan kami selamat tiba di KMKN jam 11.00 malam. Saya sangat mengharapkan ilmu dan kemahiran yang telah dikongsikan dapat dijadikan panduan untuk menjalankan tugas dan amanah sebagai ahli PRD. Moga terus memberi manfaat kepada semua warga kolej harapnya.

sekian, 

15 September 2015

~Hari-hari tarbiah awal Zulhijjah: Rebutlah ia!~

DIPETIK DARIPADA: http://ikram.org.my/v4/tarbiah/fikrah/item/2666-hari-hari-tarbiah-awal-zulhijjah-rebutlah-ia.html

Kita telah biasa mendengar soalan ini: Bagaimana mahu mencapai ‘Rabbaniyah’? Inilah hari-hari tarbiah telah tiba menemui kita. Tarbiah pada hakikatnya dikaitkan kepada pendidikan dan para ulama mendefinisikan tarbiah dengan maksud proses pendidikan yang menyampaikan kepada suatu kesempurnaan secara sedikit demi sedikit.
Di saat kesempurnaan hanya bagi Allah, pakar pendidikan sepakat tentang ungkapan “kesempurnaan yang diidamkan”, dalam pada itu keazaman, kesungguhan, usaha, bekerja, keutuhan dan kemahuan ialah jalan tunggal untuk memenuhi kesempurnaan yang diidamkan dan rentetan itu tercapai proses tarbiah.
Makna ‘hari-hari tarbiah’ pada keseluruhannya ialah merebut hadiah-hadiah Allah secara berterusan kerana hadiah-hadiah Allah, anugerah dan cahaya-Nya turun sedikit demi sedikit.
Sekiranya terdapat hati yang sentiasa berjaga, ruh yang cergas dan jiwa yang hidup, maka ia akan tetap mengambil hadiah-hadiah ini, cenderung kepada keredhaan, menerima dunia di dalam hatinya, meluaskan alam di dalam ruhnya, lalu dia bangun menuju kepada perubahan dan akhlak yang tinggi.
Oleh sebab itu, terdapat pesanan Nabi s.a.w: “Sesungguhnya Tuhanmu telah menyediakan untukmu hari-hari yang penuh dengan hadiah. Maka rebutlah ia.”
Merebut hadiah-hadiah ini ialah keazaman, kemahuan dan keteguhan pendirian kita untuk mendapatkannya, kerana harta ghanimah dalam peperangan tidak akan diperolehi melainkan setelah bersusah payah dan menanggung derita. Begitulah juga hari-hari yang penuh berkat ini.
Sesungguhnya jika diperhatikan, banyak amal ketaatan dan ibadah dapat dilakukan pada hari-hari sepuluh: puasa, tilawah al-Quran, sunat nawafil, sunat-sunat, sedekah, persiapan untuk Idul Adha, menggembirakan masyarakat, menghulurkan khidmat bakti, hubungan yang berterusan kepada Allah seperti qiamullail, munajat, zikir dan doa.
Saya katakan, sesungguhnya Allah telah melebihkan hari-hari ini kerana telah bersumpah di dalam al-Quran: “Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” (al-Fajr: 1-2)
Dan berdoa sambil bermunajat kepada-Nya: “...Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan.” (al-Hajj: 28)
Menurut Ibnu Abbas r.a., “hari yang telah ditentukan” ialah sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Semua ini datang untuk mencapai tujuan yang Allah kehendaki ke atas setiap Muslim dalam kehidupan seharian, iaitu atas dua peringkat.
Peringkat Pertama: Fenomena umat yang dapat kita saksikan
Hal ini dapat dilihat di mana para jemaah datang dari segenap penjuru dunia semata-mata untuk mengerjakan ibadah haji, membesarkan syiar-syiar Allah, kemudian kembali seakan-akan bayi yang baru lahir yang disebutkan dengan kelahiran yang baru bagi umat. Kini kita telah mengetahui dari fenomena ini dua perkara di mana kita mulakan tahun baru dengan lembaran yang putih bersih.
1. Sibuk dengan urusan akhirat
Tidak bermakna mengurangkan kerja dunia, kerjaya dan usaha mencari kesenangan. Bagaimana kita mahu menjadikan pekerjaan di dunia sebagai pintu kepada akhirat berdasarkan kata-kata salaf: “Usaha tungkus-lumus kamu di dunia adalah juga usaha untuk akhirat”. Inilah dia yang Allah telah tentukan bahawa tidak sibuk kecuali dalam urusan akhirat. Inilah risalah yang jelas kepada setiap Muslim yang tidak mengerjakan haji. Kesibukan dalam urusan akhirat adalah anugerah daripada Allah dan kelebihan untuk hamba-Nya. Firman Allah:
“ Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi iaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat.” (Shad: 46)
2. Bersungguh-sungguh memburu syurga
Apa yang kita lihat semua kerja-kerja haji penuh dengan kesukaran, kepenatan dan kesungguhan sejak ketibaan, tawaf, mabit di Mina, sa’ie dan melontar jamrah seakan-akan Allah berpesan kepada kita dalam risalah-Nya: Syurga sangat mahal sedang menantimu, maka apakah persiapan kamu untuknya?
Nabi saw pernah berpesan kepada sahabatnya: “Adakah ada orang yang bersungguh-sungguh untuk memburu syurga?”. Lalu para sahabat menjawab: “Kami adalah golongan yang bersungguh-sungguh untuknya”. Sabda Nabi lagi: “Katakanlah insya-Allah.”
Iaitu dengan berusaha gigih dan bersungguh-sungguh, bukan dengan berehat-rehat dan sambil lewa. Sekalipun ini adalah teguran Nabi s.a.w. kepada para sahabat, maka apakah kita tidak mengambil teguran Nabi ini sedangkan keadaan kita hari ini seperti yang anda lihat?!
Peringkat Kedua: Peringkat kehidupan seharian kita
Ini adalah hari-hari tarbiah yang kita idamkan mampu mencapai kesempurnaan. Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepada kita, yang merupakan jalan tunggal menuju ke syurga. Firman Allah s.w.t:
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.”  (Ali Imran: 133)
Kita huraikan hari-hari tarbiah seperti berikut:

1. Tarbiah jiwa
Melalui ketaatan ini dan kesannya dalam jiwa, memberikan kita tenaga dan bekalan bagi menghadapi pertempuran hidup. Ketaatan tidak akan tercapai melainkan apabila diikuti dengan keikhlasan kepada Allah. Ketaatan mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat dan kehidupan.
Oleh itu, jika tidak ada kesan dalam merubah tingkah laku dan mengislah masyarakat, maka wajiblah merujuk tahap keikhlasannya kepada Allah. Sekiranya masih tidak ada kesan dalam menjinakkannya, melembutkannya, menambahkan iman serta melapangkan hatinya, maka wajiblah ia merujuk tahap keikhlasannya kepada Allah. Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan Hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal, (iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.” (al-Anfaal: 2-3)
Sekiranya jiwa-jiwa telah mencapai dua perkara yang lalu, maka mudahlah manusia mentaati seperti yang diperintahkan Allah, sama seperti berbuat baik kepada ibubapa dan isteri mentaati suami, rakyat mentaati pemimpin, tentera mentaati ketua dan murid mentaati gurunya. Ini adalah rahsia sabda Nabi s.a.w: “Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Khaliq”. Dengan itu, kita menjadikan hari-hari ini sebagai tarbiah kepada jiwa supaya berada dalam ketaatan dalam menghadapi cabaran hidup.

2. Mengubah cara hidup
Kebosanan, menyerah diri, sikap negatif , kekalahan dalaman, kelemahan iman dan sebagainya yang terus membelenggu manusia hari ini kembali melemahkan jiwa mereka dan tidak memperbaharuinya. Oleh itu, hati berkarat dan ruh terpadam cahayanya, jiwa menjadi lemah dan putus asa. Justeru, kenapakah kita tidak memusnahkan faktor yang menyebabkan fenomena ini dengan mengubah cara hidup kita?
Inilah dia peluang hari-hari ini dengan nilai tarbiah yang tinggi kerana pintu ketaatan terbuka dan pelbagai jenis yang seiringan dengan alam yang masing-masing sentiasa taat kepada ketetapan Allah di mana berlaku suasana keseragaman setelah setiap Muslim berjaya mengubah kebiasaannya dan menentukan tindak balasnya dan menguasai dirinya. Seterusnya menjadikan dirinya kini memulakan tahun yang baru dengan suatu kelahiran yang menang ke atas diri dan nafsunya, termasuklah ia menang dengan mudah ke atas konflik hidupnya.
3. Berhubung dengan Allah
Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah menyatakan ketinggian pahala amal soleh pada hari ini mengatasi pahala jihad. Ini kerana, amal soleh adalah untuk Allah sebelum, semasa dan setelah amal soleh dilakukan. Sebelumnya, amal soleh dimulakan dengan niat dan harapan, semasa amal soleh dilakukan diiringi dengan ketelusan dan tiada riya’ dan selepasnya diiringi perasaan takut dan mengharap agar Allah menerima amalnya.
Demikianlah seorang Muslim pada setiap masa di hadapan pintu-pintu yang sentiasa terbuka berpindah kepada penyembahan untuk Allah semata-mata. Firman Allah s.w.t:
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus”. (Al-Bayyinah: 5)
Melalui kunci ini, adat (kebiasaan) bertukar kepada ibadat, perkara-perkara yang membelitnya bertukar kepada ketaatan dan amalan-amalan biasa bertukar kepada penyembahan yang ikhlas. Bukankah hal ini merupakan suatu latihan berterusan yang menghubungkannya kepada Allah pada hari-hari tarbiah?
4. Tarbiah saling berlumba-lumba
Potensi manusia yang sedia ada ingin bertolak dan kembali kepada pemiliknya dengan segala kebaikan dan ketaatan yang pelbagai jenis, bermakna membawa potensi dan membebaskan keupayaan manusia dalam suasana yang Allah telah jadikannya bersedia untuk bersaing dan berlumba-lumba secara hakiki. Firman Allah:
“Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba.”  (al-Mutaffifin: 26)
“Untuk yang demikian” adalah amal soleh, amalan akhirat, pelbagai jenis ketaatan, memburu syurga di samping pada hari ini kita kehilangan suasana tarbiah dan iklim tarbiah yang soleh untuk bersaing dan berlumba. Inilah adalah pemberian dan hadiah dari Allah kepada kita semua dan peluang saling berlumba-lumba dalam suasana tarbiah yang murni dan suasana rabbani yang dilakukan di bawah pengawasan dan pemeliharaan Allah.

5. Tarbiah yang menyeluruh
Amal soleh adalah perkataan yang lengkap dan menyeluruh, dan mempunyai kesan tarbiah kepada diri, masyarakat, kehidupan dan umat yang dapat disentuh dan dilihat. Hari-hari sepuluh ini datang sebagai latihan percuma untuk memperolehi pengalaman tarbawi yang pelbagai seperti kefahaman dan kepuasan sehingga terbina dan terbiasa di mana perlakuan amali seragam dan senada yang dapat dipraktikkan di rumah bersama isteri, suami dan anak-anak.
Begitu juga dalam pekerjaan yang penuh kemurniaan, pengislahan, perhubungan dan persahabatan. Begitu juga bersama kaum kerabat yang penuh kebaikan, hubungan, belas kasihan dan keakraban. Begitu juga bersama masyarakat yang penuh khidmat bakti, akhlak terpuji dan hubungan yang rapat yang saling kasih-mengasihi, bersaudara, bertolong-tolongan, bertolak ansur, bantu-membantu, faham-memahami, meringkan bebanan dan lengkap-melengkapkan. Begitu juga bersama umat, mengambil berat, memberi perhatian serius, membela dan berjuang.
“Adakah setiap kita telah bertanya tentang dirinya bagaimana kita menyambut ketibaan hari-hari sepuluh ini?”
Peluang ini masih berterusan. Maka, seandainya betul anda telah menyambutnya, segala pujian bagi Allah yang telah menunjukkan kita kepada semua kebaikan dan teruskanlah mengambil hadiah dari Allah s.w.t. kepada kita dengan melakukan ketaatan.
Seandainya anda belum menyambutnya, peluang masih terbentang di hadapan kita dengan segera bertaubat yang sebenarnya, berazam untuk merebut hari-hari yang masih tinggal ini. Ayuhlah kita mengumumkan perang ke atas maksiat yang telah menenggelamkan ketaatan kita sebelum ini. Jadikanlah syiar kita seperti firman Allah s.w.t:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”  (al-Ankabut: 69)
Tulisan: Dr Jamal Madhy
Terjemahan: http://bit.ly/1iIy6WU
Sumber asal: http://bit.ly/1FHmrwB

~PeeR aSsiSTeD LeaRNiNG~

Assalamualaikum. salam kasih sayang untuk semua.
Entri kali saya nak ceritakan tentang satu kaedah pembelajaran yg sedang diperkenal oleh Bahagian Matrikulasi KPM. Sebenarnya kaedah telah digunakan di lebih 30 negara seluruh dunia. Ringkasnya kaedah ini menyokong kepada cara pembelajaran abad ke 21.. independent learner.
Suasana kita di Malaysia secara jujurnya kurang mempraktikkan independent learning ini. konsep pengajaran yg berasaskan guru mengajar dan murid menerima lebih praktikal dan diterima, terutamanya di peringkat tadika hingga ke sekolah menengah. bahasa ringkasnya K 12. Kindergarden dan 12 years ahead. pembelajaran kita bukan berpusatkan kepada student centred. justeru konsep PAL ini diperkenalkan sebagai satu kaedah pembelajaran abad 21 yg lebih berpusat kepada pelajar.


Program yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kolej Matrikulasi Perak ini telah memberikan pendedahan yang sangat banyak kepada guru dan juga wakil pelajar. PAL yang sebelum ini dikenali sebagai PASS (Peer Assisted Study Session) telah diperkenalkan oleh pihak BMKPM sejak tahun 2013 lagi.

Batch pertama yang melalui sistem ini kini sedang berada dalam tahun kedua pengajian di peringkat Ijazah sarjana Muda. dan daripada respon yang diberikan, pelajar masih meneruskan kaedah pembelajaran ini di peringkat universiti. Mengapa sebenarnya kaedah ini diperkenalkan adalah dengan melihat prestasi bekas pelajar Matrikulasi yang tidak 'sustaine' dlam pembelajaran di peringkat universiti. Sebagaimana yang kita ketahui, kehidupan di Universiti sangat berbeza dgn alam persekolahan dimana pelajar perlu bergerak sendiri tanpa boleh bergantung harap sepenuhnya kepada pensyarah. Perkara ini bukan suatu yg mudah andai sedari pelajar tidak membudayakan cara pembelajaran yg berpusatkan pelajar. jadi, tidak hairanlah mengapa sesetengah pelajar Matrikulasi yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat Matrikulasi, tiba-tiba 'drop' pada tahun pertama pengajian.

Atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab pihak BMKPM telah memperkenalkan kaedah yang pada saya sgat bagus jika konsisten melakukannya. Pelajar perlu dididik untuk mencari sendiri sumber pembelajaran daripada bergantung harap sepenuhnya kepada pensyarah/ guru. itu adalah gaya pembelajaran abad 21. Jika kita lihat pelajar2 kita, kebanyakannya memiliki gajet yang terlebih canggih daripada guru/ pensyarah sendiri. Namun, setakat mana penggunaan gajet yg canggih itu dalam membantu proses pembelajaran mereka? masih tidak memuaskan. Gajet lebih digunakan utk berhibur berbanding mendapatkan maklumat yang diperlukan.

untuk mewujudkan dan mengukuhkan gaya pembelajaran abad ke 21 ini bukanlah satu tugas yang mudah, namun ia juga bukan mustahil. jika semua pihak menggembling tenaga dan berusaha mewujudkan suasana berfikir dalam kalangan pelajar, pelajar akan lebih termotivasi untuk berusaha dengan lebih baik. PAL ini masih baru, konsepnya seakan-akan 'study group', 'totur-tutee', pensyarah muda dan lain-lain lagi. Namun ianya sgat berbeza. Pemahaman yang jelas perlu lebih terperinci supaya pelajar dapat memahami konsep PAL ini dengan lebih tepat dan akhirnya membantu pelajar untuk menguasai akademik dgn cemerlang.






Saya kongsikan video tntg pengenalan dan strategi perlaksanaan konsep ini. diharapkan dapat menjelaskan pemahaman kita semua. Diharapkan konsep pembelajaran ini dapat dipraktikkan seterusnya pelajar2 kita akan lebih bermotivasi tinggi dan memiliki daya "sustainable' walau dimana sahaja mereka tercampak. Sebagai seorang guru/ pensyarah, tiada harapan yg lebih besar terhadap anak didik kita melainkan kita mengharapkan mereka dapat menggapai impian dan cita2 yang mereka impikan. insyaAllah. Moga Allah membantu kita semua dalam menggerakkan usaha kecil dalam kesungguhan kita berbakti kepada pewaris negara.


Majlis penutup, sesi fotografi bersama Pengarah BMKPM,Dr Haji Zainal Aalam Bin Hassan, PPHEP BMKPM, En Sukor Bin Beram, Pengarah Kolej Matrikulasi Perak dan PPHEA BMKPM. 

17 Ogos 2015

~Lawatan Bersama Pelajar FiST UniKL KMKN&KMK ke UniKL IPROM~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Salam Bahagia dan salam kasih sayang. Moga dalam barakah Allah semuanya. Lama benar rasanya tidak meng'update' laman ini. terlalu banyak maklumat yang nak dikongsikan tetapi masa sering memburu hingga tak sempat rasanya nak mengarang lagi. idea2 yang konon2 kreatif tercurah di atas helaian kertas sahaja. tunggu masa nanti akan ditransferkan..insyaAllah.

Oklah..so..for this time sharing, nak la saya kongsikan pengalaman hujung minggu lalu. Alhamdulillah, pengalaman yg saya kira amat membantu dalam penambahan maklumat yg perlu disampaikan lagi kepada pelajar. kira menghadiri kursus perkembangan kerjaya pulak rasanya. Lawatan kali ini ke UniKL IPROM yang bertempat di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur. Perjalanan hampir 10 jam dengan penuh disiplin pelajar menepati masa(dah kena bebel sebab gerak lambat, so masing2 dah tak berani nk buat hal.Alhamdulillah) dengan 3 kali berhenti atas sebab yang munasabah.hehehe..Kami selamat tiba di Hostel IPROM jam 9 malam. kemudian rombongan dari Kolej MARA Kulim turut tiba. Suasana hostel(apartment 3 bilik) mengingtakan saya pada pengalaman menjadi warden di Masterskill. hampir sama keadaan rumah dan susun atur perabutnya. 

Aktiviti malam tamat bila semua sudah tidak mampu bersuara lagi.
So, aktiviti hari seterusnya bermula. Kami sepatutnya gerak jam 7.30pg, tetapi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan kami bergerak pd jam 8.15pg. Dalam keadaan jalan yg jem itu, kami dengan tak sengaja telah tersesat.Hurmm..pengalaman menempuhi jem yg dapat dulu. Alhamdulillah dengan bantuan Haji Yunin, Senior Lect. di IPROM kami telah selamat smpai, sarapan dan acara pun bermula. Saya kongsikan foto2 yang mungkin dapat menarik minat sesiapa yang mahu menyerlahkan bakat dan kebolehan dalam bidang Design&Manufacturing. 

 Bersemangat Encik ni menerangkan tentang mesin memproses alatan2 dibawah ini sehinggakan saya pun tertarik. Terlupa nama mesinnya apa.Tapi caranya macam nk print kertas je.Buka fail, pilih design..tekan print..selepas beberapa jam/minit, keluarlah produk2 dibawah. Btw..yg hujung sekali belah kanan itulah Tuan Haji Yunin..sangat kebapaan dan berpengalaman luas.



 pelajar diberikan peluang utk buat sendiri. ada sesi soal jawab dan 3 org pelajar dapat la robot2 UniKL yg berlari2 dalam iklan kt TV3 tu.hihi



 Dua gambar di atas adalah mesin yang menghasilkan design ikut lakaran yg dibuat.pergerakannya sngat halus dan teliti. terkaku sekejap tengok pergerakan mesin ni.


 Ok..this one really amazing.betapa Allah Maha Kuasa mengilhamkan manusia menghasilkan mesin sebegini.besi yang halus tu fungsinya memotong besi2 yang telah didesignkan.dan produknya adalah yg dipegang oleh sahabat saya tu.sangat halus dan sharp potonganya. Canggih!

 Tool&Die..inilah mendenya..tak kaitan dgn mati sama sekali. kursus yg sering student saya konpius.bukan je student je..ni ha..kaunselornya sekali. Alhamdulillah..dapat pencerahan.lebih kepada penghasilan mould yg akan digunakan utk mencetak produk.





 Gambar kat atas semua proses penerangan kegunaan setiap mesin. masuk ke IPROM ni pelajar sendiri akan kendalikan mesin dengan pantauan pensyarah.



Yang diatas ni pun sama. dapat dilihat step by step penghasilan bahan. klau salah bahan, alat ini akan reject. so impress ok! \



Inilah produk2 yg pelajar2 UniKL IPROM dah hasilkan. so..nmpak kepelbagaian kt situ..bukan produk2 besi je ye.hihi..

Alhamdulillah, bnyak ilmu baru yg saya dapat selain daripada sepasang sandal baru.hahaha..Moga ada manfaat juga buat bakal2 pelajar lepasan SPM/ STPM/ Diploma dan Matrikulasi untuk memasukkan kursus2 di UniKL IPROM sebagai destinasi pilihan anda untuk meneruskan pelajaran.

#sayabukandutaIPROM
#tapiseriuskursusIPROMsangatbest
#Buatpilihanygpalingbaik

SEkian, tinggal dulu...
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-