19 November 2008

aMaNaH Di PiKuL...LoMPaNG Di SaNa SiNi


Salam ukhwah dan Salam kasih sayang..
Entah kenapa malam nie ana agak beremosi dalam meeting. ana rasa sangat sedih tiba-tiba. bukan kerana sahabat-sahabat disekeliling, tapi ana rasa terlalu banyak berhutang dengan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Saat Hafiz membacakan ayat Quran yang bermaksud:"Sesungguhnya telah kami mengemukakan tanggugjawab amanah ini kepada langit dan bumi serta gunung ganang(untuk memikulnya). Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya(kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia itu suka melakukan kezaliman dan suka pula berbuat perkara-perkara yang tidak patut dilakukan".-Surah Al-Ahzab ayat 72,hati ana terkesan dengan ayat tersebut. mudah untuk kita terima tanggungjawab,tapi apa usaha kita untuk laksanakan tanggungjawab tue.mungkin ada yang terasa dengan kata-kata ana tadi,tapi ana lebih menyesali kealpaan diri sebenarnya.lemahnya diri memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Kepada sahabat-sahabat pimpinan,ana mohon maaf...ana harap kita semua dapat perbaiki diri.Masa yang ada moga ada peluang untuk kita langsaikan hutang yang telah tertangguh.kita punya kekuatan ukhwah yang dapat bantu kita jalankan amanah ini dengan baik.jadi,mari sama-sama kita perbaiki kelompangan yang telah terjadi.ana bukan nak menunjuk ana yang terbaik,namun sebagai seorang sahabat yang sangat menyayangi kalian,ana bertanggungjawab untuk saling ingat mengingatkan. moga Allah beri kita kekuatan untuk ,meneruskan amanah ini.
JOm hayati maksud hadis yang cukup masyhur ini:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya dari hal yang telah kamu dipertanggungjawabkan kepadanya.Seorang Imam(pemimpin negara)adalah pemimpin dan akan ditanya akan apa yang yang dipimpinnya.Seorang lelaki(suami)adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya dan akan ditanya apa yang dipimpinnya, seorang isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya, dan dia akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.Seorang khadam(pembantu) adalah pemimpin kepada harta tuannya(majikannya) dan dia akan disoal tentang kepimpinannya, dan setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoal tentang apa yang telah dipimpinnya". Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
wallahua'lam...

18 November 2008

SaTu PeRTeMuaN...aNuGeRaH TeRiNDaH Di TaHuN 2009

Alhamdulillah...hanya ungkapan syukur itu mampu ana ucapkan atas pertemuan yang telah terjadi dengan izinNya...
ana baru naik lepas hantar ira dan adik-adik balik.sepanjang jalan ke rumah berlegar-legar di kepala apa yang telah ana lalui sepanjang 3 hari nie, sebak dada...pantas jer airmata bergenang...sekejap jer rasanya. namun syukur,pertemuan yang dirancang telah berjaya direalisasi...
Hari nie ana mengantok sangat.semalam jam 4.45 baru tidur.ada task yang perlu dibuat.Alhamdulillah,mujur ada ira,kalau tak rasanya...da awal syahid....task kemana...apa kemana...Jazakillah dik,atas bantuanmu yang sangat bermakna.banyak jugak borak ngan ira semalam...suka sangat!
Semalam,kuar ngan ira dan adik2 dengan izatul&dalila.plan asal nak g petrosains.tapi sampai jer klCC,petrosains tutup plak.sian...kecewa adik2 tue.lepas tue jumpa satu rombongan adik2 um gak,diaorg nak g muzium kesenian islam.so,plan bertukar ke sana.
penat jugak la berjalan.dekat 1 jam lebih jugak dalam muzium tue.bila da kuar ramai2 gini aktiviti wajib,mestilah bergambar.posing sakan la....
lepas solat kat masjid negara, terus ke masjid jamek.jalan-jalan kejap..makan then cari barang...lepas solat asar terus balik.memang penat sangat.sakit kaki...tengok muka adik,kesian jer...Alhamdulillah,awal jugak sampai rumah. kalau hari ahad,kuar...kol 10 mlm baru sampai rumah.urmmmm...
Hari ahad,sempat ke UKM.dari kL sentral ambik komuter ke sana.First time sampai UKM...urmm...no komen...hehehee..tapi masjid UKM cantik sangat.Lepas tue sempat pergi kompleks PKNS,jalan2,solat...beli buku....
Then,g kajang pulak.kakak ira nak ke rumah abangnya.ikut jer la.lepas solat maghrib terus balik.aktiviti sepanjang 3hari 3 malam bersama adik kesayangan ana.insyeerah...
yang paling best jugak dapat rasa ayam masak rose yang sebelum ini hanya didengar dan dibaca sahaja.thank's dik...seeeeeeeeeddddddaaaaaaaaaappppp sangat...
Alhamdulilah..syukur sangat.moga akan ada lagi pertemuan selepas ini.dengan sahabat2 yang ana dah lama tak jumpa...
ana dah tak tau nak tulis apa lagi.namun apa yang mampu ana katakan ana cukup bersyukur dengan pertemuan ini.ana sertakan gambar untuk gambarkan suasana yang kami lalui sepanjang percutian yang amat bermakna ini.
sekian...




09 November 2008

CoNGRaTuLaTioNs!!!

Salam Ukhwah Fillah dan Salam Kasih Sayang...
Terlalu sibuk dengan final exam hilang sebentar cakna pada isu kampus,sedangkan baru-baru telah berlaku satu peristiwa penting dalam kampus Universiti Malaya.
Tampuk kepimpinan telah berganti di Universiti Malaya. Universiti Malaya telah menerima NC baru bagi menggantikan Bonda Datuk Rafiah Salim.
Jutaan terima kasih kepada bonda Datuk Rafiah Salim atas khidmat bakti beliau selama hampir dua tahun di Universiti Malaya.jujurnya ana amat mengkagumi wanita berhati waja.bukan sedikit mehnah yang dihadapi sewaktu memimpin Uni Perdana ini.Moga Bonda terus dianugerahkan kesihatan untuk terus menabur bakti diluar Uni Malaya.ana sarankan sahabat melawat blog sahabat ana sebagai informasi tambahan mengenai isu ini.http://razalizaidin.blogspot.com/
Selamat Datang kepada NC baru Universiti Malaya,Prof Datuk Ghauth Jasmon.Ana sertakan latar belakang NC baru diruangan ini.Moga Universiti Malaya akan terus berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan paling baik di Malaysia dan tidak mustahil di dunia...Selamat Berkhidmat.




Prof Datuk Ghauth Jasmon

President/CEO, Multimedia University Malaysia

Prof. Datuk Ghauth Jasmon was born in Batu Pahat, Johor on 1st of November 1956. He is the Founder President/ CEO of Universiti Telekom now renamed as Multimedia University (MMU), the first private university in Malaysia located in Melaka and Cyberjaya. After completing his MCE in 1974, he was offered a JPA scholarship to further his studies in the United Kingdom in Electrical Engineering. He graduated with a First Class Honours Degree in Electrical Engineering in 1979 from the University of London. Upon completion of the Bachelors Degree, he was offered 2 scholarships to continue his studies to the PhD level, one was a tutorship from the University of Malaya and the other was the Drapers Scholarship from the University of London. He chose the tutorship, as his ambition was to contribute to the nation after his studies. He researched in the area of Power Systems Engineering and was awarded the PhD degree from the University of London in July 1982 and thereafter he returned to Malaysia to serve the University of Malaya.His career began with the appointment as a lecturer in the Department of Electrical Engineering at the University of Malaya in 1982. He was appointed the Head of the Electrical Engineering Department in 1986 to 1988. Based on his research, publication and consultancies, Prof. Ghauth was promoted to the rank of Associate Professor in 1989 and to full Professor at the University of Malaya in 1992. In the same year, he was appointed as the Dean of the Faculty of Engineering and held the position until August 1995. During this period as Dean, he introduced the Built Environment Programmes in the University of Malaya namely Degrees in Architecture, Land and Quantity Surveying and also several new Engineering degrees such as Materials, Telecommunication, Manufacturing and Environmental. Based on this track record, Prof Ghauth was appointed the Deputy Vice Chancellor (Development) in August 1995. In this position, he was responsible for the physical development whereby he secured financial allocations from the government and managed the construction and renovation of many buildings and physical infrastucture for various faculties and centers in the University.
Prof. Ghauth was invited by Telekom Malaysia to set up and build Universiti Telekom in October 1996 and commenced duty as University President in December 1996. In March 1997, the Malaysian Cabinet instructed the university to build the Multimedia University in the heart of the Multimedia Super Corridor (MSC). The Cyberjaya Campus in the MSC as envisioned by the Prime Minister was to act as a catalyst for the development of the MSC analogous to the role of Stanford University in the Silicon Valley. Both campuses in Melaka and Cyberjaya were registered as the Multimedia University in 1999. As of January 2006, the Multimedia University has more than 20,000 students and 1,500 staff in both campuses, having 7 faculties and one Foundation Centre. Currently the Multimedia University has international students and staff from 77 countries and collaborates with many international companies and agencies.

06 November 2008

SeMaLaM Yg BeRLaLu...

Salam Ukhwah dan Salam Kasih Sayang...
Lenguh mengadap buku,ana online sebentar..sekadar berehat meregangkan badan.hurmm..esok exam Kaunseling Kelompok...InsyaAllah,moga semuanya ok...
Entah kenapa tiba-tiba ana jadi teramat rindu pada kenangan-kenangan ana bersama Laman MAP(Motivasi Alihan Pelajar).Lantas ana selongkar kembali private Massage yg ana terima lewat setahun yang lalu.Betapa tak aktifnya ana...lama ana menyepi dari menyertai perbincangan di Laman yang mencetuskan Perhubungan ana dengan alam maya ini.Apakan daya,hambatan tugas dan kekangan waktu untuk online menyebabkan ana hilang sekejap dari Laman kesayangan ana itu.
Ana kenal MAP secara tak sengaja bila ana dengar siaran radio di radio Kedah.Fm.Kehadiran Dr. Tengku Asmadi waktu itu dengan kata-kata yang penuh semangat buat ana tertarik untuk ana hantar adik ke Program beliau. Bukannya ana dah bagus tapi ana merasakan adik ana lebih bekeperluan untuk menyertai kursus itu.Bermula dari situ ana bersama Laman MAP.mungkin adik ana menerima pembelajaran secara langsung dari Dr. TengKu Asmadi,namun ana juga menerima banyak pengajaran secara tak langsung dari Laman ini.
Ana mengenali Laman MAP saat ana sedang berperang dengan perasaan sendiri. Saat kawan-kawan ana berjaya melangkah kaki ke IPT sedang ana,tercicir... ana rasa mungkin itu salah satu sebab mengapa Laman MAP begitu berbekas dihati ana. di Laman penuh informasi itu ana kenal insan paling istimewa dalam hidup ana.Salmi@amiera Dan Insyeerah.Insan yang paling banyak membantu ana mencari semula potensi diri setelah semangat ana jatuh ditempat paling bawah suatu ketika dulu.Kami tak pernah kenal pada awal perkenalan.tak tau macam mana muka,perangai..tapi ajaibnya ukhwah fillah itu,dapat menyimpulkan hati-hati insan yang benar2 berukhwah keranaNYa..
Dibesarkan tanpa kehadiran adik beradik perempuan dalam keluarga buat ana cepat jatuh sayang pada dua insan ini.hubungan kami lebih kukuh dan mesra selepas pertemuan di Alor Star.Ana dah lupa tarikhnya,tapi dah lama sangat...dan sekarang ana sangat2 merindukan mereka.Sempat bertemu amiera study week baru2 nie, Alhamdulillah...Tapi pertemuan dengan Insyeerah entah bila akan berlaku.ana tak pasti..yg ana pasti ana sangat2 merindukannya...
Saat paling gembira dalam hidup ana bila ana diberi kesempatan untuk sama2 dalam gathering MAP,ana kira hampir 2 tahun lepas.pertemuan dengan Dr.Tengku Asmadi,akh Shidee&K.Nor,Ira dan sahabat2 lain sangat menggembirakan hati ana. cumanya saat itu,ana tak mampu berkongsi banyak benda kerana tidak sihat, baru baik demam denggi...
Dr.Tengku Asmadi dan akh Shidee juga antara insan yang banyak membantu ana secara langsung dan tidak langsung. sokongan yang diberikan lewat ana aktif sebagai forumers dulu masih terkesan dihati.Ana faham kesibukan dua insan penting di MAP ini..Namun,bila email ana masih berbalas ana cukup terharu.cukuplah ana simpulkan ana cukup bahagia dalam ukhwah ini...
mungkin ana merepek ntah apa-apa.tapi ana teringin sangat nak mencoret sesuatu tentang Laman MAP malam nie.ana sangat rindukan suasana dulu.Hari semalam yang sudah pergi teringin ana mahu kembalikan semula.Namun,banyak perkara perlu dudahulukan buat ana terlepas semua itu...
tak pe la...takkan semua benda yang kita nak kita akan dapat kan...hurmmm..apa la erti hidup kalau macam tue...
saat ana membuka semula private msg2 yg lama tadi ana tertarik utk berkongsi satu sajak yang dikirim kepada ana...ana sangat sukakannya...Thank's...
Moga ada pertemuan selepas ini.Ana Rinduuuuuuuu....

Wahai Muslimah ku tahukah dikau….

Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.


Wahai Muslimah ku tahukah dikau..

Bidadari itu tersangat suci,
Si dara perawan perindu abadi,
Menyambut pemiliknya dengan gembira dan pelukan hangatnya,
Hilang rindu dendam hilanglah duka ,
Hidup bahagia di alam syurga.


Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Ratu bidadari ada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.


Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.


Wahai Muslimah ku tahukah dikau..

Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah awak….……
InsyaAllah…..

01 November 2008

THe TiMe CoMiNg uP! eXaM FeVeR...

Assalamualaikum...
Salam ukhwah dan Salam Kasih Sayang untuk semua...
Semester nie tiba ke penghujungnya. Saat nie ana yakin semua sedang bergelut dengan ulangkaji untuk berhadapan dengan final exam yang bakal tiba. Moga kalian semua diberi kekuatan untuk menghadapi final exam kali nie.
Bagi ana, semester nie agak berat. Yer la, subjek semester nie banyak yang praktikal. Setakat Teknik kaunseling lanjutan dan Kaunseling Kelompok, ana kira agak senang untuk catch up dari segi teori mahupun praktikal. Tapi satu subjek yang agak membebankan ana pada semester nie adalah kajian tindakan. Dah abes satu semester pon, banyak lagi yg ana kena study balik. Walaupun subjek nie melibatkan kajian yang perlu dilakukan dari masa ke semasa, tapi masih blur lagi dengan subjek yang satu nie. Nasib baik lecturer 'sporting', tak jemu-jemu ajar. Allahuakbar! tak tau la.
Solutionnyer, study week yang diperuntukkan memang kena cover semua topik yang dah belajar dari awal semester hingga last week sem nie. Memang berat...tapi itu la natijahnyer kalau dah tak serius dari awal.
Ok,Doakan kejayaan kita sama-sama yer. Untuk semua sahabat yang disayangi di seantero universiti, SELAMAT MENEMPUHI FINAL EXAM. Bittaufik Wannajah...Best Of Luck!
Moga Allah memberi kemudahan dan kelapangan serta ketenangan hati kepada kita untuk menghadapi final exam nie. Rabbi Yassir Wala Tua'ssir, Rabbi Tammim BilKhair...Ameen

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-