26 Disember 2010

C0ReT-C0ReT 2010…KiSaH KePiNGaN KeHiDuPaN

Assalamualaikum…
Salam Ukhuwwah dan salam kasih sayang untuk semua. Salam Muhasabah di hujung tahun Masihi 2010. Kita baru saja meraikan kedatangan tahun baru Hijrah 1432 dan bakal meraikan pula kedatangan tahun baru Masihi. Betapa masa berlalu terlalu cepat meninggalkan kita yang masih terkial-kial dalam menyelami hikmah sebuah kehidupan. Kata teman, masa di penghujung dunia ini semakin pendek, dan ana merasakannya. Terasa masa yang berlalu terlalu pantas dan rugilah bagi sesiapa yang masih leka dan alpa dalam khayalan sendiri.
Setiap kali tiba tahun baru Hijrah atau Masihi kita pasti akan ditanya dan bertanya…apa azam tahun baru??? Kurang pula yang menyoal tentang azam tahun lalu, apakah sudah tercapai atau terus terlukis di minda dan terapung di awan, tak sempat digapai kita dah memikirkan azam lain. Apa juga cara dan alasannya, ianya tergantung kepada diri sendiri. Bagaimana kita menguruskan azam samada azam baru atau azam yang masih tertangguh. Alhamdulillah, tahun ini ana merasakan azam ana telah tercapai walaupun tak sepenuhnya. Apa yang tak tercapai…kerja la…mengharapkan dapat kerja pada tahun nie, tapi belum berjodoh…tak mengapa, sudah terlalu banyak nikmat Allah berikan sepanjang tahun ini, tidak menjadi masalah kalau Allah menangguhkan urusan lain kepada ana. Sekurang-kurangnya ana punya waktu untuk berbakti pada ayah bonda yang mungkin bilamana ana punya kerja nanti ana terhimpit dengan waktu dan kurang dapat selalu bersama ayah bonda. Untuk masa sekarang ana cuba sedaya mungkin untuk berfikiran sepositif mungkin. Walaupun kadangkala hati dilanda galau dan mata cepat bertakung air jernih, ana yakin…masa ini akan ana rindukan nanti. Sebagaimana sekarang ana amat merindui masa sibuk sewaktu berpencak digelanggang kampus tercinta. Allahuakbar!
Ana soroti satu persatu puzzle kehidupan ana untuk tahun ini. Walaupun masih ada kepingan puzzle yang belum mencukupi namun gambaran sebuah kehidupan sudah ana dapat lihat walaupun masih kurang jelas. Bermula awal tahun ini, ana memulakan Latihan Profesional yang ana kira amat membantu perjalanan hidup ana. 4 bulan berdepan dengan asam garam kehidupan yang kadangkala berlaku perkara di luar jangkaan kita membuatkan ana makin matang. Bilamana kemahiran diuji, perhubungan turut diuji, juga persahabatan turut diuji, ana jadi makin kuat untuk berdepan dengan dugaan yang datang. Ana belajar untuk menjadi seorang Khairul Mardziyah yang tidak mudah melatah, tidak cengeng, mengawal emosi, dan meminimumkan sifat keanak-anakkan yang lain. Dan ana merasakan dalam tempoh itu, ana belajar terlalu banyak perkara. Bukan hanya berkaitan ilmu kaunseling, tapi jauh lebih penting ana belajar untuk berurusan dengan manusia yang terlalu banyak ragam dengan tingkah berbeza. Ana bersyukur setiap kali berdepan dengan mereka, kerana ana jauh lebih beruntung daripada mereka. Ana menyangkakan apa yang diberikan kepada ana sudah berat, namun ternyata bila masalah dikongsi, apalah sangat ujian yang diberikan kepada ana. Terlalu kecil berbanding orang lain. Belajar daripada kehidupan dan ana bersyukur Allah memilih ana untuk berada dalam bidang ini.
Selesai Latihan Profesional dengan jayanya, ana sekali lagi dianugerahkan peluang untuk bermusafir jauh ke Negara orang. Berbeza tempat, budaya, cara hidup, dan segalanya membuatkan ana semakin banyak belajar. Belajar melalui manusia dan kehidupan. Walau dimana pun kita, kita adalah sama. Cuma apa yang kita pilih dalam hidup ini membezakan kita dengan orang lain. Walaupun hanya sebulan ana merasakan ana belajar terlalu banyak perkara. Ana makin mengenali manusia. Karekter yang ditonjolkan kadangkala menyimpang jauh daripada diri kita yang sebenar. Benarlah kata-kata yang pernah ana dengar..kita hanya akan mengenali seseorang apabila kita bermusafir bersamanya. Sikap tidak mampu disembunyikan lebih dari 3 hari..kesimpulan ana buat berdasarkan pemerhatian, bukan bermakna semuanya harus begitu. Peluang yang ana dapat tidak pernah terlintas difikiran, namun perancangan-Nya meletakkan ana disana juga sebagai satu ujian. Kita perlu kuat dan tegas dengan apa yang kita perjuangkan. Walaupun terkadang ana culas, ana khilaf…Cuma hanya mampu memohon keampunan atas kelemahan iman tatkala berdepan ujian yang diberikan. Sebulan yang amat bermakna dan memberikan terlalu banyak hikmah dan pengajaran. Kasih sayang yang melangkaui sempadan. Tak pernah terfikir dek minda yang singkat.
Perjalanan kehidupan diteruskan dengan sebulan yang penuh tangungjawab. Dalam masa yang sama ana melalui hari bersejarah, hari meraikan kemenangan setelah 4 tahun berjuang dengan segala-galanya. Telah ana kongsikan perasaan pada hari konvokesyen yang ana mahu ulanginya lagi. Menghabiskan sebulan yang penuh kisah pelbagai rasa. Ana makin mengenali manusia. Sebulan yang memberikan gambaran yang makin jelas tentang kehidupan yang bakal ditempuh di alam pekerjaan kelak. Ana bukan lagi pelajar yang segalanya sudah tersedia. Ana sudah berada di luar zon selesa. Ana harus mengayuh sendiri perahu kehidupan untuk sampai ke destinasi seterusnya, dan mengharapkan untuk bertemu dengan pembantu lain yang boleh mengurangkan lelah dalam pengembaraan seterusnya. Sepenat mana pun ana, kayuhan perlu diteruskan untuk mengelakkan ana untuk karam dan hanyut dilautan tanpa sempat sampai ke daratan yang dituju.
Sesungguhnya kehidupan ini sebuah ujian. Allah mahu melihat apakah benar iman yang kita akui dan lafazkan saban waktu. Apakah kita masih redha dan terus berusaha saat melihat teman-teman sudah berjaya dalam kehidupan. Perahu mereka sudah berlabuh di destinasi yang ingin ditujui. Sedang kita masih menilik kompas mencari haluan mana yang harus dituju. Apakah Allah sengaja membiarkan kita dalam penantian dan kesedihan tanpa sebarang alas an. TIDAK! Kata adik kesayangan ana, Allah tidak pernah TIDAK memberi..Ya, Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang tidak pernah sekali-kali menzalimi hamba-Nya. Cuma kita yang sering menzalimi diri kita sendiri. Allah pasti menyediakan yang terbaik untuk kita dan masa itu belum sampai. Mana kita tahu, kalau terlalu cepat kita dapat semuanya, kita menjadi kurang bersyukur. Allah amat menyayangi kita, dengan itu Dia memberikan segala macam ujian untuk kita terys bergantung harap, merintih, merayu memohon pertolongan hanya kepada-Nya.
Alhamdulillah, tiada alasan untuk kita bersedih setelah selautan nikmat telah Allah berikan kepada kita. Sekurang-kurangnya kita masih punya kaki, tangan, dan pancaindera yang sempurna untuk terus berusaha mendapat yang terbaik. Sesungguhnya dalam perjalanan ini bukan hanya kita yang teruji, ayah bonda turut teruji, adik-beradik turut teruji juga insane di sekeliling kita turut teruji. Dengan itu, apakah alasan untuk terus duduk dan mengeluh. Andai kita betul menggunakan akal yang sempurna pasti kita dapat melihat segala macam peluang yang dapat diambil dalam tempoh tiada komitmen yang mengikat ini. Alhamdulillah, Allah membuka mata hati ana untuk melihat semua itu. Dan saat ini, ana tiada masa melayan emosi yang sering memujuk untuk menyalahkan takdir. Ana punya aktiviti sendiri yang mampu menambah baik diri dan juga menyumbang sesuatu kepada masyarakat, insyaAllah.
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..selautan syukur ana panjatkan kepada-Nya. Terlalu banyak nikmat-Nya untuk ana. Dalam mengharungi kesulitan yang singgah waktu ini, Allah memberi ana insan-insan yang penuh dengan kasih sayang dan semangat yang tinggi yang tak pernah jemu menyuntik motivasi untuk insane selemah ana. Alhamdulillah..Thank you Allah!
Selamat tinggal 2010, moga Allah mengizinkan ana dan semuanya untuk menemui tahun seterusnya. Dan semoga hari esok yang bakal menjelma akan menjadi hari yanglebih baik dari hari ini dan juga kelmarin. Mari terus bersemangat meneruskan kehidupan dengan senyum dan rasa bahagia, kerana hidup ini terlalu singkat untuk duduk merintih dan menangisi sebuah masa lalu. Semoga Allah terus menetapkan iman kita, memberi kekuatan untk terus mengharungi kehidupan hingga hujung nyawa. Semoga masa yang ada mampu kita manfaatkan sepenuhnya untuk menuai hasil terbaik di akhirat kelak, sebuah kehidupan yang abadi. Moga redha Allah terus bersama dalam setiap langkah kita. Moga rahmat-Nya yang Maha Luas itu akan terus menaungi kita hingga ke hari perhimpunan besar kita di Mahsyar nanti..insyaAllah.
Salam Tahun Baru untuk semua. Mohon maaf atas segala khilaf yang sengaja ataupun tidak sengaja. Moga terus punya ilham untuk terus menulis di tahun baru 2011 nanti. InsyaAllah..Assalamualaikum.

05 Disember 2010

::aPa KHaBaR SeMuanYa::

Assalamualaikum...
Salam Ukhuwwah dan salam kasih sayang...Salam Hujung Minggu untuk semua teman-teman.
Moga harian kalian seterang sinar mentari biarpun kadangkala cahayanya malap dilindung awan duka...
Salam muhasabah buat hati-hati yang kadang terlalai dalam menempuh hidup seharian...apa khabar iman kita?..apa khabar sabar kita? apa khabar istiqamah kita?apa khabar semuanya...?
apa khabar hati kita...?adakah hati ini masih tegar menepuh dugaan yang tiada hujungnya...? Masih bersisakah kecekalan untuk menempuh hari esok? apakah masih punya kekuatan untuk terus bangun saat jatuh terduduk satu masa lalu.
Hatiku..hatimu..hati semuanya...Milik Dia..jadi bagaimana harus merungkai kekusutan hati andai kita 'jauh' dari-Nya. hati kita cuma seketul daging yang bisa melekat dengan debu maksiat dan rona alpa pelbagai rupa. alangkah baiknya kalau kita menyedari bila saatnya hati kita dilekati debu hitam noda. Kerana saat itu kita sangat perlu kembali mengembalikan kejernihannya. Hati kita milik-Nya, tiada jalan lain untuk kembali menjernihkan kembali hati ini KECUALI hanya dengan kembali ke pangkuan-Nya.
Mataku..mata kamu..apa khabar?masih punya airmata duka yang bersisa..atas dasar apa kita menitiskan airmata itu...kerna kehilangan kekasih?impian tak tercapai?ada manusia berbuat jahat pada kita?atau apa...?alasan-alasan ini tidak seharusnya mengundang airmata sehingga kita merasa tiada esok buat kita...
apakah masih punya airmata tatkala menyedari hati kita tidak lagi bergetar saat mendengar alunan Al-Quran..?masih gerun hati dan murah airmata kita saat mendengar azab-azab Allah yang telah tersedia untuk hamba-Nya yang tidak bersyukur?
Haruskah kita menangis saat keyakinan kita tidak menjadi? apakah dengan itu tandanya kita redha dengan ujian-Nya.
harapanku untuk hatiku dan juga hati kalian..moga hati-hati kita terus berkumpul dalam hidayah-Nya. Allah itu Maha Penyayang, sekalipun selautan dosa dan kemungkaran kita hadapkan kepada-Nya, masih ada Rahmat-Nya untuk kita semua.Walau terkadang kita
meragui kasih sayang dan pengampunan-Nya kepada kita, Dia tetap memberikan keampunan saat kita memohon kepada-Nya.
Hatiku...hatimu...mungkin kita berbeza dalam banya hal. namun aku percaya akhirnya, matlamat kita cuma satu..mengharap redha dari-Nya. Dan aku yakin teman, andai hubungan dengan-Nya kita pelihara, Allah pasti akan terus memayungi kita dengan rahmatnya....
teman, tulisan ini aku nukilkan sebagai peringatan untuk diriku juga teman-temanku yang sedang berduka atau meragui perancangan dari-Nya. Tiada sebab untuk kita terus berduka hanya kerana satu impian yang tidak tercapai sedangkan selautan nikmat masih diberikan kepada kita..
redha..redha..dan redha serta yakinlah dengan Allah...pasti Allah menyiapkan sesuatu yang paling baik untuk kita.
Kadangkala kita kurang menghargai sesuatu apabila kita dengan mudah memperolehinya, jadi biarlah kita berdepan dengan sedikit kesulitan supaya kita lebih menghargai nikmat yang diberikan nanti. Allah itu sentiasa ada bersama kita. Biarpun kadangkala kita seringkali melupainya...
Allah itu amat menyayangi kita...Yakin dan percayalah!


NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-