30 Mac 2009

T.A.G...JaWaPaN uNTuK SoaLaN MY BeLoVeD SiS...

Salam'alaik.Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang..
posting kali ini untuk menjawab tag yang diberi oleh adik kesayanganku..
maaf atas kelemahan lantaran ilmu yang dangkal..
moga idea dan buah fikiran ini bukan hanya untuk menjawab soalan, namun jauh lebih penting ianya akan menjadi peringatan buat ana, menjawab bukan hanya untuk suka-suka...

1. Apakah pendapat anda tentang isu boikot yang menjadi isu hangat perbincangan ketika ini. Adakah ia patut, perlu, buang masa, wajib atau..?

Pada pendapat saya, kita memang wajib menyahut seruan untuk memboikot produk2 israel laknatullah. bukan sahaja kita dapat meningkatkan ekonomi umat Islam(dengan menggunakan barangan buatan Malaysia dan Bumiputera Muslim),bahkan usaha kecil ini setidaknya mampu menyekat kezaliman atas saudara kita. kita tak mampu nak angkat senjata,pergi ke bumi Palestin..apalah sangat kalau kita memboikot.insyaAllah,takkan mati kelaparan...

2. Jika umat Islam ingin bersatu dan kuat, apakah tindakan atau langkah yang pertama dan paling utama sekali yang anda rasakan perlu dilakukan?

first of all,ana yakin dan percaya, perlu wujud persefahaman dan sense of belonging antara semua umat Islam.Walaupun umat Islam hari ini ramai, tapi bagaikan tiada nilainya dimata dunia. sikap peduli perlu wujud dalam diri umat Islam. dan serasanya paling penting,pemimpin yang punya kuasa patut mulakan...wallahua'lam...

3. Jika anda adalah pemimpin, apakah yang anda akan lakukan untuk membantu rakyat-rakyat Palestin ketika mereka semua menghadapi serangan daripada pihak Israel? Berikan 3 isi utama pelan tindakan anda itu.
Seperti kata Cik Insyirah,jika ana tulang belakang kepada seorang pemimpin, ana akan cuba sedaya upaya...
1)Menghantar seramai mungkin sukarelawan baik dari sudut ketenteraan, perubatan, dan juga mungkin 'kaunselor' yang boleh menyumbangkan sesuatu yang amat2 diperlukan oleh umat Islam di Palestin.
2)mengeluarkan sejumlah dana dari negara yang kaya raya ini untuk diberikan kepada bumi Palestin, mungkin untuk membangunkan kembali apa yang telah musnah...atau mungkin boleh digunakan untuk membeli persenjataan untuk persediaan kerana Israel satu bangsa yang tak boleh dipercaya....membiaya belia2 untuk belajar sistem dan juga kaedah persenjataan dalam usaha merekrut seramai mungkin mujahidin yang akan berdepan dengan Israel.
3)Mencipta satu sistem canggih yang membolehkan negara yang ana menjadi tulang belakang kepada pemimpinnya itu supaya apabila berlaku lagi kekejaman ke atas Palestin, kami mampu berbuat sesuatu yang boleh melenyapkan terus Israel....mungkin kelengkapan teknologi yang membolehkan serangan dilakukan dalam jarak yang jauh.

4. Anda dikehendekai mengetag sesiapa saja yang anda suka dan boleh menambah bilangan soalan tetapi tidak boleh mengurangkan dan mengubah soalan sedia ada dan soalan yang ditambah itu mestilah berbentuk ilmiyah sahaja. Selamat menjawab ya..=)
ana ingin mengetag semua sahabat-sahabat ana, namun ana tidak listkan...buat sahabat2 yang mempunyai sense untuk berkongsi pendapat terhadap isu ini...dipersilakan..mungkin ianya lebih baik daripada apa yang ana cadangkan..

26 Mac 2009

VoTe FoR eaRTH, VoTe FoR iTS SuRViVaL

On March 28, 2009, switch off your lights for Mother Earth - between 8.30pm and 9.30pm. Then, switch on to a new lifestyle where you start caring for, and really being concerned about the planet you call home, and its well-being.

March 28, 2009, 8.30pm. You are standing in front of your light switch. You stop and think for just a while – should you turn it off for Earth Hour? Well, nah. It’s okay, you tell yourself. It won’t help anyway, you’re just one person. Besides, you really need to finish that pesky assignment; can’t do it in the dark.
Guess what? If that was how you decided, ou just voted in favour of Global Warming.
This year, for the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote. By switching off your lights, you have put in a vote for Earth, and by leaving them on, you have just voted for Global Warming. And this very year, it is Malaysia’s first time ever participating in Earth Hour.
VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community; a call to stand up and take control over the future of our planet, and it can begin in your very living room. By merely turning off your lights from 8.30pm to 9.30pm, you can show that you choose to vote for our planet and not for global warming.
“It is a symbolic action – a symbolic event that cares not about whether you’re young or old,” says project manager of Earth Hour Malaysia, Devan Subramaniam. “It is something done to fight global warming.”
Global warming, simply put, is characterised by the rising temperatures of the Earths’ surface – leading to unpredictable weather, melting icebergs and receding shorelines. Where once land was, there will be seas due to the melting icebergs in the Artic. Where once we can comfortably sit outside our porch for a drink, we will have to retreat into our homes and strip down to our lightest clothes.
“Climate change will affect the young the most – the future heirs to the planet will be the ones to suffer the consequences of global warming,” warns Devan. “The older generation may think: it won’t happen while I am still around, but it is a reality that is very likely to happen very soon.”
Devan believes that the youth can do so much more for the planet, and that they should start early. “Documentaries such as ‘An Inconvenient Truth’ have very harsh, strong messages, but Earth Hour is something fun, and something anyone and everyone can do.”
He also says that the main message is to do something good for the planet. “Vote for Earth by switching off your lights,” he urges.
Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008, the message had grown into a global movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Coliseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness; and this year Earth Hour is being taken to the next level.
With the goal of one billion people switching off their lights as part of a global vote, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re on. The World Wildlife Fund (WWF), are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009.
But for Devan, he believes that this year’s Earth Hour is not just one hour of switching off – it is a call for a start to a change of lifestyle.
“It’s about changing your lifestyle – especially the youth. Keep in mind to not use electricity unnecessarily,” he says. “In this urban lifestyle, laptops and air-conditioning is important, but it is not something we cannot live without.”

So how does turning off your light actually help put an end to global warming?
Electricity is most commonly produced by the burning of fossil fuel such as coal, petrol, and gasoline, which is used to power the turbines and machines needed to produce electricity. These processes are responsible for the emission of greenhouse gasses –more commonly known to us as carbon dioxide and methane gas. As levels of carbon dioxide in our atmosphere increases, so does the temperature.
By reducing the use of electricity, the demand for energy is reduced – a small step, but a crucial one to alleviate the problem. By simply using less fossil fuel (petrol and diesel for example) in our lives, we can help prevent the emission of these seemingly harmless (at first thought) gasses into the air we breathe. It is not about environmental jargon or frightening facts about global warming –sometimes all it takes are simple, everyday steps that you can practice to stop the Earth from being a melting pot (quite literally).
Here are some simple things you can do for the Earth; starting with turning off your laptop when you’re not typing away at it. If you simply must leave it on, switch to a power-saver mode.
Try replacing light bulbs with energy-saving bulbs, and switch them off when you leave the room. Keep in mind also that in our bright Malaysian sun, there is simply no need to turn on your room lights – throw those curtains wide open for natural light, or roll up those blinds.
Even something as simple as washing your clothes could make a big difference: Abstain from washing those simple tees and jeans with hot water as it consumes much more energy than an ordinary half-load cold wash.
Freezing mornings call for a hot, hot shower – but revel in the refreshing cold water on a hot afternoon as an alternative to too much air-conditioning. To get serious about saving energy, we need to look to the source of usage: radios, the ol’ telly, the perpetually-turned-on lights. Simply turn it off when not in use.
Another thing that we never truly consider is: just how much are we contributing to global warming? By knowing our carbon footprint, (how much each and every one of us is helping global warming along through a measurement of how our lifestyle choices affect carbon emissions) we can take steps to reduce it. To learn about your carbon footprint, go to carbonfootprint.com/calculator.html.
So, when Earth Hour comes, who will you vote for? Even though it may not seem like very much, every little bit counts, and every journey has to begin somewhere –the journey towards a halt to global warming can begin right in your own room.

KaLau TuHaN DiKeNaLi

Jom Hayati..moga ada kesan dihati..

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi

25 Mac 2009

DaKWaH SaTu KePeRLuaN...SaTu TauJiHaT BeRMaKNa

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang.
Ana cukup berbahagia malam ini,dengan kepala yang masih berserabut..ana sudah buat satu keputusan yang tepat untuk hadir mendengar perkongsian daripada Ust Hasrizal mengenai Aku, Dia dan...
Terlalu banyak persoalan yang dirungkai sepanjang ana di dalam majlis ilmu ini. Ini bukan kali pertama ana mendengar tazkirah daripada ust.Hasrizal, namun ana merasakan setiap kali ana mendengar daripada ust Hasrizal,terlalu banyak mutiara ilmu yang dapat dikutip. Ana berimpian untuk menjadi pendakwah seperti beliau, cukup fleksibel dalam usaha untuk turun kepada mad'u yang amat memerlukan pendakwah yang empati terhadap mereka. ana merasakan bidang yang ana pilih sekarang cukup memberi kredit yang besar untuk ana turun kepada mad'u. ana sudah dilandasan yang sepatutnya,namun kenapa kadang-kadang semangat itu luntur dek kata-kata manusia...pandangan sinis dan juga bisikan jahat Syaitan.
Mungkin niat menjalankan gerak kerja dakwah belum jelas. atau seperti yang ana dapat malam ini, bila seseorang da'i itu merasakan dakwah merupakan kewajipan bukannya sesuatu yang natural yang diperlukan oleh setiap orang dalam meneruskan kelangsungan hidup. Bila ust. Hasrizal mengupas perkara pertama mengenai manusia makhluk sinergi, ana sudah merasakan sesuatu yang menarik di situ. perlunya kepada da'i yang berfikiran jelas tentang matlamat dan method yang nak digunakan dalam perkara ini. jika kepentingan kita hendak didahulukan, lupakan niat untuk menjadi da'i.itu kesimpulan ana(maaf andai khilaf)
Paling menarik bilamana dikatakan tanggungjawab menjadi da'i bukan hanya terletak pada seseorang yang hanya mempunyai ilmu, maklumat dan kemahiran. jauh lebih penting adalah bagaimana siap seorang da'i berhadapan dengan orang di sekeliling.kerana apa yang penting menurut kata ust.Hasrizal,"apa yang membekas dalam diri mad'u bila kita sebagai da'i melakukan apa yang kita cakap".itulah yang membekas dalam diri ana.
terlalu banyak perkara yang dikongsikan malam ini, sehingga ana merasakan terlalu pendek masa yang diperuntukkan. ana kira bukan ana sahaja yang merasa begitu.
Ana kira apa yang dapat malam ini bukan saja sebagai motivasi untuk meneruskan keperluan berdakwah, namun ana merasakan apa yang ana dapat sangat membantu untuk ana mengaplikasikannya dalam sesi kaunseling yang ana perlu kendalikan.Seek First To UnderStand...
sebagai akhirnya, ana kongsikan mengapa pendakwahb hari ini perlu berubah untuk lebih dekat dengan masyarakat, kerana masyarakat hari ini sudah banyak berubah berbanding dahulu. jika kita sebagai pendakwah masih di takuk yang sama, ianya tidak lebih hanya kita yang 'perasan bagus',sedangkan masyarakat tidak mendapat apa-apa daripada kewujudan kita sebagai pendakwah.
Dakwah itu Fitrah...suburkanlah.

23 Mac 2009

aNa NaK JaDi iSTeRi KeDua...( ",)

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa.Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning.

Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri.

Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin. Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit.

Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibahyakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu. "Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Fikri.

20 Mac 2009


"Tak kenal maka tak cinta." Ungkapan yang dianggap klise oleh masyarakat kini. Mana tidaknya, ungkapan ini sering kali di dengari dan keluar dari mulut pelakon-pelakon drama Melayu. Bahkan dalam perbualan seharian juga, ungkapan ini sering berlegar di bibir penutur. Dalam ruangan ini penulis berminat untuk menggunakan pepatah ini dalam usaha untuk mengetengahkan sebuah laman web yang semakin mendapat tempat di hati para pelayar internet. Laman web yang dimaksudkan ialah iLuvislam.com.

Laman web ilmiah yang telah diasaskan oleh 5 orang anak muda tempatan ini, membawa objektif yang murni dalam usaha menyampai dan menyebarkan ilmu kepada yang memerlukan. Ia juga boleh disebut sebagai ‘dakwah'. Pendekatan cara moden yang cuba dibawa oleh mereka, selari dengan minat anak-anak muda pada zaman ini, iaitu menggunakan perkhidmatan internet. Perkhidmatan internet yang telah menjadikan ‘dunia tanpa sempadan' ini, benar-benar telah dimanfaatkan oleh mereka sebagai salah satu cara untuk mendukung usaha menyampaikan islam kepada masyarakat sekeliling. Seperti yang diketahui umum, penggunaan internet membolehkan pelayar-pelayar mendapatkan ilmu dengan mudah. Hanya perlu taip kata kunci di enjin pencari (seperti Yahoo, dan Google), nah, beratus-ratus laman yang mempunyai kaitan dengan kata kunci itu akan dipaparkan. Mudah bukan?


Sekarang molek lah sekiranya jika kita berkenalan dengan laman web iLuvislam.com ini. Laman ini secara kasarnya akan dilihat sebagai sebuah laman web yang akan menyajikan pengguna dengan ilmu-ilmu berkaitan islam. Lihatlah saja pada namanya, ‘iLuvislam'. Tapi, apa kata para pembaca cuba dahulu untuk melayari laman web ini dan baca apa yang terkandung di dalamnya. Bukankah pihak kerajaan kini sedang menggalakkan masyarakat untuk membaca? Membaca juga boleh diluaskan skopnya dengan tidak hanya meletakkan buku, sebagai bahan bacaan. Penulis teringat tentang sebuah lagu yang pernah disiarkan di kaca televisyen pada masa dahulu. Antara liriknya, ‘let makes reading, a life of wawasan'. Ayuh kita melayarinya, mengenalinya dan membaca kandungannya!

Umpama seorang yang berada di tengah padang pasir dan kehausan. Orang ini mengembara untuk mendapatkan air. Selangkah demi selangkah, akhirnya dengan kuasa Tuhan, dia ditemukan dengan oasis. Rugi, jika tidak dimanfaatkan, kerana 70% daripada badan manusia ialah air. Maka, jika oasis itu dibiarkan sahaja dan orang tersebut berlalu tanpa ada inisiatf untuk pergi minum, kemungkinan, akan terhidrasilah badannya, yang akhirnya akan membawa kepada maut. Begitulah yang boleh penulis ibaratkan semasa pertama kali berjumpa dengan laman ini. Tatkala diri terlalu sibuk dengan hal pelajaran yang pada masa itu dianggap seperti membebankan; pertemuan dengan laman ini sama sekali telah menjadi ‘turning point' kepada diri. Mencari tujuan hidup yang sebenar, mempelajari semula apa yang telah dipelajari serta memanfaatkan koleksi artikel yang ada untuk dijadikan makanan rohani.

Variasi Ilmu & Isi Kandungan

Apa yang terkandung di dalam laman ini? Apa yang dapat penulis tulis, ialah ‘variasi ilmu'. Terkandung di dalamnya artikel-artikel keagamaan, seperti, bulan islam, perbandingan agama, dakwah, Quran & hadis, sains dan islam, serta tazkirah. Selain itu, terdapat juga koleksi artikel mengenai kepimpinan, kewangan, lirik & lagu, kesihatan dan tokoh. Yang paling mendapat sambutan,terutama bagi golongan remaja, ialah remaja & cinta. Belajarlah untuk mengetahui kebenaran supaya tidak menyesal di kemudian hari. Perbaikilah diri, akhlak dan akidah kita semaksimum yang boleh!

Terdapat juga koleksi ‘motivasi' untuk pembangunan diri, ‘famili' untuk kekeluargaan dan ‘English article' untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris anda. Melalui laman web ini, sedikit sebanyak dapat dilihat bahawa islam adalah agama yang lengkap (syumul). Hal ini kerana, dewasa ini, kita dapat lihat berlakunya pengasingan diantara agama dan cara hidup. Tetapi melalui laman ini, pelayar dapat bertemukan islam yang sebenar iaitu agama DAN cara hidup. ‘Islam is the way of life'.

Forum yang Mendidik

Laman ini juga kaya dengan forum-forum perbincangan. Tidak cukup dengan itu, forum-forum perbincangan ini turut dipecahkan kepada empat slot! Slot soal jawab agama, slot diskusi umum, slot kaunseling, kerjaya dan kesihatan serta slot santai dan perkongsian pintar. Bagi membolehkan anda menyertai forum-forum ini, anda perlu mendaftar sebagai ‘user' (pengguna) terlebih dahulu. Dan ia adalah percuma! Para pengguna bebas untuk menyertai mana-mana perbincangan forum, dengan syarat mematuhi etika-etika yang telah digariskan. Sementelah itu, terdapat juga beberapa orang moderator yang telah ditugaskan untuk menjaga kelancaran dan keamanan perbincangan. Apa yang boleh dikatakan tentang bahagian forum ini ialah, pengguna akan di didik untuk mendisiplinkan diri dan belajar untuk menghormati pengguna lain.

Kaunseling Percuma

Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan jika kita berusaha untuk mengatasinya. Dalam usaha kita memotivasikan diri sendiri, iLuvislam.com juga menawarkan perkhidmatan kaunseling bagi mereka yang memerlukan. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mencuba dan berusaha untuk mengubahnya." Itulah yg telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran, surah Al-Anfal, ayat 53. Disamping meletakkan segala keputusan kepada Allah (tawakkal),usaha juga amat perlu, kerana rezeki juga tidak akan datang bergolek. Disebabkan keprihatinan dan kesedaran ini, iLuvislam.com telah melancarkan satu forum khas untuk membicangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna. Masalah remaja, masalah stadi, masalah keluarga, mahupun masalah kerjaya. Anda dialu-alukan untuk bertanya kepada 5 orang (pada masa ini) kaunselor rasmi iLuvislam.com. Kita berusaha dan di tangan Tuhan jugalah terletaknya penyelesaian.


Islam bukan sahaja sebuah agama, tetapi juga cara hidup dan ianya lengkap untuk dijadikan panduan bagi setiap manusia. Sehubungan dengan itu, iLuvislam.com turut mempamerkan ‘kelengkapan' islam ini dengan melahirkan beberapa lagi ‘anak-anak'. ‘Anak-anak', atau dalam erti kata lain nya ialah subdomain, di mana terdapat beberapa lagi laman-laman berguna yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna. Antara nya ialah testi.iluvislam.com, edu.iluvislam.com, resepi.iluvislam.com, news.iluvislam.com, tutorial.iluvislam.com, wallpaper.iluvislam.com, techguys.iluvislam.com dan topblog.iluvislam.com.

Bagi anak muda remaja, ramai antara mereka yang mempunyai akaun Friendster, dimana laman ini membolehkan mereka untuk terus berhubung dengan sahabat mereka. Adakah anda mencari komen-komen ataupun testimonial yang comel-comel? Ataupun adakah anda mahukan yang lebih ilmiah untuk dimanfaatkan oleh sahabat anda? InsyaAllah, testi.iluvislam.com ada jawapannya. Bukan itu sahaja, malah, daripada subdomain ini, anda mampu untuk mengasah bakat anda dalam bidang ‘designing'. Ya! Jika anda mempunyai bakat dalam bidang ini, anda dijemput untuk menyumbang hasil kreatif anda. Semoga hasil kreatif anda, dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para pengguna laman tersebut.

Sudah ‘penat' memberi makan kepada otak dan rohani, silalah melawat ke resepi.iluvislam.com untuk memberi makan kepada badan pula. Di laman ini, banyak resepi yang telah dikongsi oleh pengguna. Bermula daripada biskut-biskut, sampai lah kepada lauk-lauk. Semuanya boleh didapati disini. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang sesuatu makanan ataupun tips-tips, anda boleh memulakannya dengan membuka forum perbicangan yang baru. Bagi mereka yang merasakan bahawa anda sudah kekeringan idea untuk membuat kuih-kuih atau masakan, apa kata anda kunjungi laman ini! Ataupun jika anda merasakan anda mempunyai banyak resepi menarik untuk dikongsi bersama, perkongsian anda amat dialu-alukan. Tahukah anda, kadang-kadang perkongsian resepi anda berupaya untuk membantu pelajar-pelajar, terutama yang berada jauh daripada keluarga, untuk masuk ke dapur? Terutamanya bagi mereka yang berada di luar negara. Sekurang-kurangnya dengan perkongsian daripada anda, dapatlah juga mereka untuk memasak dan menikmati lauk pauk Malaysia; paling tidak seminggu sekali!

Lepas anda melayari resepi.iluvislam.com, apa kata anda lawati pula news.iluvislam.com. Wah, gaya selepas makan, memegang surat khabar pula. Bezanya disini, di news.iluvislam.com, terdapat video yang boleh dipilih oleh para pengguna, untuk mereka tonton, dengar dan analisis. Video ini berperanan seperti mini televisyen yang membolehkan rakyat Malaysia seantero dunia mengikuti perkembangan Malaysia. Berita-berita didalamnya dikemaskini setiap saat kerana menggunakan teknologi ‘ RSS Feed'. Antara berita-berita yang terdapat di dalamnya ialah ‘akhbar perdana Malaysia', ‘akhbar alternatif Malaysia' dan ‘islam & world'.

Penulis yakin pada zaman globalisasi ini, ramai yang tidak mahu ketinggalan dalam usaha mempelajari ilmu-ilmu di bidang teknologi. Mana tidaknya, dari tahun ke tahun, bilangan pelajar yang memasuki institut pengajian tinggi dalam bidang teknologi dan maklumat, semakin bertambah. Selain itu juga, dapat dilihat pada masa ini, bilangan bloggers, juga seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Penulis juga dapat melihat perkembangan ini apabila pada masa ini, ramai antara kawan penulis yang membuka blog sendiri. Masing-masing dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka; sama ada yang sedang belajar di dalam negara, mahupun di luar negara. Penulis teringat akan satu ungkapan yang biasa kami gunakan apabila mahu berkongsi idea dengan rakan-rakan, iaitu "sharing is caring". Setiap blogger juga akan berusaha untuk mengemaskini serta menambah widget yang menarik, agar blog mereka sentiasa mendapat perhatian. Salah satu subdomain iluvislam.com, iaitu tutorial.iluvislam.com, menawarkan perkhidmatan tutorial bagi mereka yang mahu mengetahui tentang hal ini. Bukan itu sahaja, para pengguna juga boleh melanggan tutorial ini secara percuma, dan ianya akan dihantar terus ke peti masuk emel anda!

Topblog.iluvislam.com pula menghimpunkan blog-blog yang berguna kepada pengguna. Kebanyakan blog ini mempunyai matlamat untuk berkongsi idea dan pengalaman kepada pembaca. Pengguna juga boleh mendapatkan ilmu-ilmu tentang islam melalui blog-blog yang telah tersenarai dalam laman tersebut. Justeru itu, jika anda merasakan blog itu bagus untuk dilawati dan amat bermanfaat, anda boleh untuk mengundi blog tersebut sebagai blog kegemaran anda. Undian anda membawa erti kepada pengunjung selepas anda. Hal ini kerana, ia mungkin dapat memudahkan pengguna yang lain untuk memilih blog yang patut mereka kunjungi. Tapi, bergantung juga kepada penerimaan pengguna. Lain orang lain penilaiannya, bukan? Maka, apa kata, jika ada masa berlebihan, lawatilah kesemua blog tersebut, kemudian, anda letakkan ranking anda sendiri!

Subdomain lain yang turut memberi pengetahuan, terutama kepada para pelajar, ialah edu.iluvislam.com. Disini, pengunjung boleh membaca beberapa artikel yang berkaitan dengan bidang pendidikan dan pembelajaran. Terdapat juga tips untuk belajar, koleksi artikel tentang sekolah, serta universiti dalam dan luar negara. Jika terdapat sebarang kemusykilan, pengguna boleh mengajukan soalan secara terus kepada penyumbang artikel tersebut.

Sharing for Ummah

Dalam usaha kerajaan melahirkan golongan muda yang cerdik pandai, pelbagai usaha telah dibuat. Antaranya menghantar sebilangan pelajar yang berpotensi ke luar negara, agar ilmu yang bakal mereka garab di luar kelak, akan diguna pakai di Malaysia. Para pelajar sememangnya memerlukan persediaan rapi sebelum mereka memilih hala tuju hidup mereka kelak. Contohnya bidang perubatan, bidang perguruan, bidang kejuruteraan, bidang media dan komunikasi, serta lain-lain lagi. Meletakkan tugas membantu dan menyampaikan sebagai agenda utama iLuvislam.com, laman web ini telah pun membuka sebuah forum baru, iaitu ‘sharing for ummah'. Hal ini membolehkan golongan-golongan professional, berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam bidang tertentu, supaya dapat dijadikan pannduan oleh adik-adik.

Pada waktu ini, iluvislam.com telah pun mempunyai seorang doctor dan seorang jurutera. Doktor yang dimaksudkan ialah Dr. Aabee. Beliau merupakan seorang doktor pakar dalam bidang Otorhinolaringology-head neck surgery (ENT). Manakala, jurutera yang telah diwar-warkan pula ialah Saudara Taufiq Hussein. Beliau kini merupakan seorang network/sales engineer di Amerika Syarikat. Jadi, bagi mereka yang pada masa ini, masih menimbal balik cadangan untuk membuat pengkhususan dalam pekerjaan kelak, anda dijemput untuk melayari iluvislam.com. Begitu juga bagi mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang anda, marilah sertai slot ‘sharing for ummah'. InsyaAllah, semoga usaha anda yang ikhlas untuk membantu adik-adik yang masih tercari-cari ini, akan diberkati dan diredhai oleh Tuhan.

InsyAllah dari masa ke masa, iluvislam.com akan terus berkembang dan menambah ‘anak-anak' atau subdomainnya. Antara subdomain terbaru adalah wallpaper.iluvislam.com yang memaparkan wallpaper-wallpaer menarik dan techguys.iluvislam.com; sebuah forum untuk anda berkongsi masalah computer dan akan ada krew iluvislam.com yang akan membantu menyelesaikan masalah anda. Ya, pastinya ia percuma!


"Tak kenal maka tak cinta, dari cinta bercambahnya ilmu." Bukankah ini sesuatu yang amat manis dan bermanfaat? Mengubah diri daripada tidak tahu kepada tahu, daripada kurang yakin kepada lebih yakin! Penulis suka untuk membawakan pepatah ini, "orang yang berjaya ialah orang hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini dan hari selepas nya lebih baik daripada hari sebelumnya." Pepatah ini menunjukkan bahawa betapa perlu nya untuk kita sentiasa mengubah diri dari sehari ke sehari, iaitu daripada yang negatif ke positif, daripada positif kepada yang lebih positif!. Ilmu Allah itu luas dan perlu dicari, dan penulis melihat iluvislam.com sebagai salah sebuah medium yang boleh diguna pakai oleh semua orang dalam usaha menuntut ilmuNya, insyaAllah. "Orang memberi, kita merasa." 5 bersaudara yang telah bertanggungjawab mengasaskan iluvislam.com ini, bersama anak-anak buah nya, telah berusaha untuk menyajikan para pengguna dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, Alhamdulillah, kerana kita dapat merasai nikmat ilmuNya!

Disediakan oleh,
Nur Syamimi Mohamad Napis
Setiausaha Media I iLuvislam.com

17 Mac 2009


Ketenangan hati ialah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada seorang manusia walau apa pun latar belakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara yang paling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati dan ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang maha kritikal bagi setiap insan.
Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan spiritual dan kemantapan minda. Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya adalah berasal daripada suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentunya tidak sama dalam menghadapi kejadian hidup ini dengan seorang yang berkeyakinan bahawa insane ialah ciptaan Tuhan yang paling baik, dan di sana Tuhan tetap berperanan dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi mahupun di langit. Dan Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul yang ada di atas muka bumi ini, antara langit dengan bumi ini serta apa yang ada di atas langit yang tujuh ini; semuanya adalah milik mutlak Tuhan yang Maha Esa dan berfungsi berdasarkan ketetapan ilmu-Nya dan izin-Nya.
Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku adalah aku; sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya; menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Agung. Seseorang yang menyedari bahawa sentiasa ada di sana satu Kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta yang sentiasa berkata, Wahai hamba-Ku, mintalah kepada-Ku, akan Ku penuhi segala permintaan kamu! Tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku!
Seorang anak kecil akan berasa selamat dan tenang apabila berada disisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu bapanya semasa membeli belah di pasaraya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi ‘ketenteraman’ dan ‘ketenangan hatinyalah’ yang tercedera. Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh; berhenti menangis hanya kerana ibu berkata, “Sudah, jangan menangis sikit saja tu. Nanti ibu sapukan ubat!”. Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka dilututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa ‘sakit’ pada jiwa dan emosinya telah diubati dan telah hilang kerana diganti oleh rasa tenteram dan anak itu yakin ibunya memahami ‘penderitaannya’ dan ibunya ‘mampu’ mengubati luka di lututnya dengan ubat yang akan disapu nanti. Hal ini menunjukkan bahawa ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa yang maha ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seseorang manusia. Adalah menjadi satu hukum atau prinsip alam, seseorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui bahawa di sana adanya satu ‘kuasa’ yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.
Seseorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQnya dengan betul jika jiwanya sentiasa bercelaru dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. tetapi seseorang yang mantap EQnya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dimilikinya, ia dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan ketertiban. Malah, seringkali terlontar daripada patah bicaranya, perkataan-perkataan yang bersifat ‘teraputik’ yang mampu menyegar kerengsaan jiwa dan kegersangan emosi.
Kekuatan rohani(SQ) akan menjadi penjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau pada tahap mana pun IQnya berada. Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah. Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh ala mini telah menyatakan sebagai suatu prinsip, “Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang?”(Ar-Ra’d: 28). Berzikir membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingat Allah, merasakan kehadiran-Nya dan berasa keagungan-Nya dalam setiap masa dan keadaan. Mana mungkin seseorang melihat Tuhan itu(dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya) berada begitu hampir dengan dirinya, masih boleh berasa tidak tenteram dan aman?
Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan ‘nur’ kerohanian yang jernih, pasti akan mampu berasa ketenangan hidup dan kekentalan serta keharmonian emosi. Tuhan berfirman, “Dialah yang menurunkan ‘sakinah’ ke dalam hati orang-orang yang beriman”. (Al-Fath: 4). Erti ‘sakinah’ ialah ketenangan yang tetap.
Jika demikian, sudah tentu dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati ini, seperti amalan zikirullah, solat, tafakur, amalan doa, wudhuk, dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak ‘buta’ daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam ini. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Zat Tunggal Maha Pencipta.

16 Mac 2009

CoNToHi 10 aKHLaK RaSuLuLLaH...

Walaupun seorang muslimah itu cantik wajahnya, dengan bentuk tubuh tinggi lampai, namun penampilannya masih tidak sempurna jika tidak sempurna jika tidak disertakan dengan akhlak yang mulia. Kerana itu kita sering mendengar orang berkata, kecantikan seseorang wanita itu bukan terletak pada rupa, sebaliknya pada hati dan keperibadiannya.
Seperkara lagi, wanita adalah semulia-mulia dan secantik-cantik ciptaan Allah. Ini dapat dilihat daripada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.”(Riwayat Muslim)
Dari sini dapat dilihat dengan jelas, Rasulullah sendiri tidak mengungkap kecantikan wanita itu menerusi wajah, sebaliknya menerusi amal ibadah dan akhlaknya. Hati itu rohani dan keperibadian itu jasmani. Ia perlu diseimbangkan, barulah ia mampu menghasilkan sesuatu yang terbaik.
Allah sendiri sebenarnya suka kepada kecantikan. Oleh itu, setiap manusia khususnya wanita sendiri hendaklah memastikan diri mereka sentiasa cantik. Islam telah menggariskan panduan untuk wanita yang mementingkan kecantikan yang hakiki. Terdapat beberapa factor yang boleh membentuk kecantikan, iaitu fizikal yang merujuk pada luaran dan mental yang merujuk pada dalaman, iaitu kerohanian yang membentuk roh.
Kecantikan dari segi mental melibatkan pemikiran yang positif, yakin pada diri, sentiasa berbaik sangka terhadap orang lain, mampu melihat kecantikan orang lain, tidak sombong, pemaaf, berlapang dada, menerima teguran secara positif, tidak mementingkan diri sendiri, suka menolong orang, ceria dan penyabar. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; “Orang yang paling aku cintai dan yang paling terdekat dengan ku pada hari kiamat ialah orang yang terbaik akhlaknya.”(Riwayat Bukhari)
Malah dalam soal mencari jodoh, kaum lelaki juga dinasihatkan agar memilih calon isteru bukan berdasarkan kecantikan wajah semata-mata, sebaliknya mengutamakan agamanya. Sabda Baginda yang bermaksud; “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikan itu akan membinasakannya. Janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu. Sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah Ibn Humaid)
Akhlak yang mulia akan dapat dilaksanakan dalam kehidupan sehari-hari dengan cara latihan dan membiasakan diri untuk melakukan perbuatan yang terpuji. Namun ia perlu dilakukan dengan ikhlas, dengan niat ia akan menjadi suatu kebiasaan cara hidup. Bukan untuk berpura-pura. Dengan cara demikian, insyaAllah seseorang itu akan mempunyai keperibadian yang tinggi.
Antara akhlak yang telah dicontohkan daripada akhlak Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam ialah:
1. Sabar
Setiap kita hendaklah bersabar dalam apa juga masalah hidup yang dihadapi. Mengingati Allah dan percaya bahawa setiap musibah itu ada hikmah yang tersembunyi. Sabar terhadap masalah dengan menganggap segala masalah yang dihadapi itu masih kecil berbanding dengan berbanding dengan masalah lain yang lebih besar. Kesabaran membuktikan diri kita mampu menerima takdir dan ketentuan daripada Allah.
2. Memaafkan
Sikap senang memaafkan orang lain yang melakukan kesilapan terhadap kita. Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang tidak sopan merupakan akhlak yang terpuji. Tidak membalas keburukan orang dengan keburukan malah membalasnya dengan kebaikan.
3. Malu
Malu adalah sebahagian daripada iman. Seorang wanita yang tidak mempunyai perasaan malu, mereka lebih mudah untuk melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh. Tanamkan rasa malu terhadap Allah kerana dengan perasaan itu, kita akan merasa takut untuk melakukan perbuatan yang dilarang. Memiliki sifat malu itu mendatangkan kebaikan kepada Muslimah kerana ia akan sentiasa menjaga perkataannya, auratnya, budi pekertinya ketika di khalayak dan turut menjaga kelima-lima pancainderanya. Malu mereka bukan hanya terhadap Allah malah kepada kedua ibu bapa, suami, keluarga serta orang ramai, sementelah lagi kepada yang bukan muhrim. Dari perasaan malu inilah akan membuatkan seseorang wanita itu akan sentiasa menjaga dirinya daripada terlalu bebas dalam bertindak dan berkata-kata.
4. Pemurah
Seseorang itu hendaklah mempunyai sifat pemurah hati agar dirinya menjadi seorang yang berbudi luhur. Mereka boleh dan sentiasa bersedia untuk bersedekah walaupun dengan menggunakan harta suami, dengan syarat mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu. Hendaklah dijauhkan daripada sifat bakhil dan kedekut, kerana sifat ini akan merugikan diri sendiri. Antaranya mereka akan kehilangan kawan dan merenggangkan tali persaudaraan.
5. Mengutamakan Orang Lain
Mengutamakan orang lain daripada kepentingan diri sendiri adalah sifat yang mulia asalkan kita tidak mengabaikan keperluan asas untuk diri sendiri. Keperluan orang lain perlu dibantu seperti keperluan ayah ibu, suami, dan anak-anak. Semuanya itu merupakan ibadah kita terhadap Allah.
6. Bercakap Hanya Perkara Yang Baik
Lebih baik berdiam daripada bercakap tentang perkara-perkara yang tidak baik. Elakkan daripada mengumpat teman-teman, memfitnah, menceritakan tentang keaiban sahabat atau pun suami, bertengkar, menceritakan tentang rahsia orang yang sepatutnya anda simpan atau mengapi-apikan antara sesama kawan atau pun jiran. Sebaiknya banyakkanlah berzikir, beristighfar dan bercakap tentang perkara-perkara yang bermanfaat kerana ia akan mendamaikan jiwa kita sebagai Muslimah sejati. Sebaiknya melakukan kebiasaan buruk akan menjadikan hati kita semakin hari semakin keras.
7. Adil Terhadap Diri Sendiri
Keadilan merupakan ciri-ciri keperibadian Islam yang sebenar. Ia membawa kepada hidup yang tenang dan damai. Setiap Muslimah harus berlaku adil untuk diri sendiri dan orang lain. Berlaku adil atas semua keperluan hidup, jangan terlalu membazir dengan perhiasan yang mahal-mahal sehingga terabai keperluan anak-anak, suami dan jiran tetangga.
8. Berbaik Sangka
Berbaik-baik sangka adalah sebaik-baik sifat, apa lagi sifat begini akan memanjangkan tali silaturrahim, menyebabkan kita sentiasa disayangi, memadamkan api dendam dan jiwa kita juga akan sentiasa merasa tenang. Jika kira berburuk sangka kepada seseorang, akan membuatkan hati kita akan sentiasa sakit, jiwa jadi tidak tenang dan akhirnya akan memutuskan tali silaturrahim dengannya.
9. Ringan Tangan
Sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan jika diperlukan. Jika kita mampu dari segi kewangan atau material, bantulah dengan menggunakan tenaga. Jika tidak mampu menggunakan tenaga, bantulah dengan bibir (memberi semangat). Atau jika tidak mampu dengan menggunakan bibir, berdoalah untuk kesejahteraan atau diringankan bebanan orang yang berkenaan. Bantuan diberi biarlah ikhlas, bukan kerana ‘ada udang di sebalik batu’.
10. Serba Sederhana
Menjalani kehidupan yang serba sederhana dalam segala hal, adalah cara terbaik. Kita tidak perlu menunjuk-nunjuk atau memberitahu kepada orang lain tentang kelebihan yang kita ada. Walaupun kita mempunyai wang beribu ringgit, tidak perlulah kita hidup bermewah-mewah, ada baiknya jika kekayaan yang berlebihan itu disedekahkan kepada orang miskin. Atau menunjuk-nunjuk tentang kebijaksanaan atau ijazah bergulung-gulung, tetapi akan lebih baik jika ilmu yang kita ada itu dikongsi dengan insan lain yang memerlukan.

15 Mac 2009

SaTu PeNaMBaHBaiKaN...

Alhamdulillahi Rabbil 'aalamiin...
Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang...salam ketenangan dan salam kemesraan.
Ana ingin ungkapkan rasa hati ana saat ini, namun ana tidak menemui satu perkataan yang mampu ana ukir untuk mewakili rasa hati saat ini. benarlah kata-kata yang pernah ana temui,sebenarnya semakin kita belajar kita akan menyedari betapa banyak lagi perkara yang kita tidak tahu. semalam, ana tersentak saat membaca satu artikel yang ana temui di laman iluvislam.com.laman yang terlalu banyak mendidik ana di alam maya ini. mungkin posting ini agak lama hingga ana tidak menyedari tentang perkara ini.melihat kepada tajuknya,'Ehem, Gambar Muslimahkah Ini?'...cukup buat ana tersentak.ana akui ana tidak tahu tentang isu ini,bagi ana bila kita bergambar dalam keadaan terjaga auratnya,kita bebas memaparkan gambar tersebut. tapi ternyata salah pemikiran ana.astaghfirullah...jahilnya ana. dangkalnya ilmu yang ada.
selepas membaca artikel itu,ana langsung membuka laman friendster dan juga facebook, lalu ana men'delete' semua gambar yang memaparkan wajah ana yang ana rasa tak patut ana pamerkan.Alhamdulillah,ana lakukan dalam masa yang amat singkat. ana rasa gembira selepas itu.Alhamdulillah...gambar blog ini juga ana tukar...
ana tak pasti apa pandangan orang lain, tapi ana rasa ana dah buat apa yang ana nak.
disini ana kongsikan artikel untuk sahabat2 baca dan buatlah penilaian sendiri. moga kata-kata yang kita lahirkan seiring dengan akhlak yang kita pamerkan...insyaAllah.
Dalam proses Persiapan diri menuju ke arah yang lebih pasti.insYaAllah...

'Ehem, Gambar Muslimahkah Ini?


Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!


Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

S e l a m a t B e r m u j a h a d a h

14 Mac 2009


Salam ukhwah fillah dan salam kasih sayang...
hari-hari yang berlalu pastinya bukan hanya mencorakkan warna-warna ceria untuk kita.tidak selamanya hari akan cerah..kadangkala mendung itu muncul..dan kadang-kadang pelangi juga mewarnai hidup.semoga kata-kata yang ana posting ini dapat menghindarkan kita dari rasa bersedih dan rasa tertekan kerana cabaran yang mendatang...sebagai peringatan untuk diri sendiri juga...
Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji..

Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia

Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri

Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa

Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya

Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


09 Mac 2009

SaLaM MauLiDuR RaSuL 1430H

Salam Ukhuwwah dan salam kasih sayang..
Untaian Selawat mewakil rasa rindu yang kian menggunung buat mu ya Habiballah...Walau tidak pernah bertemu namun hati tidak jemu merinduimu...
Dengan terciptanya tema baru pada tahun ini..Wehdah Pemangkin Khaira Ummah diharapkan dapat dihayati,difahami dan direalisasi oleh segenap lapisan masyarakat Muslim untuk menjadikan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sebagai sebaik-sebaik qudwah untuk kesejateraan dunia dan akhirat.InsyaAllah...

06 Mac 2009

10 CiRi PeMiMPiN YaNG BeRKeSaN

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang...
Disini ana kongsikan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin.Setiap daripada kita adalah pemimpin, jadi sewajarnya kita perlu memahami dan cuba menguasainya.

1. Kebersihan Jiwa Dan Rohani
Seorang ketua harus sentiasa menyelidik dan memeriksa segala keaiban dan kelemahannya sendiri lalu memperbaikinya. Kebersihan jiwa dan rohani diperoleh dengan keikhlasan bertujuan bahawa segala perbuatan semata-mata untuk Allah. Memperbanyakkan amalan sunnah dan tidak meninggalkan suruhan Allah.
2. Kuat Dan Sihat Tubuh Badan
Orang yang lemah tentulah tidak cergas dan cerdas dalam melaksanakan tugas yang mencabar. Oleh yang demekian, seorang ketua tidak boleh sekali-kali mengabaikan keadaan kesihatannya.
3. Memiliki Keupayaan Mental dan Fikiran
Keadaan dunia hari ini yang semakin rencam dengan berbagai ragam idea, idealogi, dan kebudayaan memerlukan pemimpin membangunkan keupayaan mental dan fikirannya bagi membolehkannya menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran. Akalnya perlu dikembangkan dengan bahan-bahan yang berbagai rupa supaya menjadi lebih subur, matang dan mantap. Ketua mesti banyak membaca dan sentiasa peka dengan peristiwa di sekeliling.
4. Mengenal Ahli dan Organisasi Yang Dipimpin
Selain tekun melaksanakan kegiatannya, ketua harus juga memerhatikan tindak-tanduknya dengan teliti dan jujur. Dia juga harus tahu berkenaan situasi fikiran dan organisasinya. Dia harus mengenali pendapat para anggotanya dan memahami masalah-masalah mereka.
5. Mengenali Jiwa
Pemimpin wajib mengetahui potensi yang ada pada dirinya, mengukuhkan kekuatan dan menguatkan mana-mana kelemahannya. Dia mesti berusaha memperkaya pengetahuan amnya serta mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran dalam pelbagai bidang. Dia harus memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin yang terdahulu.
6. Memberi Perhatian Kepada Ahli
Ketua harus dapat menawan keyakinan orang bawahannya bagi membolehkan dia mendapat manfaat daripada kebolehan ahli sendiri untuk seluruh organisasi yang dipimpin. Namun hal ini akan berjaya sekiranya pemimpin benar-benar menunjukkan usaha mahu mengenali anggota-anggotanya dari dekat mengambil tahu hal ehwal peribadi atau bercorak umum, ikut menyertai mereka ketika mereka gembira dan duka dan berusaha mencari penyelesaian bagi masalah-masalah mereka.
7. Menjadi Teladan Yang Baik
Orang bawahan yang dipimpin akan sentiasa memerhati dan menolong kepada pemimpin mereka sebagai contoh terbaik yang boleh mereka teladani. Oleh itu, telatah pemimpin, kecerdasannya, budi pekertinya, kata-kata dan segala perubahannya mempunyai pengaruh yang amat berkesan ke atas seluruh organisasi. Oleh itu pemimpin mesti menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi.
8. Pandangan Yang Tajam
Seorang ketua haruslah mampu melakukan penyiasatan yang cepat dan tepat bagi membuat keputusan yang tegas dalam pelbagai suasana dan masa. Perkara ini penting bagi kestabilan organisasi dan ahli yang didampinginya. Sikap teragak-agak, kabur, resah, dan tidak tegas akan mengakibatkan keadaan kucar kacir sehingga menyebabkan para anggota bawahan menjadi hilang keyakinan dan seterusnya menyukarkan pengawalan ke atas anggota dan perjalanan pasukan.
9.Kuat Kemahuan
Hanya dengan kemahuan yang kuat sahaja memungkinkan ketua sanggup mengharung segala rintangan dan masalah yang sememangnya dijangkakan akan berlaku dalam mengendalikan sesebuah kumpulan dan organisasi.
10. Optimistik
Selaku ketua, barisan kepimpinan mempunyai pengaruh yang berkesan ke atas anggotanya. Jika pemimpin berputus asa, maka ia sudah pasti mendedahkan barisan perjuangannya itu kepada kekecewaan dan putus asa sebaliknya, jika ia bersikap optimistik tentulah ia akan menyemarakkan semangat mereka.

03 Mac 2009

RaYuaN HaTi...

Ya Allah...
Ku mohon moga tika dan saat ini
aku masih
dalam kasih sayang-MU
aku masih
dalam perhatian-Mu
aku masih
dalam pengampunan-MU
Ya Allah...
aku kerdil...dhaif
lagi penuh debu dosa
dan noda...
andai dinilai segala apa
kebaikan dan manfaatku Ya Allah
di mana aku
kerana sekian lama..
aku merasa jauh..
jauh dari-Mu...
Ya Allah...
Hatiku berkarat dengan karat maksiat...
Kau sucikanlah
fikiranku kotor dengan noda dunia...
kau hilangkanlah
debu dan karat mazmumah telah menjarakkan
aku dengan-Mu
Kau dekatkanlah
Ya Allah...
dengan sifat Rahman dan Rahim-Mu...
aku mohon diberi kekuatan...
moga selepas ini
aku tidak lagi jatuh
dalam perangkap dosa dan noda...
Ya Allah,
Andai aku perlu korbankan diri ini
Untuk kasih sayang manusia aku redha
Kerana kasih sayangMu padaku
sudah amat cukup
Kurniakan aku kemanisan Ya Allah
Sehingga akhirnya aku
tidak lagi meminta
Kurniakan aku kesabaran..
Sehingga akhirnya aku
tidak lagi rasa sakitnya
Kurniakan aku keyakinan..
Sehingga akhirnya aku
tidak lagi menyesal
Kurniakan aku kecintaan Ya Allah..
Sehingga akhirnya aku
tidak lagi berdosa
Ya Rabbal 'aalamiin...
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-