Moga semarak semangat Ramadhan masih membara di dada.Ramadhan kali ini terasa amat cepat berlalu. Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kesihatan fizikal dan iman untuk mengimarahkan bulan penuh barakah ini.pejam celik..pejam celik...dah masuk 18 Ramadhan. teringat ana pada pesanan ringkas yang ana terima daripada Zanariah,sahabat baik semasa dibumi tarbiyyah, Madrasah Al-Khairiah di awal Ramadhan lalu..."Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Ramadhan...Makin dipejam celik, makin banyak salah dan dosa..sementara masih celik, banyak-banyaklah buat pahala...sebelum pejam tak celik-celik.."
Mungkin kedengaran ada kelucuan pada pesanan tersebut, namun ana pantas teringat betapa akhir-akhir ini makin banyak kematian yang tiba secara mengejut. berborak dengan sepupu ana semalam, katanya salah satu tanda besar kiamat, ramai manusia mati mengejut..wallahua'lam.
'alaa kulli hal...mati itu sebenarnya terlalu dekat dengan kita. dan kita tidak tahu bila masanya kita akan dipanggil 'pulang'.terlalu bermakna kehidupan ini untuk dimanfaatkan demi sebuah kematian yang bakal tiba. bilamana setiap saat dalam kehidupan kita gunakan untuk menyediakan bekalan yang semampu mungkin untuk berhadapan dengan kematian, insyaAllah kehidupan kita akan menjadi sebuah kehidupan yang amat bermakna.
Ingin ana kongsikan pengalaman yang ana lalui beberapa hari lalu. ana dijemput untuk bersama-sama HELWA MPMUM dalam program iftor bersama pimpinan muslimat peringkat Kolej,Persatuan Agama dan juga anak negeri. terlalu bermakna program ini ana rasa, bukan pada makanan jasmani yang disajikan namun lebih kepada santapan rohani yang ana kira cukup memberi kesan pada diri ana. mungkin susuk tubuh penyampai itu yang membuatkan ana cukup tersentuh dengan apa yang disampaikan. mungkin pada pendengaran orang lain ianya biasa, namun pada ana walaupun bukan kali pertama mendengar amanat yang sebegitu daripada individu yang sama, namun ana tetap tidak mampu menahan airmata ana daripada tumpah bilamana ana menghayati tipa bait kata yang dilontarkan.
Insan yang ana maksudkan ialah Puan Mastura Mohamad atau lebih mesra dipanggil K.Mas, mantan pengarah Nisa' Malaysia. jujurnya ana amat mengkagumi insan ini. melihatnya sudah cukup buat ana bersemangat, mendengar ungkapan katanya meresap terus ke hati ana. apa saja yang keluar dari mulutnya cukup memberi makna kepada ana. beliau sering menekankan betapa seorang anak amat-amat-amat perlu menjaga hati dan perasaan ibu dan ayah. apatah lagi kepada pejuang-pejuang muda yang sering terkurang waktu bersama ayah dan ibu. amatlah penting untuk menjaga hati dua insan mulia ini.
'Small kindness' adalah satu lagi antara pesanan yang selalu K.Mas sering amanatkan. menghargai orang lain adalah satu small kindness yang boleh kita buat yang tak memerlukan sebarang modal, malah seringkali memperolehi keuntungan. contohnya, memenuhi jemputan orang lain bagi memeriahkan majlis. apa yang ana amat perasan dengan K.Mas ialah sikap beliau yang sangat memuliakan orang lain. seboleh mungkin beliau akan cuba memberi penghargaan kepada individu yang sepatutnya diberi penghargaan. dan sesiapa sahaja yang menemani beliau ke majlis2 yang beliau hadiri, insan tersebut akan diberi peluang untuk turut sama menyampaikan sesuatu. ana amat terkesan dengan sifat yang satu ini...
'Small kindness' adalah satu lagi antara pesanan yang selalu K.Mas sering amanatkan. menghargai orang lain adalah satu small kindness yang boleh kita buat yang tak memerlukan sebarang modal, malah seringkali memperolehi keuntungan. contohnya, memenuhi jemputan orang lain bagi memeriahkan majlis. apa yang ana amat perasan dengan K.Mas ialah sikap beliau yang sangat memuliakan orang lain. seboleh mungkin beliau akan cuba memberi penghargaan kepada individu yang sepatutnya diberi penghargaan. dan sesiapa sahaja yang menemani beliau ke majlis2 yang beliau hadiri, insan tersebut akan diberi peluang untuk turut sama menyampaikan sesuatu. ana amat terkesan dengan sifat yang satu ini...
"apa yang ada kita syukuri jangan difikir apa yang tidak ada dengan kita".kata2 ini begitu mengajar ana untuk menghayati erti kehidupan ini. betapa sifat qana'ah itu menjadi hal terpenting dalam menempuh sebuah kehidupan. dunia hari ini memerlukan kita hidup dengan mujahadah yang tinggi demi sebuah kehidupan yang abadi.Syukurilah apa milik kita sementara ia masih milik kita. terlalu banyak perkara untuk disyukuri berbanding daripada kita perlu pening kepala memikirkan apa yang belum pasti....
apa pun ana berazam untuk menjadi seperti beliau. mendidik diri untuk menjadikan kata-kata kita mudah diterima dan difahami bukanlah satu perkara yang mudah. moga Allah mengurniakan kekuatan untuk ana istiqamah dalam usaha ini. ameen...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan