Salam Ukhuwwah dan Salam kasih sayang untuk rakyat Malaysia yang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-52. dalam suasana yang penuh kerahmatan moga kita akan lebih bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang bukan semua negara mampu memilikinya. pastinya sambutan kemerdekaan negara pada kali ini amat berbeza,tanpa sambutan seperti sebelum ini diharapkan kurang kemungkaran yang dilakukan menjelang hari kemerdekaan. bukan semua orang mengerti makna kemerdekaan yang sebenar. anak muda ramai yang mengandaikan kemerdekaan menjadikan mereka merdeka untuk berfikir dan bertindak mengikut nafsu dan akal yang dangkal. tak kurang yang mendefinasikan merdeka sebagai satu titik tolak kepada kebebasan untuk melakukan semua perkara tanpa sekatan.
Dua tahun berpeluang mengikuti program di malam merdeka, ana dapat lihat dengan mata kepala sendiri betapa anak bangsa kita ini makin hanyut, mungkin mereka gembira melaung kata merdeka namun hakikat sebenar mereka masih terjajah dek sikap dan minda sendiri. hingga ke hari ini ana tidak dapat berpuas hati setiap kali ulangtahun kemerdekaan di sambut. untuk apa semua itu?andai bangsa ini sebenarnya belum merdeka?menyambut kemerdekaan hanya kerana keseronokan...ana yakin andai disoal anak2 muda yang terpekik terlolong melaung merdeka dalam deruan motosikal yang kuat, bersambut hilai tawa antara satu sama lain, mereka sebenarnya tidak tahu apa itu erti merdeka yang sebenar...
Dengan izin Allah, sambutan Kemerdekaan kali ini sedikit terjejas dengan wabak H1N1 yang menyerang dan juga atas sebab menghormati bulan Ramadhan yang mulia maka sambutan seperti kebiasaannya tidak diadakan. namun mampukah sebab itu menjadi penyebab kepada terhapusnya kemungkaran yang seringkali berlaku dalam sambutan hari kemerdekaan. adakah kita yakin anak muda kita berada dirumah menghayati kemerdekaan dalam kesyahduan Ramadhan atau....? fikir-fikirkan...
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini,
jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Dr. Mahathir MohamadMei 1996
Tiada ulasan:
Catat Ulasan