Persekutuan Tanah Melayu(disebut Malaya sebelum itu) mencapai kemerdekaan secara mutlak pada hari Sabtu, 31 Ogos 1957. walaupun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tidak dicapai menerusi pertumpahan darah sebagaimana negara-negara Asia lainnya namun jerit-perih dan pengorbanan yang diberikan oleh rakyat pada masa itu dan sebelumnya amatlah besar.jika dikira dari mula pendudukan Inggeris pada 1786 apabila Francis Light mula mengibarkan bendera penjajahan secara rasmi di bumi Tanah Melayu, penentangan menuntut kebebasan telah pun bermula walaupun diperingkat wilayah.Bentuk-bentuk penentangan ini walaupun kecil dan sering dilabel oleh pihak Inggeris sebagai pengkhianat, lanun atau pemberontak namun semangat mereka telah menjadi rujukan kepada pejuang selepas itu. nama-nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Dol Said, Tok Janggut, Dato' Maharajalela, Rosli Dhobi, Mat Salleh, Panglima Hitam, Dato Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lok, Tun V.T. Sambathan, Tunku Abdul Rahman dan ramai lagi telah menjadi sebutan di bibir rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.
Begitu juga semangat yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang turut berjuang menentang pendudukan Jepun dan komunis.Pengorbanan mereka bukanlah kecil tetapi demi negara, nyawa mereka dipertaruhkan seperti Leftenan Adenan, Peristiwa Bukit Kepong dan banyak lagi. semuanya kerana negara tercinta.setelah dilabel sebagai bangsa yang lemah, malas dan tidak bertamadun, rakyat Negara ini mula menunjukkan kesungguhan yang tidak berbelah bagi apabila peluang untuk kemerdekaan mula terbuka selepas Perang Dunia Kedua tamat.pihak Inggeris menerima tamparan hebat oleh pihak Jepun yang mengalahkannya, kesan psikologi dari pendudukan Jepun dan slogan "Asia untuk Orang Asia" serta munculnya rakyat berjiwa nasionalis, desakan mula diberikan kepada pihak Inggeris.
Desakan yang berupa tunjuk perasaan bantahan, berkabung, perhimpunan gerakan kemerdekaan dan rundingan akhirnya membuahkan hasil.pihak Inggeris terpaksa mengaku bahawa penjajahan mereka sudah sampai masanya untuk berakhir pada tanggal 31 Ogos 1957. penjajahan selama 219 tahun dan setelah mengaut kekayaan khazanah negara pastinya tidak lagi dikehendaki oleh rakyat negara ini. pengorbanan pejuang-pejuang kebebasan dan mempertahankan kedaulatan negara haruslah kita kenang dengan ucapan terima kasih dan doa. sesungguhnya tiada kemerdekaan tanpa pengorbanan.
Detik Sejarah Kemerdekaan
* Tuanku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan.
* Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
* Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
* Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian.
* Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957.
* Pada jam 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
* Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang di-Pertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, dikirinya Tunku dan di kanannya Duke.
* Duke menyerahkan 'Instrumen Kemerdekaan' yang merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
* Tuanku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka".
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
1 ulasan:
Ya Allah,menitis air mata aku bila aku baca pengorbanan datuk nenek moyang kita yang bermati-matian demi sebuah kemerdekaan..Semoga Allah mengasihi mereka,.Ameen.
Catat Ulasan