Assalamualaikum..Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Bagaimana hari ini?insyaAllah moga lebih baik dari semalam. Hamdalah wasyukrillah, masih punya waktu melata dibumi Tuhan, mengutip serpihan sabar dan taqwa diperjalanan kehidupan. Putaran waktu yang pantas terkadang mengundang kegalauan hati, apa mungkin kita akan mampu tersenyum esok dan seterusnya. Kesibukan harian memaksa kita melupakan penghargaan dan kasih sayang yang harus ditebarkan kepada semua.
Alhamdulillah, Allah mengizinkan ana untuk melalui tempoh rehat yang agak panjang. Hakikatnya kita tidak akan puas, namun nikmat yang datang adalah lebih baik disyukuri kerana belum tentu ia akan berulang kembali.
Menyoroti perjalanan sepanjang 6 bulan lepas,saat itu diri bebas dari sebarang bebanan dan tekanan.Waktu rehat dan ziarah yang maksimum hingga mengundang jemu dan lelah pada diri. Hinggalah Allah mentakdirkan perlu berjauhan dari keluarga, belum sebulan ana sudah lemas.Bukan tuntutan kerja yang menyesakkan dada, tapi rindu yang menggunung memakan jiwa.Alhamdulillah, peluang bercuti diambil sepenuhnya hingga tidak punya waktu untuk bermalas-malasan.
Saat menjejakkkan kaki ke Bumi Kuala Nerang jam 9pagi 30.04.2011 hinggalah melangkah kaki naik ke bas jam 5.30 petang 02.05.2011, jadualku padat!Gian menunggang motosikal yang lama ditinggalkan meninggalkan kesan di muka dan tangan.hehehe...Masakan tidak, setiap hari keluar pagi balik malam.Bermula ziarah rumah nenda tercinta, ziarah saudara yang sakit, ziarah sahabat&anak saudara yang baru menerima permata hati, tak ketinggalan bershopping lah.Aktiviti wajib. Lagi sedap bila bley guna duit sendiri. Nikmat hanya Allah yang tahu..;-)
Bila dah lama tinggalkan kampung, sekali balik banyak la pulak cerita nak dikongsi.Kemana pergi pasti mengambil masa. itu belum masuk kenduri yang diabaikan.Tak sempat nak memenuhi undangan.Kesempatan yang diambil juga oleh bonda untuk berjalan-jalan ke sana sini, kerana sebelum ini tidak dapat memandangkan kesihatan ayah yang kurang memuaskan. Ayah ana lihat makin sihat.Sudah boleh ke masjid kembali.Alhamdulillah. Kata bonda, ayah gembira anak-anak balik, itu yang cepat sihatnya. Minggu lalu abang ana pulang, dan minggu ini pula, giliran ana. Jika dengan kepulangan kami menggembirakan hati ayah bonda, moga Allah mengizinkan kami anak-anak untuk mengatur waktu sebaiknya bagi pulang merawat rindu ayah bonda,insyaAllah.
Pertemuan dengan sahabat tersayang, Ros dan Shikin mengambil masa yang panjang. Alhamdulillah, jika pertemuan dulu dengan status 'penganggur terhormat', kini masing-masing sudah punya kerjaya. Alhamdulillah..Sempat berkongsi cerita mengenai kerjaya dua sahabatku yang super sabar ini.Keduanya mengajar di sekolah rendah, dalam masa yang sama mendapat celik akal. ana tidak sesabar mereka, jadi haluan ana sedikit berbeza. Cuba membayangkan andai ana ditempat mereka, bukan anak2 pelajar itu yang menangis kena marah, tapi kemungkinan besar ana yang menangis terguling-guling sebab tension.hehehe....Allahuakbar!Dia Maha Mengetahui..
Perjalanan pulang ditemani adik-adikku yang amat dirindui.Puan Izatul dan Dalila yang akan bertukar status tak lama lagi. Akak mendoakan kebahagiaan kalian adik-adikku.Terima kasih atas segala-galanya. Walaupun pertemuan singkat kerana mengejar waktu, namun memadai untuk melerai kerinduan yang bersarang dihati. Walau hakikatnya rasa rindu itu kembali bertamu saat salam dan peluk cium terlerai. Jumpa lagi nanti ya!
Allah, Terima kasih atas nikmat kasih sayang-Mu.Perjalanan rehatku, walaupun singkat dan melelaahkan namun aku bahagia kerana melihat dan merasa kasih sayang ada dimana. Kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah...kasih sayang menyerikan setiap pertemuan.Moga ukhuwwah antara kami kekal selama-lamanya. kalian semua sentiasa dalam Rabitahku...insyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan