Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh. Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Alhamdulillah, masih dianugerah kesempatan waktu dalam nikmat sihat yang diambil seketika.InsyaAllah, tanda sayang-Nya Dia kepada kita, kerna saat sakit kita makin hampir dengan-Nya.InsyaAllah.
Alhamdulillah,sangat bersyukur.Dalam tempoh sebulan ini terlalu banyak event yang dilalui dan menatijahkan rasa yang tak kurang hebat!Hebat yang bagaimana? Tak tahu bagaimana harus dicoretkan.Namun apa yang pasti, ana kerapkali ketawa sendiri.Juga menangis sendiri.Alahmdulillah,rasa itu masih ada.Hakikatnya,Allah sering menghiburkan tiap kedukaan dengan cara-Nya yang amat halus.Terkadang malu sendiri bila sedar jauhnya kita dari-Nya sedangkan Rahmat-Nya sentiasa memayungi tiap gerak dan nafas kita.Allahuakbar!!!
Berada dan berkerja serta berhubungan dengan manusia yang punya karenah pelbagai dan berbeza setiap hari menguatkan lagi kegemaran ana iaitu berfikir.Berfikir dan terus berfikir.Dan dihujung aktiviti itu ana sering senyum sendiri atau teresak memuhasabah dan mensyukuri diri.Berdepan dengan manusia berbeza saban hari menghadiahkan pengalaman yang pelbagai.Setiap manusia yang unik mempamerkan sikap, cara dan pemikiran yang amat berbeza.Menguruskan manusia bukan mudah rupanya.
Andai hanya mendengar dan menerima tanpa mentafsir dan meneliti, amat mudah terpedaya dengan manusia.Masih punya manusia jujur, namun ramai yang hipokrit.Bercakap seolah-olah dialah manusia paling sempurna dimuka bumi ini, tapi hakikatnya,amatlah takut untuk dihuraikan.Ana diajar untuk berhubungan dan bersosial dengan cara hikmah dan bijak.Bukan emosi dan mengikut nafsu melulu.Alhamdulillah, ilmu itu berguna kini.Walau terkadang hati teruji, dan emosi mendahului akal,alhamdulillah,masih sedar dan kembali memulihkan suasana supaya yang buruk semakin membaik, yang sedia elok menjadi lebih molek.
Namun, ana bukan manusia sempurna.sentiasa bersih hati dan akal.Tidak terganggu dek hasutan syaitan.Bukan!bukan!dan bukan!masih jauh perjalanan untuk ke destinasi sesempurna itu.Amat bersyukur kerana Allah menghadiahkan insan-insan mulia disisi dalam usaha membaiki diri.Mulia manusia disisi bukan kerana baik mereka, tapi juga kerana jahilnya manusia.Dari mereka ana belajar betapa tidak semua menikmati nikmat sempurna akal dan jiwa.Langsung memuhasabah diri, bahawa ana sendiri belum terjamin untuk tidak menjadi sejahil mereka.Belajar dari mereka yang melukakan hati kita,kerana mereka mengajar kita untuk lebih kuat.Berterima kasih kepada mereka yang menipu kita kerana ia mendidik kita untuk lebih bijak.Bersyukur pada-Nya kerana kita masih punya insan-insan positif yang senantiasa menemani perjalanan hidup kita.
Andai dulu ana tanpa sedar mencebik atau menyoal mereka yang hanya pandai berbicara tetapi mereka sendiri tidak melakukannya.Pendek kata,Perasan baik!Maaf!Hari ini Alhamdulillah, pemikiran itu sudah berubah.terlalu banyak perkara yang ana belajar kebelakangan ini.Ana ingin menjadi sepositif yang boleh.Pasti terlalu banyak cabaran yang akan ditempuhi,harapnya ana mampu berdepan dengan tekad yang kukuh.
Kita mampu mencipta dunia ini sebagaimana kita inginkan.Bagaimana?mulakan kehidupan dari dalam ke luar.Berusaha untuk membaiki diri, berhenti mencari salah orang lain.Sampai bila pun kita tak akan mampu mengubah manusia.Jadi,Jom ubah diri.Peringatan untuk diri dan perkongsian dengan teman-teman.
Sepanjang kehidupan yang pendek ini,proses mendengar,menterjemah, menilai, dan menerima ini akan terus berlangsung.Ini kerana kita hidup kita adalah bersama manusia.Kita bukan hidup sendiri.Apa yang berlaku menatijahkan hasil bukan hanya pada diri tapi juga pada insan sekeliling kita.
Jadi, ayuh kita tebarkan kasih sayang kepada semua insan disekililing kita.Mulakan dengan menghadiahkan senyuman seikhlas mungkin, dan bersangka baik dengan semua orang.Walaupun hakikatnya kita mengetahui peribadi orang yang bersama kita, namun kita harus menghargai bahawa setiap manusia fitrahnya baik.Sejahat mana sikap kita, jauh disudut hati kita tetap mahukan yang terbaik.jika bukan untuk diri kita,pasti kita mahu orang lain menjadi baik.Justeru terkadang kita terlupa kita tidak terlalu baik dalam proses nak membaikkan orang lain.Jadi,jom bersangka baik dan terus berdoa moga kebaikan sentiasa bersama kita.InsyaAllah...
Moga Redha Allah mengiringi langkah yang kita atur setiap saat dan waktu..InsyaAllah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan