22 Mei 2011

::DaRi ALLaH KiTa DaTaNG,KePaDa-NYa Jua KiTa KeMBaLi::

Assalamualaikum warahmatullah...Salam Ukhuwwah dan salam kasih sayang.Saat dan tika ini pasti ramai yang masih terkejut dengan berita mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat.Begitu juga ana,kesayuan masih menyapa hati.Apalagi ana berada ditempat kejadian dan melihat suasananya biarpun tidak melihat mangsa-mangsa yang terlibat.
Perjalanan hari ini agak panjang.Perjalanan ke Shah Alam membawa ana dan teman-teman pulang ke rumah hampir jam 6ptg.Saat itu sudah hampir 4 jam kejadian tersebut berlaku.Tetapi tiada sebarang maklumat yang diperolehi.Usai solat maghrib bergegas memenuhi undangan makan malam daripada pelajar2 tahun akhir.Sedang menjamu selera, ana menerima pesanan ringkas daripada adik kesayangan ana;"Salam.Tadi dapat news(tapi xlengkap info)Rumah anak yatim tahfiz di Hulu Langat tertimbus kerana hujanlebat.Mohon doakan keselamatan mereka semua.jzkk." Saat itu,Allah saja yang tahu,tersentak seketika.Hulu Langat bukanlah jauh,memang ditempat ana,tetapi kenapa tak dengar apa-apa...hanya mampu berdoa moga semuanya selamat dari musibah ini.Waktu itu tidak tahu apa-apa..hanya membayangkan runtuhan kecil.Allahuakbar!
Meninggalkan majlis sebelum selesai acara kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.Mendapat aduan dan bergegas ke rumah pelajar dengan rakan sekerja.waktu itu mata memang dah tak boleh nak angkat.Badan jangan cakap la,memang tersangat 'weak'.Gagahkan juga..usai urusan terus pulang untuk menghilangkan lelah.Sampai dirumah hilang pula ngantuknya.Lantas solat isya' dan menyelak helaian 'surat cinta' dari-Nya.
Belum sempat habiskan semuka,menerima panggilan dari teman sekerja untuk bergegas ke batu 14.tanpa banyak soal terus siap dan turun.Apabila dijelaskan situasinya,terduduk ana.Macam-macam rasa bertandang.Sementara menunggu Bos sampai,ana berfikir sendiri.Andai ana ditempat itu, bagaimana keadaannya.Mereka anak-anak yatim yang disayangi Nabi,dikasihi Allah.Pengakhiran hidup mereka mungkin dengan musibah, namun ana yakin pasti mereka tersenyum kembali ke pangkuan Rabbul Jalil.Moga roh mereka yang kembali dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.insyaAllah.

Ditempat kejadian,suasana sangat sesak dengan manusia.Bantuan datang dari segenap sudut.Ana melihat kemurahan hati orang kita disini.Keprihatinan yang ditunjukkan walaupun terkadang menyulitkan keadaan namun ianya harus dipuji kerana sanggup berada disana walaupun tiada apa yang boleh dihulurkan melainkan doa moga dipermudahkan urusan pihak penyelamat mengeluarkan mangsa-mangsa yang masih tertimbus.Menyusuri jalan hingga ke tempat kejadian..melihat kronologi juga laporan semasa, ana membayangkan betapa cemas anak-anak disana saat kejadian itu.Khabar dari teman, saat kejadian anak-anak sedang leka berlatih kompang dan menanti kehadiran tetamu yang akan datang jam 5 ptg hari itu.Namun kuasa Allah tak siapa yang jangka,bukan seorang tetamu yang datang tapi ribuan yang datang dari pelbagai pelosok,status dan pangkat.Nun di atas bukit pihak penyelamat masih berusaha mencari mangsa.Memang kawasannya dilereng bukit,runtuhan yang meranapkan bangunan itu amat menyedihkan dilihat dari bawah.Ana hanya mampu beristighfar dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan.Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.Hikmah yang perlu diselak dan diteliti dengan iman yang sempurna dan akal yang bijak.Tidaklah Allah mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia.

Sehingga ana pulang hampir jam 3pagi tadi, keadaan masih sama.manusia bertalu arus datang dengan bantuan yang pelbagai untuk sukarelawan yang membantu.Moga Allah menganjari kebaikan semuanya dengan sebaik-baik ganjaran.Moga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada kita untuk menginsafi bahawa kita milik-Nya dan pada bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil utk kembali pada-Nya.
Moga saat kepulangan kita dalam Khusnul Khaatimah.InsyaAllah...
Salam Takziah untuk keluarga pelajar dan kakitangan yang terlibat.Moga Allah mengirimkan kesabaran dan kekuatan hati bersama ujian yang diberi oleh-Nya.InsyaAllah.
Wallahua'lam.

ana kongsikan beberapa gambar yg diambil dari blog teman-teman.




Moga apa yang berlaku menjadi pengajaran yang berguna buat yang tinggal.Dunia ini makin tua dan makin memberat dengan adanya umat manusia yang tidak memberi manfaat.Allah 'menjemput' kembali insan-insan yang dekat dengan-Nya untuk pulang berada dinegeri abadi.Giliran kita akan tiba,cuma belum tahu bila dan bagaimana caranya.ayuh!ubah sebelum terlambat!

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-