16 Mei 2011

::GuRu..MeNTaRi Yg SeNaNTiaSa MeNYiNaR::


Assalamualaikum warahmatullah. Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Moga kita terus dianugerahkan hati yg lunak dengan syukur dan sabar.insyaAllah.
Beberapa hari menyepikan diri, melalui hari-hari yang agak mencabar. Baru sahaja berkongsi kegembiraan pada entry, Allah menghadiahkan sedikit ujian bagi mengemaskan langkah yg diatur untuk hari-hari seterusnya.Tak tertahan airmata bilamana tekanan datang satu demi satu.Berkongsi rasa dengan teman baik yg sentiasa ada, mengurangkan perasaan yang membuak. Alhamdulillah, ana tidak pernah sendiri tiap kali diuji.Dia masih disisi,menyuluh hikmah yang terkadang sirna.Alhamdulillah, menemukan analogi indah dibalik ujian yg diberikan. Dia sayangkan ana!

Lupakan seketika hal itu,hari ini tarikh baru..sekali lagi menemukan hari meraikan jasa guru yang tiada galang gantinya.Jerih payah,kasih sayang dan prihatin insan mulia dengan gelaran guru diraikan seluruh Malaysia.
Dedikasi pertama buat guruku yg pertama ku kenal.Bondaku tersayang.Guruku dalam semua perkara.yang mengajarku urusan dunia dan akhirat.Bergandingan dengan ayah membawa aku mengenal Pencipta.Hingga ke hari ini ana bersyukur dianugerahkan ayahbonda yang peka dengan pembangunan jiwa dan emosi anak-anaknya.Selamat Hari Guru, Mahaguru!Ayah&Bonda tercinta...
Mendedikasikan sepenuh hati dalam doaku saban waktu, keselamatan dan kesejahteraan guru-guruku bermula saat menjejakkan kaki ke Sekolah Rendah Panglima Awang hinggalah selesai bergraduasi di Bumi Universiti Malaya, melalui peringkat penting di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah. Allah mentakdirkan, bermula dari pendakianku di medan ilmu di sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke universiti aku amat rapat dengan guru-guruku.Malah hingga kini hubunganku dengan mereka masih akrab.Aku masih ke sekolah rendah dan menengah jika berada di kampung.memandang wajah suci mereka yang makin dimamah usia, mengingatkan ana betapa masa begitu pantas berlalu.Mungkin guru-guruku di universiti kurang akrab seharmoni hubunganku dengan guru-guruku disekolah, namun bukan alasan untuk menjauh. Sapaan mesra tetap ada jika bersua.Mereka guruku selamanya.

Dan Hari ini, ramai sahabat ana juga telah bergelar pendidik. Ramau sekali.Tugas murni yang terus dilestarikan. Meneruskan legasi murni tugas mendidik yang bukan mudah.Makin maju sebuah ketamadunan makin besar dan berat tugas seorang pendidik. Kesabaran maha tinggi diperlukan dalam urusan mengurus jiwa manusia. Ana terfikir, bagaimana agaknya kalau Allah takdirkan ana bertugas sebagai guru. Sungguh, guru bukan suatu bidang yang serasi dengan jiwa.Biarpun secara tidak langsung kita mendidik, namun berbeza bila tugas itu disandang secara rasmi. Mengisi permintaan ayahbonda dan adik beradik untuk memohon jawatan sebagai guru dengan hati yang mahu tidak mahu mungkin salah satu sebab kenapa ana tidak terpilih.Allah Maha Mengetahui!
Cuba membayangkan ana bekerjaya sebagai seorang guru. Masih tak mampu untuk membayangkan.Tidak betah rasanya melunaskan tugas murni itu.Medan memberi yang sangat utuh.apalagi membayangkan kondisi pelajar-pelajar hari ini, betapa kerdilnya ana rasakan.Tidak mampu sesabar sahabat2 ana yang dipilih Allah untuk menyandang tugas murni itu.

Sesungguhnya tugas guru bukan mudah. Didampingi sahabat2 yang bergelar guru, ana mendalami pengalaman mereka. Betapa Sabar itu diperlukan dalam segala hal.Ikhlas harus ditunjangkan sedalamnya.Kreatif harus diasah semaksima mungkin. Berdepan dengan anak-anak millenia yang makin genius dan kreatif sedikit sebanyak mencabar kreadibiliti seorang insan bergelar guru.Tanggungjawab mendidik yang sebenarnya bukan hanya terletak dipundak seorang guru, hari ini disalah faham.Tugas guru makin membeban hingga kadang-kadang mengikis ikhlas dan sabar.Tidak hairan mengapa pelajar makin pelik sikapnya, makin aneh bicaranya dan makin biadap gerak langkahnya.Bukan Salah guru 100%.Jadi salah siapa?Ibu bapa?tepuk dada tanya iman. Guru hanyalah insan biasa yang menjalankan amanah sebaiknya. Mereka bukan hanya menjaga anak-anak bangsa, tapi tanggungjawab mereka di luar sekolah juga lebih besar. Mereka juga punya keluarga, punya teman, punya ibu ayah, punya segala tanggungjawab lain yang kita ada.Tugas mereka bukan terhenti selepas loceng sekolah berbunyi.Langkah masih panjang,jadi kelesuan dan keletihan guru mengapa dipertikaikan. Mereka juga insan biasa, penat, lelah dan duka, perkara biasa.
Melepaskan 100% tanggungjawab mendidik anak bangsa kepada guru bukan satu perkara yang bijak.malah mungkin akan mencetak generasi yang makin goyah jiwanya.Logiknya, apa daya seorang guru mengawal 40 murid.sedangkan dalam keluarga yang punya hanya 3 anak sudah pecah kepala. Cukup-cukuplah membebankan guru. Sudah-sudahlah menuding jari menyalahkan guru.Hidup ini satu sinergi.semua harus bersama. sebuah kitaran tidak lengkap jika hanya punya guru dan murid. Dalamnya harus ada ibubapa, pemimpin, ahli agama, dan pihak-pihak lain.Berhenti menyalahkan dan menuding jari, harmonikan rasa, duduk bersama dan lihat apa telah kita buat, bukan apa yang telah kita dapat. Kita tak akan menerima kalau tidak memberi. Dulukan memberi apa yang kita inginkan, insyaAllah, kita akan turut sama menikmatinya.Meminjam kata Prof Dr Muhaya, Hidup bukan duration tapi donation.Indahnya hidup jika semua sedar tangunggjawab sendiri!

Sekian, Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh dunia. Moga jariah kalian memudahkan perjalanan saat meniti titian sirat nanti.Pertemuan kita jika tiada didunia, moga bersua di dunia abadi.Tiada apa yang boleh digunakan untuk membayar pengorbanan kalian.Allah lebih layak memberi balasan.
Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-