Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang untuk semua.Moga ketenangan dan kebahagiaan memimpin hati nurani kita untuk terus mengabdi diri hanya kepada-Nya.Moga kenikmatan iman dan islam akan terus menjadi milik kita hingga saat denyut nadi terhenti.Posting kali ini,ana ingin kongsikan hasil bacaan dalam Buku 'Tuhan Itu Dekat'.Hakikatnya,ramai antara kita yang sering tersalah fikir bilamana hajat kita tidak kesampaian.Allah Memberi dengan pelbagai cara.Kita selalu berfikir apa yang kita inginkan,tapi kita seringkali lupa bahawa Allah Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.Jadi,kita perlu lebih banyak berfikir dengan mendalam apa yang berlaku sepanjang kehidupan ini.Mari hayati tulisan Ust Amaluddin yang ana kira amat bermanfaat untuk peringatan bersama.InsyaAllah.
Doa hamba yang berimana pasti sahaja akan didengar oleh Allah Subhanahu Wataala.Di dalam Al-Quran, Allah telah menjelaskan bahawa Dia amat dekat dengan sekalian hamba-Nya itu.Demikian juga dengan rahmat-Nya.Allah telah memberikan jaminan bahawa Dia akan memakbulkan doa hamba-Nya selama mana mereka tidak pernah jemu berdoa, merayu dan bermunajat kepada-Nya.
Allah berfirman, maksudnya:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahulah kepada mereka):Sesungguhnya Aku(Allah)sentiasa dekat(kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku(dengan mematuhi perintah-Ku),dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk." ~Al-Baqarah 2:186~
Di dalam kitab Tafsir Jamiul-Bayan,pengarangnya Imam At-Tobari ketika menghuraikan ayat di atas telah mengutarakan beberapa riwayat yang memperkatakan tentang sebab-sebab diturunkan ayat ini.Kepelbagaian riwayat ini menunjukkan ayat ini merupakan satu pjawapan kepada pertanyaan mengenai di mana Allah,bilakah masa yang sesuai untuk bedoa?Lalu Allah menurunkan firman-Nya ini untuk memberitahu kepada hamba-hamba-Nya betapa Dia adalah sangat dekat dengan mereka.
Pelbagai Cara Pemakbulan
Hamba yang Mukmin perlu yakin bahawa doa serta hajat mereka yang akan tidak pernah disia-siakan Allah.Mereka tidak jemu berdoa dan meminta kepada Allah yang Maha Luas Kurnia-Nya.Bagaimana mereka boleh jemu berdoa?Bagaimana mereka boleh 'letih' merintih?Bahkan mereka amat takut andai mereka tidak tahu atau tidak rajin berdoa kerana Baginda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam menjelaskan bahawa Allah Subhanahu WaTaala amat marah kepada orang-orang yang tidak mahu berdoa dan meminta kepada-Nya.
Allah memakbulkan doa seseorang hamba itu di dalam beberapa situasi sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Sallallahu'alaihiwasallam.Bilamana kita dapat memahami syarat-syarat ini maka tidak akan berbaki lagi di dalam dada sebarang rasa syak,ragu mahupun tidak sabar (gopoh)saat menanti istijabah(pemakbulan/kemustajaban.
Allah itu Maha Dekat.Doa seseorang mungkin dimakbulkan melalui salh satu daripada tiga cara seperti yang disebutkan oleh Baginda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam dalam Hadis Abi Sa'id al-khudri di bawah:
"Tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengan sesuatu doa yang tidak ada dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan,melainkan Allah akan beri salah satu daripada tiga perkara;sama ada disegerakan untuknya(dimakbulkan di dunia),ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat(diberi balasan baik pada akhirat),ataupun diselamat dia daripada keburukan yang seumpamanya."
Kata al-Imam asy-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin, "Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad,al-Bazzar,Abu Ya'la,kata al-Munziri:Sanadnya Sahih
"Ah,yang penting doa termakbul.Bagaimana cara pemakbulannya,maka ia terpulang dan terserahlah kepada Allah.Apa yang diputuskan Allah tentu sahaja baik untuk hamba-hamba-Nya,"detik hati hamba yang beriman.
Saat Doa Diterima
Khabarnya sesetengah orang soleh 'berupaya' mengesan dan dapat mengetahui saat Allah memustajab dan memakbulkan doa mereka.Subhanallah!Pelik tapi itulah kebenarannya.Thabit al-Bannaniy(seorang tabi'in yg mulia)menukilkan sebuah kisah menarik mengenai seorang abid sezaman dengannya."Sungguh aku dapat mengetahui saat Allah menerima(memustajabkan)doaku,"cerita abid tersebut.
Hadirin yang ada pada waktu itu semuanya berasa pelik dengan kenyataan si abid.
"Hah!Kamu boleh tahu saat mana Allah memustajabkan doa kamu?" tanya sekalian hadirin penuh kehairanan.
"Ya,"jawab si abid ringkas namun sarat dengan keyakinan.
"Bagaimana kamu boleh mengetahuinya?" tanya hadirin lagi dengan penuh minat.
"Bilamana bergetar jantung(hati)ku,menggigil kulit(tubuh)ku,mengalir air mataku,dibukakan nikmat(kelazatan)berdoa padaku,maka saat itu aku tahu(yakin)bahawa sesungguhnya Allah telah memustajab(memakbulkan)doa-doaku,"jawab si abid penuh syukur kepada Allah,Rabb yang Maha Pamakbul segala hajat dan permintaannya.
Demikian kisahnya betapa halusnya pengamatan dan pembacaan insan yang soleh.Ini adalah disebabkan oleh hati mereka yang bersih.Hati yang bersih sentiasa terkesan dan tersentuh dengan tarbiah daripada Allah.
Tanpa pengalaman rohaniah dan rasa-rasa itu,para solihin berasakan doa yang mereka pohonkan macam tidak cukup syarat.Tiada penghayatan dan tiada jiwa.Doa-doa yang tidak disertai 'jiwa'(lalai entah menerawang ke mana)dan tidak diusahakan prasyarat-prasyaratnya,tidak akan diterima Allah.Apakah rasa-rasa dan pengalaman rohani yang dirasai 'abid itu dapat kita kecapi selama ini?
Astaghfirullah!Pengalaman indah tentunya 'amat jauh' sekali untuk dinikmati selagi mana kita berdoa dengan hati yang lalai,tubuh badan yang leka,'Jumudul 'Ain' yakni mata yang kaku,permohonan yang lesu,fikiran yang bercelaru manakala perut pula sentiasa terisi dengan sumber yang haram,syubhah lagi tidak menentu.
Wallahua'lam...