08 Februari 2010

::"KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW"::

(I pray&hope that one day i've chance to go there.insyaAllah)
Mari kita bersungguh-sungguh mengamalkan amanah terakhir Junjungan Nabi SAW ini agar kekal nikmat diakui sebagai umatnya di akhirat kelak.

Khutbah ini disampaikan pada 9 haribulan Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Padang Arafah.

Wahai manusia!
Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan ini. Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini. Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini. Dan sampaikanlah pada orang yang tidak hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia!
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta umat Islam itu amanah yang suci. Kembalikan hak yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah! Kamu pasti menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.
Wahai manusia!
Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri-isterimu, maka mereka juga mempunyai hak ke atas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas diri kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap kepada mereka kerana mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah, mereka tidak boleh sama sekali memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia!
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah. Dirikanlah solat lima waktu sehari semalam. Berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaanmu. kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap orang Islam yang lainnya, kamu adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah! Kamu akan menghadap Allah suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala yang kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah! Agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia!
Tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku ini yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku.
Hendaklah orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya kepada orang lain. Semoga orang yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

***Rindu Rasulullah***

1 ulasan:

mfisma berkata...

Waduh..gambar ini menggamit memori perjalanan haji ku yang lepas..semasa ziarah di makam Rasulullah...memang terbayang akan ucapan khutbah terakhir ini..juga ketika ziarah di Arafah@Jabal Rahmah..

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-