Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam keceriaan dan salam kebahagiaan kepada teman-teman tersayang yang telah genap umurnya. Fara, Nas, Hazirah dan beberapa orang lagi teman-teman yang menyambut ulangtahun serentak semalam(17 Februari 2010). Doa ana moga kalian sentiasa bahagia dan gembira. sentiasa dalam lembayung rahmat-NYa.
Seketika...kepala ana kosong..BLANK! tak pasti nak buat apa..tak tahu nak fikir apa..apa yang ana tahu, diam dan merenung...jauh...jauh...dan jauh....
ana menyedari situasi itu terjadi bila motivasi diri ana jatuh merudum. hilang semangat dan perasaan untuk melakukan apa saja. Lantas ana selami anugerah dari-Nya. mendengar...menghayati..dan memahami...dan ana katakan pada diri. 'Jika aku terus begini, bagaimana mampu aku bantu adik-adikku untuk bermotivasi'. Usai mengisi jiwa dengan nukilan cinta dari-Nya...ana selak satu persatu kata-kata yang mampu memberi ana semangat kembali. menjadi tabiat ana, menyimpan kata-kata semangat kerana ana sedar motivasi diri ana kerap 'down' bila fizikal dan mental berhadapan dengan 'kepenatan'. kepenatan dalam segala hal. ana selak satu persatu 'notebook', tidak cukup dengan itu, 'button' telefon ana tekan, membuka inbox yang penuh dengan kata-kata motivasi. ana bersyukur, Allah anugerahkan ana sahabat-sahabat, adik-adik, dan teman-teman yang sentiasa ada memberi ana kata-kata yang membina jiwa. pada saat seperti ini ana memerlukan semua itu. Alhamdulillah, terima kasih atas kasih sayang-Mu.
ana turut menjejak laman-laman yang ana rasa mampu meningkatkan kembali motivasi diri. ana jelajah Forum kesayangan(MAP), walaupun sekadar 'lalu' tanpa meninggalkan jejak, itu lebih baik kerana ana dapat mengutip pelbagai iktibar lewat permasalahan insan lain yang ana baca. membisik pada diri bahawa bukan ana saja yang sedang berhadapan dengan kekeliruan perasaan, bukan ana saja yang sedang diuji Tuhan. Allahuakbar! melewati laman iluvislam, semangat diri bagai ditiup-tiup, membaca thread yang ada memberi ana 'ibrah betapa ana perlu mensyukuri hidup ini. permasalahan yang datang adalah untuk menguatkan diri. juga satu permintaan ana telah dikabulkan oleh-Nya bilamana ana mengoptimumkan penggunaan akal dan jiwa untuk mencari cara terbaik untuk berhadapan dan menyelesaikan dugaan yang tiba. Subhanallah, sungguh halus dan berseni tarbiyyah-Nya. ingat kata adik kesayangan ana...'sabar itu indah'. Allahuakbar, moga kekuatan akal dan jiwa bersamaku seiring ujian yang tiba.
'Alaa kulli hal, ana masih bersyukur, kerana pada ana bersyukur itu juga salah satu cara untuk memotivasi diri. ana bersyukur ada ibu ayah yang mengambil berat dan memahami ana. ana bersyukur ada adik-beradik yang sentiasa bersama ana. ana bersyukur dengan adanya sahabat dan teman-teman yang tidak jemu mengingatkan diri yang sering alpa... ana bersyukur adanya adik-adik yang ikhlas dan jujur menyayangi ana. ana bersyukur masih punya akal yang sempurna untuk berfikir baik dan buruk. dan ana bersyukur masih punya jiwa dan hati yang masih mampu melihat kelebihan dan kekurangan dalam menilai setiap ujian yang datang. juga ana bersyukur masih punya pancaindera yang masih mampu mendengar, melihat dan berkongsi cerita bagi meringankan beban yang ditanggung. ana masih punya sepasang mata yang mampu mengalir airmata kepada-Nya, kerana dengan lajunya airmata yang mengalir turun itu, ana mengharapkan bersama dengannya pergi semua bebanan masalah yang ada. kerana ana yakin Allah itu Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Menerima dan juga dengan kesempurnaan sifat yang lain, Dia akan memberi ana jalan keluar dari semua kesulitan yang juga datang dari-Nya. kerana semuanya untuk mematangkan ana seiring bertambahnya usia dan dekatnya diri ke arah destinasi yang PASTI. InsyaAllah...
**sekadar meluah rasa. maafkan ana...
2 ulasan:
aduuiii....
sedih bin terharunya ayat...semua ayat-ayat novel ja ni..
bukan ayat novel la adik oiii...
ayat dari hati...hehehe..
Catat Ulasan