Salam'alaik. Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. dalam keterbatasan masa untuk bersenang lenang, kesyukuran dipanjatkan kerana dengan kesibukan yang diberikan mengajar ana untuk lebih menyelami tugas hakiki seorang kaunselor.
Bekerja, berurusan dengan emosi manusia bukan suatu yang mudah. tidak hairan dewasa ini terlalu banyak kes-kes yang melibatkan jenayah sama ada terhadap orang lain atau terhadap diri sendiri. jika dulu amat sukar untuk kita dengar tentang jenayah bunuh, atau pun membunuh diri, namun hari ini tatap saja dimana-mana akhbar, tiada satu perasaan terkejut lagi bila mana membaca tentang kes-kes serius seperti itu. hinggakan ada individu yang mengalami ketakutan dan rasa terancam bila mana berada di luar rumah. begitu juga bila kita berada di rumah sendiri, bukan lagi jaminan bahawa kita akan selamat. mengapa semua ini terjadi???
bukanlah saya melalui latihan professional di penjara atau hospital yang membolehkan saya meneliti kes-kes sebegini dengan lebih terperinci. namun, bermula ditempat di mana kita mendapat pendidikan, sekiranya ada tanda-tanda pengurusan emosi yang tidak kena, maka bukan menjadi suatu yang mustahil pada masa akan datang akan muncul pelbagai lagi corak jenayah yang mengerikan. waliyazubillah minzaalik....
Saban hari mendengar permasalahan manusia, betapa ana menyedari bahawa bukan semua manusia mempunyai nilai, matlamat dan arah hidup yang jelas. dalam usaha memahami sebelum memberi bantuan yang diperlukan kadangkala ana keliru dengan manusia ini. betapa bila emosi mengatasi kesempurnaan akal, bukan lagi ,manusia normal yang kita kenal sebelum ini. melihat kepada manusia yang gagal menggunakan kekuatan akal ini kadangkala juga ana bingung untuk mencadangkan apa yang terbaik. menyingkap kata sahabat lewat keluhan lalu, kaunselor antara individu yang perlu istiqamah beristikharah kerana dia terlibat dalam menetapkan keputusan klien". lantas ana teringat pesanan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah yang menggalakkan kepada setiap individu supaya merutinkan amalan solat sunat Istikharah. Allahu Rabbi. lalu ana terdiam, terimbau keadaan di dalam sesi di mana pernah ana terdiam agak lama dan merenung klien dan tersenyum. kerana saat itu ana hilang semuaya, kata-kata, buah fikiran...seolah-olah otak ana terhenti berfikir. Alhamdulillah dengan teknik dan kemahiran yang ada ana cuba menyusun kata, sementara menilai pandangan sebenar yang patut ana lontarkan yang mampu membangun jiwa, menguatkan pendirian orang lain. ana bimbang andai tersalah cakap, terkhilaf dalam menentukan kata-kata...orang lain akan menanggung akibat dan ana akan dipersalahkan.
ana memegang kepada prinsip 'bahawa setiap manusia itu adalah unik, tiada yang sama antara satu sama lain'. jadi layanan, lontaran nada suara dan juga gaya bahasa sewajarnya kena dengan individu yang kita jumpa. jika mengharapkan orang lain sama dengan kita, belum masanya kita boleh berurusan dengan emosi manusia.
memetik kata-kata lecturer ana, Prof Dr. Suradi Salim... "Doktor memberi ubat untuk mengubati fizikal manusia, namun kaunselor menyediakan ubat untuk emosi manusia. dan ubat itu adalah dengan kata-kata"
dan sekarang ana mula merasai beratnya tugas seorang kaunselor jika benar-benar serius untuk berusaha memahami manusia. dan seharusnya kebergantunagn kita kepada Pencipta insan-insan ini perlu dibina dengan kukuh terlebih dahulu untuk memudahkan kita berurusan dengan makhluk ciptaan-Nya. kerana apa, memahami manusia memerlukan kita menyelami hati mereka, moga dengan tulusnya hubungan kita dengan Pencipta hati-hati itu maka diberi kemudahan untuk berurusan dengan hati-hati mereka.
wallahua'lam..
4 ulasan:
salam..teruskan dengan solat istikharah...moga sentiasa dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan.
wasalam.
jazakallah...
insyaAllah...mudah-mudahan.ameen.
nie baru jumpa bdak2 below than 19..belom keje ngn org besar.huhhuhu..
saya terbaca blog ini...sungguh bagus dan berkesan sekali..semoga Allah bari kekuatan kepada kamu untuk terus menulis dan saya akan terus membaca
terima kasih.moga ada kebaikan untuk semua..insyaAllah
Catat Ulasan