23 Februari 2010

PeRKoNGSiaN PeNDaPaT...


Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam keceriaan untuk semua. Salam Kecintaan di Bulan Rabi'ul Awal, bulan kelahiran insan Agung, Junjungan Mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam. Sahabat-sahabat tersayang yang sedang menjalani Latihan Professional, masa kian singkat..harapnya kita dapat memenuhi tuntutan yang diberikan. InsyaAllah.

Perjalanan ke tempat kerja pagi ini agak 'panas'. Kebiasaan pada setiap hari, perjalanan pergi dan balik kami ditemani dengan radio. namun, topik pagi ini agak menghangatkan suasana pagi yang damai. 'Wanita Kuasai Sektor Awam'-CUEPACS Bimbang Beri Kesan Jangka Panjang Kepada Negara. Hal ini dibangkitkan bilamana melihat kepada pengambilan jawatan baru dalam Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, dimana hampir 3/4 diisi oleh wanita. Memetik kata-kata Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zin, "Trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi ini mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara".

Satu fakta yang dipersetujui bersama, hal ini adalah berkaitan sistem merit yang dijalankan dimana pengambilan melalui sistem komputer telah menyekat keterlibatan kaum lelaki dalam penjawatan memandangkan kelulusan akademik yang terbatas. oleh yang demikian, apakah masih wanita perlu dipersalahkan?

Kenyataan ini dibidas oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyebut bahawa CUEPACS tidak perlu bimbang kerana penglibatan kaum wanita akan memberi kesan positif daripada banyak sudut dan ianya juga merupakan langkah progresif kerajaan untuk mencapai sasaran minimum 30% penglibatan wanita dalam sektor awam.

Jika diteliti punca utama isu timbul adalah kerana kebimbangan sesetengah pihak apabila kerajaan meletakkan wanita sebagai pembuat keputusan. 'Mereka' bimbang atas beberapa faktor, iaitu fitrah wanita yang sedikit beremosi dan bersifat penyayang dikatakan sukar untuk menentukan keputusan. dalam pada itu, peranan wanita sebagai ibu juga menjadi alasan apabila dikatakan keputusan akan tergantung kerana bilamana seseorang wanita bersalin, mereka akan mengambil cuti yang panjang. jadi alasan tersebut diutarakan bagi menjawab persoalan ini.

Di pihak ana yang kecil ini, ana tidak melihat faktor itu sebagai alasan yang kukuh untuk menyekat penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan. Apa yang lebih penting dalam sesebuah sektor pekerjaan, gender tau kelayakan. Memang tidak dinafikan, wanita agak teragak-agak untuk memutuskan sesuatu keputusan, tapi perlu dilihat kepada posisi. sekiranya seseorang wanita sedah ditempatkan di atas, sebagai pemutus apakah masih seseorang itu akan meletakkan emosi di tempat teratas. ana tidak fikir begitu....

Kalau YA, mengapa masih ada kedudukan tinggi yang didominasi oleh kaum wanita. Naib Canselor contohnya, mengapa ada wanita di situ? Ana melihat dari sudur pemahaman dan kesedaran. Andaian boleh dibuat tetapi fakta itu lebih tepat. Jika nak bergantung harap kepada lelaki, berapa ramai lelaki hari ini yang mempunyai daya saing yang tinggi. Bukan merendah-rendahkan sesiapa, kerana tempat lelaki sebagai KETUA itu memang begitu fitrahnya. namun, andainya yang perform bagus, yang punya ikhtisas, kelayakan itu kaum wanita, apakah kita perlu menafikan hak yang patut wanita dapat? Fikir-fikirkan...

3 ulasan:

Zaher berkata...

tak boleh kak syifa....hahaha

PeNaWaR YaNG DiReDHai berkata...

apa yang tak bolehnya...? jangan macam-macam. kita kena hormat hak individu kan.zahir yg bgtau akk.hehehe...

Zaher berkata...

nha btoi2.....eu

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-