Salam ukhwah fillah dan salam kasih sayang...
hari-hari yang berlalu pastinya bukan hanya mencorakkan warna-warna ceria untuk kita.tidak selamanya hari akan cerah..kadangkala mendung itu muncul..dan kadang-kadang pelangi juga mewarnai hidup.semoga kata-kata yang ana posting ini dapat menghindarkan kita dari rasa bersedih dan rasa tertekan kerana cabaran yang mendatang...sebagai peringatan untuk diri sendiri juga...
Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji..
Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia
Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas
Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri
Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa
Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya
Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi
wallahu'alam...
1 ulasan:
=)
Catat Ulasan