Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang.
Ana cukup berbahagia malam ini,dengan kepala yang masih berserabut..ana sudah buat satu keputusan yang tepat untuk hadir mendengar perkongsian daripada Ust Hasrizal mengenai Aku, Dia dan...
Terlalu banyak persoalan yang dirungkai sepanjang ana di dalam majlis ilmu ini. Ini bukan kali pertama ana mendengar tazkirah daripada ust.Hasrizal, namun ana merasakan setiap kali ana mendengar daripada ust Hasrizal,terlalu banyak mutiara ilmu yang dapat dikutip. Ana berimpian untuk menjadi pendakwah seperti beliau, cukup fleksibel dalam usaha untuk turun kepada mad'u yang amat memerlukan pendakwah yang empati terhadap mereka. ana merasakan bidang yang ana pilih sekarang cukup memberi kredit yang besar untuk ana turun kepada mad'u. ana sudah dilandasan yang sepatutnya,namun kenapa kadang-kadang semangat itu luntur dek kata-kata manusia...pandangan sinis dan juga bisikan jahat Syaitan.
Mungkin niat menjalankan gerak kerja dakwah belum jelas. atau seperti yang ana dapat malam ini, bila seseorang da'i itu merasakan dakwah merupakan kewajipan bukannya sesuatu yang natural yang diperlukan oleh setiap orang dalam meneruskan kelangsungan hidup. Bila ust. Hasrizal mengupas perkara pertama mengenai manusia makhluk sinergi, ana sudah merasakan sesuatu yang menarik di situ. perlunya kepada da'i yang berfikiran jelas tentang matlamat dan method yang nak digunakan dalam perkara ini. jika kepentingan kita hendak didahulukan, lupakan niat untuk menjadi da'i.itu kesimpulan ana(maaf andai khilaf)
Paling menarik bilamana dikatakan tanggungjawab menjadi da'i bukan hanya terletak pada seseorang yang hanya mempunyai ilmu, maklumat dan kemahiran. jauh lebih penting adalah bagaimana siap seorang da'i berhadapan dengan orang di sekeliling.kerana apa yang penting menurut kata ust.Hasrizal,"apa yang membekas dalam diri mad'u bila kita sebagai da'i melakukan apa yang kita cakap".itulah yang membekas dalam diri ana.
terlalu banyak perkara yang dikongsikan malam ini, sehingga ana merasakan terlalu pendek masa yang diperuntukkan. ana kira bukan ana sahaja yang merasa begitu.
Ana kira apa yang dapat malam ini bukan saja sebagai motivasi untuk meneruskan keperluan berdakwah, namun ana merasakan apa yang ana dapat sangat membantu untuk ana mengaplikasikannya dalam sesi kaunseling yang ana perlu kendalikan.Seek First To UnderStand...
sebagai akhirnya, ana kongsikan mengapa pendakwahb hari ini perlu berubah untuk lebih dekat dengan masyarakat, kerana masyarakat hari ini sudah banyak berubah berbanding dahulu. jika kita sebagai pendakwah masih di takuk yang sama, ianya tidak lebih hanya kita yang 'perasan bagus',sedangkan masyarakat tidak mendapat apa-apa daripada kewujudan kita sebagai pendakwah.
Dakwah itu Fitrah...suburkanlah.
Wallahua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan