Salam Ukhuwwah dan Salam Kasih Sayang untuk semua...
Emosi masih belum stabil,empangan mata masih tidak mampu teguh menahan airmata. Tanpa kata, tiba-tiba mengalir air jernih..rindu serindunya. Belum 48 jam meninggalkan mereka, hati ini makin sesak mengingatkan semuanya. Mata tak mampu dipejam lama. pasti memori itu datang singgah di fikiran. Perjalanan yang singkat meninggalkan kesan yang begitu mendalam. Pastinya semua ini atas dasar jalinan ukhuwah yang dibina ikhlas tanpa syarat.
Permulaan kepada terjadinya program ini, ana melihat ianya sebagai satu peluang yang dapat memberi satu view baru tentang negara lain kerana ini kali pertama ana berpeluang mempelajari budaya lain. namun hati tidak terlalu menaruh harapan kerana merasakan tidak sepatutnya terlalu mengharap. waktu itu ramai teman-teman lain juga memberi nama. rancangan awal ke China, namun akhirnya ditempatkan di Bandung,Indonesia. Walaupun sedar bahawa berkeperluan untuk memfokuskan kepada usaha untuk mencari kerja, namun ana bulatkan hati untuk terus menanti mengikuti program ini. kerana pada ana peluang tidak akan datang untuk kali kedua.
Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan, dan Allah mengizinkan ana untuk mengikuti rombongan ini. jauh di sudut hati, masih punya rasa kekurangan untuk berdepan dengan pelajar Indonesia yang ana maklumi begitu menguasai bidang kaunseling ini. Sambutan yang kami terima seawal menjejakkan kaki di lapangan terbang Bandara sehinggalah hari akhir semalam sedikit pun tidak berkurang. malah makin bertambah...
Pengisian program yang sangat padat dengan kepelbagaian corak begitu memberi manfaat yang besar. bermula daripada pembelajaran formal, hinggalah pembelajaran daripada alam dan manusia, semuanya memberi ilmu yang tiada batasnya. mulanya terasa lelah, namun semakin hari makin terbiasa dengan jadual program ini.tiada hari tanpa bersama teman dari Malaysia dan juga Indonesia. Semuanya bagai satu keluarga..
Peserta daripada Universiti Pendidikan Indonesia yang semuanya sebaya dengan adik ana, membuatkan kami semakin erat. dipanggil pula kakak lagi rasa bahagia..belum seminggu bersama, kami sudah seperti lama kenal. Dalam landasan yang sama menjadikan kami lebih mudah untuk memahami satu sama lain. lagi pula, penggunaan bahasa dan budaya yang hampir sama membuatkan semuanya mudah.Alhamdulillah..
bermula aktiviti di kelas hinggalah ke tempat shoping, semuanya ditemani. Sungguh mereka sangat memuliakan kami. Sangat terharu!Kawah putih, situpatengan, Maribaya,tangkuban perahu, dago pakar juga tempat lain yang menjadi destinasi wisata menjadi saksi eratnya hubungan kami. Keindahan dan keajaiban ciptaan Tuhan menjadikan kami lebih menghargai apa yang kami ada. Kesempatan untuk mempelajari angklung juga merupakan moment terindah dalam program ini. Hingga adanya kelas untuk kami mempelajari angklung. Sangat Menarik!
Kesempatan untuk mengunjungi tempat perlindungan(juvana) dan juga tempat pemulihan Dadah sangat memberi makna yang besar, kerana peluang ini tidak ana perolehi di Malaysia. dapat berkongsi cerita dengan mereka menjadikan diri makin bersyukur. Tidak semua yang berlaku dalam hidup ini atas kehendak kita, tapi kita mampu untuk memilih.
Terlalu banyak yang berlaku dalam tempah 26 hari perjalanan ini. kebaikan dan sikap sporting Dosen2nya(lecturer) sangat menyentuh hati. Bapak-bapak dan Ibu-ibu, diri ini bahagia dapat bersama kalian. Adik-adikku tersayang, Dodi,Nadia Aulia,Lingga, Ratih,Feby,Uly,Eem,Coco,Emon,Caesar,Baim,Via,Pitri,Isman, O'os, Devi, Nandha, MJ, Aci, Ubet, Aboy, dan beberapa adik2 yang juga turut sama bersama sepanjang program, atur Nuhun! Sebahagian hati kakak masih bersama kalian,jadi kita tetap dekat ya!
Allah sahaja yang dapat memberi ganjaran atas kebaikan kalian. Kakak hanya mampu memberi kasih dan sayang untuk kalian.
Ana akui, program ini bukan sekadar mengeratkan hubungan yang baru dibina, namun juga telah merapatkan hubungan sesama teman Malaysia yang selama ini hanya kenal begitu sahaja. dalam perjalanan ini, kami makin saling memahami, makin erat hubungan antara satu sama lain. saling memberi semangat dan motivasi, semuanya atas kuasa dari-Nya. Fara, Suzi,Diana,Nas,Ira,Ain,Nadrah,Aida,Chloe,Alyn,Mei Fong, Bhavani, Rani, Fikri, Fredy dan Syam..terima kasih atas segalanya. Kamu semua amat baik untuk diri ini. Tak terbalas semuanya..Kalian selamanya akan terus berada dalam hati ini. Luv u all so much!
Memetik kata2 Alyn, tempoh sebulan ini lebih bermakna dari 4 tahun bersama...BENAR!
Ya Allah, Hatiku ini kecil, namun semua insan yang aku sayang punya tempat dihati ini, izinkanlah kami untuk saling menyayangi. Dan aku akan terus menyayangi mereka walaupun pada suatu saat nanti aku tak punya tempat lagi dihati mereka. Ya Rahman, lindungi kami dan eratkan hati-hati kami selagi mana kami benar dijalan-Mu.
**Terima kasih atas segalanya.Harap tiada yang berkecil hati. Tak mampu lagi untuk terus menulis kerana airmata ini tak dapat lagi nak dibendung. Tak bisa merakam semuanya, tapi semuanya akan terus tersemat kemas dihati ini.Maaf atas segalanya..terima kasih atas semuanya..
Lots of Loves...
Hidup Tidak Seperti Dulu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan