Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. dalam bengkak mata menangis meraikan malam terakhir bersama Saudara di Universiti Pendidikan Indonesia, hati masih tega untuk menulis. terlalu lama tidak menulis, masa yang ada amat bernilai dan padat sekali aktivitinya sehingga kurang punya waktu untuk mengeksperasikan rasa.
Jika pada pertengahan bulan lalu semasa mula-mula sampai ke bumi Bandung, terasa seakan putaran waktu terlalu lambat bergerak. ingin rasanya memutar roda waktu agar masa kian singkat. Namun bila hari ini tiba, cepat pula rasanya. sudah namanya manusia, jarang sekali bersyukur apatah lagi redha dengan ketentuan. redha meniti di bibir namun jauh di sudut hati berkecamuk pelbagai rasa yang mencalar nilai redha.Astaghfirullah..
Setiap sesuatu pasti akan ada akhirnya, kerana hakikat penciptaan makhluk memang begitu.kerana Allah itu mahu mendidik manusia sifat sabar dan tenang serta mengurniakan hati yang saling berkasih sayang dengan rasa rindu.
Bukan tidak betah menghadapi perpisahan, tahun ini sahaja sudah beberapa kali diri ini menghadapi perpisahan besar. yang mengundang airmata yang bukan sedikit, yang merobek rasa bukan secubit. namun, sebagai makhluk apa daya kita untuk melawan takdir. syukur juga patut dipanjatkan kerana Allah masih memberi ruang waktu untuk saling mengenali dalam corak budaya berbeza. Allah menyatukan hati dan jiwa walau dalam idealogi yang berbeza. dan Allah memberikan perpisahan ini untuk mengukuhkan lagi hubungan ini. mengeratkan lagi kasih sayang, menyemarakkan rindu yang pasti bertandang.
Melewati waktu-waktu terakhir, hati dipagut rasa sayu. betapa selama ini, terlalu banyak ilmu dan 'ibrah yang telah dikutip. baik secara langsung mahupun tidak langsung. dalam dua budaya yang berbeza, ana melihat baik buruknya, lebih dan kurangnya. Ada yang patut dijadikan teladan, tak kurang juga banyak yang perlu dijadikan sempadan.
Dalam ruang waktu yang terbatas, ana sempat menebak rasa insan-insan yang telah banyak berkorban untuk ana dan teman-teman sepanjang berada di bumi Siliwangi ini. Allahuakbar, betapa kasih sayang tidak bersyarat itu menghadiahkan kebahagiaan yang bukan sedikit.Alhamdulillah..
teruja untuk berkongsi pengalaman, namun untuk kali ini cukuplah disini. urusan masih ada untuk diselesaikan. dini ini, mata masih ana paksa untuk menyiapkan proses packing. bimbang terlebih muatan kalau tak rapi mengemas.memaksimumkan apa yang ada. Moga bumi UPI ini akan ana jejaki lagi suatu hari nanti.insyaAllah.
Salam Sayang..
Last Day di Bandung
09.07.2010
02.36pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan