Salam ukhuwah dan salam kasih sayang...
Dalam kelesuan ana cuba untuk mengukir segaris senyuman. Walau pada saat tak mampu lagi mengangkat wajah, ana masih cuba mengangguk lemah. Ya Allah, nikmat kesihatan yang Kau ambil seketika ini bukan untuk melemahkan aku.
Cuba mencari hikmah disebalik semua yang berlaku. ana menyelak kembali helaian novel 'Negeri 5 Menara'..lantas mata tertancap pada syair Imam Syafii yang berbunyi: Orang yang Pandai&Beradab Tidak Akan Diam Di Kampung HalamanTinggalkan Negerimu dan Merantaulah Ke Negeri OrangMerantaulah, Kau Akan Dapatkan Pengganti Dari Kerabat dan KawanBerlelah-...lelahlah, Manisnya Hidup Terasa Setelah Lelah Berjuang...
Lantas ana hubungi bonda, belum berkesempatan bertemu kerana terlalu banyak agenda lain yang menuntut perhatian. Rasa bersalah menjalar di setiap ruang. Dihujung talian, ana menangis sendu, ana zahirkan kelelahan ana selepas apa yang berlaku. bonda menyambut dengan kata-kata sabar dan mengingatkan ana kembali bahawa ini jalan yang ana pilih. Benar bicara bonda..
Ana menyambung tangis lantas mengadu lelah ini kepada-Nya. ana ikhlas melakukan semua ini, jadikan terbangkanlah rasa ini dan gantikan dengan semangat baru!
Masa untuk bersama keluarga makin terbatas, dan kini ana memahami hakikat mereka yang tidak dapat menyumbang idea dan tenaga saat amat diperlukan. Bukan tidak mahu namun keadaan tidak mengizinkan.
Ana teruskan pembacaan lewat kesedihan dan kelelahan itu pergi. ternyata novel ini membawa ana kembali ke bumi Bandung. Saat diceritakan perjalanan Alif melawat kota Bandung dalam rangka liburan, maka tersebutlah tempat-tempat yang menjadi destinasi wisata tempoh hari. Dan rasa rindu itu mengundang airmata lagi. terlalu cengeng akhir-akhir ini!!!
Ana menjadi bermotivasi saat membaca novel ini, ana melihat betapa Indonesia mendukung bidang akademik yang seiring dengan perkembangan sahsiah dan bakat serta kebolehan setiap anak didik. Jika dulu, ana tertanya-tanya apa benar suasana begitu terjadi dalam sistem persekolahan di sana, namun daripada pemerhatian sepanjang berada di sana, ana mengangguk setuju. ana melihat kecintaan menuntut ilmu dalam anak mata tiap anak Indonesia yang tekad mengubah kehidupan mereka. dan suasana itu bukan hanya kelihatan di UPI tapi juga di panti Asuhan yang menjadi tempat persinggahan kami selama 2 hari.
Hampir selesai membaca novel ini, makin teruja untuk menghabiskannya kerana ada novel lain yang menggamit ana untuk menatap dan mengambil isi daripadanya. Kalimah yang ditekankan dalam novel ini iaitu ' Man Jadda Wajada' ternyata mengingatkan ana kembali saat persekolahan dulu, dan sebenarnya hingga kini dan juga sampai bila-bila sifirnya tetap sama..Sesiapa yang bersungguh-sungguh, akan berjaya..
Kerana apa ana highlihtkan Posting kali ini dengan judul Allah Sayang Padaku..Ya, tidak lain tidak kerna melalui pembacaan ini, kesedihan dan kelelahan ana terubat. Allah telah mengenalkan aku dengan sahabta yang baik yang membantu aku mencari sumber terbaik untuk berhadapan dengan mehnah kehidupan. Syukur Ya Allah...
Hidup Perlu Semangat!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan