25 Februari 2010

::BeBaSKaN DiRi DaRiPaDa TeKaNaN::


Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Di penghujung Februari ini, pelbagai perasaan tiba silih berganti. Salam ketenangan buat teman-teman yang sedang mengalami keresahan..
Ingin ana kongsikan sebuah artikel berkaitan 'STRESS', kerana ana pasti ketika ini pasti ada yang sedang dalam keadaan stress, termasuk ana sendiri. sebagai peringatan untuk diri dan juga perkongsian dengan orang lain.

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.
Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak.
Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.
Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.
Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.
Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.
Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.
Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.
Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.
Di bawah terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.
Senyum
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.
Bersendirian
Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.
Peluk sesuatu
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
Lavender
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.
Kasih sayang
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.
Allah
Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.
Ceria
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.


**dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia(23 Februari 2010)

23 Februari 2010

PeRKoNGSiaN PeNDaPaT...


Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam keceriaan untuk semua. Salam Kecintaan di Bulan Rabi'ul Awal, bulan kelahiran insan Agung, Junjungan Mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam. Sahabat-sahabat tersayang yang sedang menjalani Latihan Professional, masa kian singkat..harapnya kita dapat memenuhi tuntutan yang diberikan. InsyaAllah.

Perjalanan ke tempat kerja pagi ini agak 'panas'. Kebiasaan pada setiap hari, perjalanan pergi dan balik kami ditemani dengan radio. namun, topik pagi ini agak menghangatkan suasana pagi yang damai. 'Wanita Kuasai Sektor Awam'-CUEPACS Bimbang Beri Kesan Jangka Panjang Kepada Negara. Hal ini dibangkitkan bilamana melihat kepada pengambilan jawatan baru dalam Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, dimana hampir 3/4 diisi oleh wanita. Memetik kata-kata Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zin, "Trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi ini mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara".

Satu fakta yang dipersetujui bersama, hal ini adalah berkaitan sistem merit yang dijalankan dimana pengambilan melalui sistem komputer telah menyekat keterlibatan kaum lelaki dalam penjawatan memandangkan kelulusan akademik yang terbatas. oleh yang demikian, apakah masih wanita perlu dipersalahkan?

Kenyataan ini dibidas oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyebut bahawa CUEPACS tidak perlu bimbang kerana penglibatan kaum wanita akan memberi kesan positif daripada banyak sudut dan ianya juga merupakan langkah progresif kerajaan untuk mencapai sasaran minimum 30% penglibatan wanita dalam sektor awam.

Jika diteliti punca utama isu timbul adalah kerana kebimbangan sesetengah pihak apabila kerajaan meletakkan wanita sebagai pembuat keputusan. 'Mereka' bimbang atas beberapa faktor, iaitu fitrah wanita yang sedikit beremosi dan bersifat penyayang dikatakan sukar untuk menentukan keputusan. dalam pada itu, peranan wanita sebagai ibu juga menjadi alasan apabila dikatakan keputusan akan tergantung kerana bilamana seseorang wanita bersalin, mereka akan mengambil cuti yang panjang. jadi alasan tersebut diutarakan bagi menjawab persoalan ini.

Di pihak ana yang kecil ini, ana tidak melihat faktor itu sebagai alasan yang kukuh untuk menyekat penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan. Apa yang lebih penting dalam sesebuah sektor pekerjaan, gender tau kelayakan. Memang tidak dinafikan, wanita agak teragak-agak untuk memutuskan sesuatu keputusan, tapi perlu dilihat kepada posisi. sekiranya seseorang wanita sedah ditempatkan di atas, sebagai pemutus apakah masih seseorang itu akan meletakkan emosi di tempat teratas. ana tidak fikir begitu....

Kalau YA, mengapa masih ada kedudukan tinggi yang didominasi oleh kaum wanita. Naib Canselor contohnya, mengapa ada wanita di situ? Ana melihat dari sudur pemahaman dan kesedaran. Andaian boleh dibuat tetapi fakta itu lebih tepat. Jika nak bergantung harap kepada lelaki, berapa ramai lelaki hari ini yang mempunyai daya saing yang tinggi. Bukan merendah-rendahkan sesiapa, kerana tempat lelaki sebagai KETUA itu memang begitu fitrahnya. namun, andainya yang perform bagus, yang punya ikhtisas, kelayakan itu kaum wanita, apakah kita perlu menafikan hak yang patut wanita dapat? Fikir-fikirkan...

18 Februari 2010

::MeMoTiVaSiKaN DiRi::

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam keceriaan dan salam kebahagiaan kepada teman-teman tersayang yang telah genap umurnya. Fara, Nas, Hazirah dan beberapa orang lagi teman-teman yang menyambut ulangtahun serentak semalam(17 Februari 2010). Doa ana moga kalian sentiasa bahagia dan gembira. sentiasa dalam lembayung rahmat-NYa.
Seketika...kepala ana kosong..BLANK! tak pasti nak buat apa..tak tahu nak fikir apa..apa yang ana tahu, diam dan merenung...jauh...jauh...dan jauh....
ana menyedari situasi itu terjadi bila motivasi diri ana jatuh merudum. hilang semangat dan perasaan untuk melakukan apa saja. Lantas ana selami anugerah dari-Nya. mendengar...menghayati..dan memahami...dan ana katakan pada diri. 'Jika aku terus begini, bagaimana mampu aku bantu adik-adikku untuk bermotivasi'. Usai mengisi jiwa dengan nukilan cinta dari-Nya...ana selak satu persatu kata-kata yang mampu memberi ana semangat kembali. menjadi tabiat ana, menyimpan kata-kata semangat kerana ana sedar motivasi diri ana kerap 'down' bila fizikal dan mental berhadapan dengan 'kepenatan'. kepenatan dalam segala hal. ana selak satu persatu 'notebook', tidak cukup dengan itu, 'button' telefon ana tekan, membuka inbox yang penuh dengan kata-kata motivasi. ana bersyukur, Allah anugerahkan ana sahabat-sahabat, adik-adik, dan teman-teman yang sentiasa ada memberi ana kata-kata yang membina jiwa. pada saat seperti ini ana memerlukan semua itu. Alhamdulillah, terima kasih atas kasih sayang-Mu.
ana turut menjejak laman-laman yang ana rasa mampu meningkatkan kembali motivasi diri. ana jelajah Forum kesayangan(MAP), walaupun sekadar 'lalu' tanpa meninggalkan jejak, itu lebih baik kerana ana dapat mengutip pelbagai iktibar lewat permasalahan insan lain yang ana baca. membisik pada diri bahawa bukan ana saja yang sedang berhadapan dengan kekeliruan perasaan, bukan ana saja yang sedang diuji Tuhan. Allahuakbar! melewati laman iluvislam, semangat diri bagai ditiup-tiup, membaca thread yang ada memberi ana 'ibrah betapa ana perlu mensyukuri hidup ini. permasalahan yang datang adalah untuk menguatkan diri. juga satu permintaan ana telah dikabulkan oleh-Nya bilamana ana mengoptimumkan penggunaan akal dan jiwa untuk mencari cara terbaik untuk berhadapan dan menyelesaikan dugaan yang tiba. Subhanallah, sungguh halus dan berseni tarbiyyah-Nya. ingat kata adik kesayangan ana...'sabar itu indah'. Allahuakbar, moga kekuatan akal dan jiwa bersamaku seiring ujian yang tiba.
'Alaa kulli hal, ana masih bersyukur, kerana pada ana bersyukur itu juga salah satu cara untuk memotivasi diri. ana bersyukur ada ibu ayah yang mengambil berat dan memahami ana. ana bersyukur ada adik-beradik yang sentiasa bersama ana. ana bersyukur dengan adanya sahabat dan teman-teman yang tidak jemu mengingatkan diri yang sering alpa... ana bersyukur adanya adik-adik yang ikhlas dan jujur menyayangi ana. ana bersyukur masih punya akal yang sempurna untuk berfikir baik dan buruk. dan ana bersyukur masih punya jiwa dan hati yang masih mampu melihat kelebihan dan kekurangan dalam menilai setiap ujian yang datang. juga ana bersyukur masih punya pancaindera yang masih mampu mendengar, melihat dan berkongsi cerita bagi meringankan beban yang ditanggung. ana masih punya sepasang mata yang mampu mengalir airmata kepada-Nya, kerana dengan lajunya airmata yang mengalir turun itu, ana mengharapkan bersama dengannya pergi semua bebanan masalah yang ada. kerana ana yakin Allah itu Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Menerima dan juga dengan kesempurnaan sifat yang lain, Dia akan memberi ana jalan keluar dari semua kesulitan yang juga datang dari-Nya. kerana semuanya untuk mematangkan ana seiring bertambahnya usia dan dekatnya diri ke arah destinasi yang PASTI. InsyaAllah...

**sekadar meluah rasa. maafkan ana...

15 Februari 2010

RiNDu:. SaYaNG kaMu (,")

Salam'alaik.salam ukhuwwah Fillah. salam kasih sayang penuh keceriaan. Dalam 'happy mood' bersama keluarga tercinta. walaupun tak lama, at least hilang rindu yang bersarang di lubuk hati.
actually, dedikasi ini khas untuk adik kesayangan ana. Semalam(14 Februari 2010) genap la umurnya 22 tahun. sekejap jer, da makin dewasa adikku.hehehehee. memandangkan semua bercuti dan balik kampung(kecuali abang E), so semuanya berkumpul rumah abang Nan semalam. kata Bonda nak raikan Birthday adik. macam biasa tugas masak memasak kerja kak Yantie, kata Bonda nazar nak makan kambing. so, tertunai la sudah hajat tue. Bonda siap minta belikan kek, tapi memandangkan cuti tahun baru cina, tak ada kedai kek yang dibuka. hurmmm..makan kerepek jer la.hehehhe..
Dalam kegembiraan berkumpul, ada rasa tak puas hati dengan adik ana nie. tapi dimaafkan, kerana kami semua tahu dia letih mendaki Gunung Sinai. so, adik nanti jangan lupa telefon.
menghabiskan sepanjang malam untuk bercerita itu dan ini. jam 12.30 malam jugak la sampai ke rumah. dan hari nie mencuri waktu untuk keluar sebelum menyertai family untuk trip seterusnya. hehehehe...macam melancong la pulak. tapi itu la aktiviti bila pulang ke kampung. memanfaatkan sebaiknya cuti yang ada...esok pulang semula memikirkan soal kerja. moga percutian yang sebentar ini memberi momentum yang lebih jitu dalam meneruskan praktikal.insyaAllah.
Lastly, Adik...Happy Belated Birthday. moga terus sihat iman dan fizikal. tercapai impian dan cita-cita. moga terus menjadi anak yang soleh.. best of care!

10 Februari 2010

aNDaiNYa....

Andainya diam itu
terbaik untukku
mengapa pula perlu
untuk aku bersuara
Jika memendam rasa itu
memberi rasa bahagia
apakah masih
perlu aku berterus terang
Andai jauh
lebih memberi makna
tiada alasan untuk
aku mendekat
Jika hati redha menerima
mengapa masih bibir
mengungkap rasa
Tuhan..
Hati kecilku tak mampu lagi
menanggung duga
namun bibirku lebih berat
meluahkan segala
ku zikirkan Asma' Mu
dalam alun tangisku
moga setiap kekuatan
dalam Agung kalimat itu
meresap ke dalam sanubariku
Ya Muhaimin..
Tidak Kau berikan mehnah
andai aku lemah melatarinya
ku sedari
jiwaku harus lapang
hatiku mesti terbuka, dan
akalku sewajarnya bijak
mengutip permata hikmah
lewat tiap ujian-Mu
Ampunkan aku Ya Rahman
ku rayu dalam doaku
moga bersama tribulasi itu
bersama dengannya
kekuatan dari-Mu untuk aku
mendepaninya...
ameen..ameen..ameen...

08 Februari 2010

::"KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW"::

(I pray&hope that one day i've chance to go there.insyaAllah)
Mari kita bersungguh-sungguh mengamalkan amanah terakhir Junjungan Nabi SAW ini agar kekal nikmat diakui sebagai umatnya di akhirat kelak.

Khutbah ini disampaikan pada 9 haribulan Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Padang Arafah.

Wahai manusia!
Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan ini. Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini. Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini. Dan sampaikanlah pada orang yang tidak hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia!
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta umat Islam itu amanah yang suci. Kembalikan hak yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah! Kamu pasti menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.
Wahai manusia!
Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri-isterimu, maka mereka juga mempunyai hak ke atas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas diri kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap kepada mereka kerana mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah, mereka tidak boleh sama sekali memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia!
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah. Dirikanlah solat lima waktu sehari semalam. Berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaanmu. kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap orang Islam yang lainnya, kamu adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah! Kamu akan menghadap Allah suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala yang kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah! Agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia!
Tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku ini yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku.
Hendaklah orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya kepada orang lain. Semoga orang yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

***Rindu Rasulullah***

02 Februari 2010

:BeRuSaHa MeMaHaMi MaNuSia:

Salam'alaik. Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. dalam keterbatasan masa untuk bersenang lenang, kesyukuran dipanjatkan kerana dengan kesibukan yang diberikan mengajar ana untuk lebih menyelami tugas hakiki seorang kaunselor.
Bekerja, berurusan dengan emosi manusia bukan suatu yang mudah. tidak hairan dewasa ini terlalu banyak kes-kes yang melibatkan jenayah sama ada terhadap orang lain atau terhadap diri sendiri. jika dulu amat sukar untuk kita dengar tentang jenayah bunuh, atau pun membunuh diri, namun hari ini tatap saja dimana-mana akhbar, tiada satu perasaan terkejut lagi bila mana membaca tentang kes-kes serius seperti itu. hinggakan ada individu yang mengalami ketakutan dan rasa terancam bila mana berada di luar rumah. begitu juga bila kita berada di rumah sendiri, bukan lagi jaminan bahawa kita akan selamat. mengapa semua ini terjadi???
bukanlah saya melalui latihan professional di penjara atau hospital yang membolehkan saya meneliti kes-kes sebegini dengan lebih terperinci. namun, bermula ditempat di mana kita mendapat pendidikan, sekiranya ada tanda-tanda pengurusan emosi yang tidak kena, maka bukan menjadi suatu yang mustahil pada masa akan datang akan muncul pelbagai lagi corak jenayah yang mengerikan. waliyazubillah minzaalik....
Saban hari mendengar permasalahan manusia, betapa ana menyedari bahawa bukan semua manusia mempunyai nilai, matlamat dan arah hidup yang jelas. dalam usaha memahami sebelum memberi bantuan yang diperlukan kadangkala ana keliru dengan manusia ini. betapa bila emosi mengatasi kesempurnaan akal, bukan lagi ,manusia normal yang kita kenal sebelum ini. melihat kepada manusia yang gagal menggunakan kekuatan akal ini kadangkala juga ana bingung untuk mencadangkan apa yang terbaik. menyingkap kata sahabat lewat keluhan lalu, kaunselor antara individu yang perlu istiqamah beristikharah kerana dia terlibat dalam menetapkan keputusan klien". lantas ana teringat pesanan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah yang menggalakkan kepada setiap individu supaya merutinkan amalan solat sunat Istikharah. Allahu Rabbi. lalu ana terdiam, terimbau keadaan di dalam sesi di mana pernah ana terdiam agak lama dan merenung klien dan tersenyum. kerana saat itu ana hilang semuaya, kata-kata, buah fikiran...seolah-olah otak ana terhenti berfikir. Alhamdulillah dengan teknik dan kemahiran yang ada ana cuba menyusun kata, sementara menilai pandangan sebenar yang patut ana lontarkan yang mampu membangun jiwa, menguatkan pendirian orang lain. ana bimbang andai tersalah cakap, terkhilaf dalam menentukan kata-kata...orang lain akan menanggung akibat dan ana akan dipersalahkan.
ana memegang kepada prinsip 'bahawa setiap manusia itu adalah unik, tiada yang sama antara satu sama lain'. jadi layanan, lontaran nada suara dan juga gaya bahasa sewajarnya kena dengan individu yang kita jumpa. jika mengharapkan orang lain sama dengan kita, belum masanya kita boleh berurusan dengan emosi manusia.
memetik kata-kata lecturer ana, Prof Dr. Suradi Salim... "Doktor memberi ubat untuk mengubati fizikal manusia, namun kaunselor menyediakan ubat untuk emosi manusia. dan ubat itu adalah dengan kata-kata"
dan sekarang ana mula merasai beratnya tugas seorang kaunselor jika benar-benar serius untuk berusaha memahami manusia. dan seharusnya kebergantunagn kita kepada Pencipta insan-insan ini perlu dibina dengan kukuh terlebih dahulu untuk memudahkan kita berurusan dengan makhluk ciptaan-Nya. kerana apa, memahami manusia memerlukan kita menyelami hati mereka, moga dengan tulusnya hubungan kita dengan Pencipta hati-hati itu maka diberi kemudahan untuk berurusan dengan hati-hati mereka.
wallahua'lam..
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-