Hari ini ana agak beremosi...mgkin terkejut dengan pemergian ustaz Asri dari kumpulan Rabbani ditambah pula bila menjadi mangsa melepaskan geram. ana tak bersalah.huhuhu...
lama tak bertemu Aiman, tadi bila bersapa dengannya, dia membawa berita duka, dia semalaman tiada di UM.Dia bersama rakan2 yang terlibat dengan KOnsert di Stadium Melawati 1 Ogos lalu melawat arwah Ust ASri.terkaku ana saat itu, hampir 5 kali ana mengulang tnya..betul ker?Aiman bersungguh2 meyakinkan ana...
ana terus ke pekan buku, menyelak helaian akhbar..ya! mmg benar..ana dapat melihat detik2 arwah ust Asri rebah. Allahuakbar! ana tak pasti perasaan ana saat itu. sedihkh ana? kenapa?
mungkin ana terlalu emosi, namun jujurnya ana mengangumi ust Asri. cukuplah itu alasannya.
ana menyelak halaman akhbar sinar dan membaca tulisan Sri Diah. kematian itu datang kita tidak tahu masanya. jika ianya datang saat kita bersedia, insyaAllah selamat. namun adakah kita pasti bila masanya kematian itu akan menjemput kita. ramai manusia hari ini dengan sombongnya melakukan kemaksiatan. alasannya, muda lagi..tua esok..taubat la..
kalau sempat...Ust Asri baru saja menyambut ulangtahunnya yang ke 40. Life's begin at 40...namun utk Ust Asri, kesudahan hidupnya di usia semuda ini. tahukah dia, bhawa kematian akan menjemputnya saat dia tidak bersama anak2 dan isteri ataupun ibu kesayangannya...Tidak..tak siapa pun tahu, jadi mengapa terlalu angkuh menongkat langit. apatah lagi kebelakangan ini kita sering menerima berita kematian mengejut baik tanpa apa2
penyakit mahupun kerana wabak yang kian menular saat ini. kematian itu semakin menghampiri bilamana kita membuka mata utk melalui hari yang baru. mati itu PASTI..hidup InsyaAllah. Bersediakah kita menghadapi sebuah hakikat kematian ataupun hakikat kehilangan kerana apa yang kita ada bukan milik kita selamanya...
Salam Takziah utk keluarga ust Asri.Moga Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepada kalian untuk menerima ketentuan ini. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh.ameen...
Syurga Selalu Bersamaku
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatuuntuk meraih syurga akhirat.
Aku yakin bahawa syurga akhirattidak akan pernah dapat aku raihkecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.
Maka rumah dan keluargakuadalah syurga dunia paling indah buatkuTempat kerja syurga dunia hariankuTetangga, masyarakat dan bangsaadalah syurga duniaku yang lebih luas.
Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku….
~ Ustaz Asri~
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatuuntuk meraih syurga akhirat.
Aku yakin bahawa syurga akhirattidak akan pernah dapat aku raihkecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.
Maka rumah dan keluargakuadalah syurga dunia paling indah buatkuTempat kerja syurga dunia hariankuTetangga, masyarakat dan bangsaadalah syurga duniaku yang lebih luas.
Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku….
~ Ustaz Asri~
1 ulasan:
salam
Dari Allah kita datang,lepadanya kita kembali.Alfatihah untul allahyarham
Catat Ulasan