24 April 2009

HaTiKu BeRBiCaRa...


Bicara soal hati
pasti 1001 perasaan
yang mendatangi...
tak siapa mampu
menjangka...
bilamana bahagia bertandang
apakah
airmata akan menghilang?
namun
hidup bukan begitu...
tawa dan tangis
sering beriringan...
walang hati
mengundang resah berpanjangan
walau riak wajah
nampak bahagia
namun,
hati sengsara hanya
Allah sahaja mengetahui...
bilamana hati disakiti
pada saat
bahagia didepan mata..
apakah mampu
hati melawan rasa marah dan
benci...
bila terlalu sayang
mampukah hati
mengiakan duka
yang mengundang airmata...kadangkala
terpaksa berhelah
menutup rasa kecewa..
bibir merekah
mengukir seulas senyum
namun hati merintih...
hanya Tuhan yang tahu...
Aduhai hati...
maafkan pemilikmu ini...
tak mampu kuturut amarahmu
kerana kasih sayang lebih
dari amarah itu...
Hanya pada Tuhan
kusandar harapan..kerana
aku tahu bila hati ini..
kuserahkan kepada-Nya
aku tidak akan
dikecewakan lagi...
Ya Allah..
Pemilik segala hati...
teguhkan ikatan hati kami
andai takdir-Mu
kami terpisah...biarlah tiada
dendam di hati
berikan kekuatan agar kami
redha
dengan ketentuan-Mu ini...
Biar hati kami terus
disimbah ketenangan...
kerana ku tahu...
walau menggunung sayangku
aku masih tidak
mampu
memiliki hati-hati
mereka
tanpa izin-Mu...
Ya Rahman Ya Rahim...
berikan daku
keteguhan hati...tatkala
perlu memilih
disakiti atau
menyakiti...
kerana pilihanku pasti disakiti
tanpa rela namun
adalah lebih baik
daripada menyakiti
yang lebih buatku
derita
Duhai hati...
bersabarlah kerana hidup ini
terlalu singkat untuk
membenci...
Duhai mata...
aku bersaksi bahawa
airmata yang kutitiskan
bukan sia-sia
kerana
airmata itulah
yang menghapuskan
coretan amarah, lukisan duka
di hati...

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-