12 April 2009

aKHiRNya...YaNG LaMa BeRLaLu,YaNG BaRu BeRGaNTi..

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang..
Alhamdulillah...akhirnya hari ini tiba jua..hari yang memberi peluang kepada muka-muka baru untuk menggantikan kami, yang perlu melepaskan jawatan setelah satu sesi memimpin PERMADAH UM. pengalaman yang diperoleh bukan sedikit,pasti akan menjadi satu perkara berharga dalam hidup ana. semua kenangan indah pasti terakam kemas dalam kotak memori...mungkin ana tak akan dapat pengalaman seindah ini ditempat lain.ana kira saat ini sahabat pimpinan yang lain juga sedang menarik nikmat lega,namun tidak bagi yang berada di tahun akhir, sedang bertungkus lumus menyiapakan paper projek, thesis dan sebagainya.Semoga Allah memberkati dan memberi kemudahan kepada kalian.ameen...
kepada pimpinan yang baru naik, ana kira saat ini sudah berselirat dalam minda adik-adik semua apa yang akan dilakukan bagi menggerakkan PERMADAH sesi depan.apalagi selepas diasak oleh ahli dan juga mantan pimpinan siang tadi...tahniah dan takziah kepada adik-adik semua.Allah takdirkan adik-adik berada ditempat sekarang kerana adik-adik semua berkebolehan.Yakin dengan itu.Jalankan amanah dengan sebaiknya.
Disini ana nukilkan sedikit kata-kata untuk adik-adik pimpinan yang dikasihi...

adik-adikku,
setiap yang bermula
akan ada akhirnya
roda kehidupan yang berputar
menetapkan...
kita tidak selamanya
di atas...
sampai waktunya
yang di atas akan kembali
berada di bawah
Perjuangan ini bukan
untuk menempa nama
tidak juga
mengharap penghargaan
namun...
apa yang lebih bererti
bagaimana amanah ini diisi
tanggungjawab yang perlu
di lunasi...
adik-adikku,
jangka waktu yang ada
tidak lama...
isikan sebaiknya ke arah
islah diri...
memberi manfaat
kepada ummah...
adik-adikku,
sematkan di hatimu...
memburu mardhatillah
insyaAllah..
segalanya menjadi mudah
ingin ku ingatkan..
lapangan ini
tidak menjanjikan ganjaran
kesenangan dan kemewahan
dengan itu
ikhlas itu satu keperluan
redha dan tabah
pastikan jadi
senjata diri
moga perjalanan pimpinan kalian
diberkati dan diredhai...
lakukan yang terbaik..
you are the best!





selamat menjalankan amanah yang diberikan...
Tahniah dan Takziah..

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-