Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang...
Agak lama ana tak meng'update' blog. terlalu sekejap rasanya berlalu. Dua minggu yang berlalu rasanya tak sempat nak menghitung hari.Dengan pelbagai program dan aktiviti, hari minggu untuk dua minggu ini langsung tak terasa. Sempat ke UPSI bersama delegasi rakan kaunseling yang lain, banyak ilmu baru dapat ditimba disana. minggu ini berlalu dengan rehlah ke pangsun juga bersama rakan-rakan dari kelas kaunseling.Mungkin masa yang tinggal di kampus membuatkan mencari masa dan peluang untuk mengabdikan kenangan bersama.
semester ini sudah sampai ke penghujungnya. tinggal 3hari saja lagi. terlalu cepat masa berlalu.lantas ana terkenang kata-kata yang kerapkali dialunkan tatkala kita berbincang tentang masa.'Masa itu umpama pedang,kalau kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita..'.Jadi, ana simpulkan pada entri kali ini, bahawa masa itu telah memotong ana. walaupun masa berbaki hanya 3 hari, ana masih dalam kerisauan terhadap subjek amali kaunseling.Tujuh rakaman yang perlu diserahkan,dua daripadanya telah ditolak.satu rakaman pula bermasalah bila tidak ada suara yang terakam.Rasa nak nangis waktu tue,tapi ana yakin mesti ada hikmahnya semua ini terjadi. akhirnya, ana rakam semula dan menjadikan sesi yang ana jalankan pada semester ini adalah 10 sesi.Satu pengalaman penting sebagai persediaan untuk ana berhadapan dengan keperluan untuk menyiapkan 80jam sesi semasa praktikal nanti...
terlalu bermain dengan masa buat ana lelah diakhir semester ini. dengan assgment yang banyak perlu diserahkan, dan rakaman sesi yang perlu dijalankan buat ana rasa penat sangat. benarlah masa itu telah memotong ana.Namun, apa boleh buat kenalah teruskan juga.di sebalik tekanan yang datang bertimpa-timpa, hati ana tetap berbunga riang. pertemuan ana dengan adik kesayangan pada jumaat lepas buat ana cukup bahagia. syukur Ya Allah atas kurniaan ini yang datang bersama ujian yang tak sudah. Tak puas rasanya menghabiskan masa bersama. insyaAllah, moga ada pertemuan seterusnya. syira, syukran kerana meluangkan masa untuk akak. terasa hilang seketika bebanan tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul.
Saat ini, bukan hanya soal akademik yang mengundang rasa tidak enak, namun masalah persatuan juga membelenggu diri, tarikh perletakan jawatan yang sepatutnya dah berlalu tak kunjung2 tiba juga. BIROKRASI...alamatnya ada la yang dengan nada gurauan mengatakan ana dan sahabat2 pimpinan sayang nak lepaskan jawatan.urm..macam-macam...tak letak ke, dah letal ke sama ja, program dah tak berjalan lagi. seramn sejuk bila memikirkan sesi pimpinan yang telah berlalu..
apa yang telah ana buat...???
sekadar luahan hati...
perlu menyiapkan diri untuk peperiksaan kerana masa itu tidak akan menunggu kita...
wallahua'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan