Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang...
Salam ketenangan untuk semua..ana yakin dan pasti saat ini rakan-rakan ana di seantero uni sedang bergelut dengan nota dan buku masing2.musim peperiksaan tiba lagi.ujian kecil dalam kehidupan yang kita diberi ruang dan peluang untuk menghadapinya. Ana sendiri sudah selesai menduduki satu paper utk exam kali ini.berbaki lagi 4 papers.hopefully semuanya akan baik.
Berbicara mengenai ujian dalam kehidupan, kita kadang-kadang tidak mampu menduga apa yang bakal berlaku.hatta seminit yang akan datang kita tidak dapat mengjangka apa yang akan berlaku. Lemahnya kita sebagai insan.Namun, atas rahmat kasih sayang Allah kita dikurniakan kekuatan biarpun acapkali kita ditimpa pelbagai musibah. Sesungguhnya orang beriman itu apabila ditimpa musibah mereka akan bersabar.Moga tingkat keimanan kita akan bertambah dengan ujian dan dugaan yang dianugerahkan Allah kepada kita.
Ana telah melalui satu waktu yang sukar yang menyebabkan ana menulis mengenai ujian dalam kehidupan. ana merasakan saat kita dalam kesusahan atau kesulitan akibat daripada ujian yang datang, Allah turut memberi nikmat lain yang kita jarang sedari. ana menyedari nikmat tersebut dan ana sangat bersyukur walaupun selepas ujian yang diberikan Allah masih lagi menganugerahkan satu nikmat yang luar biasa hebat!Subhanallah...Alhamdulillah..
Kepada semua sahabat seperjuangan, moga kita akan sama-sama dikurniakan kekuatan dan ketenangan hati untuk berdepan dengan peperiksaan yang sedang berjalan.Jika kejayaan kita merupakan layak untuk kita, maka pastinya ia akan jadi milik kita.Usaha,Doa,Tawakal..insyaAllah.Allah always with us!
Dikesempatan yang ada, gept waktu utk ke peperiksaan seterusnya, ana menjawab T.A.G daripada adik kesayangan ana ini.sesiapa lagi yang nak menjawab dipersilakan...(",)
1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
**PeNaWaR YaNG DiReDHai**. kenapa? urmm,dalam usaha mendidik diri menjadi penawar yang diredhai untuk ayahbonda tersayang dan insan2 yang menyayangi ana.satu konotasi yang ana kira mampu memotivasi diri yang sering dilanda rasa yang tidak sepatutnya wujud....juga hasil terjemahan nama asal dan nama panggilan.
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://syifamardiyyah.blogspot.com bagaimana? Jujurnya, blog ini untuk menghimpunkan sahabat2 ana yang ana sayang.jadi bila gunakan nama sendiri,jadi mudah utk sahabat2 ana menemui blog ini.itu sahaja...tiada idea lain.hehehehe...
3) Apakah method penulisan dalam blog anda?
Santai,Rileks dan Tidak terlalu berat.Blog ini adalah diri ana.apa yang ana tulis dari hati ana sendiri.mungkin idea yang kurang mantap dan kurang masak,namun itu kemampuan ana dalam usaha meng'improve'kan diri kepada yang lebih baik.selagi mana ana merasakan apa yang ana tulis bermanfaat dan memberi faedah kepada yang membaca,ana tulis.andai blog ini dianggap picisan,ana mohon maaf..bukan berniat mendedahkan kelebihan diri namun lebih kepada berkongsi apa yang ana rasa boleh dikongsi.
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
Buat masa ini belum terfikir lagi, mungkin suatu harin nnt...siapa tahu? wallahua'lam.
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?
Blog yang segar bermanfaat.memberi idea untuk ana meneruskan penulisan.mungkin kadangkala tidak selalu di'update'...namun ana yakin,bukan disengajakan.pemilik blog yang ana kenal bukan hanya menyajikan yang picisan di dalam blog masing2...
6) Senaraikan 5 orang yang akan anda TAG
- Amiera
- Firdaus a.k.a Mad
- Ust Fauzi a.k.a Pojie
- Saadiah x-SMUK
- Sesaper jerrr yang berminat nak jawab...ehehhee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan