29 Januari 2011

::SiGnS Of The CreatoR 2::

Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah, kita bertemu lagi…moga iman dan amal kita terus segar meningkat. Salam ukhuwwah teman-teman, salam kasih sayang buat semua. Sudahkah kita bercakap perkara yang positif hari ini? Adakah kita sudah reset semula niat kita hari ini untuk lebih positif? Bagaimana dengan diri kita dan orang di sekeliling kita, apakah kita sudah menghargai semuanya…menghargai nikmat pancaindera yang masih sempurna dengan bersyukur. Menghargai orang sekeliling dengan nasihat dan pujian. Atau kita lokek untuk memuji, jangan lokek dengan pujian, insyaAllah hati akan tenang bilamana kita memandang semua baik dan positif. Senyum..senyum..dan teruslah tersenyum.
insyaAllah, saya mahu berkongsi ilmu yang saya dapat semasa mengikuti pembentangan daripada Harun Yahya Foundation, Signs Of The Creator 2. Moga kita menjadi lebih jelas apakah niat sebenar orientalis dan mengapa mereka mewujudkan teori karut yang mereka sendiri juga tidak yakin dengannya. insyaAllah… ucapan terima kasih untuk Maher Zain Malaysia Fan Club yang memberikan maklumat program ini. Alhamdulillah,page ini bukan hanya bertindak mengumpulkan pencinta-pencinta Muzik berunsurkan ketuhanan yang dibawa oleh Brother Maher Zain, tapi juga turut memberikan pelbagai informasi. Allhamdulillah dan insyaAllah moga akan terus memberi manfaat kepada semua.
Pembentangan pertama dimulakan bergaya dengan penerangan mantap Dr Ahmet Oktar Babuna berkaitan tajuk Random Evolution or Intelligent Creation? Beliau memulakan dengan menghuraikan satu persatu ‘qoute’ yang diambil oleh pelopor teori evolusi Charles Darwin. Beliau turut menunjukkan kekeliruan yang dinyatakan oleh Darwin sendiri mahupun beberapa individu yang turut menyokong teori ini. Asasnya fahaman ini wujud kerana ingin menafikan kewujudan Tuhan. Walaupun terdapat bukti yang menunjukkan fahaman ini tiada asas yang kukuh, mereka masih mahu mempertahankan teori ini kerana mahu memastikan kesinambungan fahaman athies. Memetik kata-kata Dr Babuna, they want to keep atheism alive..”. turut dipaparkan petikan daripada pengikut-pengikut Darwin yang mneyifatkan kemunculan Darwin sebagai intelektual athies.
Seterusnya beliau menunjukkan evolusi yang kononnya menjadi pegangan golongan athies ini. Tersangatlah lawak bila melihat mereka mengaitkan satu ciptaan lain yang berevolusi menjadi satu haiwan lain. SANGAT TIDAK LOGIK! Ana sertakan sedikit gambaran evolusi yang mereka maksudkan.





Untuk mematahkan hujah mereka, tiga soalan telah dikemukakan dan sehingga ke hari ini mereka tidak dapat menjawab dengan tepat setiap soalan tersebut. Soalan 1:How did live originate on earth?(bagaimana kehidupan bermula?) soalan 2:What are the mechanisms of evoluation?(apa mekanisme evolusi ini) soalan 3:If all the species on earth are the result of evolution, the there must be a vast amount of fossils evidence of evolution. Are they any such fossils?(kalaulah semua sepsis atas muka bumi ini hasil dari evolusi, mesti ada bukti fosil drpd evolusi.mana bukti tu?)
Apa jawapan mereka? Pertama kata mereka kehidupan bermula dengan 1 sel tunggal, kemudian bercambah menjadi kompleks. Soalan balas..dari mana datang sel tunggal itu? Lalu mereka terdiam. Patah satu hujah. Kedua, jawab mereka evolusi berlaku dengan dua cara iaitu Natural selection dan juga Mutasi. Adalah sangat tidak logic sesuatu berlaku secara tiba-tiba. Penceramah memberikan contoh dalam satu sel DNA adalah menyamai maklumat 1juta ensklopedia Britannica, adalah perkara itu berlaku secara natural. Tidak boleh diterima dengan akal yang sempurna. Kaedah kedua melalui mutasi. Lalu kembali dijawab kembali dengan soalan, adakah mutasi itu menghasilkan kebaikan? Sudah terbukti kesan daripada mutasi membawa 99% kehancuran, tinggal 1% itupun ianya neutral, tidak memberi kesan apa-apa. Kita lihat hasil mutasi apabila Amerika menjatuhkan Bom Atom ke atas Nagasaki&Hiroshima. Kelahiran selepas peperangan itu mendapat kesan mutasi. Apa yang jadi?adakah mereka menjadi X-Man, Superman, Spiderman atau Heroes?semua itu dogengan Barat, hakikat sangat menyedihkan baik haiwan atau manusia, kesannya sangat Sadis. Kita melihat hasil daripada mutasi. Jadi bagaimana boleh berlaku evolusi disitu? Sekali lagi mereka terduduk..
Ketiga, sebelum diminta membawa bukti penemuan, mereka mencanang bahawa mereka telah menemui 350juta fosil daripada evolusi ini. Jadi, mereka diminta untuk menunjukkan hanya satu daripada beratus juta yang mereka ada. Tapi sampai sekarang, tidak ada satu pun bukti yang dikemukakan. Dan telah 3 tahun Saudara Harun Yahya menawarkan 7 juta Dolar USD untuk sesiapa yang boleh membawakan bukti fosil daripada evolusi ini. Hingga sekarang belum dituntut. Apa kesimpulannya? Kita boleh fikir sendiri…
Ana bawakan beberapa gambaran daripada proses evolusi yang dicanangkan. Mari kita lihat dan nilailah dengan akal yang sempurna. insyaAllah, anak kecil juga mampu melihat kekarutan yang cuba didedahkan.
Ana masuk ke pembentangan kedua. Terlalu banyak nak dihuraikan, penceritaan yang menyentuh logic manusia. Jadi kita kunjungi website harunyahya.com untuk lebih informasi. Memetik kata Dr Ahmet Babuna, “all the information there it’s yours, so take it and tell to everyone about the truth.let we unite and be strong.” Beliau turut menyentuh mengapa Negara Arab senang dihancurkan, ianya kerana Muslim tidak bersatu. Jika semua Negara Arab bersatu, insyaAllah kita akan lebih kuat daripada yahudi. Turut dinyatakan tentang kebangkitan Nabi Isa dan Imam Mahdi, Islam akan kembali Mulia. Kelihatan kesungguhan beliau tatkala menyentuh tentang isu ini. Beliau menutup pembentangan dengan rumusan ini.

Dr Cihat memulakan pembentangan yang bertajuk Al-Quran- A Gift to Mankind. Alhamdulillah, terlalu banyak kehebatan Allah dipaparkan. Kalaulah Al-Quran itu ciptaan manusia, meskipun manusia itu manusia agung, Nabu Muhammad s.a.w, adakah masih mampu Baginda menceritakan perkara yang belum berlaku. Tentu tidak! Andainya dikumpul kembali semua manusia bermula zaman Nabi Adam hingga kini, adakah mampu juga mencipta Panduan Sesempurna Al-Quran?Mustahil! Al-Quran diturunkan 1400 tahun dulu, tapi masih lagi sama dan diguna pakai sebagai panduan diseluruh dunia. Bandingkan saja dengan buku teks, yang ditulis 10 tahun lepas, adakah masih releven diguna pada hari ini? Tidak! Sudah outdated! Tapi Al-Quran? Masih perlukan bukti lain? Kita soroti matematik yang ada dalam Al-Quran. Mana mungkin manusia dapat melakukan semua ini. Jadi siapa yang menurunkan Al-Quran ini? Siapa lagi kalau bukan Allah yang Maha Kuasa..







Jika Al-Quran dikaji, kita akan menemui semua aspek kehidupan dibincangkan di dalamnya. Bagaimana seorang yang tidak percaya kepada Islam boleh berubah Tauhidnya bilamana Al-Quran dikaji. Alllahuakbar! Apakah kita masih buta dalam menilai? Kita yang lahir saja sudah Islam, percaya kepada Allah, baca Al-Quran, tapi adakah Al-Quran menjadi panduan kepada kita. Adakah perundangan dalam Al-Quran kita amalkan. Kita boleh fikir sendiri. Jika dulu fakta dalam Al-Quran cuba dipertikaikan, tapi hari ini sains menunjukkan penemuan terbaru rupa-rupanya telah lama disebut dalam Al-Quran. Subhanallah! Meminjam kata brother Shah Kirit, kita berbincang bukan berlandaskan emosi tapi biarlah dengan bukti. Orang yang tidak percaya tuhan ataupun di sebut sebagai ‘Godless society’ akan cuba sedaya upaya untuk mematahkan hujah kita. Justeru, kita tidak boleh berdebat dengan Al-Quran kerana mereka tidak percayakan Al-Quran, sebaliknya berhujahlah dengan sains kerana mereka juga menggunakan sains. Evolusi berkembang dengan kesimpulan Sains yang salah. Jadi sebarkanlah kebenaran. Bagaimana dapat kita menangkis hujah karut itu, mohon Allah bukakan hati dan permudahkan kita untuk faham ilmu-NYa. Dan last but not least, jom grab maklumat di Harunyahya.com dan mantapkan kefahaman kita tentang sains penciptaan yang dicipta oleh Allah Maha Hebat! Allahuakbar! Mohon maaf atas kekurangan. Wallahua’lam…

2 ulasan:

Mohammad Aiman berkata...

subhanallah....
post yang sangat-sangat best!!!pen

syifamardiyyah berkata...

alhamdulillah...
thank's aiman...
blog aiman lagi best!!!

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-