31 Januari 2011

::Semoga Semuanya Selamat, insyaAllah::

Assalamualaikum..
salam ukhuwwah dan salam perjuangan kepada semua..
bagaimana kita hari ini...sudahkah kita berdoa untuk saudara2 kita yang sedang berjuang menuntut keadilan..
Allahuakbar!tak tahu bagaimana nak menulis tapi sangat teringin untuk share. Hati berdebar2, sudah lebih 3 hari tak dapat berhubung dengan adik di Mesir.
Sudah maklum bahawa semua talian perhubungan telah diputuskan. tapi masih mengharap dapat mendengar berita dari sana. mendapat berita lewat perkhabaran teman-teman, suasana makin meruncing.
Ghalibnya sebagai manusia biasa ana masih disapa kebimbangan yang berterusan walaupun tekad menyerahkan adik ana juga sahabat-sahabiah disana dalam jagaan Allah yang Maha Berkuasa.
Cetusan protes ini bukan lagi persoalannya kerana ia menjadi kebanggaan kerana keberanian rakyat untuk bangkit menentang kezaliman yang terpaksa akur sekian lama.Allah telah merancang sebaiknya, dan kita hanya mampu berdoa moga diakhir semua ini,akan tertegaknya keadilan yang diimpikan.
Mari sama kita doakan kesejahteraan semua saudara seakidah kita selamat dari semua kezaliman dan bencana. dan moga Roh yang telah kembali disisi-Nya dalam iman ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.insyaAllah..ameen.

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-