Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang…salam keceriaan dipenghujung Januari 2011. Cepat betul rasanya masa berlalu meninggalkan kita. Bagaimana amalan kita? Makin meningkat kecintaan kepada-Nya? Alhamdulillah…atau makin merosot prestasi kita dalam mengumpul saham akhirat..Astaghfirullah.. Mari kita muhasabah diri, selagi masih bernyawa belum terlewat untuk u-turn ke jalan yang lurus.
Ahad lalu ana berkesempatan dalam majlis ilmu bersama Guru ana, yang sangat ana sanjungi..Ust Haji Ismail, guru bahasa Arab waktu zaman sekolah dulu…kini mendidik hati penduduk kariah ana juga. Kata beliau waktu di akhirat sangat panjang, sehari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia. Jadi ayuh kita hitung usia kita sekarang, berapa usia akhirat kita..rasanya tidak sampai sejam pun. Bagaimana amalan kita, adakah memadai untuk hidup selamanya di akhirat nanti. Beliau menambah lagi, kita kadangkala menjadi hairan dan pelik mengapa ganjaran Allah terhadap hasanah yang kita lakukan terlalu besar dan banyak. Misalnya Allah menjanjikan bagi hamba yang setiap waktu solat fardhunya dikerjakan secara berjemaah sebuah syurga yang mempunyai 4000 bidadari. Kata beliau itu hanya sedikit berbanding masa yang kita akan habiskan di akhirat nanti. Kita di akhirat bukan sehari dua, tapi selama-lamanya. Selama mana…selama-lamanya…NEVER END!!! Allahuakbar! Sifat Rahim Allah untuk hamba-Nya.
Alhamdulillah, kebelakangan ini ana dianugerahkan insan-insan positif yang sering meniupkan roh perjuangan dalam diri. Berjuang bukan perlu mengangkat pedang, tapi lebih besar bagaimana kita mengendalikan nafsu kita. Hiduplah seperti orang berlari di dunia ini, kerana dunia memang tempat untuk berpenat lelah. Bila kita akan berehat? AKHIRAT..itu tempat rehat kita, insyaAllah!
27 Januari 2011. Alhamdulillah..Allah mengizinkan ana untuk menghadiri taman syurga yang menjadikan ana lebih yakin dengan kehebatan Allah. Allahuakbar! Perjalanan panjang yang ana tempuhi tidak mematahkan semangat untuk tekad sampai ke tempat yang dituju. Allah Maha Penyayang, Dia tidak pernah jauh dari kita. Ana ingin kongsikan dengan semua perjalanan ana semalam. Teman-teman yang mengenali ana pasti mengetahui satu kelemahan ana ialah ‘terlebih ingat’ macam mana nak ke sesebuah tempat. Walaupun tempat itu sudah banyak kali ana pergi, jangan risau ana ,masih lagi akan S.E.S.A.T. Allahuakbar, tak tahu la.. back to topic..ana bertekad untuk menghadiri siri ‘tour’Harun Yahya Foundation - SIGN OF THE CREATOR 2-.
Dan mereka telah memilih untuk bertandang ke UUM bagi berkongsi hujah dan bukti mengenai kekarutan Teori Evolusi. Sepatutnya perjalanan dari rumah ke UUM tak sampai 1 jam pun. Tapi macam biasalah, kalau Khairul Mardziyah jalan sorang2 inilah jadinya. Bergerak dari rumah seawal jam 8.30pagi. rancangnya mahu menggunakan bas saja bimbang tak larat menunggang jauh. Tapi melihat kepada kesuntukan masa, terus mengubah niat. Lalu ana isi minyak moto penuh-penuh..persediaan untuk ‘perjalanan jauh yang sebenarnya tak jauh’ ;-) Bismillahirrahmanirrahim, memulakan perjalanan dengan doa moga Allah memudahkan semuanya. Seperti dijangka jam 9.30 masih berlegar2 di pekan Jitra. Allahuakbar! Ana amat risau kalau terlambat, ana mencuba sehabis baik untuk ‘puntcual’ walau dalam apa urusan pun. Rasa nak menangis bila sekali perasan yang ana berpatah balik ke jalan yang sama…Lagi sekali ikut signboard…TEKAD,ana akan sampai, kalau lewat sangat ana akan duduk di luar dan petang akan cuba ke Alor Star. Kebetulan hari yang sama, ada sesi pagi dan petang. UUM dan Masjid Al-Bukhary. insyaAllah, I’ll find da way!sempat lagi..hehehe..
Alhamdulillah, dengan kelajuan 90-110km/j ana Nampak juga signboard UUM. More 24km…Ya Allah jauh lagi… rasa melayang dengan kelajuan motor dan dihimpit lori-lori besar. Cuak jugak, tapi berlagak selamba. Jalan highway so sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Bibir ana terus mengalunkan doa..Rabbi Yassir wala Tu’assir Rabbi Atmim bilkhair, pesan Tok(nenek) lazimi doa kalau kita dalam kesulitan, insyaAllah, Allah tak pernah hampakan kita. Sikap ana, bila dah tau lambat ana takkan tengok jam dah, takut nak tengok, kalau2 memang dah terlambat. Kebetulan mp3 yang terpasang ditelinga tengah mengalunkan selawat, Alhamdulillah…ana yakin akan sampai..Cuma lambat atau cepat. Rasa lama sangat atas jalan. More 5km ana tengok jam…Allahuakbar!Subhanallah…ana masih ada sepuluh minit sebelum program bermula. Syukur sangat…sangat-sangat bersyukur. Sempat la nak cari tempat lagi, sampai di pintu utama, terus tanya En Pengawal, dan Alhamdulillah ana sampai program baru bermula, tapi memang takder tempat duduk la. Ramai sangat-sangat orang, sampai ke luar dewan. Ana masuk juga dan bersila di lantai. Memanjangkan leher, Alhamdulillah..tiada kesulitan.
Penyampaian yang sangat mantap daripada Dr Ahmet Babuna yang menyingkap kejatuhan teori evolusi yang dipelopori oleh Charles Darwin. Dr Cihat pula membentangkan kehebatan Al-Quran dengan cara yang amat menarik. Manakala Brother Shah Kirit menyimpulkan kedua-dua pembentangan dengan masa yang singkat dan bahasa yang amat mudah difahami. Subhanallah, they are such a great team..May Allah Bless them forever n ever. Ana akan ceritakan details tentang kandungan pembentangn di entry yang lain. Terlalu panjang disini nanti penat pula membacanya.
Tiba-tiba ana ternampak kak Napisah. Ana terdiam, dan terfikir..dua hari ana mencari teman untuk datang bersama-sama ana ke sini. Tapi kenapa tak terlintas yang senior ana tue memang kerja di UUM. Usia pembentangan peserta disediakan makan tengahari. Ana berkongsi cerita dengan k.napisah tentang perjalanan ana. Tersenyum dia. Dan ana terfikir kenapa Allah tak menggerakkan hati ana untuk meminta bantuan k.napisah. mungkin benar mungkin juga tidak, ana merasakan Allah sedang menyediakan ruang untuk ana BERDIKARI. Ya! Mudah-mudahan..Allah kan Maha Mengetahui..
K.napisah tanya nak kemana lepas nie? Automatic ana jawab..nak ke Alor Star pulak..ada apa?balas senior ana. Dengan selamba ana jawab, saya kan tak der keja, saya suka pembentangan tadi..alang2 dah dekat ikut je la.lagipun tak rugi kot.. memang pembentangan dari Harun Yahya Foundation sangat menarik, membuka hati dan akal untuk lebih Cinta kepada-Nya. Pesan akak yang duduk disebelah senior ana, walaupun kami tak sempat kenal tapi dia mengikuti perbualan ana dengan k.napisah..katanya sambil tersenyum.. “Jangan SEsat lagi yer,”..hehehe..insyaAllah kak, selagi ada signboard saya ok..Cuma lambat ngan cepat je la… dan itulah yang terjadi, perjalanan ke Alor Star sekali lagi mengambil masa 1 jam walaupun dengan kelajuan maksima. Ana bernasib baik sebab program disana bermula sedikit lewat. Disini, ana menjadi segan dengan mak cik2 dan pak cik2. ‘speaking’ mengalahkan ana tue. Haaii, nasib badan la bila tak beramal dengan ilmu nie. Tapi tak mengapa, belum terlewat untuk memulakan semuanya. Ana Boleh! Jumpa next entry…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan