16 Jun 2010

DaRi BaNDuNG::GeMBiRa+KeRiNDuaN

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Dalam kerinduan pada ibu ayah tercinta, 3 hari tidak mendengar suara mereka, jadi penasaran.huhuhuhu..moga dipermudahkan cara untuk dapat berhubung dengan ibu ayah tercinta. mata sering bergenang dengan airmata yang tanpa sedar tumpah saat mengingatkan ibu ayah di malaysia. tidak dapat bertanya khabar buat ana diserang berbagai rasa. kadang-kadang hanyut dalam perasaan hingga terlepas pelajaran. Oh tidak! moga semua ini cepat berlalu kerana ana perlu fokus untuk tugasan kuliah.
Hari pertama sampai ke Bumi Indonesia, bagaikan mimpi. Universitas Pendidikan Indonesia yang letaknya dibandung ini tersangat la cantik. namun sepanjang perjalanan, mata dihidangkan dengan kesibukan jalan disini. terlalu..terlalu..dan terlalu sibuk.kepadatan penduduk disini dapat dilihat dari atas flight lagi.teramat padat! sesaknya tengok..patut la ramai yang sanggup ke malaysia walaupun untuk kerja-kerja yang tak mahu orang malaysia buat. Bersyukur menjadi rakyat malaysia.
Namun apa yang paling membekas dihati adalah layanan yang diperoleh daripada warga kampus universitas ini. melangkah kaki keluar dari airport saja, mata sudah terarah pada Banner merah terang yang mengalukan kedatangan kami ke sana. amat gembira!sambutan yang diberikan bermula dari lapangan terbang sehinggalah sesi taklimat dan dihantar ke bilik penginapan amat SUPERB! terima kasih ya teman-teman UPI. kelihatan Prof Suradi juga terhibur dan berbangga dengan layanan yang diberikan. sesudah mendapat view awal tentang perjalanan program, agak memeranjatkan juga, kerana perjalanan program agak padat yang bekeperluan kepada menyiapkan penulisan ilmiah. AllahuRabbi.moga-moga dipermudahkan urusan.
Seawal hari pertama sudah dibawa bersiar-siar oleh adik-adik UPI ke sekitar bandung. makan-makan dan membeli sedikit barang keperluan. apa yang boleh ana simpulkan disini makanannya mmg BEST!semuanya sedap dan pasti HALAL. pelbagai jenis dan rasa yang ada, sangat teruja bila dapat merasa berbagai jenis makanan dari daerah yang berbeza dan sedap belaka. i love foods!hehehe..
Hari kedua dilalui dengan majlis perasmian dan juga pengenalan sistem belajar di Indonesia. pening jugak kepala dengan istilah-istilah yang pelik.disabarkan saja, kalau curious sngat terus saja tanya dengan adik-adik UPI. suasana yang amat berbeza yang dapat ana lihat disini adalah dari sudut hubungan sesama mereka. SANGAT MESRA...antara pelajar dan pensyarah itu bagai tiada beza. jalan bergandingan, kadang-kadang seperti anak dan ibu ayah, saling mengambil berat antara satu sama lain dan juga aksi-aksi lain yang menunjukkan kemesraan mereka. mungkin disebabkan dengan panggilan 'bapak' dan 'ibu' itu mungkin yang menyebabkan mereka menjadi close. usai urusan belajar terus mencari makanan. hari kedua, menu baru lagi dicuba, dengan suasana tempat makan yang unik, menambah selera. aduss!indonesia memang kaya dengan makanan dan tempat tradisional.
Hari ketiga kuliah bermula. mengujakan! terbukti pensyarah disini begitu open. kelas selama 5 jam dilalui dengan bersemangat. pelbagai ilmu baru ana perolehi. betapa perbezaan yang ada perlu dicari titik temunya yang akan menguatkan lagi sesuatu perkara. sangat bagus. di hari ketiga, mood sedikit berubah, terganggu. kerana apa...masalah tidak dapat menhubungi parent di malaysia amat membekas. tengah kuliah, boleh mengalir airmata tanpa sedar. aduh!kerinduan banget sama ibu ayah.huhuhu..
Menanti untuk meneruskan hari-hari seterusnya. memang agak padat jadual, setiap hari selama sebulan nie ada saja aktiviti. Dalam kelas, bersiar-siar, dan lain-lain complete dalam jadual. moga diberi kekuatan untuk melakukan semua kegiatan dan moga ada manfaatnya untuk ana praktiskan bilamana berpeluang menjadi kaunselor suatu hari nanti.Allahuamin...
Doakan ya..
SEDIH::TERUJA..
salam sayang...

2 ulasan:

Zaher berkata...

br kat indon 2 kak syifa.....dekat ja...rindu2 ckit2 tu besa la kan...km ni lg jauh kat mediteranean....dah sebulan x call..nnt klu p palestin lg x leh call ssp..

akak berkata...

huhuuhu..
insaf..insaf...
yer la..akk tak biasa...
nak buat macam mana..
tapi mmg terasa sngat..huhuhu..teguran Allah ats kekhilafan diri.huuhuhu..

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-