Sengaja ana melalui jalan yang panjang dalam posting kali ini kerana hati tersentuh saat membaca karya tulisan terbaru ust Pahrol M0hd Juoi yang bertajuk "Dimana Dia Di hatimu". saat menemani teman yang dihadiahi ujian dari-Nya ana teliti buku itu, moga mampu menjadi sumber kekuatan kepada ana dan juga teman.
Jauh dinegeri orang, tiada saudara mara...bila ujian tiba, ukhuwwah itu makin manis terasa. jika dahulu hanya kenal biasa-biasa saja, namun bila tiada lagi keluarga pada saat yang amat memerlukan, perhubungan itu makin membuahkan cinta dan kasih sayang yang utuh. andai tiada ukhuwwah, mana mungkin kita sanggup mengenepikan hak sendiri semata-mata untuk menjaga kebajikan orang lain. Dalam kepahitan menanggung ujian, Allah kurniakan satu perasaan yang tenang, saat teman mengenggam erat tangan memohon sokongan tika jarum menyuntik lengan menyedut darah. pilu hati saat mendengar desis kesakitan yang dituturkan. kekuatan yang bertambah selepas berbual dengan bonda kurang 3 minit semalam ana kongsikan bersama teman. Tiada kata susah andai hati rela mengorbankan kesenangan itu. kerana dikalangan kami saling punya amanah, bila saling bergantian, yang ke kuliah akan menyampaikan kepada yang menjaga dirumah sakit. terasa hubungan itu makin erat dan mesra.Hikmahnya berada dalam kesulitan yang dianugerahinya, kerana selepas datangnya ujian yang payah itu pastinya ada kegembiraan dan kesenangan dihujungnya. kerana sifat Rahman dan Rahim Allah itu selalu mendahului Murka-Nya.
Ana bersyukur kerana Allah mengizinkan ana untuk melalui pengalaman ini. pengalaman yang memerlukan ana untuk mempraktikkan apa yang selama ini begitu mudah meniti di bibir. betapa apabila kita berada pada realiti kita jadi makin berani sebenarnya. kerana belum pasti si penutur itu akan mampu berdepan dengan apa yang dituturkan. kerana ana pernah berada di situasi itu, terasa betapa dhaifnya diri saat itu.
Ana menjadi makin merindui semua sahabat-sahabat ana. ruangan sosial yang ana membolehkan ana melihat perkembangan setiap mereka walaupun tidak semuanya. menatap gambar kebahagiaan mereka, cukup membahagiakan hati ini. ana memahami kini, mengapa Allah memisahkan kami, kerana dengan pertemuan selepas itu kami menjadi makin mesra.Allahuakbar! terlalu hebat rencana-Nya.
Maaf, mungkin agak beremosi, namun dalam kerinduan ini, ana bahagia...bahagia kerana masih punya waktu untuk memberi. kerana kerinduan itu mengajar ana untuk lebih menghargai. kerana bahagia itu memberi ruang untuk lebih mengenali. walau apa pun, Alhamdulillah wa syukurillah kerana hati ini masih punya ruang untuk merasa semua rasa itu. dan diri ini masih diberi sisa waktu untuk mengecap nikmatnya yang terlalu luas...
Salam Sayang sahabatku semuanya...sesungguhnya diri ini terlalu menyayangi dan merindui kalian. moga ikatan ukhuwwah ini hanya berakhir dengan kalimah innalillah...
Lot of Loves:
Khairul Mardziyah Md Hussain
Dormitory, Universiti pendidikan Indonesia,
Bandung. (11.03malam)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan