Perjalanan Mei dan Jun ini agak padat dan gembira. padat dengan kenduri yang tersangat banyak, gembira kerana dapat berkumpul kembali dengan teman-teman semasa di SMUK dulu. tersangat gembira dengan pertemuan itu. syukur sangat...
Gembira meraikan hari bahagia teman-teman sama gembiranya melalui masa bersama sahabat-sahabat SMUK yang pada agak lama terpisah. Alhamdulillah, masing-masing sudah establish dengan kerjaya sendiri. sudah mampu beli kereta lagi. rezeki masing-masing, moga Allah terus mempermudahkan urusan semua.
Usai urusan kerja kahwin sahabat baik, fokus ana pada program pertukaran pelajar yang akan bermula 14 Jun ini. Alhamdulillah, Allah mengizinkan ana untuk merasai peluang belajar ditempat orang. melihat perbezaan di tempat sendiri dan jugak ditempat orang. berkesempatan menyumbang tenaga untuk melancarkan majlis perkahwinan sepupu. bila ada bersama masyarakat ini, pasti soalan paling famous akan ditanya,"Bila lagi?"..kalau dengan kawan-kawan boleh dibawa bergurau.."bila apa?..kalau bila nak balik, sat lagi....kalau bila nak konvo...bulan 8..urmmm..." "sudah2.."jawab teman. tapi bila dengan mak cik2 nie hanya dijawab dengan senyum simpul.hehehe..insyaAllah, masanya akan tiba, biar la reda dulu penat kenduri nie.."huhuhu.
malamnya bertolak ke KL untuk check in pada petang ahad-13.06.2010 sebab flight akan berlepas pada 14 Jun 2010. nasib baik ada abang E kt sana, kalau tak, tak tau la..terumbang ambing jugak. dengan duit yang tak ditukar lagi...Alhamdulillah, dipermudahkan urusan, selamat smpai ke UM.gembira bertemu coursemate dan tak sabar nak mulakan perjalanan.
bertemu di Bandung ya...Doakan semua selamat.
Universitas Pendidikan Indonesia...Waiting 4 us!hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan