Salam ukhuwah dan salam kasih sayang. Salam keceriaan dengan rasa syukur atas segala nikmat pemberian-Nya. Alhamdulillah, mata masih mampu melihat ciptaan-Nya, Bibir dan lidah masih mampu mengalun zikir dan mengucap syukur pada-Nya. walau terkadang alpa dan leka, namun nikmat-Nya masih melimpah ruah kepada kita. Alhamdulillah...
Ana sedang mengecapi nikmat masa terluang, masa yang akan disoal di padang mahsyar kelak. apa isi untuk masa senggang ini. Allahuakbar! adakah saat itu tangan dan kaki serta mata ini sanggup bersaksi bahawa diri ini cuba mengisi sebaik mungkin ruang masa yang ada ini...
Dalam mencari peluang pekerjaan untuk meneruskan peringkat seterusnya dalam kehidupan, masa yang ada tidak boleh disiakan. Alhamdulillah, penganjuran progran memerlukan ana untuk terlibat dalam agenda yang telah dirancang. sedikit sebanyak, tidak terlalu banyak masa yang kosong. Hari ini, ana berazam untuk mula serius membaca kembali. Bukan apa, tak mampu menahan rasa untuk memiliki dua buku baru yang amat menyentuh rasa. Jadi, hukuman untuk diri, kena habiskan buku-buku yang belum dibaca. kerana semuanya akan di soal 'di sana' nanti..
Permulaannya, ana capai satu buku yang agak ringan dan santai...Kompas Cinta, Hasil tulisan penulis yang amat ana minati, A.Ubaidillah Alias.
terkesan saat menyelak helaian awal... kata-kata yang ditujukan kepada pembaca..
Untuk nakhoda yang baru memasang layar cinta,
Untuk pengembara yg tersesat di belantara,
Untuk pecinta yang mahu pulang ke titik mula,
Marilah ke sini... kita tuju Pulau Bahagia..
Bila membaca tinta pengantar, sekali lagi ana tertarik dengan susunan kata yang menusuk rasa. belum masuk isinya..baru menyelak helaian awal. Bijak penulis ini menarik minat yang membaca. cara penyampaian yang bersahaja dengan bahasa yang mudah dan ringkas menjadikan ana terbuai dengan isinya. penulis membawa pembaca untuk masuk bersamanya melihat suasana yang berlaku pada masa kini. ana bersetuju dengan penjelasan yang diberikan dari satu topik ke topik yang lain. bermula dengan kesalahan dalam mendefinisikan makna cinta, topik seterusnya menjadi makin menarik dengan kesinambungan kesan daripada kesalahan dalam memberi makna kepada cinta.
Benar apa yang dikatakan. suasana hari ini kurang menyokong remaja untuk mendapat makna sebenar cinta. kerana, pada masa kini, makna cinta itu terlalu sempit. tersangat kecil skopnya... kadang-kadang kasihan dengan pemahaman sempit remaja kini bila berbicara soal cinta. pendedahan yang tidak adil dalam menyampaikan maksud cinta menyebabkan remaja kita terlalu jauh dengan erti cinta yang sebenar. ana melihat perkara ini menjadi salah satu sebab mengapa masyarakat hari ini terlalu sukar untuk dididik. kerana makna cinta itu hanya kepada satu perkara; cinta sesama manusia yg berlainan jantina. itu sahaja!
Andai semua tahu dan faham cinta itu cabangnya terlalu banyak. hubungannya terlalu luas. berapa ramai yang tahu tentang kecintaan kepada negara,'Hubbul watan'? skop cinta diterangkan dengan jelas dalam buku ini. bukan itu saja, malahan jalan mengemudi cinta selari dengan syariatullah juga ditunjukkan.
Alhamdulillah, dengan membaca buku ini kefahaman dan pengetahuan tentang apa dan mengapa kita jadi begini dan begitu sedikit sebanyak dapat dileraikan. ana tak mahu mengulas panjang, adalah sebaiknya kita baca keseluruhan buku ini dan kita akan dapat sesuatu yang bermakna dalam semua aspek kehidupan, bukan sahaja cinta...
ana qoute kata-kata yg ada dalam buku ini, "no one can turn back to past and start a new beginning, but everybody can start today to make a better ending."
Jadi, Jom! mulakan perubahan kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kita sendiri yang mengubahnya.
Wallahua'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan