25 Mac 2010

::MeNePuK aiR Di DuLaNG, TeRPeRCiK Ke MuKa SeNDiRi::

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang, salam keceriaan buat semua. Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kesempatan waktu untuk bernafas di bumi-Nya, terlalu banyak Allah Memberi, jadi tiada alasan untuk kita tidak memberi juga. Walaupun kadang-kadang kita merasakan kita memberi sesuatu yang tidak perlu, namun bukan semua manusia itu serupa. Mungkin pada kita tidak penting, tetapi kepada orang lain boleh jadi ianya dapat membantu mereka. Segala kata-kata sinis yang singgah di telinga biarkan ianya dibawa angin. Kerana bila kita membuat sesuatu yang memberikan hasil, memang akan ada dugaannya. Jika dengan sepatah kata telah memadamkan semangat kita, apa nilai ‘memberi’ kepada kita. Kadang-kadang kita merasakan memberi tanpa diminta seperti menunjuk-nunjuk, namun hakikatnya dalam ramai-ramai yang mungkin sinis dengan kita, ada seseorang yang bersyukur dengan ‘pemberian’ itu. Jadi, wahai temanku marilah kita berfikiran positif dalam berhadapan dengan manusia.
Bila berbicara soal ‘memberi’ kita terkadang terlepas pandang antara menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan dan apa yang tidak perlu diberikan. Kata-kata yang sering ana semat di minda, “bila kita terlalu banyak bercakap kita banyak buat salah, bila kita buat salah makin banyak la dosa kita”. Gentar hati saat mengingatkan kata-kata itu. Betapa ana kadang-kadang tidak sempat berfikir apa yang dikeluarkan daripada mulut hingga kadang-kadang secara tidak sedar ada hati yang terguris. Allahuakbar! Saat itu terasa sangat bersalah, dan dengan sebab itu ana lebih suka berdiam diri. Bimbang apa yang dicakapkan tidak sama dengan lakaran hati sebenarnya. Namun, kadang-kadang bila dikatakan sombong dan berlagak.. tersentap jugak. Tapi itulah ‘first impression’ yang ana dapat. Biarlah!
Ana ingin berkongsi cerita mengenai bahaya lidah nie. Bukan apa..agak terkesan dengan suasana di sekeliling yang kadangkala mengjengkelkan ana. Kadang-kadang geram jugak, terasa nak zip jer mulut diaorang. Bukan apa, kesiankan diaorang jer, nanti diaorang jugak akan malu sendiri. Ana punya pengalaman orang yang suka bercakap banyak nie, terlalu banyak bercakap itu dan ini dan akhirnya, tepuk kepala..bilamana apa yang dicakapkan terlalu jauh dari reality yang sebenarnya. Malu sendiri dan jugak pada orang lain bila tahu kisah sebenar. Tapi tak jugak serik-serik, tetap dengan sikap yang sama. Tanpa segan silu bercerita segala hal kepada semua orang, mungkin bangga dengan cerita sendiri, tanpa memikirkan penerimaan orang yang mendengar. Terlalu seronok bercerita sampai kadang-kadang mendedahkan kelemahan sendiri. Ya Allah, sungguh ana tidak faham dengan manusia seperti ini.
Mungkin idealogi masing-masing berbeza selari dengan uniknya setiap manusia itu sendiri. Namun, apa indicator yang harus digunakan untuk mengukur kematangan individu dalam bersosial. Apakah dengan kepetahan melontar kata tanpa makna, berdebat tanpa hujah atau diamnya dengan zikir dan fikir. Terlalu payah menilai manusia, memilih teman yang mampu seiring dengan rentak kita. Perbezaan itu penting namun bilamana sampai menimbulkan rasa bosan dan menyampah dek kerana asyik mendahulukan kepentingan diri, kepentingan orang lain dibelakangkan, apakah ianya adil.
Maafkan ana..mungkin semenjak dua menjak ini penulisan ana menjadi caca marba. Seserabut hati dan jiwa dengan ragam manusia. Kerana ana tidak selesa dengan tingkah insan yang dengan sengaja menepuk air di dulang, tanpa sedar air itu akhirnya akan terkena muka sendiri. Seumpama sering meludah ke langit, akhirnya berbalik kepada kita juga. Personality berbeza memang mewarnai dunia, namun jika warna itu tidak kena dengan jiwa manusia kerana terlalu terang ataupun terlalu gelap, apakah tidak boleh warna itu kita bantu untuk menjadi lebih cantik dan mendamaikan mata???
Wallahua’lam..

2 ulasan:

Zaher berkata...

كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

sama maksudnya????

PeNaWaR YaNG DiReDHai berkata...

Urmmm..tak pasti..tapi klu tengok awal ayat tue..soalan kan,,kenapa kita ckap perkara yang kita sendiri tak buat?betul tak?
posting nie tentang org yg bnyak cakap smpai tak sedar bnyak salah yg dibuat..urmmm..

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-