19 Mac 2010

GeMBiRa:: TeRSeNYuM :-)

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam keceriaan untuk semua teman-teman tersayang. terlalu lama rasanya meninggalkan blog nie. hurmmm...susah jugak bila broadband buat hal. terbakar hati teringatkan Celcom.huhuhuhu...
Walau apa pun, minggu-minggu tanpa internet ana lalui dengan gembira jugak. awal minggu nie sibuk menyiapkan semua laporan, sesi...contacts dan jugak log book. al-maklum la, Prof Suradi as a supervisor nak datang. agak cuak, tapi gembira pon ada. lebih kurang sebulan jer lagi da nak habis internship, baru prof datang. mula-mula dulu macam-macam fikir...takut-takut prof lupa kat kami yang jauh nun disini.huhuhu...
tapi bila call P.A. Prof, Alhamdulillah Prof akan datang minggu nie. so, apa lagi..bertungkus lumus la menyiapkan laporan. moga-moga Prof faham...
akhirnya...hari yang dinanti pun tiba. 16 Mac 2010...berdebar-debar menantikan kedatangan Prof. sambil menyiapkan laporan yang tergendala..berulang alik ke tandas sebab sakit perut. ntah la..rasa macam salah makan, tapi penyelia kat sini cakap tue tanda-tanda stress..yer ker? memang la..tapi tak rasa stress pun.huhuhu..
kebetulan minggu nie budak-budak bercuti, so memang tersangat sunyi dan bosan suasana kat politeknik nie. nasib baik Prof nak datang, ada la kerja yang nak dibuat.
Asyik menjenguk ke luar, Prof tak sampai-sampai. masing-masing dah berdebar..bukan takut..tapi perasaan hormat dan segan buat kami tak keruan. bimbang kualiti kerja tak seperti yang diharapkan. Jam 2.30 petang..Prof sampai dengan Rextonnya...masa tue rasa gembira sangat-sangat. tapi masih gementar jugak..tengok Prof senyum hilang semua rasa tak kena. lamanya tak jumpa Prof.
Kami bercerita serba sedikit tentang isu semasa kaunseling. memandangkan makanan dah tersedia kami menjemput Prof untuk makan terlebih dahulu. amat gembira tengok Prof makan dengan berselera. pada mulanya kami agak segan kerana pada pandangan kami Prof seorang yang 'high-taste'...tapi memang tak dijangka..penerimaan Prof sangat baik, siap puji lagi makanan yang kami order...(attitude seorang kaunselor mungkin)..terharu...
perbincangan bermula sebaik habis makan. Alhamdulillah, respon Prof terhadap hasil kerja kami amat baik. sifat kebapaan Prof terserlah bila setiap salah kami ditegur dengan penuh hemah. rasa sangat gembira bila Prof menjelaskan semua persoalan dengan sangat terperinci beserta contoh yang sangat dekat dengan kami. Terasa amat rindu dengan pengajaran Prof di dalam kelas. Permasalahan klien yang agak berat dan susah untuk kami bantu Prof jelaskan dengan cara yang paling mudah.
Allahuakbar! Saat itu terasa masih terlalu jauh ilmu kami untuk membantu orang lain. masih terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari untuk berhubungan dengan jiwa manusia. emosi harus dipandu dengan betul agar hati yang sakit tidak terus sakit. Prof menekankan tugas murni seorang kaunselor yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang lain. betapa bicara seorang kaunselor mampu merawat emosi dan jiwa yang terganggu. betapa 'attitude' seorang kaunselor bisa menjadi teladan orang yang hilang pedoman. ana terdiam seketika..terasa bagai ditiup semangat baru,.tidak terasa masa berlalu. hampir 2 jam perbincangan ana rasa amat sekejap. terlalu banyak kesilapan yang perlu diperbetulkan.
Alhamdulillah, Prof sangat baik dan tulus dalam membetulkan salah dan silap kami. terasa dekat dan terngiang-ngiang pesanana Prof untuk kami. nasihat Prof bukan sahaja untuk tujuan akademik namun meliputi persoalan hidup keseluruhannya. pesan Prof.."Kerja dulu..Baru Kahwin.."hehehe...Pandai la Prof..macam tau-tau ja.huhuhu..
Ok..just wanna to share about my smile heart...tapi agak sedih jugak bila teringat tak bergambar kenang-kenangan dengan Prof.huhuhu..len kali la..tak der rezeki kali nie. Tak sabar nak habiskan internship...moga Allah permudahkan semuanya untuk ana melaksanakan pelan perancangan yang seterusnya. ameen. moga-moga teman-teman sekelas yang lain jugak sedang dalam gembira dan ceria menghabiskan hari-hari internship.insyaAllah...

(our beloved lecturer-Prof Dr Suradi Salim)

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-