24 Mac 2010

2 RaSa::eMoSiKu TeRGaNGGu::

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang ana tebarkan. Moga kita masih dalam redha-Nya. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam. Moga kecintaan dan kerinduan terhadap Baginda terus teguh dan utuh mendamba syafaat di suatu saat yang ‘pasti’.
Minggu ini agak menyesakkan dada. Perasaan tidak puas hati dicampur dengan rasa bengang bila broadband yang sudah ditukar baru masih lagi tidak dapat dgunakan. Di luar pertimbangan akal ana ‘berubah’ semalam. Maaf kepada teman-teman yang terkena tempias lewat balasan SMS ataupun panggilan telefon. Kerana emosi itu ana hilang arah seketika. Astaghfirullahal ‘azim, pasti syaitan bersorak gembira dengan tingkah ana. Astaghfirullah…
Hujung minggu yang berjalan dengan lancar bilamana hasrat ana dapat direalisasikan masih belum cukup menyabarkan ana untuk berfikir seketika bahawa tak selamanya apa yang ana inginkan akan diperolehi. Allahuakbar, dengan sedikit cubaan ana terlupa nikmatnya yang terlalu banyak sebelum ini. Ana dapat memenuhi undangan walimah senior ana di Tampin, Negeri Sembilan…ana berkesempatan ke Pesta Buku, dan dapat membeli buku-buku yang ana hajati dengan kemurahan rezeki dari-Nya, semua itu belum cukup rupanya untuk ana bersyukur. Astaghfirullah.. bila muhasabah kembali diri terasa betapa lemah dan kerdilnya ana. Setelah sekian lama tersenyum ana jadi tidak bersedia untuk tertekan mahupun berada dalam keadaan geram. Lemahnya ana…sangat lemah. Nak mengukir satu senyuman mahupun meluahkan segaris kata terasa amat payah. Itu dan ini dilakukan oleh rakan sekerja, maafkan ana. Bukan apa, rasa tertipu dan memikirkan susah payah yang telah ana berikan kepada orang lain. (Selamat berbahagia untuk senior ana,abg Ijan&kak Faridah-semoga bahagia hingga ke syurga)
Sudahlah! Ana mahu lupakan semua itu, terlalu banyak tugas yang menanti untuk disiapkan dalam baki masa yang tinggal kurang 1 bulan. Mungkin ini hikmahnya tiada kemudahan ‘itu’ dengan ana. Ana boleh lengkapkan laporan dan laksanakan sesi dengan lebih teratur. InsyaAllah..
Ingin ana kongsikan kegembiraan pada pesta buku kali ini. Sejak tahun lepas lagi ana berazam untuk menyediakan peruntukan yang lebih untuk pesta buku kali ini. Alhamdulillah, Allah mengurniakan kemudahan itu kepada ana. Ana dapat memiliki pelbagai buku daripada pelbagai bidang. Kaunseling, motivasi, agama dan pedoman. Tersangat gembira walaupun ada lagi yang nak dimiliki namun ana cuba mengingatkan diri untuk tidak berlebihan. Terlalu banyak buku mungkin akan menyebabkan ana tak dapat nak habiskan semua, jadi…habiskan apa yang ada dahulu kerana ana tak mahu bersoal jawab dengan buku-buku itu di hari kemudian.
Buku-buku ini pastinya akan menemani masa cuti nanti. Persiapan untuk menempatkan diri dalam bidang yang memerlukan ana menghulurkan bantuan pada bila-bila masa. insyaAllah…
Disini, ana kongsikan buku-buku yang ana telah jadikan koleksi dan bahan bantuan untuk mencerap lebih banyak ilmu. Kepada kawan-kawan yang berminat nak pinjam..bagitau ajer..insyaAllah, boleh saling bertukar idea lepas baca nanti.
Oklah..moga emosi kita dalam tuntunan rahmat-Nya. Kadangkala kita perlu untuk bersendirian melayani emosi yang pasang surut, namun andai tersedar apa yang kita lakukan telah menjejaskan iman, marilah sama-sama kita bertaubat, memohon ampun dari-Nya dan juga meredhai apa juga yang datang dalam hidup kita hendaknya.ameen..

-Lama dah dok aim buku nie.akhirnya dapat jugak.untuk panduan diri...



buku yang dah habis dibaca.tulisan pasangan suami isteri yang amat ana kagumi..



- buku untuk anak-anak buah...



- melengkapkan koleksi majalah yang tidak sempat dibeli...



- buku-buku daripada galeri ilmu...Alhamdulillah,dapat jugak..hehehe




-bekalan untuk sekarang dan akan datang...



-buku untuk menambah ilmu dalam proses membantu...

- sumber motivasi untuk diri sendiri dan juga orang lain...

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-