03 Mac 2010

:..aKTiViTiKu TeRHeNTi..:

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. semoga kehadiran bulan baru ini makin meniupkan semangat untuk meneruskan kehidupan yang sementera. Moga terus diberi kekuatan untuk menyumbang sesuatu kepada ummah.
Mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk meng'update' blog yang agak lama sepi. Kesulitan akibat broadband yang rosak buat ana 'hilang' dari dunia maya. Terasa bosan juga bila terbiasa melayari internet, tiba-tiba mengadap laptop dah tak tau nak buat apa... namun, Alhamdulillah, sepanjang minggu ini ada saja kerja yang perlu disiapkan dan juga klien datang setiap hari. Dan hari ini, ana dan Fara perlu menyampaikan ceramah berkenaan 'Jati Diri' kepada pelajar-pelajar Sijil Kejuteraan Awam. mulanya ana sendiri tidak yakin untuk berkongsi pengalaman mengenai perkara ini, kerana memikirkan apakah jati diri ana sudah kukuh untuk ana kukuhkan jati diri orang lain pula. Akhirnya, ana memutuskan untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat walaupun agak terbatas dengan ketiadaan internet, Alhamdulillah, ana dapat apa yang ana mahukan. Dan baru ana sedari, ana punya jati diri daripada makna dan keperluan yang digariskan(adakah bunyinya seperti perasan?hehehe..biarlah.maaf yer).
Moga-moga ana dapat buat yang terbaik pada petang nanti memandangkan pengalaman menyampaikan ceramah dulu ana banyak mendapat 'feedback' yang membina. Thank's a Lot adik-adik di Politeknik Sabak Bernam....
Berbalik kepada soal internet, bila tiada kemudahan internet ana menyedari bahawa ana perlu menggunakan semaksimum sumber-sumber yang lain selain daripada internet memandangkan kemudahan ini bergantung kepada keadaan. Bila saja berpeluang mendapat kemudahan internet, ana mengambil peluang untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang ana perlukan. biar tersimpan dalam laptop, bila perlukan...buka saja...baca dan faham. tapi kadang-kadang isu yang klien bincangkan diluar dugaan, pada masa seperti itu, ana amat memerlukan internet, salah satu cara paling cepat untuk mendapat sedikit idea tentang sesuatu perkara.
Urmmm..rindu dengan teman-teman, adik-adik di Facebook dan YM...Lama tak berceloteh, bertanya khabar...Lama ker? lama la jugak, lebih dari 3 hari.hehehe..
Banyak perkara nak dikongsi, namun prioriti sekarang kepada preration untuk ceramah petang nanti. so, mohon maaf jika entri kali ini entah apa-apa. ana suka untuk menyelitkan gambar ini disini. aktiviti ana bila tiada kerja...sangat damai dan tenang melihat wajah-wajah ini...

(",) :-)

2 ulasan:

Zaher berkata...

hmm..jati diri??
sedang meneruskan jati diri...tp org len x reti2 nak faham ka...

oooo broadband rosak...igt kot buzy sgt2..haha....broadband sruh tumpu kat keja la tu...jgn layn ym..lagho!!!!!..he2

PeNaWaR YaNG DiReDHai berkata...

sapa yang tak faham2 tue zaher...?meh sini akak sekolahkan orng tue.hehehehe..
ya..cmtue ea..akk layan YM ada keja la...bukn cm 'adik-adik' akk tue.hahahaha...

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-