27 Januari 2010

..aKhiRnYa...iMPiaNku TeRCaPai..

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. alhamdulillah, masih dikesempatan waktu ada, dengan nikmat iman dan islam, kesihatan yang baik, suasana kerja yang seronok, harapannya insan-insan lain juga dalam keadaan yang menggembirakan.
ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang hasrat ana dahulu yang tidak kesampaian. mungkin jika di 'post' terdahulu ana menulis tentang rasa kecewa bilamana ana tidak dapat turut menderma darah. dan hari ini ana mampu tersenyum kerana hasrat ana untuk menderma darah tercapai akhirnya. hari ini pihak hospital Klang telah mengadakan program derma darah di Politeknik Sultan Idris Shah ini.
kesempatan ini ana ambil sebagai satu peluang yang perlu ana gunakan untuk mencapai hasrat ana. setelah beberapa kali cubaan untuk menderma darah GAGAL, kali ini ana positif bahawa ana dapat menderma darah untk kali PERTAMA. hakikatnya, ana bukanlah berani sangat, namun keinginan yang kuat buat ana lupa ketakutan itu.
Alhamdulilah, tak der apa pon. tak sakit dan tak rasa apa-apa. sedar2 dah habis. alhamdulillah, suka sangat2...hurmmmm, maaf la..terlalu teruja untuk berkongsi perasaan.
k, salam ceria untuk semua..

25 Januari 2010

..HaTi KoToR HaNYa BoLeH DiBeRSiH DeNGaN IMaN..

SETIAP manusia dikurniakan Allah hati. Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Jika hati seseorang itu bersih (daripada kekotoran dosa) maka jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran dosa, maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah agama.
Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.
Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah mengingatkan kepada umatnya mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud “Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.”
Berdasarkan hadis itu, dapatlah kita gambarkan hati manusia yang rosak itu seumpama sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa, maka seluruh badan akan rosak.
Di dalam al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati, tetapi melalui pelbagai istilah. Melalui ayat itu juga diterangkan hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah.
Tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam tujuh perkara;
Pertama, seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya; Kedua, seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu; Ketiga, memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati.
Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati; Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita.
Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram. Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah; Keenam, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik.
Sesungguhnya hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya.
Hati amat penting, kerana apabila rosak ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak. Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah dengan syurga.
Hati yang bersih dan luhur membolehkan seseorang menangkis segala godaan syaitan. Sebenarnya manusia menghadapi dua bisikan, iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat.
Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah. Seterusnya lahirlah manusia kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pemfitnah dan sebagainya.
Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur ketakwaan, maka dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah dan sentiasa mengingati dan bersyukur kepada-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” (Surah al-A’raf ayat 200-201).
Allah mengangkat Nabi sebagai seorang yang maksum atau terpelihara daripada dosa selepas hati Baginda dibersihkan. Berbanding manusia biasa, kita hanya mampu berdoa kepada Allah, tetapi keimanan kepada-Nya tidak dapat dijamin kerana hati tidak dapat dibersihkan sepenuhnya dan sentiasa digoda syaitan.
Allah memilih Nabi Muhammad saw untuk membawa urusanNya. Maka semestinya utusan Allah mempunyai sifat istimewa, antaranya hati yang bersih.
Dengan hatinya yang bersih itu, orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda.
Umar Al-Khattab yang dikenali sebagai seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya bukan dengan kekerasan, tetapi dengan mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran.
Wallahua'lam

22 Januari 2010

::..MiNGGu eKSPLoRaSi MeNGeNaLi PeRSoNaLiTi DiRi..::







Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Alhamdulillah, sedikit masa yang ada ana cuba manfaatkan untuk memberikan yang terbaik untuk selesaikan tugas ana di tempat baru dan juga menyumbang sesuatu kepada mereka yang memerlukan. Mungkin ada antara kawan-kawan yang menjadi tempat ana meluahkan rasa stress dan penat sepanjang minggu ini. Terima kasih atas perhatian antunna, dan maaf kerana ana selalu memeningkan kepala kalian.
Ramai orang yang menyangka praktikal adalah sesuatu yang mudah, apatah lagi bilamana berada di ‘setting’ pendidikan. Apatah tugas ana yang tidak memerlukan ana untuk turun ke kelas menyampaikan ilmu tetapi kepada member perkhidmatan kepada yang memerlukan. Ramai juga yang beranggapan jika tiada klien datang menemui kaunselor maka kami akan goyang kaki. Mungkin jika menjawat jawatan tetap ianya mungkin terjadi, tetapi memandangkan ana bertugas sebagai praktikal kaunselor, ana tidak boleh bergoyang kaki jika tiada kerja. Ana harus mencari kerja. 500 jam kredit WAJIB dihabiskan untuk melayakkan ana mengenggam segulung ijazah, hadiah untuk ana, ibu ayah dan insan-insan tersayang, insyaAllah. Jadi, dengan itu pelbagai cara perlu ana gunakan untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam seminggu nie Alhamdulillah, ana dan Fara dapat mengurangkan jam kredit dengan mengadakan sesi kaunseling dan juga program. Dan kini, baru ana merasai suasana alam pekerjaan yang sebenar. Belum jam 5, masing-masing dah lembik. Dengan makannya belum, mengejar waktu sampai tak sempat nak menjamah makanan. Kesian dengan perut, pelbagai lagu didendangkan, tapi tak terisi pada waktunya.hehehe..bukan selalu…
Sepanjang minggu ini, 18-22 Januari, ana dan fara selamat menjalankan satu program dengan jayanya. Alhamdulillah. Syukur sangat. Sambutan yang sangat memberangsangkan daripada warga politeknik memberi kami lebih semangat untuk meneruskan kerja. Minggu Eksplorasi Mengenali Personaliti Diri merupakan satu idea yang dicetuskan oleh supervisor kami, en.Mohd Khir untuk memberi ruang kepada kami untuk mengendalikan program sendiri. Dengan ketiadaan beliau pada awalnya buat kami rasa agak gelabah, tapi kami yakinkan diri dan apply sebaik mungkin sedikit pengalaman yang sempat dikutip lewat di kampus dulu. Alhamdulillah, kehadiran tidak putus-putus hingga hari terakhir program berlangsung. Dengan kehadiran Ketua Pengarah dan juga pegawai HHP(Hal-hal Pelajar) buat kami rasa lebih bersemangat.
Sambil menyelam minum air, kesempatan yang ada dengan kehadiran pelajar yang tak putus-putus buat kami rasa ingin menggunakan peluang yang ada untuk menjalankan sesi. Alhamdulilah, ana bergilir-gilir dengan Fara menjalankan sesi kepada pelajar. Kerjasama yang sangat baik telah diberikan kepada kami. Alhamdulillah. Walaupun kadang-kadang kepala agak bengong memikirkan masalah kllien, namun bila mengingatkan jam kredit yg makin lauk, rasa berbaloi la untuk berperasaan begitu.
Sepanjang minggu ini kami menyediakan beberapa inventori untuk digunakan oleh klien untuk melihat personality masing-masing. Yang paling mendapat sambutan hangat ialah inventori Gaya Bercinta, Personaliti Warna, dan Personaliti Stress. Manakala ujian imej kendiri dan pengiraan karaktet berpandukan tarikh lahir kami sediakan sebagai tambahan. Di samping itu, kami turut menyediakan ruang dengan sehelai kain putih sepanjang 3 meter untuk meng’ekspresi’kan rasa hati masing-masing dengan kata kunci ‘Harapan 2010’. Belum sempat tengahhari kain tue dah penuh dengan kata-kata semangat, harapan dan juga tandatangan. Agak terkejut kerana tak menyangka sambutan yang begitu baik. Terfikir sebentar, perlukah mencari lagi kain untuk 4 hari seterusnya. Esoknya Fara membawa kain lebihan yang ada dirumah. Kali ini, cukup atau tidak itu sajalah. Bukan apa, kami turut menyediakan cenderahati kepada peserta yang kreatif dari segi kata-kata dan tandatangan. Jadi kami hadkan jumlah kain, itupun kain yang kedua terlalu bnyak tandatangan sampai sukar nak dibaca. Allahuakbar!
Buat akhirnya, sekalung penghargaan utk pelajar-pelajar yang sudi datang ke unit psikologi. kadang-kadang terasa macam dikerumuni adik-adik sendiri. tersangat gembira dengan karenah mereka yang sangat 'sporting'. thank's everybody...
And the end of the program i think how Great Allah put me in this position. counseling is something that i find before, and now i got it. and now i don't care about how long i spend my time to finish my study because i'm very happy now.Thank you Allah. Alhamdulillah.

18 Januari 2010

.:eKSPeDiSi MeNaWaN GuNuNG DaTuK:.

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. salam ceria dan bahagia untuk semua sahabat-sahabat di alam maya. Alhamdulillah, Allah masih memberi ruang waktu untuk memperbaiki diri, memperelok hubungan dengan-Nya, juga memperindahkan hubungan sesama manusia.
Ingin berkongsi cerita, pengalaman yang cukup memberi makna yang besar dalam usia mencecah JUbli Perak nie.huhuhu...sebenarnya mukaddimah sudah ditaip dua hari lepas, namun memandangkan kesibukan yang tak pernah difikirkan, tak dapat nak habiskan penulisan. maaf kepada sahabat2 yang mem'buzz' tapi tak dibalas. ana tak berada di depan laptop walaupun online..huhuhu
Minggu lepas, ana berkesempatan untuk sama-sama mendaki Gunung Datuk, bawah anjuran PERMADAH. alahamdulillah, dalam kesuntukan waktu mengejar masa selepas habis waktu kerja untuk menaiki bas ke kL. mujurlah ada adik-adik yang prihatin, dapat la jugak sampai ke Rembau,Negeri Sembilan. kebiasaannya, belum pukul 9.30, mata dah tak bley nak buka, tapi bila banyak cerita yang nak dikongsi nie, hilang rasa mengantuk.sampai ke tempat perkhemahan kira-kira hampir jam 12malam rasanya. sembang-sembang kejap dengan adik-adik then terus solat dan tidur. simpan tenaga untuk esok..
bangun pagi dengan semangat berkobar-kobar nak mendaki gunung.hehehe..sempat tolong apa yang patut sikit2, perjalanan mendaki dimulakan selepas taklimat daripada PALAPES. bila dah start naik, awalnya ok lagi, tapi tak sampai suku perjalanan, ana dah termengah-mengah. perjalanan yang sangat mencabar. penadakian yang mengambil masa hampir 2 jam berakhir bila kami selamat sampai ke puncak. lama berehat sebelum mendaki ke puncak yang lebih tinggi. sebenarnya, hampir berputus asa melihat kedudukan yang agak curam dan tinggi, namun beranikan diri untuk panjat dan akhirnya selamat sampai walaupun pada masa tue rasa nak menangis ajer. tengok orang lain naik lebih tinggi, ana tak mampu lagi, bukan apa takut nanti akn menyusahkan orang lain.huhuhu..
perjalanan turun yang sangat mencabar ana rasa. hinggakan ana menjadi orang paling belakang sampai. sebenarnya ana mempunyai kecederaan di bahagian kaki dan ana tak digalakkan untuk beraktiviti lasak, namun minat mengatasi semua tue. hinggakan tapak kasut lekang, dan ana tinggalkan tapak kasut tersebut. buat kenangan, perjalanan yang masih panjang buat ana lebih bergerak perlahan, bimbang kalau rushing nnt ana akan susahkan orang.
dalam keterbatasan kaki melangkah, ana bersyukur dapat jugak ilmu baru. macam-macam ilmu baru yang ana dapat. syukur sangat...dalam menikmati keindahan alam, terselit ilmu-Nya untuk kita teladani.
huraian daripada Faisal tentang 'ibrah alam amat menarik minat ana. penjelasan yang bersifat logikal. terlalu banyak pengajaran yang ana timba daripada program kali ini.
bersyukur sangat kepada-Nya kerana mengizinkan ana merealisasikan impian ana. dengan cara itu, ana dapat menilai kembali di mana kekuatan dan kelemahan ana.moga akan ada lagi peluang untuk ana muhasabah diri.insyaAllah.
untuk adik-adik PERMADAH..thank's for everything. maaf tak dapat banyak membantu..

sekian.

13 Januari 2010

..PeRaSaaN iTu TeLaH PeRGi..

salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. moga perjalanan hidup kita masih dalam perhatian-Nya. memasuki minggu kedua ana menjalani sesi praktikal, masih banyak yang perlu dipelajari.
semalam, ana berkesempatan menyampaikan maklumat dan juga bersama pelajar-pelajar baru yang mendaftar pada ahad lalu. pada mulanya terasa cuak dan gementar, bimbang apa yang disampaikan nanti tidak sampai dan juga risau kalau-kalau ana tidak mampu melakukannya dengan baik. namun, alhamdulillah.berkat sokongan rakan-rakan juga, semuanya telah dilalui dengan mudah dan lancar. respon yang baik turut ana terima di penghujung program. dan, perasaan itu telah berlalu pergi.hehehe..
dan hari ini, ana kebosanan, bos tiada selama dua minggu kerana menghadiri kursus. kerja-kerja untuk program minggu depan dah 100% disediakan. nak jalankan sesi, pelajar-pelajar belum ada. pelajar-pelajar baru belum habis sesi suai kenal. pelajar senior pula esok baru mendaftar masuk. dua minggu berlalu tanpa satu sesi kaunseling pun dijalankan. sepatutnya, minggu nie sudah perlu dihantar rakaman sesi yang pertama, namun apakan daya...
entah apa yang nak dicoretkan. seminggu dua terasa kosong dari memikirkan perkara-perkara yang berat. 100% tumpuan diberikan kepada menjayakan program semalam dan minggu depan. entah apa lagi yang nak dibuat pada hari esok dan lusa.hurmmmm....
banyak kerja perlu dilakukan, namun apabila ianya melibatkan orang lain, ianya terpaksa ditangguhkan seketika. meh,sesaper yang sanggup nak jadi klien ana...hehhehe..

11 Januari 2010

TEMPAT BARU, SUASANA BARU, KAWAN BARU, SERBA BARU (“,)

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Alhamdulillah kita masih diberi kenikmatan Iman dan Islam untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini. Di awal tahun baru ini, pastinya ramai yang mencipta azam baru dan dalam masa yang sama berusaha keras untuk mencapainya. Apalah makna mencoret azam andai hakikatnya ia hanyalah di atas sekeping kertas. Alhamdulillah, azam tahun lalu Berjaya dicapai walaupun tak semua, yang berbaki akan terus dilakukan pada tahun ini.
Di tahun baru, ana menempuh kehidupan yang baru. Dalam suasana baru yang selama ini hanya menjelma dalam bayangan. Realitinya ternyata amat berbeza. Mungkin minggu pertama ini terlalu awal untuk ana merumuskan keadaan sebenar disini. Kemasukan pelajar baru akan bermula ahad ini(10.01.10), seminggu selepasnya pelajar senior pula akan mendaftar. Pendek kata, minggu ini keadaan disini masih lengang, dan kami bebas bergerak tanpa segan. Mata yang memandang hanyalah beberapa pasang. Tapi makin hari dirasakan suasana meriah dengan kedatangan beberapa pelajar yang terlibat untuk minggu suai kenal nanti.
Untuk minggu pertama tiada rakaman sesi yang dapat dilakukan memandangkan tiada pelajar disni. Jadi ana hanya melakukan beberapa aktiviti untuk melancarkan perjalanan program yang telah dirancang. Alhamdulillah pengalaman sedikit sebanyak yang telah ana kutip di bumi UM dulu banyak membantu disini. Memandangkan kaunselor yang bertugas disini, sebaya dengan kami(oh tidak!), maka lebih mudah untuk merancang aktiviti dan program. Muda-muda nie kuat semangat nak buat itu dan ini. Untuk program pertama pada minggu depan, Alhamdulillah semua persiapan 90% telah siap. Al-maklum la, bila tak der kerja nie…laju je buat keja2 yang melibatkan penyediaan material. Jadi, dengan cepatnya semuanya lengkap tersedia.tunggu hari program jer la.huhuhu..alkisahnya…
Dalam kehidupan baru ini, ana gembira kerana aktiviti harian banyak membantu mendisiplinkan diri. Sedikit sebanyak kehidupan orang bekerjaya tue dah sedikit sebanyak terasa. Masa terasa sangat pendek. Siang sibuk menghabiskan kerja, malam balik ke rumah mata dah layu, hurmmmm…. Kalau dulu selagi belum jarum jam lepas pukul 12, selagi tue mata tak boleh nak pejam, tapi sekarang dah pukul 10malam, mata tak boleh nak angkat dah. Rindu pulak zaman kampus yang banyak dengan masa. Boleh buat itu ini sampai penat. Tapi sekarang aktivitinya sikit, tapi penatnya berganda. Adat orang bekerjaya begitukah?
Entah apa yang ana tulis, ana sendiri dah tak faham. Teringin mencoret sesuatu bila tak dak kerja nak dibuat nie. Tapi terlalu awal untuk menulis tentang pengalaman di sini. Agak berdebar untuk berhadapan dengan pelajar yang akan mendaftar masuk. Harapnya, diaorang dapat la tolong untuk habiskan praktikal nie dengan jayanya. Minggu depan jugak akan bermula program dengan pelajar baru dan juga program untuk staf. Terlalu awal rasanya, tapi bukan ada banyak masa untuk bersedia kerana masa disini hanya hampir 4 bulan sahaja, nak dikejarkan 500 jam kredit bukan satu perkara yang mudah. Moga-moga Allah menganugerahkan kekuatan akal dan fizikal untuk meneruskan praktikal ini hingga ke akhirnya.ameen.

DI HUJUNG TAHUN 2009, DI AWAL TAHUN 2010

Agak lama menyepi rasanya, dek hambatan tugas social dan peribadi menyebabkan urusan di blog terhenti seketika. Alhamdulillah ana selamat sampai ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dan memulakan latihan professional bersama sahabat ana, Faraha. Agak cuak untuk memulakan LP kerana surat kebenaran daripada Politeknik tidak sampai ke tangan kami sehinggalah kami menjejakkan kaki ke bumi politeknik Sabak Bernam ini. Alhamdulillah, atas budi bicara pengarah, kami dapat meneruskan LP disini. Bimbang jugak kalau dipersoalkan dan ditolak untuk menjalani LP, mana la tempat nak dituju dalam masa yang terbatas. Ana tidak berhasrat untuk menulis tentang kehidupann baru ana disini, masih banyak masa lagi untuk berkongsi tentang cerita-cerita disini.
Ana ingin berkongsi perjalanan tahun baru ana yang amat menggembirakan. Teruja sekali. Ana bertolak dari Kuala Nerang jam 10 malam 31 Disember 2009 dan tiba di hentian Duta jam 4.30 pagi 1 Januari 2010. Huh! Perjalanan yang panjang..hehehe… Jam 11 pagi ana bersama bonda dan family abang ana yang keempat bertolak untuk ke Cameron Hinglands. Asalnya abang ana yang kedua dan juga ayah akan bersama kami, namun oleh kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan, hanya kami sahaja bersama sepupu meneruskan rancangan ke Tanah Tinggi. Sampai ke Eqoitural Hotel hampir jam 4 petang. Bertolak agak lewat dari ipoh kerana menunggu abang solat Jumaat. Kebetulan sepupu ana bekerja di EQ, dengan itu abang ana dan sepupu lagi satu nie ‘book’ bilik kat sana. Agak best jugak la ‘view’ kat sana, memandangkan hotel nie terletak ditempat yang agak tinggi, jadi tempatnya sangat sejuk dan berkabus. Subhanallah!
Lepas berkemas dan solat, kami turun ke Brinchang untuk ke rumah sepupu ana yang lagi sorang yang memang tinggal disana(berapa banyak sepupu la)…lama jugak disana, sempat berborak, makan-makan, dan solat maghrib. Lepas tue, p pulak rumah sepupu lagi satu. Lebih kurang program ziarah la.. al-maklum la, ramai sedara kat Cameron nie, kalu tak pergi kang, ada yang kecik atie plak. Itu belom lagi adik kesayangan ana ada disana. Klau tak kena la pergi jugak kat rumah adik ana tue. Da habis ziarah rumah ke rumah, kami berjalan di sepanjang pasar malam disana. Kalau siapa yang pernah pergi mesti dapat gambarkan betapa meriahnya suasana pasar malam di Brinchang. Kebetulan masa tue ada fun fair, so kakak dan sepupu ana sempat naik permainan yang ada kat situ. Ana di’offer’ untuk naik, tapi cepat ana menolak, GAYATTTT!!! Takot pening ja nanti. Sambil tunggu diaorang habis naik, pusing-pusing ja la kat situ, tengok apa yang menarik. Hampir kol 10, kami bergegas cari makanan, perut dah berdendang lagu macam-macam. Bonda tak ikot sekaLI sebab bonda akan bermalam di Brinchang, dan kami akan balik ke hotel. Selesai ja makan, tak tunggu lama..terus tidur. Mengantok, letih, penat dan paling utama kesejukan yang teramat buat ana lena tak sedar. Sedar-sedar ja dah jam 6pagi.nyenyak sekali.huhuhuhu..
Meneruskan perjalanan hari kedua ke Tanah Rata. Bonda dan sepupu dah menunggu di sana kerana anak sepupu perlu daftar sekolah pada hari tersebut. Selepas bersarapan kami bergerak ke MARDI. Menghabiskan masa melawat dan menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Kuasa. Subhanallah! Bonda yang malas bergambar tetiba jadi suka bergambar bila melihat kepada bunga-bunga yang ada. Sangat cantik, ana dapat lihat kekaguman dan riak teruja di muka bonda. Ana tahu bonda amat meminati bunga-bungaan. Nak aja semua benih bunga yang ada, nak di tanam. Urmmm..bonda..bonda…
Sepupu ana yang sorang nie memang suka bergambar. Nak ke ladang teh agak jauh, memandangkan masa yang ada tak lah banyak, jadi ana bawa diaorang ke teashop tempat ira bawa ana dan kawan-kawan dulu. Sebabnya, kat situ ja, dapat tengok view ladang teh dari jarak yang agak dekat. Boleh la hilangkan keinginan nak bergambar berlatar belakangkan ladang teh, walaupun tak dapat nak bersembunyi di dalam rimbunan daun-daun the.heheheheeee.. perjalanan pulang semula ke hotel amat meletihkan. Perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa 30 minit bertukar menjadi hampir 2 jam kerana kesesakan yang amat teruk. Akibatnya, kereta sepupu ana hangit kerana terlalu lama dalam kesesakan tersebut. Sampai saja di hotel, kemas barang dan kemudian check-out. Nasib baik sepupu yang uruskan tentang bilik, kalau tak teruk jugak la sebab dah lewat baru kami check-out. Alhamdulillah.
Sebelum turun ke Brinchang semula untuk makan tengahari di rumah sepupu, kami sempat menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar Kea Farm. Banyak jugak barang dibeli untk dibawa pulang. Hampir jam 4.30 ptg sampai ke rumah sepupu, habis je makan turun semula ke pasar malam sebab ada lagi barang yang nak dibeli. Abang dan sepupu tengah berbincang nak balik ikut jalan mana, memandangkan jalan yang agak sesak. Nak balik ikut Tapah atau Simpang Pulai. Cuaca hujan membuatkan kami berfikir berkali-kali untuk balik melalui Tapah kerana abang ana dan sepupu tak biasa menggunakan jalan tersebut. Akhirnya, kami memilih untuk balik ikut jalan Simpang Pulai. Alhamdulillah, jalan tidak sesibuk tadi. Selamat sampai ke Rawang jam 10.30 malam. Banyak kali jugak berenti rehat, kesian kat driver…penat layan corner..hahahaha..
Hari ahad, 03.01.10, semua ahli keluarga yang ada kat sini termasuk ayah dan bonda bersama menghantar ana ke Sabak Bernam. Aduss!! Sedih jugak, tapi nak buat macam mana, demi masa depan, soal perasaan buang ke tepi kejap. Ibarat kata bonda, lama dah tinggalkan ayah mak, takkan sekejap lagi tak boleh….huhuhu..boleh…boleh..boleh… lepas zohor, semua bertolak balik, tinggallah ana bersama Farad an ibunya. Nasib baik dah biasa dating dan bermalam di sini, so…tak la kekok sangat rasanya…buat preparation sikit untuk ke politeknik nanti.
Itulah cerita tahun baru ana. Ewahhh! Macam pertandingan bercerita la pulak. Hehehe.. apa pon ana sangat gembira kerana percutian kali nie bersama keluarga. Agak lama tak dapat bercuti bersama.
**da lama ditulis, baru berkesempatan utk post.
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-