19 Februari 2009
AS-SYaHiD iMaM HaSSaN aL-BaNNa
Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang..
kali ini ana berminat untuk menulis tentang As-syahid Imam Hassan Al-Banna.kisah beliau sudah tersebar dimerata-rata.kita boleh menemui tentang sejarah hidup beliau dimana-mana. namun,dari diri yang dhoif ana suka untuk berkongsi apa yang telah ana baca mengenai imam terkemuka ini.sepanjang minggu ini ana banyak membaca tentang sejarah hidup beliau. Buku 'Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden dan Buku Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna cukup menarik minat untuk terus membaca kisah hidup insan mulia ini. ana petik kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Sheikh Muhammad al-Ghazali tentang peribadi imam Hassan Al-Banna,"Ustaz Hasan Al-Banna hidup di dunia ini selama 40 tahun. Dia tidak tidur di atas tilamnya yang empuk kecuali beberapa malam tertentu.Dia tidak bertemu dengan sanak saudaranya kecuali pada saat-saat tertentu.Umur setelah itu berkelana untuk mengukuhkan tiang-tiang Rabbani dan memantapkan rukun-rukun Islam disaat kaum Muslimin sedang terpedaya, pada saat kaum penjajah terjaga, begitu juga dengan golongan komunis.Hasan Al-Banna adalah seperti raksasa yang memerangi semua itu,sehingga membuat musuh tidak dapat tidur dan menjadikan musuh tidak akan aman".
Imam Hasan Al-Banna merupakan monumental yag sangat besar dalam arena dakwah global, khususnya bagi pendukung-pendukung gerakan Islam seluruh dunia abad moden. Pengasas Ikhwanul Muslimin ini ternyata seorang yang dalam strategi dan juga pemimpin yang bijak dalam mengatur organisasi.Buktinya,gerakan Ihkwanul Muslimin hingga kini melahirkan tokoh-tokoh yang sama hebat dengan beliau.Yang memperjuangkan Islam dengan sebenar-benarnya.Imam Hasan Al-Banna juga merupakan cerminan hidup seorang pejuang yang telah mewakafkan hidupnya demi memartabatkan Islam ditempat yang selayaknya.
Menyoroti kisah hidup beliau sebagai seorang suami dan ayah,ianya cukup sempurna. dalam kesibukan beliau menguruskan jemaah,Imam As-Syahid Hasan Al-Banna masih lagi menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.Hal ini tertulis dalam buku Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna, dimana anak-anak beliau sendiri menceritakan tentang peribadi Imam besar ini.satu situasi yang diceritakan buat ana cukup terkesan adalah apabila Al-Banna memotivasikan isteri beliau Ummu Wafa dengan mengatakan,"Wahai Ummu Wafa,istana kita menanti kita di syurga.Allah tidak akan mensia-siakan hidup kita di dunia".Saat itu,dirumah mereka kosong tanpa apa-apa peralatan kerana semuanya dipindahkan ke pejabat yang menjadi pusat gerakan Ikhwanul Muslimin.ana tak mampu mengungkap semua kandungan buku ini, ana sarankan kepada semua sahabat untuk memiliki buku ini.
Di bawah ini ana sertakan kata-kata yang diungkapkan oleh Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi untuk Imam Hasan Al-Banna.Moga kecintaan kita terhadap perjuangan bertambah sebagaimana cintanya imam besar ini kepada syahid dijalan Allah.ameen.
SURAT UNTUK AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA
Untukmu wahai imamku,
Wahai guru yang mulia
Wahai pembawa cahaya di zaman
kegelapan
Wahai Pembimbing dunia ke jalan Muhammad
Wahai hembusan daripada
generasi Darul Arqam
Aku hadiahkan untukmu diriku dalam qasidah
yang kurangkapkan
Yang memberi petunjuk dan juga merejam seperti
bintang-bintang
Mereka menyangka engkau mati, sedangkan engkau
hidup kekal
Tidak mati kecuali sipenzalim dan penjenayah
Mereka
menyangka engkau tiada, sedang engkau berada disisi kami menyaksikan
Kami
suluh dengan manhajmu setiap laluan yang gelap
Kau tegakkan untuk
Islam menara yang tidaklah batu batanya selain pemuda Islam
Kau tuliskan
dunia satu deklarasi kebangkitan
Dan engkau enggan menandatanganinya kecuali
dengan darahmu
Tidurlah disisi Tuhanmu yang memberi
petunjuk
Sesungguhnya apa yang kau bina wahai Banna’( Pembina) tidak runtuh
Kecintaan padamu akan terus terukir dihati
Kau dipuji akal
fikiranmu dan namamu meniti dibibir.
Oleh : Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-
2 ulasan:
Salam ziarah,
Sekadar mahu bertanya di mana mahu beli buku ini?
adakah dijual di kedai-kedai biasa?
salam ya ukhti..sy sgt suke dgn artikel ni..izinkan sy buat link this artikel ke dlm blog sy..boleh k anti?..my blog http://mumtazahmaridi.blogspot.com/
Catat Ulasan