27 Februari 2009

PiSaNG dan HaTi

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

24 Februari 2009

Bicara Canseleri: Siswa berkebolehan

Salam Ukhuwwah dan salam kasih sayang..
ana tertarik untuk berkongsi artikel yang dikeluarkan oleh akhbar Berita Harian pada hari ini di ruangan Pendidika-Bicara Canseleri yang mengetengahkan tentang kepentingan mahsiswa/i menjadi serba boleh semasa dalam proses menuntut ilmu di menara gading.Di IPT bukan hanya terdapat dewan kuliah,Cafe dan juga Kolej(Penginapan) sahaja,bahkan lebih dari itu.Moga ada sedikit manfaat disini...


PELAJAR Unitar membantu beberapa kanak-kanak daripada Persatuan Sindrom Down Malaysia menyiapkan lukisan tampalan sempena program kemasyarakatan di Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia, baru-baru ini.


Pelajar IPT perlu sertai kegiatan kemasyarakatan bagi membentuk jati diri pemimpin masa depan

MASA di kampus bukan hanya digunakan sepenuhnya dengan menelaah pelajaran semata-mata, kerana masa berharga itu boleh dibahagikan sebaik mungkin dengan menyertai kegiatan kemasyarakatan. Ikuti pandangan Presiden dan Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak, Prof Datuk Dr Md Zabid Abdul Rashid kepada wartawan pendidikan Norliza Abdullah

SETIAP individu yang mengikuti pengajian di universiti perlu memasang niat bahawa kehadiran mereka di kampus bukan sekadar belajar dan mencatat kejayaan cemerlang sebagai batu loncatan menjawat jawatan penting dalam sesebuah organisasi.

Malah masing-masing perlu memikirkan sumbangan yang perlu diberikan kepada masyarakat dengan menyertai aktiviti kebajikan.

Tempoh pengajian di universiti boleh digunakan sepenuhnya bukan hanya menelaah pelajaran sebaliknya di sinilah tempat memupuk semangat prihatin kepada masyarakat terutama di kalangan mereka yang begitu memerlukan.

Proses pembelajaran tidak terhad ketika di dalam dewan kuliah semata-mata kerana kegiatan kemasyarakatan juga membentuk jati diri di kalangan pelajar yang juga bakal pemimpin negara.


Kesibukan masa menyiapkan tugasan bukanlah kekangan hinggakan mereka tidak ada masa bersama masyarakat. Dikategorikan sebagai golongan berpendidikan, wajar bagi mereka berkongsi pengetahuan dan kemahiran untuk dimanfaatkan bersama.

Tugas pensyarah yang juga pendidik pula lebih menyeluruh kerana selain mendidik mereka bertanggungjawab menerapkan nilai murni dalam diri pelajar bagi memastikan ilmu yang diperoleh seimbang.

Menyertai kegiatan masyarakat juga mampu membentuk semangat serta jati diri tinggi di kalangan anak muda. Bermula dengan kegiatan sedemikian mereka dapat membahagikan masa dengan sebaik mungkin, selain melengkapkan tanggungjawab hakiki iaitu menyiapkan tugasan kursus.

Pelajar tidak boleh dikecualikan daripada menyertai kegiatan kemasyarakatan. Organisasi kampus itu sendiri adalah sebahagian daripada ahli masyarakat dan mereka menjadi pelengkap antara satu sama lain.

Selepas menamatkan pengajian pelajar ini akan menjadi sebahagian daripada ahli masyarakat. Sebagai persediaan awal, wajar bagi pelajar membiasakan diri dengan kegiatan kemasyarakatan yang pastinya memberi lebih banyak kebaikan.

Kampus bukan hanya tempat menimba ilmu dan mempertingkatkan pengetahuan akademik semata-mata kerana fungsinya lebih menyeluruh termasuk membentuk nilai murni dalam diri seseorang, selain melatih menjadi insan serba boleh dalam memimpin generasi akan datang.

Mengulas permasalahan ini, pihak pengurusan universiti perlu menggalakkan pelajarnya supaya meluangkan masa dengan mengikuti program kebajikan bagi membentuk semangat jati diri tinggi.

Walaupun usaha memupuk sifat berkenaan dianggap remeh oleh sesetengah pihak, namun unsur itu mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan keturunan.

Jangan beranggapan kerja kebajikan hanya membabitkan golongan tertentu antaranya, suri rumah sepenuh masa mahupun aktivis masyarakat.

Sebaliknya sebagai pelajar mereka juga ejen perubahan kepada masyarakat dengan menyalurkan maklumat untuk dimanfaatkan bersama. Sebagai contoh dalam usaha menerapkan semangat cintakan alam sekitar, isu global ini perlu ditangani semua pihak.

Sokongan pelajar sama ada di peringkat kampus mahupun fakulti akan memberi manfaat kepada masyarakat mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar dan kelestariannya terpelihara untuk diwarisi generasi akan datang.

Pelajar juga perlu lebih bijak menganggotai pertubuhan masyarakat, sekali gus memberi peluang mereka memupuk kemahiran memimpin, selain menyediakan peluang meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan.

Di luar sana banyak pertubuhan bukan kerajaan yang membuka luas pintunya untuk disertai pelajar antaranya, Persatuan Pencinta Alam yang begitu mengharapkan generasi muda terutama warga kampus menyertainya.

Baru-baru ini pihak pengurusan Unitar menganjurkan program kemasyarakatan bertema kami prihatin. Program berlangsung di Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia, di Kepong. Apa yang menariknya, kegiatan itu turut membawa sekumpulan kanak-kanak daripada Persatuan Sindrom Down Malaysia.

Kesediaan pihak pengurusan kampus dalam mengendalikan program kemasyarakatan begitu diharapkan. Pelajar memerlukan sokongan supaya segala urusan mereka berjalan lancar. Kerjasama semua pihak penting kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab bagi memastikan tujuan yang baik dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Keprihatinan warga kampus berjaya menyuntik semangat golongan istimewa ini untuk lebih yakin meneruskan hidup dan berhadapan dengan masyarakat normal. Malah mereka juga merasa dihargai dan turut dibawa bersama dalam program penjagaan alam sekitar.

23 Februari 2009

KeCeWa...


Salam'alaik dan salam kasih sayang...
Hari pergi kelas dengan bersemangat,walaupun perjalanan pulang ke kampung kali ini agak melelahkan,buang rasa penat sumer sebab hari nie ana ada satu misi...hehehee.
Tujuan utama hari..ana nak DERMA DARAH!!!da lama pasang niat,tapi tak kesampaian,da ja halangannya.so,hari nie la ana nak realisasikan keinginan ana.
Dengan penuh semangat,abes jer class terus g mkan.siap ambik makann seimbang tue.hehhee..Jaja pon semangat nak derma darah jugak.K.mia pon ikut,tapi dia tak boleh menderma.cukup untuk dier jer darah..hehehee..
sesampai jer kat KPS,isi form sumer..then tekanan darah and berat badan da ok.bila pergi check darah..keciwanya... Tak lepas...dengan muka yang tak puas hati dan kecewa,terus tnya nurse tue,"kenapa..?".nurse tue jawab,"darah yang awak ada cukup untuk diri awak jer.tak boley menderma".nak tanya banyak lagi,tapi da Q kat belakang,so bangun jer la.Jaja da lepas,da siap nak kena cucuk jarum dah...
dah tue,tunggu la Jaja,tak puas hati lagi.Nampak ja ader doktor yg free,terus g tanya.."Saya nak derma darah,tapi tak boleh.kenapa yer?".Doktor tue senyum jer,then dia kata,"owh,hemoglobin tak cukup la tue".dia siap tanya berapa hemoglobin la,mana la ana tahu.tak sempat nak tanya paper...ana tanya lagi,"Naper bley jadi camtue?". "Mungkin awak kurang makan daging dengan ayam."...owh,patut la,ana memang tak berapa suka makan ayam dengan daging.Lama jugak borak,macam-macam ana tanya.Banyak la ilmu baru dapat hari nie.Nasib baik la doktor tue melayan.
Lastly,melangkah balik dengan rasa kecewa lagi...
Tunggu la next time,yang penting nak jugak derma darah nie...huhuhu
sory,merapu kat sini..

20 Februari 2009

iKuTKaN HaTi....

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang....
ana kini dalam mood yang serba salah. minggu ini agak sukar buat diri ana.apa saja yang dilakukan serba tak kena.rakaman dua sesi kaunseling yang dijalankan,entah diterima entah tidak...cuma perlu bersedia untuk menambah bilangan sesi(sape2 nak jadi klien ana...huhuhu).Hari nie kelas amali kena pulak buat sesi live depan kawan-kawan.lagi sekali huru hara jadinya.asyik 'lost' saja.nasib baik prof ok...fuh!apa yang ana lalui hari nie buat ana semakin takut untuk berdepan dengan masa depan.pendedahan demi pendedahan bukan menjadikan ana makin berkeyakinan,tapi makin walang rasanya hati nie.ikutkan hati...
Dan entah mengapa tiba-tiba ana buat keputusan untuk pulang ke kampung.Rindu pada ayah bonda pasti penyebab utamanya.memandangkan kesihatan mereka berdua yang tidak menetu kebelakangan ini buat ana tak fikir dua kali lagi bila hati tiba-tiba rasa ingin pulang.ikutkan hati...lagi pula abang ana turut pulang atas urusan kerja.mungkin tiada sebarang cuti umum,mudah untuk dapatkan tiket walaupun last minute buat keputusan...
Namun begitu, berat hati sebenarnya. ye la,minggu nie banyak program yang ana patut hadiri.Bermula Program Kursus Memperkasa Akidah pada hari ini yang ana tak dapat hadir kerana ada kelas ganti.Program Seminar Pencetus Kecemerlangan Akidah(ust Nicholas Sykverster),antara prog besar PERMADAH sesi ini dan juga Majlis Penutup Minggu Siswi anjuran PMAPIUM.Ini tidak termasuk program yang ana nak sangat join iaitu esok sukan siswi dan malamnya pula ceramah oleh Ustzah Dato' Siti NorBahyah.memang rasa bersalah dan jga rugi,tapi bila difikirkan semula,kalau semua benda ana nak dapat,bila masanya ana akan rasa kecewa...terkilan..sedih..dan rugi.so,biarlah...mungkin Allah dah takdirkan ana bersama ayah bonda ana minggu ini.Mungkin ada hikmahnya...ana takut jika ana terlalu ikutkan kesibukan ana,ana menyesal tak sudah nanti.Ana kena bersedia untuk melepaskan apa saja yang ana ada.so,biarlah ia bermula disini..
maaf andai rakan-rakan confius membaca tulisan ana.agak terasa bila kawan baik ana bertanya,"syifa,kalau syifa' tak join program,program tue tak jalan ke?"...Allahuakbar! ana bukan sesiapa...cuma bila orang memberi penghormatan adalah wajar untuk ana menghargai.tidak ada apa-apa masalah andai ana tiada disana... mungkin sedikit bimbang jika keadaan ini dijadikan indicator untuk menilai kemampuan ana dalam menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin.Moga adik0adik ana tidak begitu.'ala kulli hal,ana tetap akan balik kampung...moga semuanya selamat.dan untuk adik-adik ana,doa akak mengiringi gerak kerja antum.moga semuanya berjalan dengan baik dan sempurna...
wallahua'lam...

19 Februari 2009

AS-SYaHiD iMaM HaSSaN aL-BaNNa



Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang..
kali ini ana berminat untuk menulis tentang As-syahid Imam Hassan Al-Banna.kisah beliau sudah tersebar dimerata-rata.kita boleh menemui tentang sejarah hidup beliau dimana-mana. namun,dari diri yang dhoif ana suka untuk berkongsi apa yang telah ana baca mengenai imam terkemuka ini.sepanjang minggu ini ana banyak membaca tentang sejarah hidup beliau. Buku 'Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden dan Buku Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna cukup menarik minat untuk terus membaca kisah hidup insan mulia ini. ana petik kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Sheikh Muhammad al-Ghazali tentang peribadi imam Hassan Al-Banna,"Ustaz Hasan Al-Banna hidup di dunia ini selama 40 tahun. Dia tidak tidur di atas tilamnya yang empuk kecuali beberapa malam tertentu.Dia tidak bertemu dengan sanak saudaranya kecuali pada saat-saat tertentu.Umur setelah itu berkelana untuk mengukuhkan tiang-tiang Rabbani dan memantapkan rukun-rukun Islam disaat kaum Muslimin sedang terpedaya, pada saat kaum penjajah terjaga, begitu juga dengan golongan komunis.Hasan Al-Banna adalah seperti raksasa yang memerangi semua itu,sehingga membuat musuh tidak dapat tidur dan menjadikan musuh tidak akan aman".
Imam Hasan Al-Banna merupakan monumental yag sangat besar dalam arena dakwah global, khususnya bagi pendukung-pendukung gerakan Islam seluruh dunia abad moden. Pengasas Ikhwanul Muslimin ini ternyata seorang yang dalam strategi dan juga pemimpin yang bijak dalam mengatur organisasi.Buktinya,gerakan Ihkwanul Muslimin hingga kini melahirkan tokoh-tokoh yang sama hebat dengan beliau.Yang memperjuangkan Islam dengan sebenar-benarnya.Imam Hasan Al-Banna juga merupakan cerminan hidup seorang pejuang yang telah mewakafkan hidupnya demi memartabatkan Islam ditempat yang selayaknya.
Menyoroti kisah hidup beliau sebagai seorang suami dan ayah,ianya cukup sempurna. dalam kesibukan beliau menguruskan jemaah,Imam As-Syahid Hasan Al-Banna masih lagi menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.Hal ini tertulis dalam buku Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna, dimana anak-anak beliau sendiri menceritakan tentang peribadi Imam besar ini.satu situasi yang diceritakan buat ana cukup terkesan adalah apabila Al-Banna memotivasikan isteri beliau Ummu Wafa dengan mengatakan,"Wahai Ummu Wafa,istana kita menanti kita di syurga.Allah tidak akan mensia-siakan hidup kita di dunia".Saat itu,dirumah mereka kosong tanpa apa-apa peralatan kerana semuanya dipindahkan ke pejabat yang menjadi pusat gerakan Ikhwanul Muslimin.ana tak mampu mengungkap semua kandungan buku ini, ana sarankan kepada semua sahabat untuk memiliki buku ini.
Di bawah ini ana sertakan kata-kata yang diungkapkan oleh Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi untuk Imam Hasan Al-Banna.Moga kecintaan kita terhadap perjuangan bertambah sebagaimana cintanya imam besar ini kepada syahid dijalan Allah.ameen.

SURAT UNTUK AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA

Untukmu wahai imamku,
Wahai guru yang mulia
Wahai pembawa cahaya di zaman
kegelapan
Wahai Pembimbing dunia ke jalan Muhammad
Wahai hembusan daripada
generasi Darul Arqam

Aku hadiahkan untukmu diriku dalam qasidah
yang kurangkapkan
Yang memberi petunjuk dan juga merejam seperti
bintang-bintang

Mereka menyangka engkau mati, sedangkan engkau
hidup kekal
Tidak mati kecuali sipenzalim dan penjenayah

Mereka
menyangka engkau tiada, sedang engkau berada disisi kami menyaksikan
Kami
suluh dengan manhajmu setiap laluan yang gelap

Kau tegakkan untuk
Islam menara yang tidaklah batu batanya selain pemuda Islam
Kau tuliskan
dunia satu deklarasi kebangkitan
Dan engkau enggan menandatanganinya kecuali
dengan darahmu

Tidurlah disisi Tuhanmu yang memberi
petunjuk
Sesungguhnya apa yang kau bina wahai Banna’( Pembina) tidak runtuh

Kecintaan padamu akan terus terukir dihati
Kau dipuji akal
fikiranmu dan namamu meniti dibibir.


Oleh : Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi

15 Februari 2009

eiD MiLaD SaeiD


semalam genap umur adik ana 21 tahun...
dari kejauhan didoakan moga diri adik sentiasa dalam redha Allah...
moga dipermudahkan segala urusan di suasana yang baru...
moga dengan pertambahan usia ini adik akan makin matang menempuh hari2 mendatang...
moga jadi anak yang soleh, saham untuk ayah bonda nanti...
selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 21..
moga sentiasa ceria,bahagia dan sihat selalu..
best of cares...

13 Februari 2009

HiDuP TeRLaLu SiNGKaT uNTuK MeMBeNCi

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang...
Beberapa hari ini hati diasak dengan pelbagai rasa.Teringat peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sepanjang minggu ini.Terlalu banyak memberi kesan hingga kadang-kadang senak dada dibuatnya.Bicara soal kasih sayang pasti semua suka.namun kasih sayang yang terbina atas bukan niat yang ikhlas dan landasan yang utuh pastinya boleh roboh bila-bila.ramai bertanya,mengapa ana sering mengucapkan kata sayang...ini kerana ana sayangkan semua.kerana hidup ini terlalu singkat untuk membenci.namun begitu niat sedikit diduga bila berhadapan insan yang dengan mudah menggadaikan kasih sayang seorang sahabat.hanya kerana satu situasi yang remeh dan kecil.sekadar luahan dan perkongsian untuk teman-teman.ana tertarik membaca tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam majalah Anis yang bertajuk 'Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci".cukup menyentuh.ringankan mulut mengucap kata maaf kerana kita tidak tahu kita akan meninggalkan dunia ini.
Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

moga jadi renungan untuk kita bersama.wallahua'lam.

12 Februari 2009

KeMaNiSaN DaLaM uJiaN


Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang...
lama rasanya tidak mengemas rumah nie,da berhabuk dah pon.huhuhuuu...
keadaan kesihatan yang tak mengizinkan ditambah lambakan tugasan yang minta dilangsaikan buat ana terpaksa abaikan sementara rumah ini.Entah kenapa gangguan kesihatan kali nie agak panjang.Terlalu banyak debu yang perlu dibersihkan di hati.mungkin ini kaffarah atas kelalaian yang sering dilakukan.
bermula di program OPKIM,penghujung Januari hinggalah prog motivasi di MRSM Lenggong,disambung lagi dengan prog Kepimpinan minggu lalu,ana bergerak dalam kondisi yang agak tidak stabil.Tak pernah lagi rasanya selama ana membesar ini ana dilanda gangguan kesihatan yang panjang begini.kecuali semasa accident dulu....
Allahuakbar...percaturan Allah itu Maha Halus.mungkin ini dugaan untuk melihat sejauh mana ana mampu bertahan sebagaimana pernah ana katakan dulu.kalau ana mengalah ertinya ana berbohong pada diri sendiri.
namun, Alhamdulillah..disebalik semua ini Allah masih lagi mengurniakan sedikit kekuatan untuk berhadapan dengan kesakitan ini.
Apalah sakit ana yang sedikit ini berbanding apa yang Allah hadiahkan buat 'adik kesayangan' ana.tak ada apa-apa pon..kalau ana kerapkan ucapkan kata-kata;"sabarlah yer"."kuatkan hati dik"."Allah sayang adik"...kenapa bila ujian itu datang pada ana, ana mengalah.insyaAllah,sedikit kekuatan yang berbaki ditambah dengan perhatian teman-teman tak terasa nikmat kesihatan yang diambil oleh Allah ini.sudah lama benar ana sihat,apalah sangat sakit yang sedikiy nie(pujuk hati)
maaf teman-teman,entah apa yang ana merapu.rindu nak menulis tapi buat masa ini kena tak dapat nak tulis panjang...
sekali lagi maaf,buat teman-teman..thank's 4 everything.

02 Februari 2009

MuSLiMaH HaRaPaN RaSuLuLLaH...

Salam Ukhuwah dan Salam Kasih Sayang..
Saat membaca satu artikel di laman iluvislam.com,diri ana bagai ditiup semangat baru.Keinginan dan impian bergelar muslimah solehah semakin kuat.Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'alaihiwasallam sangat memuliakan wanita/muslimah.Jadi,bilamana ana membaca artikel itu sedikit sebanyak dapat membantu ana memperbaiki diri.ana kongsikan artikel itu di ruangan ini. Disini juga ana selitkan kata-kata yang dihadiahkan oleh adik kesayangan ana untuk semua muslimah.Renung-renungkan...moga jadi panduan dan tauladan kepada semua muslimah di luar sana.InsyaAllah...
Menjadi wanita memang menyenangkan, apalagi wanita "Muslimah", sebab muslimah bererti wanita yang telah diseleksi oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah, sangat peduli terhadap muslimah.
Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak dua orang perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan bisa memasukannya ke dalam surga."
Di masa baginda hidup kaum wanita merasakan angin segar dalam kehidupannya, setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya, tidak mendapatkan hak yang semestinya. Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikata beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul tersanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.
Berbeza dengan situasi sekarang, ketika banyak wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada ditengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berupaya menghilangkan dugaan tersebut. Caranya adalah dengan mulai mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.
Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."
Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau karena tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, istrinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat sholat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan sholat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'



Demikian semoga dengan empat hal ini kita dapat menjadi aktivis Muslimah yang di cintai Rasulullah SAW. Amin.

"Muslimah itu anugerah terindah dunia. • Ia lembut namun tidak lemah. • Mempesona namun tetap Bersahaja. • Tetap senyum walau kesulitan sedang mengikat kedua kakinya. • Ikhlas menjadi perhiasannya. • Ia tau bagaimana menjaga Izah dirinya. • Ia mengerti bagaimana menjaga akhlak & kemuliaannya. • Itulah yang Membuatnya Istimewa dibandingkan wanita lainnya. • Kesabaran telah mengangkatnya menjadi permata terindah di dunia… Subhanallah."
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-