Salam Ukhuwwah dan Salam Kasih sayang.
Ana baru pulang dari sesi pengenalan calon.Suasana cukup meriah malam ini.Dengan kehadiran yang amat ramai,cukup membakar semangat.Laungan keramat yang bersahut,bergema disegenap ruang.
STUDENT POWER!!!
HOPE&CHANGE...YES!WE CAN..!!!
HIDUP..HIDUP..MAHASISWA!!BANGKIT..BANGKIT..MAHASISWA!!!
Itulah laungan keramat yang bergema malam nie dan pastinya akan sentiasa bergema selepas ini.itu harapan ana dan harapan semua mahasiswa yang inginkan keadilan kembali tertegak di uni perdana ini...
Namun pilihanraya kali nie cukup kotor ana rasa... lebih teruk dari apa yang berlaku dalam dunia politik diluar...
memetik kata-kata Menteri Pengajian Tinggi dalam siaran berita tengahari tadi,lebih kurang bunyinya begini,"saya cukup tertarik dengan suasana pilihanraya yang berlaku di Kuala Terengganu yang berlangsung dengan aman walaupun rakyat disitu bukan semuanya berpelajaran.Tapi bagaimana isu begini boleh berlaku dikalangan mahasiswa yang berpendidikan...."lebih kurang gitu la bila diminta mengulas isu penemuan kepala babi yang dibungkus dengan bendera pas yang diletakkan di dalam surau APIUM.
Macam mana la benda macam nie boleh jadi kat Uni Perdana nie..pelik..pelik..
Isu kat luat yang melibatkan kepala babi nie pon,diaorang jumpa gantung kat rumah.buang kat tepi pantai..tak der la sampai berani letak dalam masjid!Bijak sungguh pelajar Uni Perdana nie...Berani Sungguh!!!
Entah kenapa ana yakin yang kerja itu bukan dilakukan oleh orang bukan Islam.semua ini dilakukan oleh pihak yang sengaja nak tengok perbalahan antara kaum dalam kampus nie.itu jangkaan ana,yang pasti..kalau polis buat kerja..siapa dalangnya akan terbongkar nanti.
Malam tadi saat airmata Ayuni mengalir,ana turut sama berkongsi kesedihan itu.tergamak seorang insan yang menggelarkan diri sebagai ayah melukakan hati anak gadis yang dipanggil anak.tergamaknya dia mengheret sama insan yang paling mulia dalamn hidup anak gadis ini gara dendam dihati.bagaimana agaknya jika anaknya turut diperlakukan seperti apa yang dilakukan pada Ayuni.Namun ana tau,Ayuni kuat..sebab itu dia yang menerima ujian ini.Moga dirimu terus kuat dik!
Apa yang berlaku sepanjang tempoh pilihanraya ini banyak membuka mata ana. betapa kuasa mampu merubah semuanya.tapi ana percaya,dunia nie bulat.tak selamanya kita diatas...tak selamanya jugak kita dibawah.apa yang penting,dalam tempoh yang sudah hampir ini...moga Allah terus beri kekuatan.apa yang bakal jadi esok...tak siapa tahu.namun apa juga yang bakal terjadi semuanya ada hikmahnya.
ana tak tau apa yang ana dah merepek.galau hati nie sebenarnya. sepanjang jalan tadi ana menangis.makin parah generasi muda hari nie...
ana nak berenti disini..maaf..tak mampu lagi.doakan bersama untuk mencipta sejarah hari esok...Moga Allah bersama kita.
Wallahua'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan